Harmony Holidays Masjid Tanah

  • Home
  • Harmony Holidays Masjid Tanah

Harmony Holidays Masjid Tanah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Harmony Holidays Masjid Tanah, Tour guide, .

7 AMALAN YANG DI GALAKKAN PADA 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Alla...
29/06/2022

7 AMALAN YANG DI GALAKKAN PADA 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini (Baginda memaksudkan 10 hari terawal Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”
Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

(Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757))

1. ALQURAN

Membaca Alquran, Memperbanyakkan mendengar alunan AlQuran, Menghayati maksud didalam AlQuran.

2. SOLAT

Memperbaiki solat, cuba sedaya upaya untuk penuhkan 5 waktu di masjid.

Cuba mengerjakan solat sunat ishraq @ dhuha.

3. KEBAIKAN

Mengandakan amalan kebaikan seperti zakat, sedekah dan belanja ibu ayah, pasangan dan anak anak.

4. BERPUASA

Berpuasa sekerap yang mampu pada 9 hari pertama terutamanya Hari Isnin-Khamis dan pada hari 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Dengan penuh pengharapan puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang (HR Muslim)

5. HARI RAYA AIDIL ADHA DAN IBADAH QURBAN

> Tidak memotong kuku dan rambut sehingga selesai penyembelihan binatang qurban.
> Mengikuti semua amalan-amalan sunnah Aidil Adha.
> Mengerjakan Solat Sunat Aidil Adha dengan penuh rasa semangat.
> Mengerjakan ibadah qurban dengan hati yang ikhlas.
> Makan daging qurban dan memberi makan daging qurban kepada orang lain.
> Menziarahi saudara mara dan rakan taulan.

6. ZIKIR DAN DOA

> Mempertingkatkan bacaan zikir – Tahlil, Takbir dan Tahmid.
> Membaca zikir pagi, petang dan doa-doa mengikut sunnah.
> Membaca selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
> Memperbanyakkan doa ketika waktu mustajab doa terutamanya pada Hari Arafah.

7. HUBUNGAN KEMASYARAKATAN

> Memperkukuhkan hubungan dengan saudara-mara.
> Menjaga kebajikan jiran tetangga.
> Membantu orang yang memerlukan.
> Menyertai program-program sukarelawan komuniti.

29/06/2022

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harmony Holidays Masjid Tanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share