Jalan Jalan Cari Makan Di Melaka

  • Home
  • Jalan Jalan Cari Makan Di Melaka

Jalan Jalan Cari Makan Di Melaka Senarai makanan dan kedai yang sedap di Melaka

Selamat berpuasa semua. Berbuka ni dah plan nak masak apa?
29/03/2023

Selamat berpuasa semua. Berbuka ni dah plan nak masak apa?

sedap wei bila dapat berbuka dengan kuih ni
24/03/2023

sedap wei bila dapat berbuka dengan kuih ni

24/03/2023

Selamat berpuasa kepada semua......

Asam Pedas Claypot (Restoran Kota Laksamana) terletak di Jalan Laksamana 1 (Taman Kota Laksamana), 75000 Melaka. Seperti...
20/03/2023

Asam Pedas Claypot (Restoran Kota Laksamana) terletak di Jalan Laksamana 1 (Taman Kota Laksamana), 75000 Melaka. Sepertimana namanya, asam pedas claypot dihidangkan di dalam claypot, sesuatu yang jarang ditemui di restoran yang menyediakan hidangan asam pedas.

Apabila menyebut ‘asam pedas’ pasti akan terbayang jenis-jenis ikan yang sering dijadikan bahan utama masakan tersebut. Tapi, pernahkah anda makan asam pedas tetel? Ya, asam pedas tetel atau bahagian daging lembut bercampur urat dan lemak ini ada dihidangkan di Asam Pedas Claypot selain daripada ikan-ikan yang biasa digunakan dalam masakan asam pedas.

Pada pendapat penulis, tidak rugi untuk mencuba asam pedas tetel ini. Asam Pedas Claypot juga menyediakan set nasi bersama-sama sayur dan telur masin.

Kerana kelazatan asam pedas mereka, Asam Pedas Claypot seringkali menerima pengunjung dalam jumlah yang ramai sehingga memenuhi jumlah meja yang banyak yang telah mereka sediakan.

Kesesakan amat dirasai pada hari minggu. Asam Pedas Claypot dibuka pada waktu petang iaitu jam 5 sehingga 5 pagi.

20/03/2023

TAHUKAH ANDA......

Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar juga termasuk dalam sempadan negeri.

Melaka merupakan antara negeri-negeri di kawasan pantai barat yang membangun di mana mempunyai peratus kaum Melayu antara yang terbesar (67%) berbanding negeri-negeri lain yang membangun di kawasan pantai barat seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin/Pulau Sebang, Ayer Keroh dan Asahan.

Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan sepuluh buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (19 Januari 1984)[24][25][26], Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989)[27], Hoorn, Belanda (8 November 1989)[28], Valparaiso, Chile (23 June 1991)[29], Nanjing[30][31] di Wilayah Jiangsu, China (18 September 2002)[32][33], Changsha, China (2004)[34], Sawahlunto, Indonesia (8 Oktober 2004)[35], Padang Panjang, Indonesia (2006)[36], Kota Tua Jakarta, Indonesia (12 Disember 2014)[37] dan Guangdong, China (21 September 2015).[38][39]

20/03/2023

Negeri Melaka (Jawi: ‏ملاک‎‎) atau juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah ialah sebuah negeri di Malaysia terletak di barat Semenanjung Malaysia menghadap Selat Melaka di barat bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di tenggara.[14] Ia negeri keempat terkecil di Malaysia, negeri berpendudukan kedua terkecil di Malaysia dan negeri ke-4 terpadat penduduk di Malaysia. Ibu negerinya Bandaraya Melaka.

Negeri ini mempunyai peranan bersejarah melalui kewujudan Kesultanan Melaka yang begitu berpengaruh di rantau Nusantara dan Asia Tenggara sepanjang abad ke-14 dan 15 sehingga ditakluk kuasa Portugis pada 1511. Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri. Pelbagai adat etnik dan tradisi bercampur dengan sempurna di Melaka. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Serani, dan Chitty.[15]

Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).[16] Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang J***t yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.[17][18] Negeri ini mempunyai penduduk yang agak berpendidikan tinggi, dengan kadar literasi remaja 99.5% seperti yang dilaporkan oleh Laporan Matlamat Pembangunan Millennium 2015.[19] Pada tahun 2016, Melaka menjadi tempat paling selamat untuk tinggal di Malaysia.[20] Kadar jenayah indeks negeri mencatatkan penurunan sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2017 dengan 3,096 kes direkodkan berbanding 3,663 pada 2016.[21] Melaka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1% pada 2017, yang kedua tertinggi di negara ini selepas Sabah. Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri ini pada 44.8% daripada KDNK. KDNK per kapita juga berkembang 11.2% kepada RM46,015 pada 2017, melebihi angka peringkat nasional sebanyak RM42,228.[22] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Melaka merupakan negeri yang merekodkan kadar pengangguran terendah pada tahun 2017 dengan hanya 1.0 peratus.[23]

20/03/2023

Assalamualaikum wbh semua.......

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jalan Jalan Cari Makan Di Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share