01/12/2022
Adab-adab Menziarahi Masjid Nabawi 🕌
Ibadah Haji dan Umrah merupakan ibadah yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap orang mukmin 🧕🏻
Antara adab menziarahi Masjid Nabawi adalah :-
📍 Sentiasa berselawat sepanjang perjalanan dan semasa berada di sana sertamengingati kemuliaan tanah suci Madinah.
📍 Sebaik tiba di Madinah, utamakan keselamatan barang yang dibawa dan uruskan kesempurnaan tempat tinggal.
📍 Digalakkan untuk mandi, bersihkan diri dan memakai bau-bauan pada pakaian yang bersih.
📍 Sebaiknya masuk ke dalam Masjid Nabawi melalui pintu Bab as-Salam (bagi kaum lelaki) dengan mendahulukan kaki kanan serta membaca doa memasuki masjid.
📍 Dirikanlah solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat.
📍 Niat beriktikaf semasa berada di dalam masjid.
📍 Menziarahi makam Rasulullah SAW dan sahabat baginda. Selawat dan sampaikan salam ke atas baginda dan sahabat baginda. Ketika ingin berdoa, berpalinglah ke arah kiblat untuk berdoa kepada Allah SWT (bukan menghadap ke Rasulullah SAW).
📍 Sebelum meninggalkan Madinah (kerana hendak pulang ke tanah air atau hendak ke Makkah), ziarahlah makam baginda untuk ziarah wada' (selamat tinggal). Jika berkesempatan,pergilah juga ke masjid Rasulullah SAW untuk solat sunat dan berdoa memohon syafaat nabi.
📌 Nota: Bagi wanita yang berada dalam haid atau nifas yang ingin melakukan ziarah wada', cukup memadai dengan mengucapkan salam dan berdoa dari tempat yang berhampiran dengan makam Rasulullah SAW di luar Masjid Nabawi.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua ✨
RANCANG UMRAH ANDA BERSAMA KAMI DI TRI-WAYS SEKARANG! 🕋
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan mengenai pakej yang kami tawarkan, klik link di bio atau Whatsapp kami 📲
Yasz - http://www.wasap.my/+601158671745/LuxuryEconomyUmrahTriways
Nisa - http://www.wasap.my/+601139018042/LuxuryEconomyUmrahTriways