Harimau Comel

  • Home
  • Harimau Comel

Harimau Comel Outdoor Is My Life

Kita masuk / diterima masuk mana2 persatuan, mana2 kumpulan bukan kerana kita hebat. Bukan kerana nak guna tiket untuk k...
12/11/2022

Kita masuk / diterima masuk mana2 persatuan, mana2 kumpulan bukan kerana kita hebat. Bukan kerana nak guna tiket untuk kecam mengecam dan memperlekehkan orang lain.

Patutnya ko masuk dengan niat nak menaikkan imej kumpulan ko tu supaya nampak persatuan / kumpulan ko tu ada manfaat wujudnya samaada pada keluarga ko, masyarakat dan alam sekitar.

Jagalah perilaku kita, jgn tak habis2 mendabik dada. Esok mati ke tanah jua.. Respect kawan2 gunung baru yang mewarnai industri pergunungan ini.

Ingat semua, mendaki gunung adalah satu perjalanan dalam meninggalkan kesombongan diri.




Assalamualaikum sahabat dan rakan2 gunung semua. Selaku pengasas SOS s bersyukur dan terharu sangat2 atas bantuan dan ke...
02/11/2022

Assalamualaikum sahabat dan rakan2 gunung semua. Selaku pengasas SOS s bersyukur dan terharu sangat2 atas bantuan dan kehadiran sahabat2 semua semasa majlis pengkebumian dan solat jenazah arwah Zikran yang kita kenali.

Umpama seorang bapa, saya sgt terharu dan menitiskan air mata melihat seorang anak yg diharapkan meninggalkan kita lebih awal. Saya yakin perasaan kehilangan itu bukan sahaja hadir dalam diri kami warga Silver Outdoor Sports, malahan dikalangan para Malim gunung yang mengenali beliau dan rakan2 pendaki yang lain. Bagaimanapun budi baik beliau dan keramahan arwah membuatkan majlis pengkebumian semalam dihadiri ramai sahabat dan taulan beliau.

Terima kasih semua, semoga Allah mencucuri rahmat pada arwah Zikran dan para sahabat semua. Bak kata Faizal Nasi Ayam semalam pada saya.. "dua masa je bang mus kalau nak tengok kawan2 ni dtg, 1 masa kenduri kahwin kita, 2 masa majlis pengkebumian kita.." 😭😍

Kalau hobi tu mendaki gunung, dia dalam kategori berisiko. Boleh sesat boleh cedera boleh sakit dan macam2 lagi.Semua un...
05/10/2022

Kalau hobi tu mendaki gunung, dia dalam kategori berisiko. Boleh sesat boleh cedera boleh sakit dan macam2 lagi.

Semua undi nak nisbah pendaki dan malim diperbesarkan lagi.. Aku pun kalau boleh satu malim nak bawak 100org.. Cepat sikit kaya.. Caj je perheadπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Hakikat nya nisbah tu diperkecilkan ikut keutamaan utama dalam merangka SOP tu sendiri iaitu keselamatan dimana dalam situasi kecemasan seperti kejadian GEMPA BUMI KINABALU 2015. Nisbah yg kecil antara malim dgn peserta telah berjaya menyelamatkan banyak nyawa dan membantu dalam pelbagai aspek keselamatan waktu penyelamatan.

Kepada yg nak vote sangat nisbah mintak 1guide boleh bwk lbh dari 7 dan lain2.. Soalan saya mudah je. Bila kali terakhir korang terlibat dalam operasi SAR keluarkan mayat atau cari orang hilang masa mendaki yek?? Sebab soal nyawa tu lbh utama berbanding kenaikan kos2 yg diperdebatkan tu.

Alhamdullillah selesai sessi bengkel penyediaan SOP PENDAKIAN HSK NEGERI PERAK. Terimakasih moderator dr UPM, Dr Hafizal...
06/09/2022

Alhamdullillah selesai sessi bengkel penyediaan SOP PENDAKIAN HSK NEGERI PERAK. Terimakasih moderator dr UPM, Dr Hafizal, Dr Azita, Dr Aswad dan Dr Zul.. Terimakasih Jabatan Hutan Negeri Perak yang sudi mendengar pandangan pihak malim. Terimakasih semua agensi lain yg terlibat seperti BOMBA, POLIS, MCMC, METMalaysia, Jabatan Geologi Perak kerana berkongsi pandangan dan nasihat.

Semoga impian agar aktiviti mendaki dapat dilaksanakan dengan lebih selamat dengan pengenalan MGP akan terlaksana nanti.

25/07/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini 25hb Jul 2022, saya bertemu dengan wakil JPKK OA Pos Khemar En Kamil.

Sehubungan dengan itu, beliau memaklumkan agar semua aktiviti mendaki yang memasuki Pos Khemar samaada melalui 4x4 atau bot perlu menghantar salinan PERMIT beserta nama dalam format PDF pada beliau menggunakan whatsapp di nombor :
+60 13-452 2728

Ianya bertujuan memudahkan pengawasan orang keluar masuk dan keselamatan bagi tujuan rekreasi melalui pos khemar.

Beliau juga memaklumkan jika ada yang ingin menggunakan khidmat bot dan porter agar berhubung dengan beliau.

Muzafar Mohamad
Pengerusi Persatuan Malim Gunung Negeri Perak

*ABANG POWIL ANDA*Khidmat Menghantar Pendaki Gununghttps://bit.ly/3RWImwa*Jadual Harga 2022**************************Pan...
24/07/2022

*ABANG POWIL ANDA*
Khidmat Menghantar Pendaki Gunung
https://bit.ly/3RWImwa

*Jadual Harga 2022*
*************************
Panduan :
πŸ”„ Harga Pergi-Balik
πŸ”΅ Harga Sehala Masuk
πŸ”΄ Harga Sehala Keluar
*************************
Lokasi :
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
β›°Gunung Ulu Sepat (US) / Gunung Gerah, Bieh, Bilah (GBB) via Pos Kemar
*A. Rm1100/truck*
πŸ”„ Kg Lasah/Kg Bawong.
*B. RM1200/truck*
πŸ”„ Stesen Aman Jaya.
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
β›°Gunung Chamah
*A. RM1200/truck*
πŸ”„ Masjid Kuala Betis
*B. RM1300/truck*
πŸ”„ Hentian Gua Musang
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
β›°Gunung Chamah-Ulu Sepat (CUS)
*A. RM1200/truck*
πŸ”„ Masjid Kuala Betis - Masjid Bawong
*B. RM1300/truck*
πŸ”„ Hentian Gua Musang - Stesen Aman Jaya

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
β›°Gunung Yong Yap via Gepeh Hulu@Hilir, Pos Kuala Mu
*A. RM600/truck*
πŸ”„ Lasah@Kg. Bawong.
*B. RM700/truck*
πŸ”„ Stesen Aman Jaya.
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
β›°Gunung Yong Yap, Bubu, Tok Nenek, Berhid, Aler via Sg. Rengil, Pos Brooke
*A. RM600/truck*
πŸ”„ Sekolah@Masjid Kg. Raja
*B. RM500/truck*
πŸ”„ Masjid Lojing
*C. RM400/truck*
πŸ”„ RnR Lojing
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
β›°Gunung Korbu-Gayong via LAP Dam
*A. RM450/truck*
πŸ”„ Ulu Kinta
*B. RM550/truck*
πŸ”„ Stesen Aman Jaya
*C. RM700/truck*
πŸ”„ UK-Laluan Sg. Senooi
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
β›°Gunung Kuar, Aler, Surian via Kg. Kasang, Pos Beswok
*A. RM600/truck*
πŸ”„ Kg. Lasah/Kg Bawong
*B. RM700/truck*
πŸ”„ Stesen Aman Jaya
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
β›° Gunung Irau / Gunung Brinchang Barat
*A. RM350/truck*
πŸ”„ Nova Hotel.
*B. Rm450/truck*
πŸ”„ Tanah Rata@Kg Raja.
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
β›°Gunung Yong Belar via Tangga Dam, Bluevalley
*A. RM400/truck*
πŸ”„ Masjid Lojing
*B. RM450/truck*
πŸ”„ Sekolah@Masjid Kg. Raja.
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
β›°Trans Jerging (Gunung Suku, Irau, Yellow Pass)
*A. RM500/truck*
πŸ”„ Kg. Raja
*B. RM400/truck*
πŸ”„ Border Pass - MTD
*C. RM300/truck*
πŸ”΄ Tambahan Keluar Wakaf G. Irau
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
β›°Gunung Siku, Tangga
*RM350/truck*
πŸ”„ Kg. Raja
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

βœ… Tepat dan Sedia sentiasa.
βœ… Menyimpan pakaian bersih anda.
βœ… Perhubungan radio komunikasi.
βœ… Menjaga keselamatan penumpang.
βœ… Kerjasama berpasukan.
βœ… Harga berpatutan.

*DISKAUN akan diberi JIKA ANDA MENGGUNAKAN KHIDMAT MALIM GUNUNG PERHUTANAN*

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

20/07/2022
Dema kata aktiviti lasak memberi impak pada alam sekitar... Deyyyyyy... Jgn tegak kan benang yang basah. Kami penggiat r...
06/07/2022

Dema kata aktiviti lasak memberi impak pada alam sekitar... Deyyyyyy... Jgn tegak kan benang yang basah. Kami penggiat rekreasi memanfaatkan alam flora dan fauna sebagai punca rezeki disamping kesihatan diri.

Yang dema jahanam kan atas nama lain2.. Tu takde pulak geng akedemik ni nak ulas.. Belum masuk lagi projek musang king dll..

Bak kata orang peghak.. Bior berakei sikit bila berbicara, dema buat kajian terpilih dan terbitkan sekadar ingin menjadi populis.. Puiiii

03/07/2022

Perjuangan memartabatkan kerjaya malim gunung semakin diperhebatkan.. Sedikit petikan ucapan saya selaku wakil Penghulu Program MGP yang ditujukan kepada YB Menteri pada 27Jun 2020..

Yang kami semua kasihi

Yang Berusaha
Encik Mohd Yussainy Bin Md Yusop
Pengarah Bahagian Forest Eco Park JPSM
Dan Team
Penganjur Program Latihan MGP - JABATAN PERHUTANAN MALAYSIA & Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

IZINKAN saya memperkenalkan diri. Saya Muzafar bin Mohamad, wakil penghulu2 program MGP PERAK
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat didalam penganjuran program MALIM GUNUNG PERHUTANAN MGP di Negeri Perak ini yang berlansung dari 23 hingga 27hb Jun ini.

Tuan2 dan puan2 sekalian perjuangan memartabatkan kerjaya MALIM GUNUNG telah kami mulakan dari awal saya berjinak2 dengn kerjaya ini pada tahun1995 lagi. Dengan penubuhan PMGM pada 2015 kami para malim sedikit demi sedikit mengorak langkah bagi mendapatkan pengiktirafan utk kerjaya ini. Pelbagai onak dan durii yang kami tempuhi, bersilih ganti pengarah EkoPark JPSM yang kami temui.

Akhirnya pada tahun 2020 MGP secara rasmi diangkat kertas kerjanya oleh En Yusainy Pengarah EkoPark dari JABATAN HUTAN SEMENANJUNG Malaysia.

Kini kami mendapat pengiktirafan yang ditagih dan dicari selama ini.. Terima kasih KETSA terima kasih JPSM terima kasih en Yus and team

Maka bermula lah episod baru perjuangan utk para MALIM GUNUNG yang beroperasi didalam HSK jagaan jabatan2 hutan negeri.

Masyarakat malahan kementerian lain mula membuka mata, malah ada yang cemburu, ada yang mula menyuarakan hasrat utk kami bernaung di kementerian lain. Sehubungan itu..

Saya memohon melalui kebijaksanaan YBerbahagia Menteri, utk memastikan kami para malim gunung perhutanan

1. MGP kekal terus dibawah KETSA, kami tak nak berada dibawah kementerian lain.

Selain dari itu kami juga ingin mencadangkan agar pihak KETSA

2. Mewujudkan skim khas tuntutan MALIM bagi kejadian SAR digunung, sebagai imbuhan atas penat lelah meninggalkan trip dan kerja hakiki demi membantu pihak berkuasa.

Kami juga berharap agar kementerian KETSA dapat berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Multi Media agar

3. Menyediakan satu frekuensi radio khas bagi kegunaan malim gunung kerana ianya terbukti penting dan berkesan dalam penggunaan kerja harian malim mahupun dalam situasi penyelamatan.

4. Memohon agar pengecualian bayaran permit pada malim atau mewujudkan skim khas bagi permit khas malim agar dapat melancarkan kerja2 harian malim.

5. Cadangan bantuan sara hidup, seandainya berlaku seperti situasi covid19. Kerana nature guide, travel agent dll dapat sepanjang pandemik yang lepas, manakala malim terus terpinggir.

6. Cadangan tabung amanah MGP bagi membantu usaha2 malim gunung menjalankan aktivitii konservasi jalur pendakian demi menjaga keselamatan aktiviti mendaki gunung di dalam HSK

7. Kami juga difahamkan KETSA dalam proses buat pindahan dalam akta Perhutanan negara diparlimen, kami memohon pihak KETSA mempertimbangkan memasukkan perkhidmatan malim2 gunung ini didalam Akta atau kaedah2 hutan. Atau peraturan yang bersesuaian. Kerana ianya bakal menjamin kerjaya malim dijadikan agenda rasmi didalam aktiviti pendakian khasnya didalam HSK

YB Menteri Dato2 Tuan2 dan puan2 sekalian.

Kerjaya malim gunung bukan lagi suatu kerjaya separuh masa mahupun kerjaya kecil-kecilan.. Ia telah menjadi satu PELUANG KERJAYA BARU pada penggiat rekreasi tempatan dan semakin diminati ramai. Saya berharap agar KETSA meneruskan usaha memartabatkan kerjaya malim gunung ini sekaligus meransang ekonomi negara, negeri, daerah dan kampung2 yang ada.

Dikala situasi covid19 semakin menunjukkan pemulihan yg baik diseluruh negara mahupun dunia.

Maka akan berbondong bondong para peminat mendaki gunung samaada dari dalam dan luar negara utk datang dan merasai keunikan pengalaman mendaki gunung di Malaysia ini. Oleh itu langkah awal KETSA ini yg diterajui oleh JPSM yg diketuai oleh En Yussainy adalah sangat wajar.

Semoga semua MALIM GUNUNG PERHUTANAN yang terpilih ini sama2 berganding bahu dengan JPSM, JPN masing2 dan KETSA sdri khasnya agar memastikan para pendaki gunung akan berasa SELAMAT, SENANG, dan SELESA yang akhirnya mbuatkan mereka SERONOK.

Hasilnya akan dapat kita nikmati bersama2 melalui limpahan ekonomi falam pebagai bentuk di Negara kita, dan khususnya ditempat kita masing2.

Akhir kata dari saya, serangkap pantun untuk semua.

Dari teori hingga ke amali
Penat belajor sampai terbongkang
Terima kasih KETSA kerana peduli
Kerjaya MALIM yang kian berkembang

Muzafar Mohamad
Wakil Penguhulu Kursus MGP Negeri Perak

Demi perkembangan sebuah industri.. Semoga adik2 diluar lebih memahami, wujudnya saluran yang betul, cara yang betul pad...
22/06/2022

Demi perkembangan sebuah industri.. Semoga adik2 diluar lebih memahami, wujudnya saluran yang betul, cara yang betul pada orang yang betul.
Semoga Industri mendaki gunung terus berkembang.

Tahniah MENRAK JAHAI Royal Belum..
19/06/2022

Tahniah MENRAK JAHAI Royal Belum..

MALIM GUNUNG PERHUTANAN-PERAK. Yg bukan2 psertanya. Bior tk ramai tp berkualiti yeop. Esok bila SAR aku akan kabo "tahun...
12/06/2022

MALIM GUNUNG PERHUTANAN-PERAK. Yg bukan2 psertanya. Bior tk ramai tp berkualiti yeop. Esok bila SAR aku akan kabo
"tahun depan kami cari mangsa sbb budak2 yg slalu tolong takda slot program MGP dah.."

Dema kena tukor kereja lain.. Tak boleh jadi malim. Yg buat keja malim tak dpt slot, yg ntah sapa2 pulak yg ada dalam tu. Pi mai pi mai tang tu jgk.

Antara barang wajib ada dalam tujuan rekreasi kita. B. A. P. A. T1. B. ekas2. A. lat peghidup api3. P. arang / pisau / m...
10/06/2022

Antara barang wajib ada dalam tujuan rekreasi kita. B. A. P. A. T
1. B. ekas
2. A. lat peghidup api
3. P. arang / pisau / multitools
4. A. tap / bumbung (flysheet, plastik sampah)
5. T. ali (paracord, accesory cord, tali plastik)

Teknologi sekarang menghasilkan banyak lightweight hiking item.. Jangan jadikan alasan tidak membawanya

Jangan ditiru 100% dalam rancangan tv.. Depa selalunya ada krew pengambaran bersama.
07/06/2022

Jangan ditiru 100% dalam rancangan tv.. Depa selalunya ada krew pengambaran bersama.

07/06/2022
07/06/2022
Selalu dengar budak2 gunung baru cakap, "hutan kita ni dah tak banyak binatang liar"...Sebenarnya bukan tak banyak dik.....
03/06/2022

Selalu dengar budak2 gunung baru cakap, "hutan kita ni dah tak banyak binatang liar"...
Sebenarnya bukan tak banyak dik.. Engkau yg lalai, berlari kesana kemari dalam utan dah mcam litar lumba haram. Cer jalan elok2 pelan2 hayati alam tu...😏😏😏

02/06/2022

SOP pendakian mungkin satu solusi, tapi sikap pendaki, penganjur dan malim adalah kunci keselamatan dalam aktivti mendaki gunung

Sembang kencang pung pang pung pang compress hak kami bla bla bla.. Yg buat bantuan amal, yg tolong bukak trail, yg main...
31/05/2022

Sembang kencang pung pang pung pang compress hak kami bla bla bla.. Yg buat bantuan amal, yg tolong bukak trail, yg maintain hiking trail. Persatuan Malim Gunung jugak.. Yg sembang pokok boleh goyang last2 lepak kat masjid bawong tersadai. Lineup mcm zombie jalan mcm org bodo atas ticket trip kompres bodo.

Jgn sembang b*k la.. Setakat nak acung jari tengah budak 3tahun pun ada dua belah tangan untuk diangkat. Esok ko mati dalam hutan line up ko barai dalam utan sama je perangai dr kat yongyap kami gak nak kena handle bila macha ntah mana salah jalan sampai la ke trip cus bodo kompress line up tersadai tengah jalan. Sembang ko semua dlm kocek la budak kecik oii. Nak tengok geng compress masuk jalan kaki sendiri dari kuala betis sampai masjid bawong.

Sudahnya2 geng malim jgk yg pickup dan jadi saksi trip cus lahabau dan tipu permit yyap kau. Woiii trip lu kena tahan dekat kem agas menipu permit tak nak cerita ke.

Ni la untuk budak2 luar tahu, gogo compress sekor ni kuat menipu permit bagai, dah kantoi kira tak kena tindakan bersyukur la. Line up sesat dlm yyap kami jawap trlefon tunjuk jalan bersyukur la, line ko tersadai dua hari cus bodo compress kami tolong bwk keluar bersyukur la.

Ko ingat sembang ko gah orang tak tau kau punya helahh hahahahaha try la brader jalan kaki lepas ni. Den, kay, mie, jantan, tun, wanje, dedi, ayem, cm hehehhehe jom tengok trip kompress jalan kaki dari luar heheheh

Ingat semua.. Anda belum habis lagi sehingga semua sampai kerumah masing2
26/05/2022

Ingat semua.. Anda belum habis lagi sehingga semua sampai kerumah masing2

24/05/2022

Amalkan B.P.R.
Maintain BuddiesSystem, control Pace kumpulan, Regroup selalu
Mendaki gng adlh pjalnan mninggalkan kesombongan diri

23/05/2022

Isu penutupan hutan di Perak. Teman dah ke kuala kangsor jumpa MB.. MB kabo bagi masa dia akan kaji. Kome yg lain2 jgn la nak perlekeh beno MB teman ni yob. Kita akan sentiasa bantu komuniti pendaki malim dan keseluruhan industri.

Pada dema2 lain kaki kecam.. Nasihat teman.. Cari jalan kome akan jumpa, cari alasan pun kome jumpe. Teman dan rakan2 dari MGP Malim Gunung Perak dan MOSARS akan terus bantu dlm pelbagai cara.

Tima kasih saudara Paydot yang membantu sama. Jasa anda dikenang

Baru terima panggilan dari rakan pendaki kes kematian YBelar Kem Kuali. Sedikit sebanyak persoalan saya akhirnya terjawa...
23/05/2022

Baru terima panggilan dari rakan pendaki kes kematian YBelar Kem Kuali. Sedikit sebanyak persoalan saya akhirnya terjawab

1. Kenapa mereka tak menjawab panggilan / tak dapat dihubungi
A. Semasa 17hb tersebut ada antara mereka yang masih belum keluar dan teperangkap di aliran sungai Termin di jalur mendaki Korbu sana. (air besar)
B. Budaya mendaki mereka selama ini adalah berjalan terus tanpa regroup (kejar timing) dan bila keluar balik terus. Hanya monitor situasi rakan2 didalam group chat.

2. Kenapa saya sendiri pening dengan kronologi kejadian dan lokasi sebenar mangsa.

A. Salah satu kumpulan rakan pendaki Permit dipohon dari KINTA MANJUNG. tapi jalan masuk adalah dari LOJING GUA MUSANG
B. Nama pemohon permit tidak dapat dihubungi dan beliau sendiri tidak jadi masuk.
C. Laporan kedua2 kumpulan masuk dibuat di Balai Polis Tanjung Rambutan atas permit yang dipohon tetapi salah satu kumpulan pendakian bermula dari LOJING
D. Saya juga dimaklumkan sememangnya mangsa memasuki melalui Hutan Simpan Bukit Kinta sampai di Yong Belar mangsa yang bercadang utk berpatah balik ke Korbu semasa di kem kuali berhadapan masalah kesihatan

Terima kasih atas penerangan yang dibuat oleh rakan pendaki yang terlibat. Penerangan sebelum ini yang dibuat oleh dua pendaki berusia 74 dan 52 tahun yang awalnya menemani mayat adalah sangat mengelirukan. Mungkin atas faktor bahasa dan keadaan mereka yang keletihan sebelum itu.

Kesimpulannya
1. PERMIT mendaki sepatutnya dibuat berdasarkan lokasi masuk pendakian
2. Budaya balik terus dan hanya awasi situasi rakan2 dalam group chat adalah tidak munasabah.
3. Berjalan terus menerus tanpa ada regrouping adalah salah. INI BUKAN PERLUMBAAN
4. Penyediaan lengkap alatan bantuan kecemasan adalah perlu
5. Kumpulan MARSHAL yang mencukupi adalah perlu demi memastikan keselamatan peserta
6. Bila kita maklum pada polis untuk masuk, wajib untuk anda maklum semula bila keluar. Pastikan semua dah keluar baru maklum.

Going is optional.. Getting down is mandatory
22/05/2022

Going is optional.. Getting down is mandatory

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harimau Comel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share