22/07/2021
السلام علیکم ورحمۃ اللہ وبرکاتہ،
Para jemaah Tuan-Puan, Haji Hajah dan Ibu Ayah sekalian,
Video Rakaman Korban bacaan Nama-nama peserta Korban Imtiyaz Di Mekah.
Perlaksanaan Korban tahun ini agak berbeza dari tahuns ebelum ini di mana tahun ini petugas di Makkah hanya dibenarkan berada di kandang kambing sahaja dan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sembelihan atas kawalan keselamatan dan mematuhi SOP Covid 19 dari Kerajaan Arab Saudi.
Bagi yang terikat dengan larangan Korban, Tuan/Puan sudah boleh untuk memotong kuku dan rambut jika perlu.
Terima kasih b*k atas kerjasama yang diberikan.
Pihak kami memohon seribu kemaafan sekiranya ada kekurangan sepanjang perlaksanaan korban dijalankan.
Insya Allah cenderahati sijil kayu premium akan mula dipos kepada tuan/puan selepas Hari Raya Aidiladha...
Semoga Allah menerima amalan ibadah kita semua.
AMINN..
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksud: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah, 2:127)
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ
Maka selesai sudah sembelihan Kambing Korban Tuan/Puan di Makkah Al-Mukarramah...