Umrah Ustaz Harryanto Rizal

  • Home
  • Umrah Ustaz Harryanto Rizal

Umrah Ustaz Harryanto Rizal Pakej Umrah dan Ziarah Bersama Ustaz Harryanto Rizal Travel and Tours (UHR Travel and Tours Sdn Bhd)

11/06/2020

BERITA TERKINI
Ibadah haji untuk rakyat Malaysia bagi tahun 1441H DITANGGUHKAN ke tahun hadapan.

- Menteri Agama

09/05/2020

Sedar tak sedar kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadan. Bagaimana dengan amalan kita?

21/04/2020

Ada yang rindukan Mekah dan Madinah? Jom saksikan telefilem ini Astro Prima sekarang!

Berdasarkan dari kisah benar Dato' S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalsom, penantian seorang isteri yang menunggu suaminya dengan penuh setia di Pintu No. 9 Masjid Nabawi. 😢




Khatib Jumaat dan Imam Solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada hari ini, 18 Rejab 1441H.
13/03/2020

Khatib Jumaat dan Imam Solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada hari ini, 18 Rejab 1441H.


13/03/2020

‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼

Assalamualaikum wbt..

Mengambil saranan dan nasihat YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga Mantan M***i Wilayah, agar *MEMBATALKAN* sebarang acara atau perhimpunan sama ada rasmi atau tidak rasmi seperti mana yang diwar-warkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri.

Oleh itu, pihak kami membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN KURSUS UMRAH MUDAH FAHAM yang telah dijadualkan sepanjang bulan Mac 2020 bermula minggu ini sehingga diberitahu kelak.

Semoga kita semua dilindungi daripada wabak COVID - 19.

Sekian, Terima Kasih.

Bahagian Bimbingan & Latihan
Uhr Travel & Tours Sdn Bhd
13 Mac 2020

08/03/2020

Cantik betul video Arab Saudi buat tentang bagaimana cara virus boleh merebak selain daripada batuk demam dan selesema😊

Kuman virus ni sebenarnya berlambak lambak di udara sekeliling kita.

Cuma bila ada virus hokage yang susah mati macam covid 19, merscov, ebola, avian flu, h1n1 ni, rawatannya adalah lebih agresif sebab ianya mudah merebak.

Contoh lain macam measles, difteria, rubella, tuberculosis yang memang super bahaya kerana komplikasinya memang boleh terus bawa maut. Dan sebab itulah wujudnya vaksin yang wajib diambil semasa bayi. Untuk elakkan dari terkena virus bahaya beginilah.

Tapi tiba tiba wujud golongan anti vaksin yang menyebar ajaran merbahaya mereka tu.
Shame on them.

Perkara paling asas untuk halang adalah dengan rajin mencuci tangan. Seeloknya guna air dan sabun. Boleh juga guna hand sanitizer.

Bila nak cuci tangan?

Sebelum & selepas makan
Lepas masuk toilet
Lepas buat kerja
Lepas tutup mulut dan hidung masa batuk dan bersin atau selesema
Lepas uruskan haiwan peliharaan
Sebelum dan selepas masak

Basically, kerapkan mencuci tangan.

Bila tak sihat, elok duduklah di rumah diam diam. Kuarantinkan diri anda agar virus tak merebak kepada orang lain. Jangan jadi selfish ok.

Please batalkan niat untuk travel ke negara lain jika tiada urusan penting.
Jangan terpedaya dengan harga tiket atau harga hotel yang murah. Murah bersebab tu✌🏻

Arab Saudi pun dah tutup negara dia seketika untuk menjaga keselamatan dan kesihatan orang lain.

Jika ada travel ke negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Singapore, Italy, Iran tolonglah jangan rahsiakan🙏🏻

Pakai mask jika ada simptom.

Buat masa sekarang, tak perlu berjabat tangan, cukup sekadar lambai atau letak tangan di dada dan angguk.
Bagus juga ni sebab dalam sedar tak sedar, aurat pun terjaga😉

InshaAllah kita mampu melawan virus ini.

Minum banyak air kosong(2-3 liter sehari)
Makan makanan yang sihat.
Tak perlu beraktiviti luar sangat jika tidak penting.
Berhenti/kurangkan rokok.
Doa banyak banyak mohon Allah bantu kita.

Dan masaklah masakan anda dengan betul.
Jangan makan bukan bukan
Dan kalau boleh makan makanan yang dimasak dengan betul dan penuh.

Moga tiadalah gelombang ketiga Covid-19 di negara kita dan harapnya gelombang kedua ni cepat cepat habis.

Pstt : Tiada makanan atau minuman yang dibuktikan boleh sembuhkan Covid-19 dan tak perlu pengambilan vitamin C yang melampau tinggi😘

Sumber : Dr. Erna Nadia

Cuaca pun tengah panas betul sekarang ni, jadi eloklah habiskan masa di dalam rumah.


Khatib Jumaat dan Imam Solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada hari ini, 11 Rejab 1441H.
06/03/2020

Khatib Jumaat dan Imam Solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada hari ini, 11 Rejab 1441H.


Kenyataan tentang penggantungan sementara kemas**an jemaah umrah Semoga ianya bersifat sementara dalam masa yang singkat...
28/02/2020

Kenyataan tentang penggantungan sementara kemas**an jemaah umrah

Semoga ianya bersifat sementara dalam masa yang singkat.


Khatib Jumaat dan Imam Solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada hari ini, 4 Rejab 1441H.
28/02/2020

Khatib Jumaat dan Imam Solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada hari ini, 4 Rejab 1441H.


Sifat sabar merupakan satu sifat yang cukup hebat sehinggakan Allah menyebutnya dalam Al-Quran dalam banyak tempat, teta...
25/02/2020

Sifat sabar merupakan satu sifat yang cukup hebat sehinggakan Allah menyebutnya dalam Al-Quran dalam banyak tempat, tetapi yang paling hebat apabila Allah menyebut didalam Surah Al-Baqarah ayat 153 yang maksudnya; Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Ya...Sabar merupakan sifat yang akan mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t. Sabar juga merupakan kekuatan bagi jiwa orang mukmin...




21/02/2020

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).

Huraian Hadith:

- Hari jumaat merupakan hari yang paling digalakkan kepada kita supaya memperbanyakkan beramal, kerana itu penuh dengan keberkatan dan kebaikan seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.
- Untuk mengerjakan amal kebajikan janganlah ditangguh-tangguh dan mengira masa, kerana setiap amal yang baik akan dibalas dengan ganjaran pahala.
- Orang yang paling banyak berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat syafaat Baginda pada hari akhirat nanti dan paling hampir dengan Baginda.

(Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang sahih)

Ayuh kita berselawat.
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد



Selamat malam dari kota yang paling sibuk di dunia. 24 jam, 365 hari.
18/02/2020

Selamat malam dari kota yang paling sibuk di dunia. 24 jam, 365 hari.


Assalamualaikum insan-insan ceria😀DAH UMRAH? JIKA BELUM, JOM BERSAMA TEAM UHR TRAVEL SAYA. 😎
15/02/2020

Assalamualaikum insan-insan ceria😀

DAH UMRAH? JIKA BELUM, JOM BERSAMA TEAM UHR TRAVEL SAYA. 😎



14/02/2020

SEBAKNYA TAKBIR RAYA DI TANAH SUCI 😭😭😭
Selalu sambut hari raya di kampung. Terfikir bagaimana p**a jika sambut hari raya di kampung Rasulullah SAW.
Teringin untuk merasai suasana sambutan hari raya di tanah suci? Ayuh bersama Ustaz Harryanto Rizal Travel and Tours mengerjakan umrah pada bulan Syawal 😃
Harga pakej bermula RM6590!



Alhamdulillah jemaah lelaki UHR dapat memasuki kawasan Raudhah bersama Mursyid. Beruntung boleh solat dan berdoa di Raud...
12/02/2020

Alhamdulillah jemaah lelaki UHR dapat memasuki kawasan Raudhah bersama Mursyid. Beruntung boleh solat dan berdoa di Raudhah. 😍

Ingin bimbingan ke Raudhah? Pilih UHR je. 😉



Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang barakah dengan izin Allah SWT seramai 47 orang jemaah UHR Travel & Tours dijemput m...
07/02/2020

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang barakah dengan izin Allah SWT seramai 47 orang jemaah UHR Travel & Tours dijemput menjadi tetamu Allah pada hari ini. Semoga segala urusan dipermudahkan buat mereka, diberi kesihatan yang baik untuk mereka melakukan ibadah. Aminn..🤲🤲😊

Jom sertai umrah bersama UHR, boleh hubungi kami :-

http://www.wasap.my/60134741788/Umrah+UHR
http://www.wasap.my/60134741788/Umrah+UHR



Khatib Jumaat dan Imam Solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada hari ini, 13 Jamadil Akhir 1441H.          ...
07/02/2020

Khatib Jumaat dan Imam Solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada hari ini, 13 Jamadil Akhir 1441H.


06/02/2020

Salam Maghrib Dari Madinah al-Munawwarah 😍
Suasana ketika azan Maghrib di Masjid Nabawi.


Jom baca peringatan oleh M***i Wilayah Persekutuan tentang isu umrah transgender baru-baru ini.
05/02/2020

Jom baca peringatan oleh M***i Wilayah Persekutuan tentang isu umrah transgender baru-baru ini.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sa...

Mulai hari ini, Masjidil Haram akan mempunyai dua Muazzin pada waktu Zohor dan Asar di mana seorang Muazzin untuk azan d...
03/02/2020

Mulai hari ini, Masjidil Haram akan mempunyai dua Muazzin pada waktu Zohor dan Asar di mana seorang Muazzin untuk azan dan seorang lagi untuk iqamat.



حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير“Cukuplah Allah sebagai wakil, sebaik-baiknya penolong, serta sebaik-baiknya...
01/02/2020

حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

“Cukuplah Allah sebagai wakil, sebaik-baiknya penolong, serta sebaik-baiknya pelindung kami.”

Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami dari virus korona. Aamiieen...


31/01/2020

"SENTIASA MENEMANI ANDA"
Itulah slogan UHR Travel and Tours Sdn Bhd
Dan itu juga salah satu keistimewaan umrah bersama UHR 😉

Datang Awal ke Masjid Pada Hari Jumaat :مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الجُمُعَةِ غُسْلَ الجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ، فَكَأَنَّمَا قَ...
31/01/2020

Datang Awal ke Masjid Pada Hari Jumaat :

مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الجُمُعَةِ غُسْلَ الجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الخَامِسَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً، فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ حَضَرَتِ المَلاَئِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ

Maksudnya: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu, dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”. [Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]

Makna Hadith

Antara yang boleh difahami berdasarkan hadith di atas adalah tuntutan buat umat Islam agar hadir awal ke masjid disebabkan ganjaran yang terdapat di dalam hadith. Ini juga disebutkan oleh Imam al-Nawawi RA:

Telah bersepakat ashab kami dan selain daripada mereka bahawa sunat hadir awal ke solat Jumaat pada masa yang pertama berdasarkan hadith yang lepas (hadith di atas). Melihat kepada masa-masa yang disebutkan di atas terdapat tiga pendapat iaitu:

Setelah terbitnya fajar dan ini yang dipilih oleh penulis (Imam al-Syirazi) dan ramai ulama’.
Setelah terbitnya matahari dan pendapat ini tidak dipilih di dalam kitab al-Tanbih serta mengingkari pendapat ini bagi sesiapa yang berpegang teguh padanya.
Masa-masa yang dimaksudkan adalah tempoh-tempoh yang singkat selepas tergelincir (matahari) dan inilah yang dipilih oleh al-Qadhi Husain, Imam al-Haramain dan selain daripada kedua mereka dari ahli Khurasan dan ini adalah mazhab Malik. [Lihat: al-Majmu’, 540/4]

Menurut kitab al-Muktamad dalam mazhab al-Syafie, dikira masa-masa tersebut di atas bermula dari terbitnya fajar kerana ia merupakan permulaan pensyariatan (solat Jumaat) dan padanya juga dibolehkan untuk mandi sunat Jumaat. Berkaitan dengan masa pertama dan kedua bukanlah diiktibar tempoh masa tertentu , bahkan ia dikira dengan siapa yang datang dahulu akan mendapat kelebihan tersebut daripada yang datang kemudian. Adapun imam disunatkan untuk melewatkan kehadiran sehingga hampir masuk waktu Jumaat kerana mengikut perbuatan Nabi SAW dan para khulafa’ Baginda SAW dengan tujuan mempersiapkan khutbah (yang akan dibacakan). Begitu juga bagi orang yang uzur (s**ar untuk datang awal ke masjid) disunatkan melewatkan kehadiran. [Lihat: al-Muktamad, 528,529/1]

Di akhir hadith, dinyatakan bahawa malaikat akan mendengar khutbah apabila imam telah keluar. Ini menunjukkan bahawa barangsiapa yang hadir selepas daripada imam keluar tidak akan memperolehi ganjaran orang yang hadir awal ke solat Jumaat. Di samping itu, tuntutan datang awal ke masjid adalah bagi menggalakkan orang untuk mendapatkan fadhilat yang disebutkan di dalam hadithو mendapatkan kelebihan saf pertama, menunggunya serta menyibukkan diri dengan perkara-perkara sunat dan berzikir atau seumpama dengannya. Ini semuanya tidak akan diperolehi dengan pergi ke masjid selepas gelincirnya sebahagian daripadanya (matahari) dan tidak juga mendapat kelebihan jika datang selepas daripada tergelincirnya (matahari) kerana ketika itu seruan (azan) dikumandangkan. [Lihat: al-Minhaj, 541/4]

Telah berkata Ibn Wahab bahawa beliau bertanya Imam Malik tentang hal ini (maksud masa-masa di dalam hadith). Imam Malik berkata apa yang ada di dalam hatiku bahawa yang dimaksudkan dengan satu masa iaitu masa-masa yang lain berada padanya (kesemua masa-masa itu dikira satu masa). Samada yang pergi pada awal masa pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima. Jika tidak, solat Jumaat tidak akan didirikan sehingga siang hari itu menjadi sembilan masa pada waktu Asar atau hampir dengannya (waktu Asar). [Lihat: al-Tamhid, 23,24/22]



29/01/2020

PENGUMUMAN PENTING | CAJ INSURANS

1. Bermula 1 Januari 2020, kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan caj Insuran Perubatan atau Ta'min Sihhi.

2. Semua jemaah yang menggunakan visa umrah adalah tertakluk dibawah arahan yang baru ini.

3. Caj yang dikenakan adalah berjumlah SAR189 atau bersamaan RM220.

4. Bayaran hendaklah dibuat terus ke akaun UHR Travel sebelum tarikh penerbangan.

5. Diminta semua bakal jemaah untuk melihat video penerangan di bawah sebagai rujukan.

Sekian. Terima kasih.

Kongsikan video ini kepada yang lain ya 😉




"Allah menciptakan dunia ini adalah untuk manusia, namun Allah menciptakan manusia adalah untuk mencari Allah." - Ustaz ...
28/01/2020

"Allah menciptakan dunia ini adalah untuk manusia, namun Allah menciptakan manusia adalah untuk mencari Allah." - Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari


Assalamualaikum..."Ustaz, ada tak *hotel yang depan Masjidil Haram 🕋, tapi harga murah?* Hehe" 🤭Tahniah! Anda tanya pada...
27/01/2020

Assalamualaikum...
"Ustaz, ada tak *hotel yang depan Masjidil Haram 🕋, tapi harga murah?* Hehe" 🤭

Tahniah! Anda tanya pada orang yang tepat! Hehe 😁

*PAKEJ PREMIUM ROYAL DAR EIMAN* ni kami sediakan khas untuk jemaah yang kami sayangi 💕

Nak tahu apa yang bestnya pakej ni?

1⃣ *HOTEL MEKAH 50M JE!* Keluar pintu hotel 🏨 terus sampai Masjidil Haram.

2⃣ *HOTEL MADINAH melalui GATE 25*. Laluan wanita ke Raudhah. Orang perempuan cukup s**a ni! 🤭

3⃣ *HARGA TERMASUK CAJ SAUDI RM350* 😱

4⃣ *UMRAH 3 KALI DIBIMBING SEPENUHNYA 💯* OLEH MURSYID PROFESSIONAL

5⃣ Nikmati BIMBINGAN ISTIMEWA ke Raudhah oleh team Mutawwifah 🧕🏻Khas UHR. (Wanita)

6⃣ *PERCUMA ZIARAH TAIF YANG BERNILAI RM180* 🤩

7⃣ PAKEJ TERMASUK *MAKAN 3 KALI SEHARI* 🍽 DI MEKAH DAN MADINAH

8⃣ *AIR ZAM-ZAM 5 LITER* 🥛 UNTUK SEMUA JEMAAH TERMASUK BAYI 👶🏻 DAN KANAK-KANAK 👦🏻👧🏻

9⃣ *PENERBANGAN ✈ TERUS TANPA TRANSIT.*

1⃣0⃣ *SET BAGASI EKSKLUSIF*🧳UHR TRAVEL & TOURS

1⃣1⃣ CENDERAHATI EKSKLUSIF UNTUK SETIAP JEMAAH

"Ehh banyaknya kelebihan pakej ni ustaz, berapa harganya ni?"

HARGA PAKEJ PREMIUM ROYAL DAR EIMAN bermula *dari HANYA dengan RM6350 SAHAJA!*

"WOW! Hanya dari RM6350 saya dapat semua kelebihan ni? Nak daftar lah ustaz!"

*JOM DAFTAR SEKARANG ✈🕋 !*
📲 http://www.wasap.my/60134741788/Umrah+2020




Senarai Imam Bertugas di Masjidil Haram, Mekah.
26/01/2020

Senarai Imam Bertugas di Masjidil Haram, Mekah.

Senarai Imam Bertugas di Masjid Nabawi, Madinah.
26/01/2020

Senarai Imam Bertugas di Masjid Nabawi, Madinah.

Hidup adalah satu perjalanan yang sangat singkat. Jalanilah dengan penuh rasa rendah diri dan syukur.
25/01/2020

Hidup adalah satu perjalanan yang sangat singkat. Jalanilah dengan penuh rasa rendah diri dan syukur.

Khatib Jumaat dan Imam Solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada hari ini, 29 Jamadil Awwal 1441H.          ...
24/01/2020

Khatib Jumaat dan Imam Solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada hari ini, 29 Jamadil Awwal 1441H.



Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah Ustaz Harryanto Rizal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share