19/11/2021
*TERMA & SYARAT UMRAH TERKINI*
1. Hanya jemaah 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan pergi Umrah.
2. Jemaah yang telah lengkap vaksin sahaja dibenarkan pergi Umrah. Jenis vaksin yg dibenarkan Arab Saudi ialah Pfizer, Moderna, Johnson & AstraZeneca.
(Utk Sinovac, jemaah perlu ambil 1 dos “booster” dpd Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca sebagai syarat)
3. Daftar jenis vaksin diambil dlm https://muqeem.sa/ #/vaccine-registration/home dan bawa salinan pengesahan vaksin utk semakan pihak berkuasa Arab Saudi.
4. Visa Umrah & visa Pelancongan dibenarkan buat Umrah.
5. Jemaah kena install app Tawakkalna & Eatmarna dlm phone masing-masing.
(Tawakkalna – Utk pantau kesihatan & pergerakan jemaah (spt my sejahtera),
Eatmarna – Utk pohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah & solat di Masjidlharam)
6. Muatan bilik maksimum 2 orang sahaja.
7. Muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% utk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang.
8. Tempahan bilik & kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej setelah tempahan dibuat. Bayaran refund tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan apabila tiba di Arab Saudi.
9. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah kena buat ujian PCR dlm tempoh 72 jam dari waktu berlepas dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi.
10. Tiada kuarantin di Arab Saudi.
11.Ibadah Umrah & ziarah Raudah perlu ada permit (diuruskan oleh agensi Umrah bagi visa Umrah sahaja).
12.Permit ibadah Umrah & ziarah Raudah akan dipohon dari Malaysia sewaktu permohonan visa Umrah.
13.Tiba di Arab Saudi, agensi/jemaah perlu sahkan slot ibadah Umrah & ziarah Raudah selewat-lewatnya 24 jam sebelum slot ibadah Umrah atau ziarah Raudah.
Selepas slot disahkan, tidak boleh dipinda atau batal.
THTS tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berpeluang menunaikan umrah/ ziarah Raudah setelah slot dipinda atau batal oleh jemaah
14.Ibadah Umrah & ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dlm tempoh pakej.
Permohonan melakukan umrah kali ke-2 akan dapat slot/kelulusan selepas 14 hari dari tarikh melakukan umrah pertama. Tertakluk kepada kekosongan slot.
15.Bagi pemegang Visa tourist, urusan permit ibadah Umrah & ziarah Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna,
16. Pergerakan Ibadah Umrah & ziarah Raudah secara berkumpulan (25 org setiap kumpulan) & diiring oleh peg Saudi/wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan ibadah Umrah atau ziarah Raudah.
17. Aktiviti ziarah, jemaah boleh turun dari bas tapi tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
18. Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak perlu permit, hanya perlu scan Tawakkalna.
19.Solat 5 waktu dalam Masjidilharam perlu permit. Jemaah kena mohon sendiri dalam app Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan.
20. Sebelum balik Malaysia, jemaah kena buat ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam) sebelum tarikh/waktu penerbangan dengan keputusan negatif.
(Kos PCR ini elah termasuk dalam harga pakej)
21. Tawaf wada’ masih belum dibenarkan.
22.Tiba di Malaysia, jemaah akan dikena kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
(Kos kuarantin jemaah adalah dibawah tanggungan sendiri)
Semua peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.