09/04/2024
Salam Syawal yang bakal menjelma lagi buat teman-teman sekalian…..
Ribuan kemaafan dipohon sekiranya sepanjang tahun ini yang sememangnya ada terkasar bahasa, terlanjur kata…
Walaupun mungkin kita tidak pernah atau jarang bersua muka atau selalu berjumpa, diharapkan silaturrahim akan senantiasa berkekalan dan diberkati hendaknya…
Buat semua yang akan pulang ke kampung, pandu secara berhemah…ingat orang tersayang yg menunggu di rumah…pastikan keselamamatan rumah apabila anda pulang… buat yang baru berkeluarga, menimang cahaya mata diharap syawal kali ini memberikan sinar baru dalam hidup kalian… buat teman yang mungkin baru kehilangan orang yang tersayang jangan jadikan alasan untuk tidak merayakan syawal… ketahuilah anda masih mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang lain didunia ini…
Buat teman di perantauan… raikanlah syawal seperti berada di kampung halaman…
Semuga amalan kita di Ramadhan kali ini diterima Allah dan ditemukan lagi di Ramadhan akan datang…
Ketahuilah anda semua dalam ingatan saya…
Akhir kata, Salam Aidilfitri, Minal ‘Aidiin Wal Faaiziin…
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI… Maaf Zahir & Batin
*Dengan Ingatan Tulus Ikhlas & Kasih Sayang
MOHD HASSAN TUAH & SALBIAH MUHAMAD Sekeluarga*