01/02/2021
๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐.
Sekiranya anda merancang untuk bercuti ke Kelantan, terdapat banyak kedai makan yang boleh anda cuba. Bukan saja sedap tapi ada kelainan dari segi konsep dan rasa. Kelantan ni memang syurga makanan dan terkenal dengan pelbagai adat dan tradisi yang masih kekal hingga hari ini. Saya kongsikan 5 tempat makan menarik yang wajib anda kunjungi sekiranya melancong ke negeri Kelantan. Korang wajib cuba!
1. SIAM RESTORAN
Tak asing lagi warga Malaysia yang meminati masakan ala-ala thai kan? Dan Kelantan juga merupakan negeri yang tidak asing dengan masakan Thailand.
Haaa! Jika bercuti di negeri kelantan wajib singgah di Siam restoran untuk mencuba pelbagai masakan siam yang terdapat di restoran tersebut.
Lokasi: Seksyen 26 Lot 278, No 4830 Jalan bayam.
No tel: 0104409898
Waktu operasi: 3.00 pm - 11.30 pm
Sosial media: Facebook , instagram
2. WARUNG PAK MAT PULAU PISANG
Wah tengok gambar pun dah meleleh air liur apatah lagi kalau dapat merasa Teh Beng Madu Float bersertakan aiskrim yang diproses sendiri oleh warga Warung Pak Mat. Warung ini merupakan warung yang agak tersohor dengan Teh Beng Madu tersebut.
Apa tunggu lagi ,? Moh lee kita serbu..
Lokasi: 946 KG Kijang , Jalan Pantai Cahaya Bulan 15350 Kota Bharu.
No Tel: 0139198131
Waktu operasi: 7:30 pg-4:30 ptg
3. SUWARIN JINDA CAFE (hostel pantai)
Bagi penggemar makanan laut wajib singgah ke SUWARIN JINDA CAFE , cafe ini menpunyai pelbagai menu makanan laut seperti Tomyam baby lobster, Nasi goreng lobster,King Crab, Belangkas,Udang, Sotong, Kerang , tiram dan banyak lagi pilihan makanan laut yang segar segar.
Jangan lepaskan peluang ini jika berkunjung ke Kelantan.
Lokasi: Berhadapan kem kijang
Waktu operasi: 3.30pm-11.30pm
No Tel: 0142104995
Sosial media: Facebook, instagram
4. WARUNG ACU TERA
Siapa je yang tak s**a makanan laut yang dicelup dan digoreng bersama tepung. Kerangupan dan keenakan tersebut diiringi dengan pemandangan pantai yang cantik bersertakan angin pantai yang semula jadi membuatkan ramai pelanggan yang singgah ke warung acutera.
Warung ini tidak pernah putus dengan kehadiran pelanggan oleh kerana mereka sentiasa menghidangkan hidangan yang segar dan harga yang murah dan berpatutan.
Jomm lah kitaa..
Lokasi: Pantai sabak , Kota bharu Kelantan
Waktu operasi: 3:00ptg - 10:00 mlm
No tel: 0148407616
Media sosial: instagram, Facebook
5. SABYE SABYE CAFE
Mesti anda semua sering mendengar cafe kepunyaan pengasas kosmetik dan juga merupakan instafamous yang bernama Sheilanan kan. Cafe yang cantik dan sesuai untuk berootd bersertakan pelbagai menu barat yang menarik.
Antara menu yang terdapat di cafe ini seperti Beef Nachos with Cheese, Spicy korean chicken with cheese, Beef stick , Lamb chop, Beef chili fries, Daging Singa Teriak, Kakigori, Thai pancake ala-ala dip&dip dan banyak lagi masakan yang menarik yang terdapat di cafe ini.
Jangan lepaskan peluang ini ..
Lokasi: Kampung Morak Kelantan
Waktu operasi: 3pm-12am
No tel: 097181172
Sosial media: Facebook, instagram
Join our telegram Chanel to get more travel info, tips, attraction place travel package, and many more!
t.me/dndsignaturevacation