Umrah Ummu Nisa

  • Home
  • Umrah Ummu Nisa

Umrah Ummu Nisa Menyediakan perkhidmatan umrah murah umrah budget..

28/07/2019

DOA ARAFAH (dibaca waktu wukuf )

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati.
Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah kami salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.

Ya Allah bukakanlah hati kami sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada kami kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada kami perkara yang tidak diketahui dan tunjukkanlah kami ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada kami kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, lapangkanlah dada-dada kami, dan permudahkanlah bagi kami urusan-urusan kami, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada kami, dan luruskanlah kami dan kumpulkan bagi kami di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah kami daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.

Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayatmu, sebagaimana engkau terangi bumi dengan cahaya matahari mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, Keluarkanlah kami daripada kesamaran dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada kami pintu-pintu ilmu, dan hiasilah kami dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah kami daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah Ya tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zohir dan batin.
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami,dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa seluruh ummat Islam yang telah mati dan yang masih hidup.
Ya Allah Ya Tuhan kami,

Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.
Ya Allah Ya tuhan kami, kami pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah saw, dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw.
Ya Allah Ya tuhan kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab, dan berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami, supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami kearahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami berlindung kepada engkau dari menyengutukan engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dari menyengutukan mu dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.
Ya Allah, sihatkanlah badan kami, Allahumma, sihatkanlah pendengaran kami, Allahumma, sihatkanlah penglihatan kami.
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadamu pada hari ini dari kekafiran dan kefakiran, Allahumma, kami berlindung kepadamu dari azab kubur, tidak ada tuhan selain engkau ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Engkau adalah tuhan kami, tidak ada tuhan selain engkau Ya Allah, engkau yang menciptakan kami dan kami mengabdikanmu, dan kami berada dalam perjanjian denganmu, berikrar kepadamu, akan kami laksanakan dengan segala kemampuan kami, dan kami berlindung kepadamu, dari kejahatan apa-apa yang telah kami lakukan, kami mengakui dengan sebenar-benarnya nikmatmu kepada kami, dan kami mengakui dosa-dosa kami maka ampunilah kami, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa kami kecuali engkau Ya Allah.
Kami memohon ampun kepada mu Ya allah yang tidak ada tuhan selain dia, yang hidup dan selalu jaga, dan kami bertaubat kepadamu,
Dan kami bertaubat kepadamu,
Dan kami bertaubat kepadamu,
Dan kami bertaubat kepadamu,
Dan kami bertaubat kepadamu,
Dan kami bertaubat kepadamu,
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
La haula wala quwwata illa billahil ’aliyyul ’azim.
Ya Allah Ya tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zohir dan batin, berilah kekuatan, taufiq dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami Ya Allah.
Tambahkanlah Ya Allah kepada kami, ilmu, iman dan amal, hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan kepada engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah Ya tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang ada di dalam hati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
La Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyul Azim
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namamu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatmu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahmu, ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah, iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari engkau sendiri.

Kembangkanlah lembayung rahmatmu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.Jangan ya Allah engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri. Walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat memperkenankan permintaan perkenankanlah ya Allah.

Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati kami ini telah berkumpul kerana mengasihimu, bertemu untuk mematuhi perintahmu, bersatu memikul beban dakwahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatmu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalannya yang sebenar.

Penuhkan piala hati ini dengan cahaya rabbanimu yang tidak kunjung malap. Lapanghkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakal kepadamu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat pengetahuan sebenar tentangmu, jika engkau mentaqdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamamu.engkaulah Ya Allah sebaik-baik sandaran dan penolong.

اللَّهُمَّ إِنِّا نَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ، يَا مَنَّانُ ، يَا بَدِيعَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَ الإِكْرَامِ

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Jika ada di kalangan kami, orang yang berdosa, ampunkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang berdukacita, gembirakanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang bermuram durja, ceriakanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang daif, permudahkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang degil, lunakkanlah hatinya, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang gagal, berilah kejayaan, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang jahil, mengertikanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang kesempitan, lapangkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang lalai, peringatkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang lemah, kuatkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang lupa, terangkanlah hatinya, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang malas, rajinkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang sakit, sembuhkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang sesat, berilah hidayah petunjuk, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang susah, senangkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang terbeban, ringankanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang terhalang, angkatkanlah rintangannya, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang terlalu yakin, bimbinglah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang terpisah, rapatkanlah semula, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang was-was, yakinkanlah, Ya Allah.
Ya Allah Ya tuhan kami,
jadikanlah hati kami yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan keagungan kerajaan engkau dan masa depan kami di akhirat nanti.
Ya Allah jadikanlah kami ini hambamu yang hanya mengabdikan diri kepadamu dengan sebaik-baiknya, berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami supaya dapat kami lakukan apa-apa yang diperintahkan oleh engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh engkau.
Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambamu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas kematian nanti.
Ya Allah Ya tuhan kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang akhir nanti.
Ya Allah Ya tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada dalam kubur, jadikanlah kubur kami satu taman dari taman-taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah Ya tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju mahsyar, selamatkanlah kami Ya Allah, semasa berada di padang mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan arasy engkau Ya Allah.
Ya Allah Ya tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zohir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang sedikit.berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami Muhammad saw.
Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hambamu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan,
Ya Allah, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam nabi kami al-kauthar, selamatkan kami semasa menyeberangi titian sirotal mustaqim dan masukkanlah kami ke syurgamu bersama-sama orang-orang yang mulia di sisimu Ya Allah.
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
La Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyul Azim
Ya Allah Ya tuhan kami, apalah kiranya engkau akan lakukan pada petang, saat dan ketika ini kepada seorang hambamu yang hina yang mengaku berdosa dan bersalah, yang merayu kepadamu di atas kejahatan, yang bertaubat kepadamu kerana dosanya, yang memohon keampunan kepadamu kerana kezalimannya, yang mengharap kemaafanmu kerana kesilapannya, yang merayu kepadamu supaya tercapai segala hajatnya, yang mengharapkan kelimpahan rahmatmu pada tempat wuquf ini, walaupun dengan dosa yang begitu banyak laksana buih di lautan.
Ya Allah kami sekelian keluar menuju kepadamu dan berhenti di perkarangan rumahmu, kepadamulah kami meletakkan segala harapan kami, kepadamulah kami memohon kemurahan rahmat, kami takut kepada dosa kami, oleh itu kepadamulah kami berlindung dari bencana dosa kami.
Ya Allah Ya tuhan kami, engkaulah yang memiliki seluruh hajat orang-orang yang memohon, yang mengetahui seluruh kandungan hati orang-orang yang tidak merayu
Ya Allah tuhan yang tiada tuhan yang lain, yang wajar ditakuti di geruni, wahai tuhan yang tiada mempunyai menteri untuk dijumpai, yang tiada pengawal untuk dirasuahkan, wahai tuhan yang semakin murah apabila banyak dipohon
Ya Allah, engkau telah sediakan sajian kepada setiap tetamu dan kami sekelian adalah tetamu kepadamu, oleh itu kurniakanlah syurga sebagai sajian Mu kepada kami.
Ya allah ya tuhan kami setiap rombongan dikurniakan hadiah, setiap pelawat dikurniakan cenderahati, setiap pemohon dikurniakan pemberian, setiap yang berharap dikurniakan habuan, setiap yang memohon rahmat mendapat rahmat mu, maka kami sekalian datang berkunjung kerumah mu yang mulia ini dan berada ditempat ibadah yang agong ini dengan harapan mendapat rahmat dan keampunan mu, oleh itu janganlah hampakan harapan kami semua ya Allah.
Ya Allah ya tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini ya Allah, dengan berkat nabi kami muhammad saw. Dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas kepada Mu ya Allah.

Allah Humma ya Allah, wahai Yang Maha Mendengar
Tidak mungkin kaki kami mampu melangkah ke tempat ini
kecuali Engkau yang menguatkan
Tidak mungkin tergerak di hati kami ingin menunaikan haji
kecuali Engkau yang menggerakkan
Tidak mungkin seringgit pun kami miliki kecuali Engkau yang memberikan
Tidak mungkin kami sihat kecuali Engkau yang menyihatkan
Tidak mungkin kami dapat membantu tubuh ini berwudhuk
kecuali Engkau yang mengajarkan
Tidak mungkin lidah ini dapat menyebut nama-Mu
kecuali Engkau yang membimbing ya Allah
Betapa ramai makhluk yang Engkau ciptakan
Betapa sedikit yang berada di Arafah ini ya Allah
Ya Rabb...
Dengan apa kami mensyukuri nikmat haji ini ya Allah
Kecuali berharap kepada-Mu
Terimalah haji kami ini Ya Allah Terimalah haji kami ini Ya Allah Terimalah haji kami ini Ya Allah
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًاا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا،
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَاكُوْنَنَّا مِنَ الْخَاسِرِيْننَ
Ya Allah, ampuni seluruh dosa-dosa kami
Engkau menjanjikan haji yang mabrur
Bersih dari dosa seperti bayi yang baru dilahirkan
Alangkah indahnya jika kami Engkau pilih demikian ya Allah
Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui betapa menderitanya
diri kami dengan lumuran dosa
Betapa sengsaranya hidup kami dengan menutupi aib
Betapa hinanya diri kami dengan maksiat
Bersihkan kami ya Allah
Bersihkan dosa kami ya Allah
Ampuni dosa kami kepada orang tua kami
Ampuni jikalau mereka menyesal melahirkan kami
Ampuni dosa kami kepada keluarga kami ya Allah,
kepada anak-anak kami
Jangan biarkan mereka menuntut kami di akhirat
Berikan kesempatan bagi kami memperbaiki segalanya.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
Ampuni ya Allah jika di sekujur tubuh kami ada harta haram
Di rumah kami banyak barang haram
Padahal Engkau mengharamkan ke syurga bagi yang di tubuhnya ada daging haram
Berikan kesempatan kami untuk menyucikan diri
dari harta haram ya Allah
Jauhkan sejauh-jauhnya ya Allah
Cukupi diri kami dengan rezeki-Mu yang halal
Ya Allah ampuni jikalau kami sering mendzalimi
hamba-hamba-Mu yang lemah
Berikan kesanggupan bagi kami untuk terpelihara dari kedzaliman
Ya Samiul Alim, Duhai Yang Maha Mendengar, hanya Engkaulah tumpuan harapan kami
Jadikan kaum muslimin ini menjadi suami yang benar
Menjadi ayah yang jujur
Menjadi lelaki yang shaleh
Jadikan Kaum muslimah ini menjadi isteri yang solehah
Menjadi ibu yang solehah
Menjadi muslimah yang terpelihara
Kurniakan kepada kami Ya Allah,
keturunan yang lebih baik daripada kami
Lindungi dari kederhakaan dan kehinaan dunia dan akhirat
Ya Allah berkahilah sisa umur kami
Berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami
Berkatilah ilmu yang Engkau kurniakan
Berkatilah sisa umur ini
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ ، يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Ya Allah selamatkan umat Islam ya Allah
Selamatkan umat Islam ya Allah
Jangan biarkan Engkau saksikan kami terhina seperti ini
Persatukan hati kami ya Allah
Bangkitkan para pemimpin yang mencintai-Mu dan mencintai umat-Mu
Tolonglah saudara kami yang teraniaya di penjuru mana pun ya Allah
Jangan biarkan kaum dzalimin berjaya atas kaum beriman ya Allah
Jangan biarkan kaum yang ingkar kepada-Mu mendzalimi kaum yang bersujud kepada-Mu
Bantulah saudara kami pejuang-pejuang Islam dan Ummat islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh pejuang agamamu.
Ya Allah mereka dalam genggaman-Mu ya Allah
Ya Allah cegahlah kedzaliman keatas umat-Mu ya Allah
Ya Allah, selamatkan negeri kami Ya Allah
Engkaulah yang Maha tahu keadaan negeri kami
Jangan biarkan ummat-Mu seramai ini ditindas dan dihina
Bangkitkan ya Allah
Jadikan negeri kami negeri yang memancarkan cahaya Islam
Menjadi negeri yang rahmatan lil 'aalamiin
Ya Allah kurniakan kepada kami pemimpin yang soleh
Para pemimpin yang mencintai ummat-Mu
Para pemimpin yang teguh hidup di jalan-Mu
Para pemimpin yang benar-benar menjadi suri tauladan bagi kami
Ya Allah yang Maha Agung
Undanglah kami, keluarga kami dan keturunan kami,
dengan orang-orang yang berbuat baik kepada kami
Ya Allah, izinkan kelak kami bertemu dengan-Mu ya Allah
Bertemu dengan Rasul-Mu
Bertemu dengan kekasih-kekasih-Mu
Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami hamba yang lemah, hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon dan kepadaMu juga kami menyerah diri, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan. Amin Ya Rabbal Alamin.

اَللَّهُمَّ إِنَّا قَدْ رَفَعْنَا أَيْدِيَنَا مُتَضَرِّعِيْنَ إِلَيْكْ ، رَاجِيْنَ رَحْمَتَكْ وَاسْتِجَابَتتَكْ، فَلاَ تَرُدَّنَا خَاءِبِيْنَ ، يَا رَحْمَانُ يَا رَحِيْمُ ، يَا رَبَّ الضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنِ، اَللَّهُمَّ لاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَلاَ يَرْحَمُنَا ، وَحَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ اْلأَحْوَالْ ، وَفَررِّجْ مَا نَزَلَ بِنَا مِنَ اْلأَهْوَالْ ، يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ ،
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكّ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ وَ تُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّ يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

28/07/2019

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah Ummu Nisa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share