30/09/2023
Lelaki ditemui lem@s di Pulau Pangkor
Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
30 September 2023, 6:58 pm
Lelaki berusia 21 tahun ditemui lem@s di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor, petang tadi. - Foto Ihsan JBPM Perak.
LUMUT – Kegembiraan seorang lelaki bercuti di Pulau Pangkor bersama dua rakannya berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui lem@s di pantai Pasir Bogak di pulau itu, petang tadi.
Difahamkan, m@ngsa berusia 21 tahun pada mulanya menyelamatkan seorang rakannya yang hampir lem@s, kemudian kepenatan dan tenggelam ke dasar laut sedalam kira-kira tiga meter.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, m@ngsa yang berasal dari Ayer Tawar dekat sini ditemui oleh orang ramai di kawasan kira-kira tujuh meter dari pantai.
“Balai Bomba dan Penyelamat Pangkor menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.05 petang. Sebaik tiba, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Muzaidi Mohamad menerima laporan bahawa m@ngsa telah ditemui,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, m@ngsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor oleh van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan disahkan telah meninggal dunia. – KOSMO! ONLINE