30/03/2022
PERBEZAAN PULAU PERHENTIAN KECIL DAN PULAU PERHENTIAN BESAR
Untuk anda yang belum pernah menjejak kaki atau tidak tahu langsung pasal Pulau Perhentian! Tahukah anda Pulau Perhentian ini terbahagi kepada 2 p**au iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Ramai juga yang bertanya apa beza antara dua p**au ini dan yang mana lebih menarik jika nak ke Pulau ini sebenarnya ia adalah subjektif.
Untuk pengetahuan anda kedua-dua p**au ini mempunyai tarikan dan keistimewaan yang tersendiri dimana setiap p**au ini mempunyai pelbagai pilihan chalet dan resort yang bersesuaian dengan bajet anda. Disini kami kongsikan sedikit maklumat berdasarkan pengalaman dan input yang ada, mana tahu ia berguna untuk anda membuat pilihan nanti ok.
โก๏ธ PERHENTIAN BESAR (BIG ISLAND)
Di Pulau Perhentian Besar ini terdapat banyak chalet/resort yang lebih selesa dan suasana yang kondusif terutama kepada mereka yang datang bersama keluarga dan anak-anak serta bersama teman-teman anda. Perhentian Besar juga sesuai kepada mereka lebih s**akan ketenangan dan kedamaian yang mungkin boleh hilangkan tekanan dan keserabutan yang ada di fikiran anda.
Ramai juga antara mereka yang Tanya senang ke nak makan kat perhentian besar ni! Sebenarnya tak susah pun untuk anda cari makan di Perhentian Besar ini kerana setiap resort terdapat restoran masing-masing dan anda boleh pilih jer nak makan kat resort mana-mana ikut s**a anda. Cuma anda perlu tahu kebanyakan restoran resort disini akan tutup pada pukul 10pm, jadi anda kena turun awal untuk makan. Harga makan kat sini standard la โharga p**auโ mahal sikit dari harga tanah besar, tak dinafikan pergilah mana-mana p**au sekali pun harga mesti mahal sikit dari tanah besar kan.
Pulau Perhentian Besar ini terbahagi kepada beberapa teluk seperti Teluk Pauh, Teluk Dalam (Deep Bay), Teluk Keke dan teluk2 lain yang sesuai untuk dikunjungi jika mahukan kedamaian.
โก๏ธ TELUK DALAM (DEEP BAY)
Seperti kawasan Teluk Dalam ia sesuai juga untuk kanak-kanak, kerana disini sekarang terdapatnya aktiviti โFire Showโ untuk ditonton tapi tidaklah semeriah kat Long Beach, Perhentian Kecil. Kat sini juga anda boleh lepak-lepak santai sambil layan โShishaโ di kafe tepi pantai dengan menghirup udara yang nyaman dan angin yang bersempoi-sempoi, ini pasti akan mengamit kenangan anda bersama teman-teman rapat.
Di sini juga amat-amat sesuai untuk keluarga yang bawak anak-anak kecil untuk bermain di tepi pantai dan mandi-manda kerana Teluk Dalam ini mempunyai pantai yang luas dan panjang di Pulau Perhentian anda boleh lepak jer atas buaian sambil tengok anak-anak kita bermain dan apa yang penting juga kawasan pantai di sini tidak terlalu panas kerana ditutupi oleh pokok yang memberi tempat berteduh.
โก๏ธ TELUK PAUH
Di Teluk Pauh mempunyai satu sahaja resort iaitu Perhentian Island Resort yang boleh dikatakan sebagai salah satu resort yang mewah di Perhentian Besar. Perhentian Island Resort ini juga merupakan resort yang lama/tertua yang ada di p**au ini, tapi dari semasa ke semasa resort ini sentiasa menaiktaraf infrastuktur bagi memberi keselesaan dan memenuhi permintaan para pelancong. Kebanyakan para pelancong yang menginap di sini adalah pelancong dari luar negara kerana harganya agak tinggi tapi berpadanan dengan perkhidmatan yang kualiti yang anda akan dapat.
Keistimewaan kat sini ialah ia mempunyai pasir pantai yang putih dan air yang sangat jernih. Selain itu, air kat sini amatlah tenang dan tidak berbatu dan ia sesuai untuk bawak anak-anak bermain air admin pun s**a mandi manda kat sini. Jika anda stay di kawasan sekitar Coral View Resort anda boleh jelan kaki untuk datang mandi kat pantai ini..gerenti anda puas hati.
โก๏ธ PERHENTIAN KECIL (SMALL ISLAND)
Pulau Perhentian Kecil yang semakin mendapat tempat dihati para pelancong tempatan yang ingin ke Pulau Perhentian. Bila ditanya hendak stay dimana? Ramai yang jawab saya nak stay di Perhentian Kecil itu la permintaan yang selalu di dengar. Malah Perhentian kecil juga menjadi tarikan kepada pelancong luar negara kerana di perhentian kecil ini terdapat penginapan yang murah dan bajet.
Perhentian kecil juga mempunyai tempat-tempat menarik dan sentiasa menjadi tarikan kepada anda untuk dikunjungi antaranya seperti long beach,kincir angin, romantic beach, coral bay, kg nelayan dan lain2.
โก๏ธ LONG BEACH
Ada apa kat Perhentian Kecil ni! Ok port yang paling menarik di Perhentian Kecil ialah pada โLONG BEACHโ. Kenapa dengan Long Beach p**ak, Ok Long Beach ni tempat yang paling happening kat Pulau Perhentian bila malam menjelma ia terkenal dengan suasana nightlife seperti โParty & Fire Showโ dan ia menjadi port utama bagi mat salleh dan golongan muda melepak santai sambil layan muzik.
Tetapi kepada anda yang tidak s**a crowded, noisy & party ini bukan tempat untuk anda. Kami tidak cadangkan anda menginap di sini kerana suasana di Long Beach sangat bising dan happening sehingga lewat pagi lebih-lebih lagi time peak season ia sangat-sangat crowded disini. Bagi anak-anak kecil atau dibawah umur p**a ia tidak sesuai disini tapi ia juga terp**ang kepada anda sendiri, ada jer keluarga yang bawak anak-anak meraka cuma harus diberi perhatian.
โก๏ธ CORAL BAY
Selain itu, Teluk Aur (Coral Bay) juga menjadi perhatian dan anda boleh cuba untuk stay di sini jika tidak pernah datang kerana ia berhampiran dengan Long Beach. Untuk ke Long beach hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit dengan berjalan kaki melalui trek dan tidak perlu naik bot.
Di sini terdapat juga beberapa resort yang harganya agak tinggi dengan pemandangan yang menarik, malah anda juga boleh pilih chalet-chalet murah yang ada di Coral Bay yang disediakan dengan keadaan bilik yang basic. Kalau nak makan kat sini pun tidak perlu risau sebabnya di Coral bay ini terdapat beberapa kedai makan tepi pantai selain restoran di resort.
Apa yang menarik kat Coral Bay ni? Coral Bay ni menjadi salah satu port yang terbaik untuk anda menikmati keindahan dan pemandangan matahari terbenam di ufuk barat yang cukup indah dan ia juga bergantung pada keadaan cuaca.
โก๏ธ KAMPUNG NELAYAN
Di Pulau Perhentian ini terdapat satu perkampungan yang dihuni oleh penduduk Pulau Perhentian sejak dahulu lagi. Kg.Nelayan ini terletak di Perhentian kecil dan bertentangan dengan Perhentian Besar. Disini lengkap dengan sekolah, balai polis, balai bomba, masjid dan kedai-kedai runcit ataupun makan. Jika anda berkunjung di sini anda berpeluang untuk melawat Masjid Ar Rahman ini dimana kedudukannya yang sebahagian berada di atas air amat mendamaikan jemaah ketika bersolat di sini.
Makan di Kampung Nelayan ini lebih murah sikit berbanding resort-resort di Perhentian Besar dan kecil. Jika anda stay di Perhentian Besar atau Long Beach dan Coral Bay anda perlu menaiki water taxi dengan kadar harga yang berlainan mengikut tempat yang anda menginap. Kebiasaannya, semasa aktiviti snorkeling boatman akan bawa anda untuk makan tengahari di sini dan anda boleh merasai masakan kampung yang lazat dan enak oleh penduduk Pulau Perhentian.
Anda juga boleh stay kat sini kerana di Kg.Nelayan ada sediakan penginapan seperti homestay, hostel ataupun resthouse dengan harga yang berpatutan. Kebanyakan penginapan di sini mempunyai bilik yang berhawa dingin dan anda boleh lihat budaya hidup penduduk Pulau Perhentian ini.
DM for bookings and details โฌ๏ธ
๐ www.wasap.my/60162223174/pakejp**auperhentian2022
๐ www.wasap.my/60162223174/pakejp**auperhentian2022
๐ www.wasap.my/60162223174/pakejp**auperhentian2022