Kembara Haramain Bersama Yatt

  • Home
  • Kembara Haramain Bersama Yatt

Kembara Haramain Bersama Yatt Umrah Bersama Sitty Travel

19/07/2021

Rindu!

19/01/2021

16/01/2021
20/10/2020

Rindu!

17/10/2020

1⃣ HARI 1⃣ SUNNAH

💖✨💖✨💖✨💖

ADAB BERBICARA

7⃣ Menghindari perkataan keji

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ

”seorang mukmin itu bukanlah pencela atau pengutuk atau yang keji pembicaraannya”..
(HR. Al-Bukhari di dalam Al-Adab al Mufrad dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Wallahu a'lam

📮 1 HARI 1 SUNNAH

17/10/2020

1⃣ HARI 1⃣ SUNNAH

💖✨💖✨💖✨💖
..sambungan.... *ADAB BERBICARA*

8⃣ Menghindari sikap menyombongkan diri dan banyak bicara di dalam berbicara.

Di dalam hadis Jabir Radhiyallahu ‘anhu disebutkan:

وإن أبغضكم إلي وأبعدكم مني يوم القيامة الثرثارون، والمشتشدقون والمتفيهقونز قالوا: يا رسول الله، ما المتفيهقون؟ قال: المتكبرون

“Dan sesungguhnya manusia yang paling aku benci dan yang paling jauh dariku di hari Kiamat kelak adalah orang yang banyak bicara, orang yang berpura-pura fasih dan orang-orang yang mutafaihiqun”. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulllah, apa erti mutafaihiqun? Nabi menjawab: “Orang-orang yang sombong”.
(HR. At-Tirmidzi, dinilai hasan oleh Al-Albani).

Wallahu a'lam

📮 1 HARI 1 SUNNAH

16/10/2020

Sabar & redha atas setiap ujian dari Allah Taala

31/05/2020

c&p

Alhamdulillah Masjid Nabawi sudah dibuka untuk solat berjemaah. Video disertakan adalah semasa solat subuh hari ini, 31 Mei 2020 (8 Syawal 1441).

Tiada lagi lapikan permaidani, kedudukan jemaah dijarakkan, dan pastinya jumlah yang boleh bersolat berkurangan, hanya tinggal 1/3 dari kapasiti asal.

Mudah-mudahan sedikit masa lagi kita boleh kembali ke Masjid Nabawi lagi, walaupun kos umrah kita nanti akan lebih mahal dari sebelum ini kerana penjarakan sosial dilaksanakan di dalam pesawat. Ibadat Haji tahun ini mungkin akan hanya dibenarkan kepada penduduk tempatan dengan jumlah yang terhad.

Dan, semoga masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia akan dapat dibuka sedikit masa lagi. Insya Allah.

BAGAIMANA MUJAHADAHNYA NENEK MOYANG KITA MENGERJAKAN HAJI Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang...
02/05/2020

BAGAIMANA MUJAHADAHNYA NENEK MOYANG KITA MENGERJAKAN HAJI

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

Credit :
Ustaz Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

06/03/2020
Berkaitan covid19...
06/03/2020

Berkaitan covid19...

19/02/2020
c&pPROSEDUR UNTUK KES KEHILANGAN PASPORT DI TANAH SUCIPesanan buat diri serta saudara mara, sahabat-sahabat jemaah yang ...
19/02/2020

c&p

PROSEDUR UNTUK KES KEHILANGAN PASPORT DI TANAH SUCI
Pesanan buat diri serta saudara mara, sahabat-sahabat jemaah yang berada di Masjidil Haram.

Awasi beg anda terutamanya benda berharga dalam beg tersebut.
--------
Beberapa hari yang lalu sahabat suami kehilangan beg sandang di tandas lelaki bernombor 8. Barangan penting dalam beg antaranya pasport, kad ATM serta wang tunai. Rancangan asal untuk ke Madinah terpaksa di batalkan untuk uruskan hal ini.

Sahabat ini datang secara DIY dengan visa pelancong. Dua hari juga ding d**g ding d**g berurusan di Jeddah dan Makkah. Berurusan di sini tak mudah. Kalau urusan selesai dalam masa sehari adalah suatu yang " miracle", Sujud syukur lah kita. Alhamdulillah. Kunci utama: banyakkan doa dan sabar, sabar dan sabar 😊

Sebenarnya nak cerita prosedur yang harus dilakukan jika berlaku kehilangan pasport di sini. Ya lah, masalah besar sebab tak boleh balik Malaysia seperti yang dijadualkan.

Bagi pemegang visa pelancong, buat masa ni urusan update pasport baru dan visa hanya boleh dilakukan di jawazat (imigresen) Jeddah sahaja, tak boleh buat di Syumaisyi mahupun di jawazat Makkah.

Baik, bila berlaku kehilangan barang di Masjidil Haram :

1. Segera pergi ke bahagian "lost and found" untuk cari sekiranya barang yang hilang ada di situ. Sekiranya tiada,
2. Segera buat laporan polis dan dapatkan surat laporan polis. Kebiasaannya polis akan minta tunggu hingga 24 jam sebelum ambil laporan. Jadi kena ulang sikit ke sini, ada rezeki kita, ada polis yang sudi ambil laporan sebelum 24 jam. Doa banyak-banyak.

Untuk kehilangan pasport;
3. Terus pergi ke konsulat Malaysia di Jeddah untuk buat pasport baru. Akan diberikan pasport sementara. Biasanya urusan selesai dalam beberapa jam
4. Terus ke Jawazat Al Rehab, Jeddah untuk kemas kini rekod pasport baru
5. Selesai, Insyaallah. Jika tak selesai, ticket penerbangan balik harus di tukar atau "burn", beli baru.

* Sila rujuk gambar untuk perincian.
Moga bermanfaat
--------
Kadang-kadang kita dah sangat berhati-hati , namun berlaku jua musibah. Redha dan tabah lah atas ujian ini. Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Pasti ada ibrahnya, InsyaAllah

Wallahualam




Perkongsian oleh :
Assoc. Prof Norazuwa Mat
Pensyarah Universiti Umm Al-Qura
Warga Malaysia

18/02/2020
13/02/2020

Masha Allah
Tabarakallah

Kata guru saya, lazimi sebut kalimah tersebut utk hindari sifat sombong, riak, ujub dll

Wallahu'alam

https://youtu.be/oqH-vJikThI
04/02/2020

https://youtu.be/oqH-vJikThI

Sedutan dari Kuliah Tafsir oleh Ustaz Subri Md Arshad di Masjid Abu Bakar As Siddiq, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah pada 26 November 2016. Kuliah berkenaa...

Bila golongan mak nyah menunaikan umrahTahun lepas saya pernah dihubungi oleh 2 wakil syarikat agensi umrah tanahair, me...
02/02/2020

Bila golongan mak nyah menunaikan umrah

Tahun lepas saya pernah dihubungi oleh 2 wakil syarikat agensi umrah tanahair, mereka bertanya apakah hukum mereka membawa golongan mak nyah untuk mengerjakan umrah. Ini kerana 2 syarikat ini telah didekati oleh golongan ini untuk menguruskan ibadah umrah mereka. Respon saya:

1) Hukumnya harus dan mereka layak untuk mengerjakan ibadah umrah selagi mereka muslim. Namun pihak agensi perlu meletakkan beberapa syarat penting yang mana golongan ini WAJIB mematuhinya.

2) Antara syarat yang wajib tunaikan, perserta dari golongan mak nyah wajib mengerjakan umrah berdasarkan hukum asal jantina mereka iaitu lelaki bukan sebagai wanita.

3) Untuk mengelakkan payudara tiruan mereka kelihatan oleh orang awam ketika memakai kain ihram, maka mereka diwajibkan memakai kain bengkung yang tidak berjahit.

4) Mereka bukan sahaja hanya wajib berihram seperti lelaki malah wajib berpakaian lelaki di Mekah dan Madinah demi menghormati kesucian kedua-dua Tanah Haram. Mereka tidak boleh berpakaian seperti perempuan walaupun bertudung atau bertelekung.

5) Golongan mak nyah ini juga wajib mengerjakan ibadah di ruang solat lelaki, begitu juga tandas yang ingin digunakan mestilah tandas lelaki. Bahkan agensi wajib memastikan bilik penginapan mereka tidak boleh bercampur dengan wanita tulen.

6) Jika mana-mana agensi umrah tidak menitik beratkan syarat-syarat tersebut atau membiarkan mereka beraksi sama seperti keadaan mereka di tanahair iaitu seperti perempuan, maka ini bermakna pihak agensi telah bersubahat atas perkara mungkar yang dibiarkan berlaku di tanahsuci. Bagi saya ini satu penghinaan yang dilemparkan ke atas kedua-dua tanah haram yang mulia.

7) Peringatan dari saya kepada pihak agensi jika kelakuan mungkar ini jika tidak dibendung atau dibiarkan ia akan menjadi penyebab reputasi dan nama baik agensi itu tercalar, malah akan menerima kecaman dari orang ramai.

8)) Sekarang visa umrah boleh didapati dengan dua cara, samaada visa umrah atau visa pelancong. Jika melalui visa umrah para peserta umrah mesti melalui syarikat agensi umrah yang berdaftar. Manaka visa pelancong tidak wajib melalui agensi bahkan boleh urus dan pergi umrah sendiri. Berita di bawah ini saya tidak pasti metod mana satu yang digunakan oleh peserta umrah ini, samaada ikut agensi atau pergi sendiri.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

c&p

Oleh kerana ia memakai ihram perempuan ia wajib membayar dam setiap kali berpakaian ihram perempuan. Ia boleh memilih sama ada :

1. Menyembelih seekor kambing di Mekah

atau

2. Beri makan kpd enam orang fakir miskin di Mekah setiap orang dua cupak makanan asasi bersamaan SAR10.

3. Puasa tiga hari di Mekah

Jika direzekikan lagi, ini adalah dalam 'wishlist' sis utk diziarahi. In Shaa Allah🌹🌹🌹 c&pDiceritakan bahawa masih wujud...
01/02/2020

Jika direzekikan lagi, ini adalah dalam 'wishlist' sis utk diziarahi. In Shaa Allah

🌹🌹🌹 c&p

Diceritakan bahawa masih wujud tapak rumah Sahabat Nabi SAW iaitu Saidina Kaltsum bin Hidmin r.a. di mana di saat hijrah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم telah bermalam di rumah beliau selama 4 hari ketika sampai ke Madinah dan dalam tempoh inilah Baginda SAW mula membina Masjid Quba' bersama para Sahabat. Tapak rumah ini masih ada hingga ke hari ni iaitu berdekatan dgn Masjid Quba' di dalam sebuah ladang kurma. Di ladang inilah juga terdapat telaga bernama Bi'r Izik yang mana airnya masin lalu diludah oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم hinggakan airnya menjadi enak. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah minum dan berwudhu' dari air telaga ini dan inilah "antara" telaga yg ada di zaman Nabi SAW yg masih kekal ada hingga ke hari ini manakala telaga lain hanyalah tinggal kenangan dan hanya tinggal sejarah sahaja dan sudah tiada lg. Ketika Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم duduk berehat di satu tempat, Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه telah menaungi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan rida' dan di sini dahulunya di zaman Umar Abd Aziz rah dijadikan tapak masjid. Semoga kita semua terus menerus mnjadi pencinta Nabi SAW dan semoga kesan peninggalan sirah Nabi SAW ini menjadi pengubat rindu buat kita semua. Aamiin

Bi'r Izik : lokasinya di seberang jalan Masjid Quba'


c&pBerapa helai pakaian nak dibawa ye...?🤔Bila baca cara jemaah jemur baju dengan guna pin di langsir hotel, jemur atas ...
30/01/2020

c&p

Berapa helai pakaian nak dibawa ye...?🤔

Bila baca cara jemaah jemur baju dengan guna pin di langsir hotel, jemur atas lampu, rentang tali dalam bilik hotel..ada yang terfikir tak - rosak infrastruktur hotel yang akan diguna oleh ramai jemaah lain.

Pernah sembang dengan pengusaha hotel di Mekah. Kisah langsir roboh kerana gantung baju berat yang basah. Lampu berdiri rosak kena air dari baju yang dijemur. Karpet jadi busuk kerana air menitik tempat baju dijemur dalam bilik.

Cuba bayangkan duduk dalam bilik berempat. Setiap orang basuh 1 jubah, 1 seluar, 1 tshirt inner dan dalam2 - macam kedai dobi jadinya.

Kejar pahala umrah dan haji tapi merosakkan harta orang lain. Boleh dielakkan.

Bawalah baju cukup dan tepat. Terutama untuk umrah. Rancang supaya tak perlu basuh terlalu kerap. Basuh hanya yang perlu sahaja dan jemur dalam tandas. Cukuplah buat hiasan baju basah dalam bilik.

Rancang pakaian mengikut keperluan di sana. Keperluan minimal tetapi tepat kegunaannya.

😊

Gambar2 hiasan sahaja...

c&pJabatan kaji cuaca di Arab Saudi telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa negara ini akan dilanda cuaca sejuk yang ek...
26/01/2020

c&p

Jabatan kaji cuaca di Arab Saudi telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa negara ini akan dilanda cuaca sejuk yang ekstrem secara berperingkat.

Perkara ini disebabkan turunnya salji dan hujan yang berterusan melanda kawasan sebelah sempadan utara Arar, Turaif, Qurayyat dan Al-Jouf sejak 21 Januari lagi. Tempat-tempat ini berada di belah utara Arab Saudi.

Menurut mereka, gelombang sejuk yang pertama bermula sejak Selasa lepas dan sudah berakhir pada Jumaat. Dan gelombang kedua p**a bermula Sabtu dan berkemungkinan besar akan berlarutan sehingga seminggu lamanya. Tambahnya lagi, gelombang kedua ini lebih kuat dan teruk.

Jangkaan suhu di sebelah selatan Tabuk, Taima dan al-Ula akan menurun sehingga negatif 4. Suhu di beberapa kawasan lain termasuklah Mekah akan mencecah 10 darjah. Manakala Riyadh dan Madinah akan merasai suhu serendah 2 dan 3 darjah.

Pihak mereka telah menggesa penduduk di negara ini agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang penurunan suhu yang ekstrem ini.

Juga dinasihatkan kepada para jemaah yang akan masuk ke Mekah dan Madinah dalam minggu ini, sediakan baju sejuk dan kelengkapan lain secukupnya. Satu digit suhu sebegini bukanlah benda yang biasa kita hadap di Malaysia. Oleh itu, kena berhati-hati.

Itulah.

Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيماللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمدTERKINI!!!JADUAL RAUDHAH BERUBAH LAGI (MUS...
26/01/2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

TERKINI!!!JADUAL RAUDHAH BERUBAH LAGI (MUSLIMAT) :
Dikemas kini pd : 24/1/2020

✅ Lepas Solat Subuh:

730am - 8.00am
============
Entry pertama dan tidak ada lagi selepas itu.
Mesti ada dalam bahagian pintu kayu. Selepas itu pintu tidak akan di buka lagi.

✅ Lepas Solat Isyak :

7.30-8.00malam
==============
Entry pertama yang memang ada dalam pintu kayu hanya petak yang ke 2 dan ke 3. Diberi pelepasan masuk dahulu. Petak seterusnya pada jam 11malam.

10.45 - 10.55malam
=================
Entry kedua yang duduk di check point pertama selepas masuk dari Bab 25. Semua Wheel Chair juga akan masuk waktu ini sahaja.

11.45 - 00.00 malam
=================
Entry ketiga yang duduk d check point pertama selepas masuk dari Bab 25. Ini yang paling akhir masuk. Selepas itu pintu masuk ke RAUDHAH tidak akan dibuka lagi.

Credit Ustazah Zai Zakiah

c&p

25/01/2020
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya MujibJemputlah sahabat2 kami yang belum pernah dan jemputlah lagi sahabat2 kami yang pern...
20/01/2020

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib

Jemputlah sahabat2 kami yang belum pernah dan jemputlah lagi sahabat2 kami yang pernah tiba ke Haramain untuk menunaikan ibadah umrah dan menziarahi makam kekasihMu kunjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Aamiin Allahumma Aamiin

20/01/2020

Saling mendoakan dari kejauhan...
Sungguhpun jauh di mata, tetap dekat di hati
💞

25 Dis 2019 Rabu (pt 2)Selepas zuhur, kira2 jam 2 petang Kump**an 24 Bas Kuning akan bertolak ke Jeddah. :😭...semestinya...
20/01/2020

25 Dis 2019 Rabu (pt 2)

Selepas zuhur, kira2 jam 2 petang Kump**an 24 Bas Kuning akan bertolak ke Jeddah.
:
😭...semestinya akan merindui lagi dan lagi bumi anbiya' ini.
:
Mengikat tali silaturrahim, menjalin kasih sayang & mengukuhkan ukhuwahfillah selama 12 hari. Mudah2an terus kekal 'persahabatan' kami hingga ke syurga.

-tamat-


Hayati makna doa2 ini membuatkan hati rasa tak keruan...Allahu😭
15/01/2020

Hayati makna doa2 ini membuatkan hati rasa tak keruan...
Allahu😭

25 Dis 2019 Rabu (pt 1)Sekali lagi, Kuliah Dhuha oleh UMED di perkarangan luar Masjid Nabawi. 👍:Ziarah wada' 😭...pastiny...
15/01/2020

25 Dis 2019 Rabu (pt 1)

Sekali lagi, Kuliah Dhuha oleh UMED di perkarangan luar Masjid Nabawi. 👍
:
Ziarah wada' 😭...pastinya akan merindui lagi tempat ini.
:
Alhamdulillah, sempat pusing keliling Masjid Nabawi. Lupa nak bawa smart watch, kalu kira berapa langkah, ada cecah 10,000 kot...😆


24 Dis 2019 Selasa (pt 2)Makan malam di Shareq Qurban. Jazakallahu khairan kathira Tn Hj Azlee & Pn Hjh Siti Hurriyah:Ke...
14/01/2020

24 Dis 2019 Selasa (pt 2)

Makan malam di Shareq Qurban.
Jazakallahu khairan kathira Tn Hj Azlee & Pn Hjh Siti Hurriyah
:
Kena pulun kemas beg wehh....esok dah nak balik ke tanahair.
:
Kenangan dengan lif hotel. Alahai😅


Address


Telephone

+60122967415

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Haramain Bersama Yatt posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kembara Haramain Bersama Yatt:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share