31/01/2022
Nama Terowong Menora pastinya sudah tidak asing lagi di kalangan pemandu kenderaan kerana pembinaannya yang telah memendekkan perjalanan dari utara ke selatan sejauh 30 kilometer. Terowong sepanjang 800 meter ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Utara-Selatan antara Plaza Tol Ipoh dengan Kuala Kangsar.
Terowong yang terletak di bawah Banjaran Keledang ini sebenarnya telah dirasmikan Sultan Perak ketika itu, DYMM Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullahu-lahu Shah pada 24 September 1987.
Bila sebut sahaja Terowong Menora, secara automatik fikiran kita akan mula membayangkan kisah seram yang dipercayai ‘menghantui’ kawasan berkenaan. Cerita yang terkisah kononnya dari pengalaman pengguna jalan raya sendiri, menjadi lagenda yang terus menerus dikongsi dari generasi ke generasi.
Penampakan pontianak yang terbang di siang hari, pemandu ditumpangi pocong, penunggang skuter tanpa kepala, kereta volkswagen kuning tanpa pemandu dan pelbagai lagi entiti mistik yang dikaitkan dengan terowong tersebut. Tapi seperti biasalah, kebanyakkan versi telah ditambah ‘perisa’ untuk menyedapkan lagi cerita.
‘Jajaran maut’ nama diberi kepada laluan ini kerana ia telah ‘meragut’ banyak nyawa. Saban tahun, ada sahaja berita yang kita dengar mnegenai kemalangan maut yang berlaku di kawasan Terowong Menora.
Kredit Artikel: Siakap Keli
Info Tambahan:
Asal Nama Menora
Nama Menora dikatakan tercipta apabila orang Kedah datang menyerang Perak dengan hasutan Raja Siam. Orang Siam yang terlibat dengan peperangan itu kemudiannya berehat di sungai berhampiran.
Mereka mengisi masa lapang dengan mengadakan tarian Menora dan nama itu kekal digunapakai sehingga kini.
Maka wujudlah Kampung Menora di daerah Kuala Kangsar..
Foto Siva Kumar