05/02/2024
Persatuan Pelancongan Pasir Gudang (PGTA) merakamkan ucapan setinggi-tinggi Tahniah kepada YBrs. Encik Abdul Razak bin Salim selaku Bendahari Persatuan Pelancongan Pasir Gudang telah diangkat sebagai Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang yang baharu.
Untuk makluman, beliau merupakan Pengarah ke-8 dalam menerajui pengurusan dan pentadbiran KKPG berkuatkuasa 5 Februari 2024.
Selamat menjalankan tugas dan semoga kepimpinan beliau akan dapat memacu KKPG untuk mencipta lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan pada masa akan datang seiring dengan misi dan visi jabatan.