01/05/2018
TIPS UMRAH: BAWA ANAK KECIL KE TANAH SUCI.
Memang best kalau dapat bawa anak-anak mengerjakan umrah dengan kita. TAPI, kalau anda tak tau urus anak-anak, kemungkinan besar perjalanan ibadah anda boleh menjadi HAMBAR.
Jadi, malam ni saya nak kongsikan 7 tips macamana nak urus anak kesayangan anda ketika mengerjakan umrah. Take note tau.
1. Hand Luggage
Bawa kelengkapan anak untuk kegunaan di dalam pesawat atau dalam bas. Contohnya selimut, bantal kecil, stok makanan, lampin pakai buang, ubat-ubatan, pakaian, tuala kecil dan juga tisu basah.
.
2. Alatan mainan/gadget
Bagi mengelakkan anak kita bosan dan berjalan tanpa pengawasan ketika di dalam pesawat, boleh beri alatan mainan atau gadget aplikasi hiburan yang boleh menarik minat mereka.
3. Bagpack
Gunakan beg sandang yang bersaiz sederhana untuk mengisi tisu basah, lampin pakai buang, losyen dan makanan ringan untuk keperluan si kecil ketika dibawa ke masjid atau ketika melakukan ziarah.
4. Baby carrier
Untuk yang mempunyai anak di bawah usia 4 tahun digalakkan membawa baby carrier untuk memudahkan penjagaan si kecil ketika anda sedang solat dan duduk di dalam masjid.
5. Khatan
Tidak menjadi syarat anak lelaki kecil dikhatan terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, ibu bapa perlu memastikan kemaluan anak dicuci bersih sehingga yakin tidak ada najis untuk membolehkan mereka dibawa melakukan tawaf.
6. Waktu tidur
Waktu tidur si kecil akan berubah dari kebiasaan mereka. Menidurkan anak kecil di awal malam boleh membantu mereka bangun awal untuk persediaan solat malam dan subuh. Jika anak-anak anda masih mengantuk, bawa sahaja mereka ke Masjid dan tidurkan mereka di sisi anda ketika solat sunat malam.
7. Elakkan memarahi anak di Tanah Haram.
Kerenah anak boleh mengugat kesabaran. Perbanyakkan doa dan ungkapkan perkataan-perkataan positif untuk mereka. Mereka adalah harta yang amat berharga yang anda miliki.
Yakinlah bahawa pelbagai keberkatan dan kenangan manis akan diperoleh dan menjadi memori indah bersama ketika melaksanakan ibadah umrah. Makin mencurah rezeki Allah limpahkan bila mana ibu bapa berusaha untuk membawa anak-anaknya ke jalan Allah.
Nota: mengambil pengalaman jemaah membawa anak kecilnya berusia 1thn lebih mengerjakan umrah.
📌Nak lebih tahu tips yg lain... Jom Daftar Umrah bersama kami...
📌 Kebajikan Anda Tanggungjawab Kami...
Ibadah Umrah Anda Keperihatinan Kami...
In Shaa Allah...
🕋Umrah Mabrurah Wal Maqbulah...
Allahumma Aamiin... 🤲🏻
👳🏻♂️Ustaz Zulkefli Aziz
www.wasap.my/601125866272/DaftarUmrah
(Seremban, Negeri Sembilan)
🧕🏻Ustazah Asiah Mustapa
www.wasap.my/60122465340/DaftarUmrah (Seremban, Negeri Sembilan)
SHARE kan pd 5 group atau TAG sahabat dan family tersayang utk sama-sama menjadi Tetamu Allah dan turut mendapat saham jika berkongsi info yg baik...