16/12/2019
Memori terindah di Tanah perkuburan Bandar Baru Bangi.. Program paranormal
Pada awalnya kami semua ingat akan lakukan program paranormal di tanah perkuburan tersebut tetapi dimaklumkan oleh ketua program tanah perkuburan itu hanya landmark sahaja digunakan untuk applikasi GPS Waze.. Lokasi sebenar adalah berhadapan tanah perkuburan tersebut iaitu sebuah bangunan institut yang telah lama tidak beroperasi.. Admin tidak pasti nama institut tersebut.. Yang pastinya, lokasi ini double triple lebih seram berbanding tanah perkuburan..
Untuk lebih syok anda mula membaca, biarlah admin mulakan cerita bagaimana boleh memilih lokasi ini..
Sekiranya anda perasan atau pernah dengar cerita viral pada tahun 2018, kisah pemandu grab menghantar penumpang ke Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi.. Anda boleh google kisah ini.. Berpunca dari kisah ini kami team paranormal WOW mengambil keputusan untuk ke sini..
Berbalik semula kepada bangunan istitut yang telah sekian lama terbiar.. Kami dalam 12 orang ketika itu.. Pada mulanya masing2 ingat lokasi sebenar adalah tanah perkuburan.. Dengar kubur jew pun dah seram kan.. Masing2 excited.. Maklum la ramai.. kalu suh sorang2 p memang tak maunye..
Sampai jew lokasi sebenar iaitu bangunan institut tu.. Masing2 tengok sesama sendiri.. Agak goyang iman tengok tempat tu.. macam2 duk fikir.. Bahaya dengan keadaan bangunan yang usang, semak yang tinggi, gelap segelap gelapnya.. Anda bayangkan, bangunan sekolah yang ada bilik kelas, makmal, bilik perpustakaan, padang badminton, kawasan parking dan lapang, tapi terbiar.. macam tu bangunan institut ini..
Sebelum kami masuk kedalam.. ketua kami memberi taklimat ringkas dulu.. Antara kandungan taklimat beliau yang sempat saya ingat:
• Niat di hati nak lihat kebesaran Allah s.w.t
• Program ini untuk memupuk sikap berani dalam diri dan menebus benteng ketakutan yang selama ni duk menyelubungi diri
• Merasai pengalaman sebenar bila berada di dunia separuh ghaib (antara sedar dan tak sedar)
• Jaga mulut jangan celupar
• Jangan berpisah dari team.. kalu berpisah lepas subuh baru cari korang.. hehe
• Kalu ada nampak makhluk ghaib, buat ded jeww.. jangan fokus kepada makhluk tersebut.. buat bodoh jew..
Selesai taklimat, kami semua dah ready untuk masuk ke dalam tetapi salah seorang dari kami surender awal.. Beliau mintak tunggu dalam kereta jew.. Dengan alasan takut kereta orang curi.. korang p la ronda2 cari hantu tu.. Beliau ni memang penakut tapi mulut boleh tahan menyembang..
Tepat jam 1.08pagi, kami masuk dengan melompat pagar kedalam.. Masuk jew terus rasa panas.. yang peliknya waktu ni tengah malam, pokok banyak.. Kami dimaklumkan oleh ketua program, ini adalah perkara biasa bila kita berada di situasi tersebut.. Itu adalah aura makhluk ghaib.. Kita just dapat rase jew.. lihat mereka insya allah..
Kami diarah untuk ronda2 dulu kawasan tanpa berpecah.. kami memasuki bangunan 4 tingkat seperti bangunan sekolah.. ade bilik kelas dan tandas.. kami pusing2, pada mula agak takut2.. Lama tu dah biasa.. sebab ada jew peserta yang buat lawak.. Tapi yang ajaibnya, pada mula masuk bangunan tu, pandangan memang gelap.. Perlu guna lampu suluh untuk berjalan.. Tapi setelah lama tu, mata ni boleh lihat jelas walau dalam gelap.. Tu lah kelebihan mata manusia yang Allah beri..
Untuk pengetahuan, hijab admin memang sudah dibuka oleh ketua program.. Tapi tidaklah dibuka sepenuhnya.. Buka sikit2 jew.. Hijab level 1 katenye.. Untuk level 1 ni, hanya nampak samar2 sahaja dan dapat rase kehadiran makhluk ghaib lebih jelas berbanding yang lain.. Kadang2 ade jugak nampak jelas.. Tapi bergantung situasi dan moo tika tu..
Masa meronda2 tu, admin sekilas pandang penampakan yang jelas.. tapi admin tak lihat terus.. buat bodoh jew.. Wanita berambut panjang menutupi mukanya, baju hantu standard lah kain putih.. Tapi yang ni tinggi, kepala hampir menyentuh siling kelas.. time tu memang takut tapi sebab ramai boleh la cool sikit.. Tiba2 ketua program tegur admin.. “ Bang, ok tak..?”.. admin jawab allahamdullilah, rezeki malam ni..
Admin dah penat taip ni.. facebook dah jem taip panjang2.. ade mase admin sambung lagi.. Admin mintak anda tolong share ramai2.. Baru lah admin semangat skit nak sambung taip.. hehe..
Jom share