15/05/2019
CAMERON Highlands cukup terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi di Malaysia. Terletak di barat daya Pahang, pusat peranginan ini kaya dengan khazanah semula jadi serta keunikan flora dan fauna. Keindahan Cameron Highlands tidak pernah pudar malah terus memukau siapa saja.
Cameron Highlands mendapat nama selepas seorang pegawai Inggeris, William Cameron menemui tanah tinggi itu ketika sedang melakukan tinjauan pemetaan pada 1885.
INFO:
Cameron Highlands berkeluasan 71,218 hektar dengan populasi penduduk melebihi 32,000 orang.
Mencapai ketinggian 1,230 meter dari aras laut dengan suhu purata 19.8 darjah selsius.
Puncak tertinggi terletak di Gunung Brincang dengan ketinggian 2,000 meter dari aras laut.
Bandar utama Tanah Rata (pusat pentadbiran), Brincang dan Kea Farm (kawasan tumpuan pelancong), Ringlet, Tringkap, Kuala Terla serta Kampung Raja (kawasan ladang).
Penempatan kaum Melayu pertama, Kampung Taman Sedia di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan homestay.
TARIKAN:
Taman Agro Teknologi Mardi (TATM).
Gunung Lumut, Taman Flora, Hutan Lipur Parit Fall.
Ladang teh: Brincang dan Sungai Palas.
Taman bunga Cactus Point iaitu 500 meter dari Kea Farm, Rose Centre, Rose Valley.
Kebun buah strawberi dan taman rama-rama.
Aktiviti redah hutan.
The Smoke House, The Lake House dan Strawberry Park.
Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.