Pakej Budjet Krabi & Phuket

  • Home
  • Pakej Budjet Krabi & Phuket

Pakej Budjet Krabi & Phuket Menyediakan pakej tavel yang superb budjet ke krabi & Phuket.

Kalender 2018. Boleh la nak plan ke mana2 time cuti kan. Kredit : malaysiacalender.com
25/09/2017

Kalender 2018. Boleh la nak plan ke mana2 time cuti kan.

Kredit : malaysiacalender.com

Wow multifunction katil. 😋
23/09/2017

Wow multifunction katil. 😋

25/04/2017
Pakej bajet untuk anda 😊Whatsapp ke 013-4756647
30/01/2017

Pakej bajet untuk anda 😊

Whatsapp ke 013-4756647

24/09/2016

Dah plan nak bercuti ke krabi ?

Ada Perancangan nak bercuti di luar negara tahun depan ?Air Asia ada buat PROMOSI GILA GILA !LAST 24 JULAI NI SAJA. CEPA...
20/07/2016

Ada Perancangan nak bercuti di luar negara tahun depan ?
Air Asia ada buat PROMOSI GILA GILA !
LAST 24 JULAI NI SAJA. CEPAT LERR BOOKING.
PERUNDING PERCUTIAN ANDA - 013-475.6647

10 Tips Pemakanan Sihat untuk PengembaraMembuat pilihan untuk pemakanan sihat semasa mengembara boleh menjadi agak s**ar...
22/06/2016

10 Tips Pemakanan Sihat untuk Pengembara

Membuat pilihan untuk pemakanan sihat semasa mengembara boleh menjadi agak s**ar. Hal ini kerana anda berada di tempat yang baru, berbeza dengan rutin harian anda.

Dengan pemikiran kukuh dalam berkelana, adalah amat mudah untuk melupakan gol dalam pemakanan dan menikmati makanan yang kurang sihat kerana ia lebih mudah. Namun, dengan sedikit perancangan, anda boleh persiapkan diri anda untuk mencapainya dengan mengikuti 10 tips pemakanan sihat ini.

1. Bawa bar seperti granola
Bawa snek anda sendiri agar anda tidak terdesak untuk memakan makanan tersedia atau mudah seperti gula-gula atau keropok. Banyak pengeluar makanan sudah mula menyediakan makanan mudah hiding seperti snek yang amat sesuai untuk mengembara.

Antara plihan snek yang sihat, gandingan protein tinggi dan karbohidrat untuk tenaga adalah:

Bar kacang
Bar protein
Bar granola
Daging salai
Buah-buahan yang dikeringkan
Pemakanan Sihat
Bar Granola
2. Terbang? Sediakan bekalan anda sendiri
Lapangan terbang amat terkenal dengan pilihan makanan yang terhad, dan amat mudah untuk memilih makanan segera untuk kemudahan.

Namun begitu, sekiranya ingin kekal kepada pemakanan sihat, mulakan perjalanan anda dengan hidangan yang sihat dan bawa sendiri bekal makanan.

3. Jangan biarkan diri anda terlalu lapar
Punca utama pemakanan berlebihan adalah , jangan terkejut,kerana kurang makan. Apabila anda lapar, adalah s**ar untuk mengelak godaan makanan segera seperti burger dan kentang goreng.

Jadi, lakukan pelan pemakanan untuk hidangan seterusnya sebelum anda menjadi terlalu lapar, dan makan snek tinggi protein sekiranya waktu makan anda masih jauh.

4. Bufet sarapan pagi
Pantau bufet yang disediakan sebelum anda mengambil pinggan. Dengan ini, anda boleh merancang apa yang anda ingin ambil, bukan meletakkan makanan secara rambang di pinggan.

Elakkan makanan berminyak atau pastri ( makanan bergula tinggi) dan gantikan dengan telur dadar, oat tanpa gula, atau yogurt dengan buah-buahan segar.

Pilih tempat duduk berjauhan dari tempat makanan, dan duduk dengan membelakangi buffet tersebut untuk mengelakkan godaan.

5. Tiada masa untuk bersarapan?
Dapatkan protein. Sekiranya anda gemar melangkau sarapan pagi,elakkan kerana anda tahu ia sebenarnya idea yang tidak sihat.

Namun, sekiranya anda masih gemar melangkauinya, bawa bekalan seperti paket protein dan campurkan ke dalam kopi anda sebagai tambahan makanan.

6. Peket kacang mentega amat sesuai untuk pengembara antarabangsa
Tidak kisah di mana anda berada di dunia, anda pasti boleh menemui sejenis roti biasa – pita, tortilla, baguette, atau naan. Sapukan ia dengan kacang mentega, dan anda telah pun mempunyai snek sandwich.

7. Pesan dahulu
Sedang melayan klien sewaktu makan malam? Pilih hidangan yang sihat dan pesan dahulu. Dengan itu, kemungkinan anda untuk mengubah fikiran sekiranya orang lain di meja memesan kentang goreng dan stik menjadi rendah.

8. Lawati bar salad
Apabila mengembara menggunakan kereta, adalah amat mudah untuk berhenti sebentar di kedai-kedai runcit yang mempunyai bar salad untuk mendapatkan makan tengahari dan malam.

Stokkan buah-buahan dan snek sihat lebih untuk bilik hotel anda.

9. Elakkan makanan segera
Memang ia sedap, namun anda tahu anda akan menyesal kemudian. Dengan pencahayaan dan dekorasi yang menarik perhatian, makanan segera memang bertujuan untuk menarik anda.

Lakukan kajian sepintas lalu dalam telefon anda dan cari kedai-kedai deli, sandwich, atau rangkaian yang lebih sihat seperti Panera, Chipotle, Jason Deli’s atau Sweet Tomatoes.

10. Minum secukupnya
Kekalkan tubuh anda dengan penghidratan secukupnya semasa mengembara. Ia membantu mengekang persekitaran kapal terbang yang mengeringkan mahupun alkohol tambahan yang anda mungkin ambil.

Bawa botol yang boleh diisi semula naik kapal terbang, supaya anda tidak perlu bergantung kepada gelas-gelas kecil yang para pramugari dan pramugara sediakan.

1. BAGASIJika beg pakaian atau beg anda sudah berusia lebih lapan tahun, apa yang perlu dilakukan adalah untuk mendapatk...
24/05/2016

1. BAGASI
Jika beg pakaian atau beg anda sudah berusia lebih lapan tahun, apa yang perlu dilakukan adalah untuk mendapatkan beg bagasi baru yang lebih moden. Kebanyakan beg bagasi baru kini adalah mengikut standard yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan dari segi saiz (bagasi yang boleh dibawa masuk kedalam kapal).
Juga, beg bagasi moden direka dengan fabrik dan bahan plastik yang jauh lebih ringan, tahan lasak dan mudah untuk dibawa dengan bantuan roda dan rod pemegang.
Selain daripada itu, bergantung kepada syarikat pengeluar beg bagasi, ada rekaan yang menawarkan pilihan compartments yang pelbagai, sisi beg yang boleh diperbesarkan, zip yang jauh lebih kuat, dan roda yang mudah untuk dikawal dan rod pemegang yang jauh lebih panjang.
Beg untuk melancong seharusnya direka dengan baik, dan cukup kukuh untuk berfungi seperti yang kita inginkan. Jarak roda yang lebar membolehkan keseimbangan yang baik dan pergerakan yang jauh lebih lancar, dan tali beg seharusnya kukuh dan selesa untuk dipegang.
Pilih tali beg yang menawarkan span jika anda merancang untuk mengantung bagasi di bahu.
Sasarkan untuk mendapatkan beg bagasi yang bergaya dan memiliki banyak fungsi, dengan menyedari bahawa anda tahu beg tersebut digunakan untuk apa berdasarkan tujuan anda.
Adakah beg kain lebih sesuai untuk dimasukkan dalam but kereta berbanding yang bersisi keras? Bagaimana p**a dengan saiz, adakah anda merancang untuk memasukkan beg bagasi ke dalam kokpit atau membawanya masuk ke dalam kargo?
Beg pelancongan yang baik untuk perjalanan pendek seharusnya berada dalam julat saiz standard bagi mana-mana kabin syarikat penerbangan, contohnya yang berdimensi 105cm untuk penerbangan tempatan dan 115cm untuk penerbangan ke luar negara.
2. BEG GALAS KECIL
Sebuah beg ringan juga merupakan satu keperluan, samada beg sandang yang biasa atau beg bertali yang boleh digalas di belakang, untuk dibawa bersama ketika keluar ke destinasi (beg besar ditinggalkan di hotel).
Elakkan beg yang mempunyai roda kerana ini akan menghadkan perjalanan anda – seperti turun naik tangga atau kawasan berbatuan kecil – dan ianya boleh menjadi sesuatu yang agak menganggu.
3. PAKAIAN
Semak keadaan cuaca atau iklim di destinasi anda, dan pilihlah pakaian yang bersesuaian. Pilih pakaian yang boleh dipelbagaikan gaya apabila digabungkan antara satu sama yang lain, mudah dibasuh dan fabrik mudah kering, yang mana tidak perlu diseterika.
Gulung pakaian anda dan jangan sesekali melipatnya untuk menjimatkan ruang beg yang sedikit dan pakaian menjadi kurang berkedut. Meskipun anda memiliki pakaian yang perlu diseterika, kebanyakan hotel menyediakannya.
Jika tidak, samada gantungkan pakaian anda di dalam bilik mandi berwap atau lembapkan ia dan kemudian ratakannya dan keringkan dengan pengering rambut, yang mana akan memberikan kesan yang serupa.
Masukkan barang-brang kecil, seperti sarung kaki (stokin) contohnya, di dalam kasut, untuk mendapatkan lebih banyak ruang, dan jika perjalanan anda mengambil masa yang agak panjang dan benar-benar memerlukan banyak pakaian untuk semua jenis cuaca, pertimbangkan untuk membeli beg mampatan, samada yang automatik, atau yang boleh dimampatkan dengan pembersih vakum, untuk menyedut keluar semua udara sebelum meletakkannya ke dalam beg.
Sentiasa sertakan kain sarung, yang mana boleh berfungsi sebagai selendang/ skirt/ pakaian/ pengikat kepala dan sebagainya, bergantung kepada bagaimana anda mengikatnya, dan jangan bimbang tentang kehabisan pakaian kerana kemudahan dobi sentiasa ada, atau anda boleh mengupah orang lain melakukannya (ekonomi tempatan contohnya di India).
Dan, sudah tentu, apa lagi alasan terbaik untuk membeli belah jika bukan ketika anda memerlukannya?
10 Tips Cara Mengemas Beg Untuk Travel
4. SELUAR DALAM
Sediakan cukup untuk lawatan selama tujuh hari; lebih dari itu, anda perlu membuat cucian anda sendiri atau anda boleh mengupah orang lain melakukannya untuk anda.
Terdapat banyak kajian berkenaan seluar dalam pakai buang, namun ianya merupakan sesuatu yang agak mahal, selalunya tidak selesa, dan merupakan satu pembaziran.
Di samping itu, meninggalkan jejak di rantau orang adalah tidak baik bagi disesetengah negara dan meninggalkan seluar dalam di hotel atau tempat penginapan adalah sesuatu yang kurang menyenangkan.
5. KASUT
Bergantung kepada jenis percutian anda, pakai pasangan kasut berjalan yang terbaik semasa di dalam kapal untuk mengelakkan anda membungkusnya dan membawanya di dalam beg, dan bawakan sepasang kasut kasual, yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti, sepasang Crocs contohnya yang juga boleh dibawa ke kawasan pantai.
Kasut boleh memakan banyak ruang jadi cuba untuk meminimakan jumlah yang anda bawa. Pastikan pasangan kasut yang anda bawa adalah cukup selesa dan sesuai untuk pelbagai aktiviti, dan jangan sesekali membawa kasut baru yang belum pernah dipakai, terutamanya jika ianya bukan untuk dibawa berjalan.
Tiada kata-kata boleh diungkapkan untuk menyatakan kesakitan apabila anda berjalan dengan kasut baru apabila ianya tidak sesuai dengan dengan keselesaan terutamanya aktiviti percutian yang banyak berjalan dan dalam keadaan panas.
6. ALAT MANDIAN
Tinggalkan semua botol kaca yang berat di rumah. Tuangkan syampu kegemaran anda, perapi dan mana-mana losyen muka dan kulit ke dalam botol plastik kecil, ubat gigi sampel yang kecil, dan letakkan kesemuanya dalam bekas plastik lutsinar yang boleh ditutup.
Kirakan jumlah pil-pil dan vitamin-vitamin yang diperlukan untuk perjalanan anda, dan letakkan ianya di dalam sebuah bekas plastik kecil yang kosong. Elakkan untuk memakan pil dalam kes sembelit, cirit, sakit perut, disentri, krim untuk gigitan dan ruam, dan pelbagai pilihan kain pembalut.
Melainkan destinasi terakhir anda adalah di tengah-tengah antartika, kesemua yang anda perlukan boleh dibeli di farmasi tempatan. Dan jangan lupa sama sekali untuk membawa benda penting ini: insurans perjalanan.
7. GADGET
Teknologi pada hari ini telah membebaskan kita dari membawa naskah – naskah buku dan pamplet daripada lapangan terbang untuk dibaca. Kini sebuah tablet ringan atau Kindle boleh memuatkan begitu banyak bahan bacaan beresolusi tinggi, dan jangan sesekali melupakan alat pengecas.
Sebaiknya, biarlah pengecas tersebut boleh mengecas gadget/ peranti anda yang lain juga, atau jika tidak, melaburlah untuk membeli pengecas dan kabel universal yang mana boleh mengecas kesemuanya melalui sambungan pada tablet anda.
Pastikan telefon anda dipasangkan dengan aplikasi Skype, WhatsApp, Telegram untuk panggilan murah, atau percuma.
Lampu suluh yang kecil atau lampu-suluh kepala boleh menjadi bahan yang amat penting untuk mana-mana percutian yang melibatkan perkhemahan, berjalan pada waktu malam, gua cacing bercahaya atau sekadar anda ingin membaca pada waktu malam tanpa menganggu rakan di tepi anda.
Penyumbat telinga juga boleh menjadi sesuatu yang sangat penting.
Tinggalkan pengering rambut anda di rumah dan walaupun di destinasi anda tidak menyediakannya, biarlah rambut anda terbair secara semulajadi, atau kunjungilah pendandan rambut tempatan untuk sesuatu yang mungkin boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan, dan jika ianya teruk sekalipun, ia membuka mata anda kepada kemungkinan rupa terhodoh rambut anda.
Tinggalkan juga alat pelentik bulu mata, pelurus rambut dan mesin kopi mudah alih. Inilah motif percutian.
8. MAKANAN
Membawa makanan merupakan tindakan yang kurang logik melainkan anda memerlukan satu diet khusus untuk sebab-sebab kesihatan dan keperluan badan anda.
Jika anda benar-benar memerlukan makanan tersebut, buat semakan samada ianya dijual di destinasi anda atau bungkuskan bersama-sama anda sedikit makanan tersebut, dengan pemahaman bahawa sebahagian makanan tidak dibenarkan untuk melepasi sempadan (imegresen).
Sebuah balang kecil kopi bebas kafein atau sebungkus teh herba contohnya, merupakan sesuatu yang amat penting bagi saya.
Jika anda merancang untuk membuat pendakian, makanan campuran untuk kecemasan mungkin berguna, atau panduan perjalanan yang boleh dimuatkan di dalam tablet yang mana boleh menunjukkan anda arah ke kedai-kedai makanan atau kafe terdekat.
Untuk aktiviti berjalan di dalam denai belukar atau perkhemahan, beberapa makanan dehidrasi boleh menjadi sangat berguna dan bungkus mana-mana yang jauh lebih ringan daripada roti jika anda masuk ke kawasan belukar.
Dan, tak kira betapa menggodanya idea untuk anda merancang menurunkan berat badan semasa melancong dengan tidak makan secukupnya – melainkan anda cuba untuk tidak sihat – ianya tidak akan berjaya. Tidak sama sekali.
9. BAGAIMANA UNTUK BERPAKAIAN KETIKA MELANCONG
Jika anda menaiki kapal terbang dan terasa untuk kelihatan lebih bergaya, lelaki seharusnya sentiasa memakai baju berkolar dan memiliki jaket kemas yang berguna.
Golongan wanita juga seharusnya kelihatan bergaya, dengan memakai kasut berbanding kasut s**an semata-mata. Hanya mereka yang menjangkakan untuk berdepanan dengan paparazzi semasa di destinasi sahaja perlu memakai kasut tumit dan solekan tebal.
Untuk percutian yang lain, keselesaan adalah kepentingan terutama, dengan pakaian yang longgar, kasut boleh dibuka ikatan talinya dengan mudah atau kaki dapat dikeluarkan dengan mudah, dan sehelai jaket kasual, atau Pashmina untuk membantu jika suhu turun atau menjadi sejuk.
Jika ianya merupakan penerbangan yang panjang, pakaikan juga stokin mampatan. Dalam syarikat penerbangan yang memiliki jumlah maksimum berat bagasi yang rendah, pakai jaket perjalanan dengan poket yang besar. Anda pasti akan terkejut dengan berapa banyak barang anda boleh bawa bersama-sama diri anda.
Beg Travel
10. DAN JIKA SEMUANYA GAGAL…
Membeli-belahlah! Ianya merupakan salah satu keseronokan sebenar ketika melancong: membeli-belah di tempat asing untuk barangan yang anda perlukan atau mungkin s**a, di kedai-kedai yang anda tidak pernah dengar atau tahu, bersama-sama barangan yang anda mungkin tidak tahu wujud dan masyarakat tempatan yang anda mungkin ingin jumpa.
Sebagai contoh, barangan di Jepun kebanyakannya unik-unik belaka dan masyarakatnya amat peramah, ianya pasti menyeronokkan untuk membeli-belah di sana.

!!!! PAKEJ KRABI 3HARI 2 MALAM !!!!Anda merancang untuk ke krabi ?Masih mencari pakej yang terbaikYa, syarikat kami adal...
03/05/2016

!!!! PAKEJ KRABI 3HARI 2 MALAM !!!!
Anda merancang untuk ke krabi ?
Masih mencari pakej yang terbaik
Ya, syarikat kami adalah pilihan tepat anda !!
Dengan menyertai pakej yang kami sediakan, InshaAllah anda pasti berpuas hati !
✔ Servis yang terbaik
✔ Lokasi naik dari ALOR SETAR
✔ Dilengkapi Insuran perjalanan
Testimoni pelanggan kami !
▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼
Terbaik boss trip ni saya bagi 5 bintang ★★★★★.
(farid- kuantan)

TARIKH TRIP :

Mei - (6-8mei / 13-15mei / 20-22mei / 27-29mei)
June - (3-5 June)
July - (22-24 July / 29-31 july)
Ogos -
September -
Oktobor-
November -
Disember -

Termasuk:-
• Perkhidmatan Van VIP selama 3 hari 2 malam
• Pengurusan sempadan
• Khidmat Juru Pandu Thailand
• Perlindungan Insuran Perjalanan & Perlancongan (Thailand)
• Penginapn City Hotel, Krabi Town
• Pakej island Hoping + snorkelling ( Full Pakej 4 island tour by speed boat)
• Boat untuk ke restaurant terapung
• Pakej makan/minum ( sarapan 2x, makan tengah hari 2x & makan malam 2x)= 6x
• Pengurusan Perjalanan mengikut Perancangan (altenary program)
Tidak termasuk;-
• Passport
• Bayaran menaiki gajah.

✎ WHATSAPP KE 013-4756647
✎ WHATSAPP KE 013-4756647
✎ WHATSAPP KE 013-4756647
Cepat hubungi kami untuk booking tempat bagi trip ini !
✎ WHATSAPP KE 013-4756647
✎ WHATSAPP KE 013-4756647
✎ WHATSAPP KE 013-4756647

CUTI HARI BURUHKEKOSONGAN 8 ORANG BAGI DATE 29/4- 1/5PAKEJ 3 HARI 2MALAM FULLBOARDWHATSAPP KE 013-4756647
06/04/2016

CUTI HARI BURUH

KEKOSONGAN 8 ORANG BAGI DATE 29/4- 1/5

PAKEJ 3 HARI 2MALAM

FULLBOARD

WHATSAPP KE 013-4756647

Lelaki Lumpuh Ditinggalkan keluarga.Kasihan lelaki ini lumpuh seluruh badan di tinggalkan ahli keluarganya. Tangan dan h...
03/04/2016

Lelaki Lumpuh Ditinggalkan keluarga.

Kasihan lelaki ini lumpuh seluruh badan di tinggalkan ahli keluarganya. Tangan dan hidungnya sudah berulat, malah hidungnya sudah tiada habis di makan ulat...selama setahun setengah di tinggalkan jiran-jiran yang membantu untuk lelaki ini terus hidup. Lokasi desa mutiara johor, pihak hospital telah menerima aduan lelaki ini di bersihkan seluruh rumah juga di bersihkan...sama2 kita doakan yang terbaik untuk beliau..

!!!! PAKEJ KRABI 3HARI 2 MALAM (FULLBOARD WITH MEAL) !!!!Anda merancang untuk ke krabi ?Masih mencari pakej yang terbaik...
03/04/2016

!!!! PAKEJ KRABI 3HARI 2 MALAM (FULLBOARD WITH MEAL) !!!!
Anda merancang untuk ke krabi ?
Masih mencari pakej yang terbaik ?
Pakej sekali makan susah dapat ?
Ya, syarikat kami adalah pilihan tepat anda !!
Dengan menyertai pakej yang kami sediakan, InshaAllah anda pasti berpuas hati !

✔ Servis yang terbaik
✔ Pakej termasuk Makanan yang halal dan lazat
✔ Lokasi naik dari ALOR SETAR
✔ Dilengkapi Insuran perjalanan

Testimoni pelanggan kami !

▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼
Terbaik boss trip ni saya bagi 5 bintang ★★★★★.
(farid- kuantan)
Termasuk:-
• Perkhidmatan Van VIP selama 3 hari 2 malam
• Pengurusan sempadan
• Khidmat Juru Pandu Thailand
• Perlindungan Insuran Perjalanan & Perlancongan (Thailand)
• Penginapn City Hotel, Krabi Town
• Pakej island Hoping + snorkelling ( Full Pakej 4 island tour by speed boat)
• Boat untuk ke restaurant terapung
• Pakej makan/minum ( sarapan 2x, makan tengah hari 2x & makan malam 2x)= 6x
• Pengurusan Perjalanan mengikut Perancangan (altenary program)

Tidak termasuk;-
• Passport
• Bayaran menaiki gajah.

Berminat ??

1 TRIP MINIMA 10 ORANG DEWASA.

JULAI - 22,23,24 & 29,30,31.
OGOS- OPEN DATE
SEPTEMBER - OPEN DATE
OKTOBER- OPEN DATE
NOVEMBER- OPEN DATE (PEAK SEASON)
DISMBER- OPEN DATE (PEAK SEASON)

✎ WHATSAPP KE 013-475.6647
✎ WHATSAPP KE 013-475.6647
✎ WHATSAPP KE 013-475.6647

Cepat hubungi kami untuk booking tempat bagi trip ini !

✎ WHATSAPP KE 013-475.6647
✎ WHATSAPP KE 013-475.6647
✎ WHATSAPP KE 013-475.6647

Peserta makan malam di Restoran terapung krabi.
02/04/2016

Peserta makan malam di Restoran terapung krabi.

Trip by BasKami juga membuat trip ke krabi @ Phuket menggunakan bas bagi group peserta yang ramai.Whatsapp ke 013-475664...
30/03/2016

Trip by Bas

Kami juga membuat trip ke krabi @ Phuket menggunakan bas bagi group peserta yang ramai.

Whatsapp ke 013-4756647

20/02/2016
Chiness New year tripKrabi 3 hari 2 malamDate : 6 feb hingga 8 Febkekosongan : 2 orangWhatsapp ke 013-4756647
01/02/2016

Chiness New year trip

Krabi 3 hari 2 malam

Date : 6 feb hingga 8 Feb
kekosongan : 2 orang

Whatsapp ke 013-4756647

NAK JAM PERCUMA ??Caranya mudah.Tag minima 5 orang Rakan anda dan share Post ini di wall anda.Mudah bukan ?
27/01/2016

NAK JAM PERCUMA ??

Caranya mudah.

Tag minima 5 orang Rakan anda dan share Post ini di wall anda.

Mudah bukan ?

25/01/2016

Sharing group krabi 3 hari 2 malam

Date: 6/2/2016 - 8/2/2016

seat yang masih ada 4 seat.

berminat ?

23/01/2016

INFO TERKINI DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
*kongsikan bersama bagi memudahkan merancang aktiviti di musim cuti

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2016 TERKINI YANG TELAH DITETAPKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

1. Cuti Tahun Baru Cina
6/2 hingga 13/2 (9 hari)

2. Cuti Pertengahan Semester 1
12/3 hingga 20/3 (9hari)

3. Cuti Pertengahan Tahun
28/5 hingga 12/6 (16 hari)

4. Cuti Aidil Fitri
2/7 hingga 10/7 (9 hari)

5. Cuti Pertengahan Semester 2
10/9 hingga 18/9 (9 hari)

6. Cuti Deepavali
28/10 hingga 1/11 (5 hari)

7. Cuti Akhir Tahun
26/11 hingga 1/1 (37 hari)

**boleh merancang atau mahu mengadakan majlis dlm cuti sekolah 2016, jadual di atas boleh membantu. Bagi Negeri Johor, Kelantan, Kedah dan Terengganu, awalkan sehari dari tarikh di atas.
Pakej Budjet Krabi & Phuket

21/01/2016

Trip yang saya lakukan adalah trip berkump**an dengan Minima 10 orang dewasa 1 van ViP.

Servis kami hanya melalui Alor setar ke krabi dan tidak melakukan ground Krabi.

Harga Ground Krabi sangatlah tinggi dan tidak berbaloi.

korang ada plan nak bercuti ke krabi ?Meh la whatsapp sy 013-4756647 ( fawwaz)Cuti sekolah ke, weekend pon boleh. meh me...
20/01/2016

korang ada plan nak bercuti ke krabi ?

Meh la whatsapp sy 013-4756647 ( fawwaz)

Cuti sekolah ke, weekend pon boleh. meh meh

19/01/2016

New Zealand merupakan antara negara yang menawarkan woking holiday bagi mereka yang gemar mengembara. Menyedari hal ini, seorang gadis kecil molek bernama Salmi Shafie telah mengambil peluang ini untuk bekerja sambil mengembara di negara yang memiliki alam semulajadi yang menarik ini. Pernah bekerja…

Group sharing 14-16/1/2016 ✌🏻️✌🏻
16/01/2016

Group sharing 14-16/1/2016 ✌🏻️✌🏻

5 bintang customer bagi untuk trip kami ! 😊Anda bila lagi nak join trip kami ?
16/01/2016

5 bintang customer bagi untuk trip kami ! 😊

Anda bila lagi nak join trip kami ?

Moga bermanafaat
12/01/2016

Moga bermanafaat

Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada Miss Ijan khas untuk terbitan di Vocket. Semoga ia dapat dijadikan panduan untuk anda yang berniat membawa ibubapa travel bersama. Salah satu tip untuk murah rezeki adalah dengan mengembirakan hati ibubapa. Mereka pun teringin juga nak berjalan sebenarnya…

31/12/2015

Update

1 seat kosong ( wanita)

Pakej krabi 3hari 2 malam
Tarikh : 14-16 / 1/ 2016

Naik di alor setar

24/12/2015

UPDATE
BAKI 3 SEAT

Sharing group krabi 3H 2M

Date : 14/1 - 16/1/ 2016
trip : 3 hari 2 malam
pakej : Full pakej with meal

Kekosongan : 5 seat kosong masih available.

Whatsapp/call ke 013-4756647

21/12/2015

Sharing group

Date : 14/1 - 16/1/ 2016
trip : 3 hari 2 malam
pakej : Full pakej with meal

Kekosongan : 5 seat kosong masih available.

Whatsapp/call ke 013-4756647

21/12/2015

Assalammualaikum.

hai guys

Date 25- 27 dis ada kekosongan 4 seat. Anyone nak join ?

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakej Budjet Krabi & Phuket posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share