30/03/2018
Kopivosian & Salam Perpaduan 🤗
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Badan Penyelaras KDCA Pulau Pinang akan menjalankan sesi pendaftaran untuk penyertaan Unduk Ngadau dan juga Sugandoi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Pulau Pinang yang akan berlangsung pada 13 Mei bertempat di *ST. GILES HOTEL*.
Sehubungan itu, sesi pendaftaran penyertaan akan dibuka pada 1hb April 2018.
Peserta yang menjadi johan Unduk Ngadau & Sugandoi di peringat Negeri Pulau Pinang akan mewakili Pulau Pinang untuk berentap di pentas kemuncak Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada hujung bulan Mei.
Sesi ujibakat/ Saringan akan dijalankan pada 28April/ 29 April 2018 bertempat di pejabat KDCA Pulau Pinang.
Maklumat lanjut sila rujuk iklan yang dilampirkan. Dan untuk makluman semua pihak KDCA Pulau Pinang juga akan menjalankan pendaftaran untuk penyertaan terbuka dan sesi pameran dijalankan juga Bersama – sama dengan Kumpulan Band Terkenal “ SADA BORNEO” Semi-finalist Asia Got Talent 2015, dan butiran adalah seperti berikut :-
📆 Tarikh: 1 April 2018
🕰 Masa: 10.00am – 7.00pm
🏢 Tempat: Hin Bus Depot , 31A, Jalan Gurdwara, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang.
Borang pendaftaran/penyertaan sila berhubung:
âś…Sugandoi (Joanna - 0134852608 / Patricia- 0103889306)
Email: [email protected]
âś…Unduk Ngadau (Sylvia Lo - 0175878351/ Anne- 0194431128)
Email: [email protected]