29/09/2022
IDENTITI BOLA SEPAK DAN KEDAH
BY: Hafiz Mansor
Kalau diikutkan apa yang didedahkan dalam perbincangan pihak pengurusan KDA FC dengan wakil kelab penyokong, musim ini boleh dianggap hanya retention season.
Musim ini sekadar untuk kekalkan aksi, bina pemain baru dan komunikasi berpas**an dan bukan untuk kejar sebarang kejuaraan.
Oleh sebab itu, KPI pas**an juga rendah dari apa yang diwar-warkan di media. Saya mempunyai pandangan peribadi tentang perkara ini tetapi biarlah disimpan dahulu tentang tu.
Saya cuma nak bercerita tentang identiti bola sepak Kedah yang semakin kabur sejak beberapa musim kebelakangan ini. Sebelum ini, saya pernah menulis satu artikel tentang Tan Cheng Hoe dan pas**an Kedah.
Fokus saya adalah falsafah identiti pas**an yang solid. Bukan tentang Cheng Hoe atau siapa saja.
Benda ini perlu kepada pandangan jauh pihak pengurusan pas**an selain memikirkan tentang pembangunan fasiliti. PIhak pengurusan perlu fikir 3-5 musim ke depan apa identiti bola sepak untuk pas**an Kedah.
Michael Cox dalam The Mixer pernah menceritakan bagaimana kelab-kelab EPL mula mencari identiti pas**an masing-masing khususnya pemilik Chelsea dan City ketika memasuki era tahun 2000.
Abramovich, bekas pemilik Chelsea pernah menyebutkan:
‘I want to find manager that gives my team an identity’.
‘When I see Barcelona or United, I find an identity in the team, but when I watch Chelsea, I cannot’.
Bagi Abramovich, identiti maksudnya penguasaan bola (possession ball) sesuai dengan perkembangan era bola sepak ketika itu.
Abramovich mengambil Ancelotti sebagai pengurus – seorang jurulatih daripada Itali yang ada sarat dengan taktikal.
Ancelotti memang mempunyai rekod yang baik di Milan. Cuma dia sendiri adalah man-manager yang membangunkan taktikal pas**an berdasarkan pemain yang dia ada (player-centric).
Ketika di Milan, pas**an tersebut ada various player yang boleh bermain sebagai playmaker. Oleh sebab itu, Ancelotti bebas mencorakkan pas**an itu untuk possession ball khususnya di bahagian tengah. Tambahan lagi peranan The Regista, Andrea Pirlo melengkapkan kegemilangan Milan ketika itu.
Walau bagaimanapun, keadaan itu tidak berlaku di Chelsea walaupun musim pertama Ancelotti berjaya merampas kejuaraan berturut-turut EPL daripada Ferguson.
City juga menghadapi masalah apabila mengambil Mancini yang juga daripada Itali.
Walaupun rekod Ancelotti dan Mancini boleh dianggap cemerlang, tapi kelab mengambil keputusan meminggirkan kedua-dua jurulatih tersebut.
City dalam kenyataan menjelaskan:
‘…combined with an identified need to develop a holistic approach to all aspects of football at the club, has meant that the decision has been taken to find a new manager’.
Pas**an-pas**an ini berkehendakkan suatu overarching ideology untuk diterapkan sebagai identiti pas**an.
Chelsea agak struggle untuk mendapatkan manager yang sesuai dengan identitinya.
City p**a berjaya mendapatkan Guardiola pada tahun 2016 dan kekal sampai sekarang. Taktikal Guardiola dengan City boleh dianggap sebati.
Mereka boleh kekalkan prestasi yang tinggi dalam setiap musim.
Guardiola merevolusi City dengan powerful identity. Malah, pemain-pemain yang dianggap ‘star’ pada era tersebut juga tidak semua yang ‘fit’ dengan falsafah taktikal beliau.
Bagi Guardiola, identiti pas**an adalah segala-galanya. Tidak timbul soal tangkap muat.
Beliau menjadikan The Citizens pas**an yang mendominasi permainan, ‘pinning’ pemain lawan di kawasan sendiri serta bermain pada garisan tinggi hampir setiap masa sama seperti identiti Barcelona dan Bayern ketika di bawah kendaliannya dulu.
Itulah falsafah bola sepak Guardiola. Ia sangat terserlah dalam perlawanan City.
Ancelotti sendiri pernah mengulas mengenai kehadiran Guardiola ke City sekitar tahun 2016.
‘Guardiola for this reason is a fantastic manager because he is able to build a really strong identity of his team. I think Manchester City signed Guardiola for this reason, to establish a new identity, a new style, a new culture.’
Rangnick yang terkenal sebagai maestro tactician ketika diberi tanggungjawab menjadi pengurus interim United juga pernah berkata:
‘They have a very clear identity, a clear idea of how they want to play.’
‘I know Jurgen (Klopp) in person and I also know Pep (Guardiola) from those three years in Germany when he was head coach of Bayern Munich. He also has a clear idea how he wants to play.’
‘This idea is the headline for everything that happens in the club – for recruitment, for any new players that they sign, or even for players that they at one stage will sell.’
‘This is, I think, the secret behind their success, that they exactly know how they want to play.’
‘They have a clear identity, or you can also call it a corporate identity, and this is their guideline for everything what they do.’
‘Not only probably for new players but also for staff members, for experts in different areas of the game that have become a bit more important in the last 10-15 years.’
Berbalik kepada pas**an Kedah. Sepatutnya soal identiti ni kena jadi perancangan untuk jangka masa panjang pas**an.
Ada beberapa aspek ke arah mempersiapkan pas**an dengan identiti tersendiri:
Jurulatih itu sendiri mesti ada falsafah identiti yang dimahukan kelab. Ini paling mustahak.
‘Core players‘ dalam mencorakkan identiti mesti ada. Jika tidak, sesebuah pas**an akan menghadapi masalah bermain dengan identiti yang jelas. Pas**an perlu mendapatkan new signings yang boleh adapt dengan taktikal, tidak sekadar ada rekod yang bagus di kelab lama.
Barisan kejurulatihan yang ‘expert’ dalam setiap sudut gameplan serta corak latihan yang bersesuaian. Ia datang bersekali pakej dengan falsafah yang diterapkan oleh barisan kejurulatihan.
Pembangunan pemain muda yang diterapkan dengan falsafah permainan yang sama.
Soal kontrak pemain-pemain muda ini perlu difikirkan secara jangka masa panjang melihat kepada prestasi mereka dalam pas**an. Namun, kebanyakan kontrak pemain diikat setahun. Soal kewangan dan sebagainya masih membelenggu.
Mentaliti kelab terhadap identiti pas**an. Perkara ini kita tidak akan dapat sekelip mata. Oleh sebab itu, perancangan ini perlu sekurang-kurangnya 3-5 musim ke depan. Cuma perlu ada langkahan pertama sebelum langkah seterusnya.
Seseorang mungkin boleh ‘argue’, tidak penting soal identiti selagi mana pas**an boleh menang.
Identiti sesebuah pas**an diukur dengan sustainability, bagaimana sesebuah pas**an bermain secara solid untuk jangka masa panjang.
Tidak keterlaluan untuk kita sebutkan beberapa kelab yang mempunyai identiti tersendiri semakin meningkat naik prestasi dengan pelbagai kejuaraan.
Semua orang kenal benar pas**an tersebut.
Berbalik kepada The Citizens, mereka boleh kekalkan prestasi terbaik untuk 4,5 musim Guardiola di sana kerana identiti bola sepak yang diterapkan beliau memberikan suatu sifat permainan yang solid dan konsisten.