05/01/2021
Dah tak tahu nak ke mana bila hujung minggu tiba? 🤔🤔🤔
Anda tahu tak sebenarnya banyak tempat menarik yang anda boleh pergi di sekitar Lembah Kinta? Apa? Tak tahu? Jom kita baca ada apa dengan Lembah Kinta! 🤓🤓🤓
Lembah Kinta merupakan tapak geologi Geopark Kebangsaan yang dimasyhurkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada tahun 2018. 🎉🎉🎉
Geopark Lembah Kinta ni merupakan hidden gem yang ramai tak tahu walaupun orang Perak sendiri! 💎💎💎 Mari dekat mari rapat. Tengok apa yang ada di Geopark Lembah Kinta. 👀 👀
Geopark Lembah Kinta dikenali dengan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna yang mempesonakan seperti kawasan bukit batu kapur unik dan mempunyai sejarah perlombongan, geologi serta kepelbagaian landskap semulajadi yang menarik. 🤩🤩🤩
Justeru, Lembah Kinta sangat sesuai dimajukan sebagai pakej laluan geo-pelancongan bagi menarik pelancong tempatan dan antarabangsa. 🤗🤗🤗
Jadi, anda tahu tak tempat apa yang diisytiharkan sebagai Geopark Lembah Kinta? Ada 18 tempat semuanya. Antaranya ialah: 📍📍📍
Gunung Panjang : Gua Tambun
Gunung Datok
Gunung Rapat
Lata Ulu Chepor
Gunung Kanthan
Gunung Lang
Hutan Lipur Ulu Kinta
Gunung Tasek
Mata Air Panas Lubok Timah
Gua Naga Mas
Air Terjun Sungai Chelik
Jeram Papan
Gua Kandu
Gua Tempurung
Jeram Sungai Kampar
Air Terjun Sungai Salu
Air Terjun Batu Barangkai
Gunung Korbu
Tunggu apa lagi? Jom lah ajak semua ahli keluarga untuk bercuti ke Perak! Ruginya siapa tak pernah datang ke Geopark Lembah Kinta! 😱😱😱
Klik untuk maklumat lanjut: 👇👇👇
https://www.tourismperakmalaysia.com/
https://www.tourismperakmalaysia.com/
https://www.tourismperakmalaysia.com/