Juara Travel Kundasang - Ranau

  • Home
  • Juara Travel Kundasang - Ranau

Juara Travel Kundasang - Ranau BIAR KAMI URUSKAN UMRAH ANDA

Assalamualaikum WBT,Dimaklumkan salah seorang ahli jemaah Juara Travel dari Unit Kundasang-Ranau Cawangan Seri Manjung, ...
25/12/2023

Assalamualaikum WBT,

Dimaklumkan salah seorang ahli jemaah Juara Travel dari Unit Kundasang-Ranau Cawangan Seri Manjung, Perak (Puan Sahinah Binti Saip) telahpun disahkan meninggal dunia sejurus sahaja keluar dari kapal terbang pagi ini di KLIA pada 25 Disember 2023.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah & doa kepada arwah agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa di hari akhirat kelak serta doakan agar dipermudahkan segala urusan sehingga di kebumikan.
‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'

‎ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya"
Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga dan para solihin. Aamiin Allahumma Aamiin 🤲🏻

Alhamdulillah..92 Jemaah dari Sabah akan berangkat pada 13hb Disember 2023, Selesai hari ini Perkongsian dan Majlis Kesy...
02/12/2023

Alhamdulillah..92 Jemaah dari Sabah akan berangkat pada 13hb Disember 2023, Selesai hari ini Perkongsian dan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat untuk jemaah ni

Assalamualaikum wbtBerita baik buat warga Kundasang-Ranau!🕋KURSUS UMRAH PERDANA BERSAMA JUARA TRAVEL UNIT KUNDASANG-RANA...
07/11/2022

Assalamualaikum wbt

Berita baik buat warga Kundasang-Ranau!

🕋KURSUS UMRAH PERDANA BERSAMA JUARA TRAVEL UNIT KUNDASANG-RANAU🕋

Semua bakal jemaah yang akan menunaikan umrah bersama kami diwajibkan untuk datang. Kami juga mempelawa kepada yang baru sahaja mendaftar atau yang berniat menunaikan umrah untuk turut serta kursus perdana ini. Kursus Umrah Perdana ini PERCUMA.

SALAM MAULIDURRASUL 1444H / 2022M“ Sesungguhnya baranagsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah S...
09/10/2022

SALAM MAULIDURRASUL 1444H / 2022M

“ Sesungguhnya baranagsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat “

Hadis Riwayat Muslim



🕋PANGGILAN KE BAITULLAH🕋Alhamdulillah wa insyaaAllah, kami komited untuk meraikan para bakal tetamu Allah SWT ke Tanah S...
08/10/2022

🕋PANGGILAN KE BAITULLAH🕋

Alhamdulillah wa insyaaAllah, kami komited untuk meraikan para bakal tetamu Allah SWT ke Tanah Suci bersama kami di Juara Travel Unit Kundasang-Ranau.

🔷Harga pakej yang berpatutan (rujuk dalam gambar)

🔷Kursus Perdana 3-4 kali secara PERCUMA.

🔷Kursus umrah mingguan secara PERCUMA.

🔷Pembimbing Umrah yang terdiri daripada pelbagai daerah di Sabah (Kundasang-Ranau, Keningau, Tenom, Tambunan, dll)

🔷Kelas Fardhu Ain secara PERCUMA.

Dengan izin-Nya, semoga jemaah yang berniat mahu menunaikan umrah dipermudahkan segala-galanya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh PM kamu atau boleh terus hubungi ejen sah kami.



ALHAMDULILLAHTelah selesai Kursus Umrah Mingguan Juara Travel Unit Kundasang-Ranau secara percuma bagi jemaah kami yang ...
02/10/2022

ALHAMDULILLAH

Telah selesai Kursus Umrah Mingguan Juara Travel Unit Kundasang-Ranau secara percuma bagi jemaah kami yang akan berangkat menunaikan umrah pada bulan Oktober dan November ini.

Tajuk : Manasikh Umrah
Tempat : Mini Pejabat Juara Travel Unit Kundasang-Ranau, Kundasang.
Tarikh : 2/10/2022
Masa : Jam 9.00 pagi - 12.00 Tengahari

Pembimbing Umrah :
MOHD ZULHADI BIN SAIMIN
JUSSERY SAMPIN



Allahummarzuna Hajjah Wal Umrah..Aamiin..
28/09/2022

Allahummarzuna Hajjah Wal Umrah..Aamiin..

🕋*PAKEJ UMRAH MUDAH BERSAMA JUARA TRAVEL*🕋🕋UMRAH SEBELUM CUTI SEKOLAHTarikh  : 29/11/2022 - 9/12/2022(Berbaki 10 Kekoson...
26/09/2022

🕋*PAKEJ UMRAH MUDAH BERSAMA JUARA TRAVEL*🕋

🕋UMRAH SEBELUM CUTI SEKOLAH
Tarikh : 29/11/2022 - 9/12/2022
(Berbaki 10 Kekosongan)

🕋UMRAH MUSIM CUTI SEKOLAH
Disember 2022
(Berbaki 14 Kekosongan)

🕋UMRAH SEBELUM CUTI SEKOLAH FEB 2023
Tarikh : 2/2/2023
(Berbaki 40 kekosongan)

🕋 UMRAH MUSIM CUTI SEKOLAH 2023
Februari-Mac 2023
(Berbaki 40 kekosongan)

🕋UMRAH RAMADHAN
Bulan Ramadhan 2023
(Tempat Terhad)

Juara Travel Unit Kundasang-Ranau memilih untuk menggunakan Visa Umrah demi kebaikan para jemaah kami☺️

Pakej Umrah Mudah :

- Menggunakan VISA UMRAH.

- Belum termasuk penerbangan domestik KK-KL-KK (akan diuruskan oleh syarikat)

- Termasuk makan/minum 3 kali sehari di hotel kediaman di Mekah & Madinah.

- Kursus umrah mingguan/ kursus asas fardhu ain/ kursus umrah perdana SECARA PERCUMA diadakan disekitar Ranau/Kundasang.

Semoga niat anda untuk menunaikan umrah bersama kami dipermudahkan🤲🏻🕋



KURSUS UMRAH MINGGUAN JUARA TRAVEL UNIT KUNDASANG-RANAUAlhamdulillah selesai kursus umrah mingguan pada 25 SEPTEMBER 202...
26/09/2022

KURSUS UMRAH MINGGUAN JUARA TRAVEL UNIT KUNDASANG-RANAU

Alhamdulillah selesai kursus umrah mingguan pada 25 SEPTEMBER 2022 yang dipimpin oleh Pembimbing Umrah kami iaitu Ustaz Mohammad Faizee Bin Wahidin. Kursus umrah mingguan ini diadakan di Mini Pejabat Juara Travel Unit Kundasang-Ranau, Kundasang.

Semoga dipermudahkan untuk menunaikan umrah bersama kami🤲🏻🕋



🕋🕋ALHAMDULILLAH🕋🕋Group Jemaah Umrah dari Kundasang, Ranau, Sook, Keningau dan Tenom telah menunaikan ibadah umrah dan zi...
18/09/2022

🕋🕋ALHAMDULILLAH🕋🕋

Group Jemaah Umrah dari Kundasang, Ranau, Sook, Keningau dan Tenom telah menunaikan ibadah umrah dan ziarah pada 24/8/2022 - 3/9/2022 bersama Juara Travel Unit Kundasang-Ranau.

Antara kenangan yang akan menggamit memori para jemaah kami dihari akan datang. Gambar semasa menunaikan umrah kedua/ketiga dan ziarah di sekitar Mekah iaitu Jabal Tsur, Jabal Rahmah, dsb.




🕋🕋ALHAMDULILLAH🕋🕋Group Jemaah Umrah dari Kundasang, Ranau, Sook, Keningau dan Tenom telah menunaikan ibadah umrah dan zi...
18/09/2022

🕋🕋ALHAMDULILLAH🕋🕋

Group Jemaah Umrah dari Kundasang, Ranau, Sook, Keningau dan Tenom telah menunaikan ibadah umrah dan ziarah pada 24/8/2022 - 3/9/2022 bersama Juara Travel Unit Kundasang-Ranau.

Antara kenangan yang akan menggamit memori para jemaah kami dihari akan datang. Gambar sekitar sebelum penerbangan dari Kundasang-KKIA-KLIA-Jeddah, KSA. Serta gambar umrah wajib jemaah.




Assalamualaikum wbt.🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋Alhamdulillah, Kursus Umrah Siri 2 bersama kami secara percuma. Semua dijemput hadir se...
23/05/2022

Assalamualaikum wbt.

🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋

Alhamdulillah, Kursus Umrah Siri 2 bersama kami secara percuma. Semua dijemput hadir sekiranya anda :

💐Berniat untuk menunaikan umrah.
💐Berniat untuk menghantar ibu bapa anda ke Tanah Suci.
💐Berniat membawa keluarga, isteri dan anak untuk menunaikan umrah.
💐Berniat ingin tahu/belajar tentang umrah.
💐 Mengetahui SOP terkini pelaksanaan Haji / Umrah.

InsyaaAllah kami akan kongsikan semasa kursus ini🕋😊

🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋KURSUS UMRAH INTENSIF SIRI 1 DAN PROGRAM JOM UMRAH.Seperti mana yang telah kami janjikan, kami akan me...
15/03/2022

🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋

KURSUS UMRAH INTENSIF SIRI 1 DAN PROGRAM JOM UMRAH.

Seperti mana yang telah kami janjikan, kami akan mengadakan KURSUS UMRAH SECARA PERCUMA (4 kali) untuk bakal jemaah kami. Sila semak program kami yang diadakan berdekatan dengan anda!

1️⃣ Kursus Umrah Siri 1/2022

Tarikh : 26.3.2022
Tempat : Kak Nords Cafe Beluran
Masa : 8.30 pagi

2️⃣ Kursus Umrah Siri 1/ 2022

Tarikh : 27.3.2022
Tempat : Masjid Jamek Kundasang
Masa : 8.30 pagi

3️⃣ Jom Umrah Bersama Kami

Tarikh : 27.3. 2022
Tempat : Masjid Nurul Iman Pekan Tambunan
Masa : Selepas Maghrib

4️⃣ Kursus Umrah Siri 1/2022

Tarikh : 28.3.2022
Tempat : Masjid Keranaan Sook Keningau.
Masa : Selepas Asar

Siapa yang wajib hadir ke kursus ini?

🕋 Jemaah yang sudah mendaftar.

🕋 Jemaah yang belum mendaftar tetapi teringin untuk menunaikan ibadah umrah.

🕋 Jemaah yang teringin mahu ziarah dan memberi salam kepada Rasulullah SAW di Masjid Nabawi Madinah.

🕋 Mereka yang ingin menghantar ibu, bapa, nenek atau datuk untuk menunaikan umrah.

🕋 Mereka yang mahu membawa adik beradik untuk menunaikan umrah.

🕋 Mereka yang mahu membawa satu keluarga untuk menunaikan umrah.

Semoga kami dapat membantu bakal jemaah kami sebelum mereka menjejakkan kaki ke Haramain pada bulan September dan Disember tahun ni.🤲🏻

*Pastikan kita semua patuhi SOP yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah🤲🏻🕋. Visa Umrah jadi keutamaan kami.
28/02/2022

Alhamdulillah🤲🏻🕋. Visa Umrah jadi keutamaan kami.

💐🕋🕋🕋🕋🕋🕋💐Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SAW🤲🏻🕋Group 10 Februari 2022 (35 Jemaah)Group 15 Februari 2022 (36 Jemaah)...
18/02/2022

💐🕋🕋🕋🕋🕋🕋💐

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SAW🤲🏻🕋

Group 10 Februari 2022 (35 Jemaah)
Group 15 Februari 2022 (36 Jemaah)
Group 16 Februari 2022 (109 Jemaah)

Telah pun berada di Haramain🕋

InsyaaAllah akan menyusul 1 Group lagi iaitu pada 21 Februari 2022 (22 Jemaah) ini.🤲🏻🕋

Semoga keluarga kami yang berada di sana dipermudahkan segala urusan untuk menyantuni Duyufurrahman (tetamu Allah).


❤️MEMORI ITU SUATU YANG INDAH❤️Circa 2018, jemaah kami dari Kundasang-Ranau. 🕋Ada yang datang bersama keluarga, ada yang...
15/12/2021

❤️MEMORI ITU SUATU YANG INDAH❤️

Circa 2018, jemaah kami dari Kundasang-Ranau.

🕋Ada yang datang bersama keluarga, ada yang datang bersama suami/isteri tercinta dan ada yang datang bersama sahabat. Usaha dan keinginan yang tinggi menjadikan mereka dijemput oleh Allah SWT ke Haramain (Madinah & Mekah). Dengan niat yang satu iaitu menunaikan umrah dan ziarah.

🕋 Sentiasa kedengaran bisik dari lisan jemaah kami, “saya mau datang lagi sini, inilah tempat paling tenang”. Dan itu pasti.

🕋 Kami selalu mengingatkan jemaah kami, kita bukan sahaja menunaikan umrah dan ziarah semasa berada di Haramain, tapi kita mendidik jiwa kita untuk lebih dekat dan inginkan redha Allah.

🕋 Pastinya, ukhuwah dan silaturahim antara jemaah tanpa melihat umur dan pangkat jelas terasa. Itulah keberkatan dari-Nya.

🕋 Semoga dapat membawa jemaah ini sekali lagi pada masa akan datang. InsyaaAllah❤️🤲🏻

____________________________________________

Dengan izin Allah, Juara Travel Unit Kundasang-Ranau akan mula membawa jemaah pada :

SEPTEMBER 2022
OKTOBER 2022
NOVEMBER 2022
DISEMBER 2022

Sebelum jemaah akan ke Haramain, kami akan pastikan semua jemaah akan mengikut kursus secara percuma :

🔷Kursus Umrah (Teori dan Praktikal)
🔷Kursus Asas Fardhu Ain

Tempat akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Yang pastinya akan di adakan di sekitar Kundasang dan Ranau.
_____________________________________________

Sebarang pertanyaan, boleh PM kami di page kami☺️

14/12/2021

Alhamdulillah

Jemaah berumur 12 tahun ke atas dibenarkan untuk menunaikan ibadah umrah🤲🏻

Taklimat Penerangan kepada ejen-ejen Umrah Juara Travel Unit Kundasang-Ranau dan juga taklimat penerangan kepada bakal j...
29/11/2021

Taklimat Penerangan kepada ejen-ejen Umrah Juara Travel Unit Kundasang-Ranau dan juga taklimat penerangan kepada bakal jemaah umrah yang bakal menunaikan umrah pada tahun 2022. InsyaaAllah.

Dengan izin Allah, kami akan mula membawa jemaah pada bulan :

SEPTEMBER 2022
OKTOBER 2022
NOVEMBER 2022
DISEMBER 2022

Sepanjang tahun 2022, kami akan adakan kursus umrah secara berkala dan kursus asas fardhu ain. Hal ini bagi memastikan setiap jemaah kami dalam keadaan bersedia sebelum pergi menunaikan umrah di Tanah Suci.

Pendaftaran masih dibuka! Boleh hubungi ejen-ejen sah kami.

Semoga kita semua dipermudahkan untuk menunaikan umrah di Tanah Suci❤️


Soalan popular :Ada beza ke sebenarnya antara visa umrah & visa pelancong ni?Ya Tuan/Puan. Ada bezaPenting untuk Tuan/Pu...
17/11/2021

Soalan popular :

Ada beza ke sebenarnya antara visa umrah & visa pelancong ni?
Ya Tuan/Puan. Ada beza
Penting untuk Tuan/Puan tahu, boleh lihat visual di bawah 👇🏻
Jadinya, lebih baik ambil visa yang mana ya?
Jawapan kami, sebaiknya para jemaah mengambil pakej yang menggunakan visa umrah. InsyaAllah, mudah urusan untuk menjalani Ibadah Umrah disana 😊


16/07/2021

انا لله وانا اليه راجعون

Telah kembali ke Rahmatullah Almarhum Haji Mazlan Bin Mansor, pemilik Juara Travel.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Maksud : “Ya Allah, Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”

Alhamdulillah, telah selesai upacara menyingkap Kiswah Kaabah setinggi 3 meter. Lalu digantikan dengan kain putih. Kelam...
01/07/2021

Alhamdulillah, telah selesai upacara menyingkap Kiswah Kaabah setinggi 3 meter. Lalu digantikan dengan kain putih. Kelambu yang menutup pintu Kaabah juga dibuka, menampakkan keindahan saduran emas padanya.

Ini merupakan acara tahunan yang dilakukan di Masjidilharam sejak zaman berzaman.

Hal ini berlaku, sekaligus menandakan bahawa Hari Arafah sudah semakin dekat. Kota Mekah kini sudah bersedia untuk menerima kehadiran jemaah haji yang ramai.

Tahun-tahun sebelum ini mencatatkan kehadiran sehingga jutaan jemaah. Namun tahun ini, dihadkan sekitar 60,000 orang sahaja yang terdiri daripada penduduk Arab Saudi sendiri. Semuanya dek penangan wabak COVID-19.

Simbolik ini sebenarnya dilakukan untuk mengelakkan Kelambu Kaabah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dengan jemaah yang ramai dan bersesak-sesak di dataran Kaabah, pihak berkuasa pun tak mampu lagi dah nak mengawal keadaan. Oleh sebab itulah, kelambunya diangkat naik setinggi 3 meter. Kira-kira orang tak boleh nak capai nanti.

Kain putih yang digantikan itu dipilih sebagai simbolik kepada pemakaian ihram para pelaksana haji. Nak cakap yang, hari inilah betapa ramainya umat Islam berkumpul dengan hanya satu tujuan, satu pakaian. Meninggalkan segala pangkat, harta dan dunia.

Biasanya upacara ini dilakukan pada 15 Zulkaedah pasa setiap tahun. Namun disebabkan tahun ini kehadiran jemaah ke Masjidilharam diterhadkan, jadi kerja-kerja ini menjadi semakin mudah dek tiada jemaah yang ramai di dataran Kaabah.

Jadi, pihak pengurusan melambatkan sedikit sehingga ke tarikh semalam, 20 Zulkaedah.

Itulah.

Kredit Post:
Najmi Farisham

Jabatan Kesihatan Awam Arab Saudi (Weqaya) telah mengeluarkan satu senarai 179 negara berdasarkan EMPAT kategori berbeza...
28/06/2021

Jabatan Kesihatan Awam Arab Saudi (Weqaya) telah mengeluarkan satu senarai 179 negara berdasarkan EMPAT kategori berbeza sebagai panduan buat rakyat negara tersebut yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara sepanjang tempoh pandemik Covid19.

1) 30 negara Zon Hijau - Berisiko Rendah
2) 27 negara Zon Kuning - Berisiko Sederhana
3) 53 negara Zon Jingga - Berisiko Tinggi
4) 69 negara Zon Merah - Berisiko Sangat Tinggi

MALAYSIA diletakkan di bawah negara Zon Merah.

Kita doakan agar proses pemulihan Covid19 negara kita akan bertambah baik sebelum selesainya Haji pada tahun ini. Ia pastinya bakal menjadi antara faktor penting untuk menjamin kelancaran urusan jemaah dari Malaysia untuk menunaikan Umrah pasca Haji.

Address


Telephone

01116410514

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Juara Travel Kundasang - Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Juara Travel Kundasang - Ranau:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share