Johor Vacation

  • Home
  • Johor Vacation

Johor Vacation Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Johor Vacation, Tourist Information Center, .

08/09/2023

Undilah Calon No.2 daripada Perikatan Nasional.

13/12/2022
Semoga bermanfaat
06/08/2022

Semoga bermanfaat

Ianya merupakan satu soal selidik untuk mengetahui apa kemahuan dan apa permasalahan rakyat pada ketika ini, serta apakah harapan Rakyat terhadap Negara Malaysia pada masa akan datang.

Ada orang bertanyaโ€ฆkita panjangkan..๐Ÿ˜‚
31/05/2022

Ada orang bertanyaโ€ฆkita panjangkan..๐Ÿ˜‚

Jangan Berlengah!!! nak bercutikanโ€ฆsafety first.
09/05/2022

Jangan Berlengah!!! nak bercutikanโ€ฆsafety first.

Pantai Lido satu ketika dahulu adalah merupakan sebuah tempat perkelahan yang paling hampir dengan pusat Bandar Johor Ba...
08/05/2022

Pantai Lido satu ketika dahulu adalah merupakan sebuah tempat perkelahan yang paling hampir dengan pusat Bandar Johor Bahru. Ianya menjadi tempat tumpuan penduduk Johor Bahru dan penduduk dari daerah-daerah sekitar kerana ianya adalah tempat perkelahan yang paling hampir dan menjimatkan kos kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Namun, seiring dengan pembangunan ianya hilang ditelan zaman. Manakala air lautnya menjadi hitam dan bertoksik akibat pencemaran daripada pembangunan yang hadir dan kurang menjadi.

Min berharap air laut pantai lido ini dapat diteliti oleh pihak kerajaan bagi memastikan ianya dapat ditingkatkan kepada kualiti yang tidak mendatangkan bahaya kepada manusia. Manakala pembangunan yang sepertinya segan hidup, mati tidak mahu ini dapat dikaji semula impaknya kepada Bangsa Johor samada ianya memberikan kebaikan ataupun kemudharatan. Tiada yang tidak mungkin di dunia ini sekiranya semangat, iltizam dan fokus dicurahkan kepada sesuatu perkara yang diinginkan. Kalau tidak manakan mungkin kapal terbang, proton saga dan roket ke bulan dapat direalisasikan. Renung-renung dan fikir-fikirkan.



Selamat Hari Rayaโ€ฆSafe drive yaโ€ฆJangan kelam kabut sangat, tak lari kampung dikejar tu.
01/05/2022

Selamat Hari Rayaโ€ฆSafe drive yaโ€ฆJangan kelam kabut sangat, tak lari kampung dikejar tu.

Tahniah JDT!!!
30/04/2022

Tahniah JDT!!!

JOHOR Darul Taโ€™zim (JDT) mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 selepas menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi terakhir Kump**an I di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Rakyat Johor atau lebih dikenali sebagai Bangsa Johor cukup kaya dengan adat, budaya, warisan, serta kepelbagaian citara...
21/04/2022

Rakyat Johor atau lebih dikenali sebagai Bangsa Johor cukup kaya dengan adat, budaya, warisan, serta kepelbagaian citarasa makanan sekaligus menjadi daya tarikan pelancong ke Johor kerana ianya melambangkan identiti Bangsa Johor yang lahir daripada pelbagai suku dan bangsa.

Gabungan daripada semua elemen ini menjadikan negeri Johor yang terlahir daripada 10 buah daerah merupakan destinasi percutian yang menarik untuk dilawati dan dinikmati untuk para pelancong dari dalam dan luar negara.

Johor. Nama ini datang daripada perkataan Arab โ€œJauharโ€ yang bermakna โ€œPermata Berhargaโ€. Johor juga dikenali sebagai Hu...
21/04/2022

Johor. Nama ini datang daripada perkataan Arab โ€œJauharโ€ yang bermakna โ€œPermata Berhargaโ€. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah โ€œGangganuโ€ oleh orang-orang Siam yang bermaksud โ€œBatu Permataโ€. Sejarah Johor moden p**a bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar yang telah memperkenalkan Perlembagaan Johor dan seterusnya membawa perubahan di dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efektif dan efisyen. Kini, negeri yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan mempunyai keluasan 19,166km persegi ini sentiasa menyaksikan pembangunan dan kemajuan di dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, gaya hidup mahupun di sektor perlancongan. Melalui kepadatan penduduk seramai 3.79 juta orang. Johor telah menerima sekurang-kurangnya 8 juta pelancong saban tahun. Bersandarkan kepada lokasinya terletak bersebelahan dengan negara Singa, ianya sedikit sebanyak mencuri tumpuan pelancong daripada negara tersebut malahan termasuk pelancong yang singgah di negara Singa tersebut untuk datang ke Johor. Jadi apa lagi jom datang ke Johor!!!

๐Ÿ’ช๐Ÿป
21/04/2022

๐Ÿ’ช๐Ÿป

Didi & Friends di JB!!!! Banyak aktiviti yang tersedia seperti penampilan maskot, bengkel seni anak-anak, merchandise ed...
24/02/2022

Didi & Friends di JB!!!!

Banyak aktiviti yang tersedia seperti penampilan maskot, bengkel seni anak-anak, merchandise edisi terhad. Siri Didi & Friends juga bakal ditayangkan di skrin LED terbesar di Toppen Shopping Centre.

Slot adalah terhad lebih-lebih lagi nak cuti sekolah ni.. JADINYA Book slot laju-laju di link ni: https://bit.ly/3p9n7dV

๐Ÿ—“ 25 Februari 2022 - 13 Mac 2022
๐Ÿ“Main Atrium Level 1, Toppen Shopping Centre, Johor Bahru

Persembahan Didi & Friends:
โฐ Setiap Jumaat: 12.00pm, 4.30pm & 8.00pm
โฐ Setiap Sabtu & Ahad: 12.30pm, 4.30pm & 8.00pm

๐Ÿคฉ

08/02/2022
Staycation? Try Pulai Spring Resort, Johor Bahru ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
03/02/2022

Staycation? Try Pulai Spring Resort, Johor Bahru ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐’„๐’–๐’•๐’Š-๐’„๐’–๐’•๐’Š ๐’…๐’Š ๐‘ท๐’–๐’๐’‚๐’Š ๐‘บ๐’‘๐’“๐’Š๐’๐’ˆ๐’” ๐‘น๐’†๐’”๐’๐’“๐’•! ๐‘บ๐’‚๐’•๐’–-๐’”๐’‚๐’•๐’–๐’๐’š๐’‚ ๐’“๐’†๐’”๐’๐’“๐’• ๐’…๐’Š ๐‘ฑ๐’๐’‰๐’๐’“ ๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’“๐’– ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’‚๐’…๐’‚ 5 ๐’”๐’˜๐’Š๐’Ž๐’Ž๐’Š๐’๐’ˆ ๐’‘๐’๐’๐’s!.............
If you are looking for a or for the entire family in January and February 2022, we have just the thing for you! ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐’๐ฉ๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ฌ ๐‘๐ž๐ฌ๐จ๐ซ๐ญ, ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐š๐ก๐ซ๐ฎ ๐Ÿ๐ž๐š๐ญ๐ฎ๐ซ๐ž๐ฌ ๐Ÿ“, ๐ฒ๐ž๐ฌ ๐…๐ˆ๐•๐„ ๐ฌ๐ฐ๐ข๐ฆ๐ฆ๐ข๐ง๐  ๐ฉ๐จ๐จ๐ฅ๐ฌ! Rooms and apartment suites for 2 to 8 people available!

Check out our exciting deals and packages here:
๐ŸŒhttp://www.p**aisprings.com/deals/room-deals
(๐‘Ž๐‘™๐‘™ ๐‘๐‘Ž๐‘๐‘˜๐‘Ž๐‘”๐‘’๐‘  ๐‘ค๐‘–๐‘กโ„Ž ๐น๐‘…๐ธ๐ธ ๐ต๐‘Ÿ๐‘’๐‘Ž๐‘˜๐‘“๐‘Ž๐‘ ๐‘ก / ๐‘œ๐‘Ÿ ๐‘โ„Ž๐‘œ๐‘œ๐‘ ๐‘’ ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘œ๐‘š ๐‘ค๐‘–๐‘กโ„Ž ๐‘“๐‘Ÿ๐‘’๐‘’ ๐‘‘๐‘–๐‘›๐‘›๐‘’๐‘Ÿ, 24 โ„Ž๐‘œ๐‘ข๐‘Ÿ๐‘  ๐‘โ„Ž๐‘’๐‘๐‘˜ ๐‘–๐‘›, ๐‘“๐‘Ÿ๐‘’๐‘’ ๐‘’๐‘ฅ๐‘ก๐‘Ÿ๐‘Ž ๐‘š๐‘Ž๐‘ก๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’๐‘ ๐‘  ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘’๐‘ก๐‘)

For any other enquiries, call us at +607-521 2121

Kenapa yer harga tempahan hotel ada yang melampau-lampau tinggi tapi servis tidak selari dengan harga?~Gambar sekadar hi...
29/10/2021

Kenapa yer harga tempahan hotel ada yang melampau-lampau tinggi tapi servis tidak selari dengan harga?

~Gambar sekadar hiasan

JOMM!!! TELUK KERANGJangan ingat Pontian tak ada pantaiโ€ฆada..beb!!!!Kalau anda nak melihat matahari terbenam pada waktu ...
13/10/2021

JOMM!!! TELUK KERANG

Jangan ingat Pontian tak ada pantaiโ€ฆada..beb!!!!Kalau anda nak melihat matahari terbenam pada waktu senja, Pantai Teluk Kerang yang terletak di Pontian merupakan kawasan pantai yang amat sesuai sekali.

Kawasan ini mempunyai pantai bertelok yang menghadap ke Selat Melaka. Terdapat banyak kerang yang membiak pada suatu ketika dahulu dan menyebabkan pantai ini terkenal dengan kerangnya sehingga akhirnya orang kampung disini menamakan Teluk Kerang.

๐Ÿ“ Pantai Teluk Kerang, Pontian





JOMM!!! PULAU RAWATerpegun tengok macam dekat luar negara, tapi bukan! Hanya di Mersing, Johor sahaja kita dapat memilik...
30/09/2021

JOMM!!! PULAU RAWA

Terpegun tengok macam dekat luar negara, tapi bukan! Hanya di Mersing, Johor sahaja kita dapat memiliki keindahan dan pemandangan seperti ini ๐Ÿ˜

Rawa Island Resort, Johor merupakan sebuah penginapan yang akan membuatkan anda berasa sungguh tenang kerana Pulau Rawa ni merupakan sebuah p**au yang memiliki keindahan dan kecantikannya yang tersendiri dimana air lautnya yang hijau biru, dipenuhi dengan coral yang bermacam bentuk dan pelbagai jenis ikan yang boleh jumpa masa snorkeling nanti.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti snorkeling, berkayak, BBQ dan macam-macam lagi. Apa yang uniknya lagi dekat resort ini, anda boleh cuba bermain 'waterslide' atau gelongsor yang dibina di sekitar jeti Pulau Rawa.

๐Ÿ“ Rawa Island Resort Johor
โ˜Ž 07-7991204/1205
๐ŸŒ http://www.rawaislandresort.com/
๐Ÿ“ง [email protected]

JOMM!! SEA HORIZON RESORTFuh!!! Pengalaman yang pastinya berbeza. Bangun-bangun pagi layan coffee dengan sunrise kat dep...
30/09/2021

JOMM!! SEA HORIZON RESORT

Fuh!!! Pengalaman yang pastinya berbeza. Bangun-bangun pagi layan coffee dengan sunrise kat depan mata. Memang syok lah! Tapi korang tahu tak korang boleh rasai semua tu kat Johor je iaitu dekat Sea Horizon Resort yang terletak di Kuala Sedeli Besar, Kota Tinggi.

Dengar cerita kat sini memang seratus peratus privasi terjaga lah. Bayangkan waktu siang dapat tengok sunrise, waktu petang dapat saksikan sunset, malam p**ak dapat stargazing bersama yang tersayang. Uish memang pengalaman yang tak dapat dilupakan lah. Haa nanti dah boleh lah plan short escape ke Sea Horizon Resort! ๐Ÿ˜

๐Ÿ“ Lot 901, Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi
โ˜Ž 016 720 0399 / [email protected]
๐ŸŒ http://www.seahorizon.my/

JOMM!!! STANDBY
21/09/2021

JOMM!!! STANDBY

JOMM!!! BAROKAH SRI VILLAGEWarga Batu Pahat tidak perlu pergi jauh-jauh untuk mencari ketenangan, singgah jer di Barokah...
20/09/2021

JOMM!!! BAROKAH SRI VILLAGE

Warga Batu Pahat tidak perlu pergi jauh-jauh untuk mencari ketenangan, singgah jer di Barokah Sri Village yang merupakan sebuah resort terletak di Parit Raja. Menariknya di sini terdapat pelbagai jenis rumah untuk disewa.

Antara kemudahan yang dah disediakan disini seperti surau, swimming pool, parking yang luas, tempat ber-BBQ, aircond, taman permainan dan macam-macam lagi. Nah, bagi korang yang berada dekat Batu Pahat tu, nanti boleh lah bawak family bercuti atau 'short escape' bak kata orang di sini. Dengar cerita bagi yang dah lengkap dua dos dah boleh dine-in dekat restoran mereka iaitu Jom Leypark yang menyediakan pelbagai menu dan semuanya sedap-sedap! Jom nanti kita ke Barokah Sri Village!

๐Ÿ“ Lot 6548, Lorong Muda (t/l jkb316), Parit Karjo, Parit Raja, Batu Pahat
โ˜Ž 013-747 8458

JOMM!! HOLIDAY INN, JOHOR BAHRUAda yang nak โ€™Short Escapeโ€™ dekat tengah bandar Johor Bahru lepas 2 dis vaksin ke? Nanti ...
20/09/2021

JOMM!! HOLIDAY INN, JOHOR BAHRU

Ada yang nak โ€™Short Escapeโ€™ dekat tengah bandar Johor Bahru lepas 2 dis vaksin ke? Nanti bila industri pelancongan dah boleh bukak korang boleh la stay dekat Holiday Inn Johor Bahru City Centre ni!

Dengar cerita hotel ni memang best dan kalau korang nak tahu dekat sini terdapat โ€˜Infinity Poolโ€™ yang nampak terus ke selat Singapura tau! Hotel ni mempunyai 33 tingkat yang menyediakan 6 jenis bilik iaitu Sky Suite, Deluxe Twins, Deluxe King, Premier Room, Studio Suite dan Family Studio yang sangat sesuai untuk seisi keluarga stay.

Hotel ni merupakan โ€˜Hotel Family Friendlyโ€™, mesra kepada kanak-kanak dan juga sangat menitikberatkan soal kebersihan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Intercontinental Hotel Group Way of Clean (IHG) di sekitar hotel.

Jom la plan dan stay dekat-dekat dulu, best jugak kan? Selamat merancang short escape nanti!

๐Ÿ“ Holiday Inn Johor Bahru City Centre, Komtar JBCC, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru
โ˜Ž๏ธ 07 207 8888 / [email protected]
๐ŸŒ http://holidayinn.com/johorbahru

JOMM!!! FOREST CITY GOLF HOTELApa yang membuatkan saya tertarik di Forest City Golf Hotel adalah ia sebuah hotel yang di...
20/09/2021

JOMM!!! FOREST CITY GOLF HOTEL

Apa yang membuatkan saya tertarik di Forest City Golf Hotel adalah ia sebuah hotel yang diiktiraf bertaraf 4 bintang dan berdekatan dengan Singapura(5 minit ).

Ia juga berdekatan Legoland dan Puteri Habour. Menariknya lagi, terdapat padang golf yg terdapat di hotel tersebut dan ianya dibina bertaraf dunia melalui hasil cetusan idea Jack Nicklaus bersama anak Jack Nicklaus 2 (seorang pereka padang golf yang terkemuka ).

Disamping itu juga , terdapat sebuah lagi hotel dibawah naungan Forest City iaitu Forest City Marina Hotel yg tidak jauh dari Golf Hotel (5minit) . Disitu juga terdapat taman tema air dan keindahan tepi pantai yang mampu menarik minat pelancong yg datang ke situ. Selain daripada taman tema air, di sini terdapat juga aktiviti sukan air seperti banana boat , jet air dan jetski .

JOMM!!! TIARA DESARU SEAVIEW RESIDENCEAnda tercari-cari tempat bercuti yang tenang, jauh dari kesibukan kota, kolam rena...
20/09/2021

JOMM!!! TIARA DESARU SEAVIEW RESIDENCE

Anda tercari-cari tempat bercuti yang tenang, jauh dari kesibukan kota, kolam renang yang besar & selesa dan semestinya pantai yang selamat untuk kanak-kanak sempena cuti hujung minggu???

Jom bawa seisi keluarga anda bercuti di Desaru โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

Hotel dan resort mahal? Haa, jom bermalam di Tiara Desaru Seaview Residences terkenal dengan kadar yang berpatutan tetapi tetap memberikan layanan mesra serta persekitaran kehijauan yang sangat menarik, kolam renang yang besar dan pantai landai berombak hitam yang sangat unik dan indah๐Ÿ’–

๐Ÿ“ *TIARA DESARU SEAVIEW RESIDENCES*
Jalan Tanjung Lompat,
81930 Bandar Penawar, Johor

โœ… Swimming pool ๐ŸŠโ€โ™€๏ธ๐ŸŠโ€โ™€๏ธ
โœ… Private beach ๐Ÿ–๐Ÿ–
โœ… Gym ๐Ÿ‹๏ธโ€โ™€๏ธ๐Ÿ‹๏ธโ€โ™€๏ธ
โœ… BBQ Beach / Garden ๐Ÿ–๐Ÿ–
โœ… Free car parking ๐Ÿš˜๐Ÿš˜
โœ… Free Wi-Fi ๐Ÿ“ก๐Ÿ“ก

๐Ÿจ RESORT: Konsep Apartment Moden
๐Ÿ”ธStudio ๐Ÿ”ธLuxury ๐Ÿ”ธFamily Room ๐Ÿ”ธ

JOMM!!! TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPINTidak tahu nak ke mana lepas dapat 2 dose vaksin nanti? Min cadangkan korang pergi Tama...
20/09/2021

JOMM!!! TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN

Tidak tahu nak ke mana lepas dapat 2 dose vaksin nanti? Min cadangkan korang pergi Taman Negara Endau Rompin, kat sini korang boleh rasa pengalaman berada di beberapa hutan hujan tertua di dunia. Selain dari tu, boleh jugak mengunjungi suku Orang Asli๐Ÿ˜Ž

[Taman Negara Endau Rompin]
๐Ÿ“Œ Taman Negara, Johor
๐Ÿ’ฐ Permit masuk (RM10) dari Johor National Park Corporation.
โ˜Ž๏ธTaman Johor HQ : 07-223 747

Pakej lawatan ke Endau-Rompin boleh didapati dengan mudah. Korang search je online! Terdapat banyak aktiviti untuk membuat anda sibuk sekurang-kurangnya 3 hingga 4 hari penginapan ๐Ÿ›Œ๐Ÿป di Taman Negara Endau-Rompin. Juga terdapat banyak spesies hidupan liar di sini. Paling best mestilah ada air terjun untuk berkelah ๐Ÿ•

JOMM!! PULAU BABI BESAR, MERSING JOHORMemandangkan sebelom ni dah banyak kali ke Pulau Redang dan Pehentian, kali ni aku...
20/09/2021

JOMM!! PULAU BABI BESAR, MERSING JOHOR

Memandangkan sebelom ni dah banyak kali ke Pulau Redang dan Pehentian, kali ni aku plan nak try p**au belah Johor p**ak iaitu Pulau Besar atau dulu dikenali sebagai Pulau Babi Besar. Jangan risau takda sekor pon babi sondol kat sini. Yang ada hanya keindahan dan kejernihan air laut dia aje. Lawa gila okeh!

๐Ÿ‘‰ Perjalanan dari Kl ke Mersing makan masa dalam 5 jam. Sampai je Jetty Mersing, boat akan bawak kami ke Pulau tu dalam pukul 12.30 tengahari.

๐Ÿ‘‰ Naik boat dari Jetty ke p**au plak amek masa 30 minit . Dekat la jugak dengan daratan kalau ombak tak besor time tu

๐Ÿ‘‰ Resort yang Yah stay nama dia Mirage Resort Pulau Besar. Pulau ni agak privacy dan tak crowded sebab nya hanya ada 4 resort je kat sini. Yah pilih Mirage Resort sebab baca feedback semua best dan good review kat Tripadvisor lepastu dia murah sikit dari resort lain. Cam biasa la sebelom book kena la survey dulu review baik ke tak baik.

๐Ÿ‘‰ Apa yang best Mirage Resort ni lebih kepada konsep Kampung Style. Memang macam balik kampong la duk sini. Boleh la main kejar2 dengan ayam, itik dan angsa. Pastu sini chill2 dan tak crowded sangat dengan orang. Staff dan manager, Abang Man Coral pon memang sangat friendly dan jaga kami dengan baik sepanjang dekat sini

๐Ÿ‘‰ Banyak je aktiviti yang boleh buat dekat p**au ni antara nya, naik basikal keliling p**au, berkayak, snorkeling, memancing, jungle trekking dan berootidi.

Yang rasa nak bercuti tapi tanak bersesak ramai orang tu Yah suggest sini lah tempat yang paling sesuai.

Happy holiday dalam new norma dan patuhi SOP yang ditetapkan ok.

Perkongsian: Cik Kiah

JOMM!! TANJUNG SEPANG BEACH RESORTTidak lama lagi kita semua akan dapat pergi melancong dan berjalan-jalan. Jom, buat pe...
20/09/2021

JOMM!! TANJUNG SEPANG BEACH RESORT

Tidak lama lagi kita semua akan dapat pergi melancong dan berjalan-jalan. Jom, buat perancangan dahulu untuk bercuti bersama keluarga ke sebuah tempat peranginan dan menginap di Tanjung Sepang Beach Resort yang terletak di Teluk Ramunia, Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

Penginapan disini sungguh indah dan mendamaikan kerana mempunyai kawasan pantai yang cantik. Anda juga boleh bersantai di persisiran pantai dan bermain buaian sambil menikmati angin bayu dan mendengar ombak laut.

Disini terdapat 7 buah jenis bilik antaranya Ocean Suite, River Suite, Family Suite, Sunrise Suite, Superior, Deluxe dan Standard untuk anda pilih dan menginap disini nanti.

Jom, tempah sekarang untuk bercuti nanti dan jangan lupa vaksin dahulu baru melancong ye!

๐Ÿ“ PTD 5063, Kg. Tg. Sepang, Teluk Ramunia, 81620 Kota Tinggi, Johor
โ˜Ž 019-763 9594 / 019 -773 9594
๐ŸŒ http://www.tanjungsepang.com
๐Ÿ“ง [email protected]

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Johor Vacation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Johor Vacation:

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share