Dayak Heritage

  • Home
  • Dayak Heritage

Dayak Heritage Jaringan Warisan Orang Asal Borneo
HALAMAN PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN TANPA KEUNTUNGAN
(1)

MAKSUD DISEBALIK LIMA WARNA DI DALAM KEPERCAYAAN IBAN ASAL.1.WARNA MERAH -Diberikan Petara Kumang (Dewi Tenunan)Dipercay...
21/07/2024

MAKSUD DISEBALIK LIMA WARNA DI DALAM KEPERCAYAAN IBAN ASAL.

1.WARNA MERAH -Diberikan Petara Kumang (Dewi Tenunan)
Dipercayai melambangkan keberanian dan kekuatan masyarakat Iban.

2.WARNA PUTIH -Diberikan Petara Ini Andan,(Dewi Keadilan.)
Dipercayai membawa maksud melambangkan hati yang suci,bersih,beradat.

3.WARNA HITAM-Diberikan Petara Inik Manang ,Dewi perubatan/Penyembuh
Yang membawa maksud azimat dan perlindung dari roh jahat.

Warna hitam juga dipercayai sebagai tanda perkabungan/kematian di dalam masyarakat Iban.

Ada juga yang mempercayai warna hitam juga melambangkan Iban yang misterius.

4.WARNA HIJAU-Diberikan Petara Semp**ang Gana (Dewa Tanah).
Yang melambangkan tanda kesyukuran kepada tanah yang subur dan keberkatan di dalam kehidupan.(Ada juga percaya ia warna yang diberikan Isteri Dewa Semp**ang Gana sendiri)

5.WARNA KUNING-Diberikan Petara Anda Mara (Dewa Kekayaan)
Yang melambangkan kemewahan yang diberikan Tuhan Purba kepada manusia atau melambangkan kekayaan warisan budaya Iban.

Warna kunning juga dianggap warna yang melambangkan Kemuliaan Petara (Tuhan Purba) yang telah menciptakan segala isi alam semesta.

Penafian:
Maksud warna ini diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain dan mungkin ada sesetengah maksud yang berbeza mengikut etnik atau puak Ibanic groups itu sendiri.Kalau Kurang tepat boleh perbetulkan.

BENDERA PUSAKA BANGSA DAYAKAda orang menolak mengibarkan bendera Sarawak lama kerana dikatakan bendera penjajah walaupun...
21/07/2024

BENDERA PUSAKA BANGSA DAYAK
Ada orang menolak mengibarkan bendera Sarawak lama kerana dikatakan bendera penjajah walaupun hakikatnya bendera lama itulah yang membawa indentiti negara Sarawak awal,(Sarawak Kingdom) dan digunakan sehingga tahun 1973.

Ini merupakan bendera pusaka Orang Asal Borneo Dayak Iban,Tambai Panggau Libau.
Cantik dan bersejarah.
Anggaplah lima warna mewalkili lima rumpun utama bangsa Dayak ,1.Dayak Iban, 2.Dayak Bidayuh, 3.Dayak Apu Kayan, 4.Dayak Ot Danum/Ngaju, 5.Dayak Murut-Dusun-Rungus



BENDERA ASAL NEGARA SARAWAKSarawak Kingdom diasaskan Rajah James Brooke pada tahun 1841.Pada tahun 1941,Jepun menakluki ...
21/07/2024

BENDERA ASAL NEGARA SARAWAK
Sarawak Kingdom diasaskan Rajah James Brooke pada tahun 1841.Pada tahun 1941,Jepun menakluki Sarawak selama lima tahun hingga tahun 1945 (WW2).Setelah perang dunia kedua, kerajaan Brooke mengalami masalah kewangan dan menyerahkan pemerintahan Sarawak kepada British tahun 1946.
Pada tanggal 22 July 1963, British memberikan pemerintahan sendiri kepada Sarawak awal mulanya kemederkaan Sarawak sebelum bergabung dengan Singapura,Malaya ,Sabah untuk membentuk Negara Persekutuan Malaysia 16 Sept 1963.
Bendera sarawak lama membawa identiti dan sejarah sarawak yang sebenar.
Bendera inilah yang dikibarkan ketika penyerahan kuasa oleh British kepada Orang Asal dibawah pimpinan Ketua Menteri Dayak pertama Sarawak Stephen Kalong Ningkan pada 22 JULY 1963 dan digunakan sehingga tahun 1973 sebelum diubah sebanyak dua Kali sampai hari ini.

Yang menolak mengibarkan bendera Sarawak lama apakah takut dengan fakta sejarah?

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMEDERKAAN SARAWAK PADA 22 JULY 1963.


ASAL USUL NAMA MALAYSIA Tahukah anda,nama Malaysia telah wujud di dalam peta dunia untuk menyebut kep**auan di East Indi...
21/07/2024

ASAL USUL NAMA MALAYSIA
Tahukah anda,nama Malaysia telah wujud di dalam peta dunia untuk menyebut kep**auan di East Indian Archipelago (Nusantara) pada tahun 1831 oleh ahli anthropology Perancis Jules Dumont d'Urville sebagai Malaisie.
Nama Malaisie kemudian diinggriskan leh Thomas G. Bradford dari US pada tahun 1835.
Istilah Malaysia adalah istilah Anthropologi untuk memetakan kawasan kep**auan di asia selatan seperti Micronesia, Polynesia,Melanesia dan Malaysia (Malaisie).
Asalnya istilah kep**auan Malaysia (Malaise) tidak termasuk tanah semenanjung Malaya.

Sumber
Clark, Geoffrey. “Dumont d’Urville’s Oceania.” The Journal of Pacific History, vol. 38, (2003)

Bulletin de la Société de Géographie
by Société de Géographie de Paris
Publication date 1852

Dayak vs Dayak [quote;The Sakarrans prided themselves on being able to send out eighty bangkongs, manned by 2800 warrior...
20/07/2024

Dayak vs Dayak
[quote;The Sakarrans prided themselves on being able to send out eighty bangkongs, manned by 2800 warriors. Confident in their own strength, they had never taken any extraordinary measures for their defence: they little expected a visit from an organised body of 2000 Malays and Dyaks, led by an European Rajah of Sarawak, and a handful of Englishmen]

Dalam catatan fakta sejarah mencatatatkan penglibatan Iban sendiri menyokong Brooke untuk menentang Iban di Skrang.
Daniel Bernard Tuan nak fakta.Banyak tuan takut tuan sendiri yang tidak ada fakta untuk menafikan fakta sejarah ini.

Sumber Buku:
A visit to the Indian Archipelago , in H.M. ship Mæander. With portions of the private journal of Sir James Brooke, K.C.B
by Keppel, Henry, Sir, 1809-1904; James, Rajah of Sarawak, 1803-1868

Publication date 1853

SEJARAH ASAL USUL ISTILAH NUSANTARA INDIAN ARCHIPELAGO Catatan menarik asal usul nama nusantara yang dikenali di dalam p...
20/07/2024

SEJARAH ASAL USUL ISTILAH NUSANTARA
INDIAN ARCHIPELAGO
Catatan menarik asal usul nama nusantara yang dikenali di dalam peta dunia sebagai Indian Archipelago.

Sumber buku:
Nusantara; a history of the East Indian archipelago
by Vlekke, Bernard H. M. (Bernard Hubertus Maria), 1899-1970

Publication date 1944
Harvard University

NAMA ASLI NUSANTARA ADALAH INDIAN ARCHIPELAGO.Anda Tahu kenapa kep**auan Nusantara (Southeast Asia) digelar Indian Archi...
20/07/2024

NAMA ASLI NUSANTARA ADALAH INDIAN ARCHIPELAGO.
Anda Tahu kenapa kep**auan Nusantara (Southeast Asia) digelar Indian Archipelago sejak berkurun lamanya sebelum diubah kepada istilah Malay Archipelago oleh Penjajah Eropah (Wallace ,1869) adalah kerana pengaruh peradaban India yang sangat kuat di Asia Selatan ribuan tahun yang lalu sebelum kedatangan penjajah Eropah.

[quote;For at least 1200 years Indian Cultural Influence dominated the whole of Southeast Asia. This culture formed the basis on which the art, literature and religion of this region were based following Indian models of the successive centuries. Any school of art, any literary work, any religious cult, which received wide acceptance in India, could be seen transplanted overseas to this distant region. From all parts of India came those who transmitted this culture. If we take into consideration early tradition, it was from North India (Kamboja near Kashmir, Indraprastha and Varanasi), from Western parts on the Gujrat coast, from Eastern trade centres like Tamralipti (Tamluk in W. Bengal) that the first pioneers arrived in different parts of Southeast Asia. From epigraphic evidence we find that probably a later batch came from the Pallava realm of South India. From Orissa must have come those who founded Srikshetra and Ussa in South Burma. In the 8th and 9th centuries the art, script and Mahayana cult from centres like Nalanda in Pala Magadha and Bengal crossed over to the Srivijaya empire in Sumatra and Java and later on to Cambodia also.]

Sumber buku:
SOUTHEAST ASIA IN TRANSITION
HEAD OF THE SOUTHEAST ASIAN STUDIES DEPTT. (RETD.) INDIAN SCHOOL OF INTERNATIONAL STUDIES
By;MEENAKSHI PRAKASHAN (1965)

ALFRED RUSSELL WALLACE DARI INDIAN ARCHIPELAGO KE MALAY ARCHIPELAGO PADA TAHUN 1869.Kemungkinan sebab Wallace menukar na...
20/07/2024

ALFRED RUSSELL WALLACE
DARI INDIAN ARCHIPELAGO KE MALAY ARCHIPELAGO PADA TAHUN 1869.
Kemungkinan sebab Wallace menukar nama Indian Archipelago kepada Malay Archipelago kerana Bahasa Melayu pada masa itu telah Jadi lingua franca di beberapa tempat termasuk p**au Jawa dan Borneo dengan kedatangan pedagang Melayu pada zaman tersebut untuk berinteraksi dengan penduduk lokal.

Istilah Malay p**a dikatakan berasal dari pelbagai akar kata seperti;
Malayalam, Hilmalaya, Malai (Tanah tinggi/Gunung)

Kep**auan nusantara dihuni pelbagai bangsa dan Suku Asli yang berbeza sama sekali dengan Melayu.
Melayu p**a adalah hanya salah satu suku kecil dari ratusan suku tersebut yang ada di nusantara yang asalnya di Jambi Palembang,Minangkabau, Pulau Sumatera sebagai suku Malaiu/Malayu/Malaio.

Catatan sumber:
Travels in the East Indian Archipelago
by Bickmore, Albert S.(Albert Smith),1839-1914
Publication date 1868

"The Malay Archipelago: the land of the orang-utan, and the bird of paradise. A narrative of travel, with studies of man and nature"
by Wallace, Alfred Russel, (1869)

Origin of Sarawak Malay?ASAL USUL MELAYU SARAWAK [quote;It is unknown when first the Malays came to Borneo. According to...
19/07/2024

Origin of Sarawak Malay?
ASAL USUL MELAYU SARAWAK
[quote;It is unknown when first the Malays came to Borneo. According to
Malay tradition the original home of the race was the kingdom of
Menangkabau in Sumatra; but it is likely that its main breeding-ground
was Java. From the islands the Malays spread into what is now called
the Malay peninsula. In the course of its movements the race became
adulterated with Indian and Mongoloid blood, as well as the blood of
aboriginal peoples. But there is still a dominant Malay type, smallish
in stature and delicately made, with darkish colouring and somewhat
Mongoloid features.(Runciman,Steven Sir ,1903 ) ]

Sumber Rujukan;
Asal usul Melayu Sarawak,Menjejaki Titik Tak Pasti
By Prof.Dr Jeniri Amir,(2015)
University Malaysia Sarawak.

"Between frontiers : nation and identity in a Southeast Asian borderland"
by Ishikawa, Noboru (2010)
Ohio University

The white rajahs; a history of Sarawak from 1841 to 1946
by Runciman, Steven, Sir, (1903)
Cambridge University

"A history of Sarawak under its two white Rajahs, (1839-1908)
by Baring-Gould, S. (Sabine), 1Bampfylde, Charles Agar,
Publication date 1909
University of Toronto

"Australasia"
by Wallace, Alfred Russel, 1823-1913
Publication date (1893)

“THE EARLY DEVELOPMENT OF KUCHING, 1820—1857.”
By;Lockard, Craig. A (1976)

The Sarawak Museum Journal (1911)

DAYAK IBAN SATU SATUNYA BANGSA YNAG TIDAK DAPAT DIKALAHKAN KUASA LUAR DI BORNEO.Kerana itu penjajah asing menggunakan pr...
19/07/2024

DAYAK IBAN SATU SATUNYA BANGSA YNAG TIDAK DAPAT DIKALAHKAN KUASA LUAR DI BORNEO.
Kerana itu penjajah asing menggunakan propaganda "Only Dayak Can Kill Dayak".
Iban pernah bangkit sebagai bangsa terkuat di Borneo namun kerana ada sesetengah Iban sendiri yang memilih menyokong penjajah/ talibarut penjajah untuk menentang bangsa sendiri.Sikap inilah yang diwarisi sesetengah generasi Iban hingga ke hari ini.Sebab itu tidak hairan ,kalau ada Iban sendiri yang berhujah melawan fakta yang kami ketengahkan untuk mengangkat warisan budaya Iban di halaman Dayak Heritage..

Dayak Kill Dayak
Sumber buku:
Rajah Charles Brooke
by Crisswell, Colin N (1978)
Oxford University

SEJARAH JATUHNYA PEMIMPIN ORANG ASAL SARAWAK (DAYAK)STEPHEN KALONG NINGKAN[quote;So the stage was set for Ningkan's down...
19/07/2024

SEJARAH JATUHNYA PEMIMPIN ORANG ASAL SARAWAK (DAYAK)
STEPHEN KALONG NINGKAN
[quote;So the stage was set for Ningkan's downfall. Jugah, faced with pressure not just from within his own party, but from Barjasa and the Federal Government as well, finally agreed to be part of an anti-Ningkan coup, with the guarantee that the latter's successor as Chief Minister would be an Iban, not a Muslim.]

Terjemahan:
[Jadi pentas ditetapkan untuk kejatuhan Ningkan.Jugah, yang berdepan dengan tekanan bukan sahaja dari dalam partinya sendiri, tetapi daripada Barjasa dan Kerajaan Persekutuan juga, akhirnya bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada rampasan kuasa anti-Ningkan, dengan jaminan bahawa penggantinya sebagai Ketua Menteri adalah Iban, bukan orang Islam]

Memetik kata2 Tun Jugah,Tebu Sudah Mula Kelihatan Tawar Di Awal Apalagi Di Hujung.

Catatan Sejarah Sarawak
Sumber Buku:
"politics of relonging"
by margaret clark roff (1974)
Oxford University

MOHAMMEDANISM IN BORNEO: NOTES FOR A STUDY OF THE LOCAL Modifications of Islam and the Extent of Its Influence on the Na...
19/07/2024

MOHAMMEDANISM IN BORNEO: NOTES FOR A STUDY OF THE LOCAL Modifications of Islam and the Extent of Its Influence on the Native Tribes"

[quote;The coastal pop**ation of Borneo is composed of colonists of the trading nations mentioned above, the Malays and Bugis and others, from Sumatra, Java, the Malay Peninsula and Celebes. Most of these colonies were, however, formed before the conversion of the Malays to Mohammedanism. The Malay kingdom of Brunei was founded in the middle of the thirteenth century, though even before that there were probably some few colonists there. It became Mohammedan not until much later-some time before 1530.1 Colonists from Java had settle- ments at Passir, Kotei, and Banjermassin, on the south coast of Borneo, at Sambas, Mampawa, and Landak on the west coast as early as 1360.]

Terjemahan:
[Memetik;Penduduk pesisir pantai Borneo terdiri daripada penjajah negara-negara yang melakukan perdagangan yang disebutkan di atas, Melayu dan Bugis dan lain-lain, yang berhijrah dari Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu dan Sulawesi. Kebanyakan jajahan ini, bagaimanapun, telah dibentuk sebelum penukaran agama orang Melayu kepada Mohammedanisme. Kerajaan Melayu Brunei telah diasaskan pada pertengahan abad ketiga belas, walaupun sebelum itu mungkin terdapat beberapa penjajah di sana. Ia menjadi Mohammedan tidak lama kemudian-beberapa masa sebelum 1530.
Penjajah dari Jawa telah menetap di Passir, Kotei, dan Banjarmassin, di pantai selatan Borneo, di Sambas, Mampawa, dan Landak di pantai barat seawal tahun 1360 pengenalan kepada agama Mohammedanisme]

Sumber catatan buku:
"Mohammedanism in Borneo: Notes for a Study of the Local Modifications of Islam and the Extent of Its Influence on the Native Tribes"
by Scott, Samuel Bryan
Publication date 1913
Philadelphia University

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMEDERKAAN NEGARA SARAWAK 22 JULY 1963.Tun Jugah , pemimpin Iban Rajang antara tokoh yang banyak ...
18/07/2024

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMEDERKAAN NEGARA SARAWAK 22 JULY 1963.
Tun Jugah , pemimpin Iban Rajang antara tokoh yang banyak terlibat di dalam rundingan terutamanya tentang hak2 Sarawak sebelum pembentukan Malaysia 16 Sept 1963.
Tun Jugah Asalnya merupakan calon Governor Sarawak yang sepatutnya menerajui kepimpinan Sarawak setelah Mederka dari kuasa British namun ditentang Malaya kerana alasan Ketua Menteri Sarawak sudah dipimpin Oleh Dayak (Iban) Stephen Kalong Ningkan.Maka telah dibuat perjanjian Kongsi Kuasa "Sekiranya Ketua Menteri Dayak (Iban), Governor seharusnya kaum Melayu atau kaum lain.Begitu juga sebaliknya Sekiranya KM bukan Dayak (Iban) Governor seharusnya Dayak (Iban).

Antara kata kata keramat Tun Jugah yang terkenal adalah:
"JANGAN MALAYSIA SEPERTI TEBU MANIS DI PANGKAL TAWAR DI HUJUNG".

Baju dan seluar yang digunakan Tun Jugah gambar di bawah merupakan baju asal yang ditenun dari Pua Kumbu Iban sendiri,(Kelambi).

Sumber dibawah dari buku:
Malaysian politics
by Means, Gordon P
Publication date 1976

politics of relonging"
by margaret clark roff (1974)
Oxford University

Publication date 1976The rising moon : political change in Sarawak".
by Leigh, Michael B
Publication date 1974

The Sarawak Political Scene
Robert O. Tilman
Pacific Affairs, (1964-1965)

Political Parties in Sarawak and Sabah
R. S. Milne (1965)

Parties, Personalities and Crisis Politics in Sarawak
Craig A. Lockard (1967)

Fair Land Sarawak: Some Recollections of an Expatriate Official
Oleh Alastair Morrison (1993)
Cornell University

TURAI IBAN DI GUA NIAHSIMBOL RAHSIA (SECRET CHARACTER) SIMBOL INI JUGA DIBUAT PADA MOTIF UKIRAN TENUNAN KAIN PUA KUMBU I...
18/07/2024

TURAI IBAN DI GUA NIAH
SIMBOL RAHSIA (SECRET CHARACTER)
SIMBOL INI JUGA DIBUAT PADA MOTIF UKIRAN TENUNAN KAIN PUA KUMBU IBAN SEJAK ZAMAN PURBA.MOTIF INI JUGA TERDAPAT PADA UKIRAN BATU DI SUNGAI JAONG SANTUBONG YANG DISEBUT BATU GAMBAR.
MOTIF RAHSIA INI SEBENARNYA MEWALKILI FIGURA MOTIF SEMANGAT IAITU SEMANGAT DEWA BESI IBAN DEWA SEMPANDAI.

Menurut Karl-Heinz Reger, Nelles Verlag (1977),motif motif yang terdapat pada pictograph di gua Niah sama dengan motif kuno Iban yang masih diwarisi di dalam tenunan Pua Kumbu dan juga sama dengan simbol kuno pada tulisan poneglyph Iban sendiri Papan Turai.

PUNCA SEBENAR KONFLIK DAYAK vs MADURA DI 'DAYAKLAND'[quote;In West Kalimantan (Indonesian Borneo) from late December thr...
18/07/2024

PUNCA SEBENAR KONFLIK DAYAK vs MADURA DI 'DAYAKLAND'
[quote;In West Kalimantan (Indonesian Borneo) from late December through early March, an outburst of anger by indigenous Dayaks against immigrant Madurese resulted in a death toll that some have put as high as 1,000; the army admits to 300 dead. The Indonesian government did not instigate the initial clash and had no possible interest in doing so. Its efforts, while often ineffectual, appeared to be aimed primarily at protecting victims from the violence, mostly Madurese attacked by Dayaks, and trying to bring leaders of both communities together to stop the fighting.

But if the immediate cause of the outbreak was a fight over a woman at a dance, the underlying cause appears to be the systematic alienation of Dayak ancestral land by the government for timber concessions, commercial plantations, and mining operations, the major beneficiaries of which are close associates of President Soeharto. Over the last two decades, Dayak land claims have been ignored in favor of Jakarta-based business interests and government development.]

Terjemahan:
Di Kalimantan Barat (Borneo Indonesia) dari akhir Disember hingga awal Mac, cetusan kemarahan oleh orang asli Dayak terhadap pendatang Madura mengakibatkan angka kematian yang sesetengahnya mencecah sehingga 1,000; tentera mengaku 300 mati. Kerajaan Indonesia tidak mencetuskan pertembungan awal dan tidak berminat untuk berbuat demikian. Usahanya, walaupun sering tidak berkesan, nampaknya ditujukan terutamanya untuk melindungi mangsa daripada keganasan, kebanyakannya orang Madura yang diserang oleh Dayak, dan cuba membawa pemimpin kedua-dua komuniti bersama-sama untuk menghentikan pertempuran.

Tetapi jika punca segera wabak itu adalah pergaduhan terhadap seorang wanita yang sedang menari, punca sebenar konflik adalah kerana pengasingan sistematik dan perampasan tanah nenek moyang Dayak oleh kerajaan untuk konsesi balak, ladang komersial, dan operasi perlombongan, yang mana penerima manfaat utamanya. adalah sekutu rapat Presiden Soeharto. Sepanjang dua dekad yang lalu, tuntutan tanah Dayak telah diabaikan memihak kepada kepentingan perniagaan yang berpangkalan di Jakarta dan keperluan pembangunan

Sumber buku:
United States policy toward Indonesia : hearing before the Subcommittee on Asia and the Pacific of the Committee on International Relations, House of Representatives, One Hundred Fifth Congress, first session, May 7, 1997
by United States. Congress. House. Committee on International Relations. Subcommittee on Asia and the Pacific

Publication date 1998

WARISAN GUA NIAH SARAWAK MIRIP WARISAN IBAN MANAKALA WARISAN GUA MADAI SABAH MIRIP PENDUDUK SELATAN FILIPINA.[quote;Tapa...
18/07/2024

WARISAN GUA NIAH SARAWAK MIRIP WARISAN IBAN MANAKALA WARISAN GUA MADAI SABAH MIRIP PENDUDUK SELATAN FILIPINA.

[quote;Tapak perkuburan gua pada zaman ini mengandungi tembikar tembikar buatan tangan hiasan. Di Gua Madai Sabah, tembikar ini sangat mirip dengan yang terdapat di tapak serupa di sekitar kawasan pantai Filipina, di Kep**auan Talaud dan di Sulawesi.

Gua Niah dan Lobang Angin di Taman Negara Mulu di Sarawak p**a mengandungi bentuk tembikar tempatan yang tersendiri. Barangan tiga warna dari tapak ini dicat dengan warna hitam dan merah dan dihiris dalam reka bentuk geometri, termasuk lingkaran sudut. Corak yang menyerupai ini masih digunakan pada kraf lain dari Borneo seperti tekstil tenunan Ikat Iban.]

Sumber Buku bertajuk:
Sabah& Sarawak With Brunei Darulsalam
Topik:Malaysia
Tahun: 'Unknown'

WARISAN BAJU ADAT IBAN YANG DIWARISI DARI ZAMAN PURBANGEPAN KUMANG Menurut Barker (2005),hasil penggalian ke atas tapak ...
18/07/2024

WARISAN BAJU ADAT IBAN YANG DIWARISI DARI ZAMAN PURBA
NGEPAN KUMANG
Menurut Barker (2005),hasil penggalian ke atas tapak arkeologi penempatan manusia tertua di Borneo (40,000-50,0000 tahun) Gua Niah Sarawak,mendapati kesan tenunan kain yang sama dengan tenunan kain Pua Kumbu Iban yang digunakan di dalam adat pengebumian pra-sejarah.Selain itu terdapat juga kesan penggunaan manik yang biasa digunakan untuk membuat ciri khas baju adat ngepan Kumang disebut marik empang/tangu Kumang.

Gambar Dari buku:
Le grand guide de la Malaisie ...
by Hoefer, Hans Johannes(1990)

ANDA TAHU KENAPA PULAU BORNEO DIGELAR 'DAYAKLAND' OLEH PENULIS EROPAH?Dayak adalah Orang Asli sebenar yang menghuni selu...
17/07/2024

ANDA TAHU KENAPA PULAU BORNEO DIGELAR 'DAYAKLAND' OLEH PENULIS EROPAH?
Dayak adalah Orang Asli sebenar yang menghuni seluruh kep**auan Borneo yang terdiri dari lebih 405 sub suku dan etnik Dayak yang berbilang adat dan kepercayaan.

Fakta sejarah Dayak hampir kesemuanya ditulis oleh sejarahwan dunia dari pihak ketiga (sumber Orientalist) yang tidak ada kepentingan kaum dan politik di Borneo,bukan bangsa sendiri tulis sendiri claim.
Ini baru fakta Rostam Atem

Antara catatan buku:
With the wild men of Borneo
by Mershon, Elizabeth (1922)
University of California

Sumber buku:
Seventeen years among the Sea Dyaks of Borneo : a record of intimate association with the nations of the Bornean jungles
by Gomes, Edwin Herbert, 1862-

Publication date 1911
University of Toronto

UNESCO WORLD LAUGHING SITE” – [French Historian Shares Alleged Mistakes at Melaka History Museum.]Sebab itu sejarah haru...
17/07/2024

UNESCO WORLD LAUGHING SITE” – [French Historian Shares Alleged Mistakes at Melaka History Museum.]

Sebab itu sejarah harus ditulis pihak ketiga yang tidak ada kepentingan kaum dan politik.Kan dah jadi bahan ketawa dunia Rostam Atem

https://worldofbuzz.com/french-historian-shares-alleged-mistakes-at-melaka-history-museum/?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR0HOdEp6rAdg9gSeMKz34a86G1ABdbNA3AU5grl9WwKQAxbzLWgTKYkFEM_aem_campbX7VYcLREzrFRaTbmQ

Just a few days ago, a French historian who is living in Melaka called out Tourism Melaka for allegedly filling their latest guidebook with historical mistakes.

LAGENDA KUNO DAYAKLANDDiambil dari catatan lagenda Dyaks Iban tentang banjir di bumi ribuan tahun dahulu dan lagenda Bej...
17/07/2024

LAGENDA KUNO DAYAKLAND
Diambil dari catatan lagenda Dyaks Iban tentang banjir di bumi ribuan tahun dahulu dan lagenda Bejie nenek moyang Iban di Ketapang Kalimantan Barat yang berusaha untuk membina tangga ke langit untuk menemui Tuhan di Surga yang sama dengan Kejadian di Alkitab

[quote;The second tradition tells us that, at a very early period of Dyak history, a great ancestor of the Dyaks determined to construct a ladder by which he could climb up to heaven. It is stated that he went on with his work, and got up pretty high, when suddenly one night a worm eat into the foot of the ladder, and brought it all down.
Here, then, we have two undoubted, original, and inde- pendent confirmations of the Bible accounts of the great Deluge and the Tower of Babel.]

Sumber buku:
Proceedings Of The Society Of Biblical Archaeology Vol 02
By Harrison&Son
Published Date:1873
Rostam Atem

NAMA PULAU BORNEO -DAYAKLAND [quote;Living in Dyakland was a laborious life. We traveled either on foot or by canoe. Thi...
17/07/2024

NAMA PULAU BORNEO -DAYAKLAND
[quote;Living in Dyakland was a laborious life. We traveled either on foot or by canoe. This often took us over hills and through rivers and fords. Mountaineering brought slippery hazards, while on the rivers, dangers of capsizing lurked. Sometimes we spent a night in jungle, sometimes we halted at a sand bank.]

Terjemahan:
Hidup di Dyakland adalah kehidupan yang s**ar. Kami mengembara sama ada berjalan kaki atau menaiki sampan. Ini sering membawa kami ke atas bukit dan melalui sungai dan laluan. Mendaki gunung membawa bahaya licin, manakala di sungai, bahaya terbalik mengintai. Kadang-kadang kami bermalam di dalam hutan, kadang-kadang kami berhenti di tebing pasir.

Sumber buku:
Indigenous traditions and ecology : the interbeing of cosmology and community
By:John A.Grim
Harvard University (2001)

Rostam Atem

Kebenaran Yang Harus Diberitakan di Tanah Dayak (Dayakland) Borneo Antara catatan penyebaran "Berita Baik"oleh missionar...
17/07/2024

Kebenaran Yang Harus Diberitakan di Tanah Dayak (Dayakland) Borneo
Antara catatan penyebaran "Berita Baik"oleh missionary Kristen di Borneo untuk menebus umat Tuhan yang tertinggal iaitu orang Asli Dayak Borneo sesuai dengan Firman Tuhan di Kitab Nabi Yesaya ribuan tahun yang lalu pada pasal 11 ayat 11["Pada waktu itu, Tuhan akan mengangkat p**a tangan-Nya untuk menebus sisa-sisa umat-Nya yang tertinggal di Asyur dan di Mesir, di Patros, di Etiopia dan di Elam, di Sinear, di Hamat dan di p**au-p**au di laut."]

Pulau Pulau di laut termasuk Pulau Borneo yang dihuni orang Asli Dayak akan menerima berkat berita Baik di dalam umat Tuhan yang kudus.

Rostam Atem Tuhan Yesus Memberkati Saudara.
Sumber buku:
Truth to tell in Borneo
by Rusha, Gladys
Publication date 1969

Sejarah Tanah Dayak(Dayakland)Dalam buku;Ran away from the Dutch; or, Borneo from South to northby Perelaer, Michael Pub...
17/07/2024

Sejarah Tanah Dayak
(Dayakland)
Dalam buku;Ran away from the Dutch; or, Borneo from South to north
by Perelaer, Michael
Publication date 1887
University of California
Rostam Atem

Dalam catatan  sejarah dunia luar,Pulau Borneo dikenali sebagai "Dayakland" Tanah Dayak.Kenapa fakta begini tidak dideda...
17/07/2024

Dalam catatan sejarah dunia luar,Pulau Borneo dikenali sebagai "Dayakland" Tanah Dayak.
Kenapa fakta begini tidak didedahkan Selama ini?

Sumber Majalah:
Gospel Herald (1949)
by Erb, Paul
Publication date 1949
Rostam Atem

BENARKAH PENEMPATAN DAYAK IBAN DAN BIDAYUH TIDAK TERJANGKAU OLEH PENJAJAH BELANDA?Kawasan di kawasan tengah pedalaman Ka...
14/07/2024

BENARKAH PENEMPATAN DAYAK IBAN DAN BIDAYUH TIDAK TERJANGKAU OLEH PENJAJAH BELANDA?
Kawasan di kawasan tengah pedalaman Kalimantan yang dikenali sebagai wilayah Kalimantan Barat merupakan kawasan penempatan Dayak Iban (Ibanic groups) dan Dayak Bidayuh yang tidak termasuk di dalam wilayah kekuasaan Belanda.Berdasarkan peta wilayah kekuatan Belanda hanya dapat menjajah kawasan di Kalimantan Selatan, Kalimantan Utara dan Kalimantan Tengah yang dihuni suku Rumpun Dayak Ot Danum,Ngaju,Dayak Apu Kayan,Dusun dan Tidung.
Berdasarkan sebuah buku catatan Eropah (George Windsor,1837,Dayak Iban dinyatakan sebagai bangsa yang Mederka di Seluruh kep**auan Borneo yang memiliki sistem pemerintahan sendiri yang mengamalkan corak pemerintahan Adat.

PETA WILAYAH JAJAHAN BELANDA DARI BUKU:
Between Dayak and Dutch : the economic history of Southeast Kalimantan, (1880-1942)
by Lindblad, J. Thomas

Publication date 1988

ADAT PENGEBUMIAN IBANBARANG DIBAWA SI MATI DISEBUT "BAYA"[quote;Ia adalah adat lama, setelah keranda diturunkan , barang...
12/07/2024

ADAT PENGEBUMIAN IBAN
BARANG DIBAWA SI MATI DISEBUT "BAYA"
[quote;Ia adalah adat lama, setelah keranda diturunkan , barangan berharga arwah seperti wang, perhiasan emas dan perak, pakaian, dan pelbagai peralatan cina dan tembaga diletakan bersama di dalam kubur]

Sumber:
Stirring scenes in savage lands; an account of the manners, customs, habits and recreations, peaceful and warlike, of the uncivilised world
by Greenwood, James

Publication date ca. [1865]
Toronto University

Walaupun admin membesar dengan adat budaya begini namun admin memilih menggunakan sumber catatan kerana fakta harus jelas bukan sekadar tong kosong hanya pandai mengkritik tetapi tidak ada sumber pengetahuan.

KENAPA ADMIN BANYAK MERUJUK CATATAN PENGKAJI LAIN TENTANG BUDAYA IBAN WALAUPUN MEMBESAR DENGAN SEJARAH BUDAYA IBAN?Keran...
11/07/2024

KENAPA ADMIN BANYAK MERUJUK CATATAN PENGKAJI LAIN TENTANG BUDAYA IBAN WALAUPUN MEMBESAR DENGAN SEJARAH BUDAYA IBAN?
Kerana para admin sedar tidak ada yang paling pakar di di dalam Sejarah budaya Iban.Pengkaji sebenar akan menilai dari semua sudut dan semua sumber.

Nak Kritik boleh tapi kritik dengan fakta bukan tong kosong.

Seperti peribahasa Iban;

"ANANG KETAWA KA SARANG BURUNG PUNA TAJA IA ENSARA DAN RANGKANG,ANANG KELALU MUJI SARANG BURUNG KANJI TAJA TUCHI KAPAS MAGANG "

'SEKARUNG BATU REMAONG ENTI ENDA DIANJUNG NADAI MEH RETI
SECAPAN BATU BULAN ENTI ENDA DITANDAN NADAI MEH PEGARI.'

Catatan Pua Kumbu
Sumber:
The Sea-Dayak Method of Making and Dyeing Thread from their Home-Grown Cotton
by W Howell
1912
The Sarawak Museum Journal

Poneglyph Turai DayakMenggambarkan ritual kematian"Ship of The Dead"Dari catatan buku:Malaysia & Singapore handbookBy;Jo...
10/07/2024

Poneglyph Turai Dayak
Menggambarkan ritual kematian"Ship of The Dead"

Dari catatan buku:
Malaysia & Singapore handbook
By;Joshua Eliot
Publication date 1998

GAMBARAN IBAN DIDALAM CATATAN EROPAH MEMILIKI BUDAYA KUNO MENAJAMKAN GIGI (SHARP TEETH).[quote;The Sea Dyaks are describ...
10/07/2024

GAMBARAN IBAN DIDALAM CATATAN EROPAH
MEMILIKI BUDAYA KUNO MENAJAMKAN GIGI (SHARP TEETH).
[quote;The Sea Dyaks are described by all who have seen them as a remarkably well formed and athletic, though not very tall, race, with a great deal of dignity as well as activity in their bearing. Their dress is somewhat of the scantiest. In their ears they wear a large number of brass rings, sometimes as many as eighteen, and a profusion of brass rings about their legs and arms. They have an atrocious custom of filing their teeth sharp and pointed, and the constant habit of chewing betel and sirih dyes their teeth black, and their lips vermilion. In war they wear padded cotton jackets thick enough to resist a blow from a wooden spear. The women are well formed, and, especially when young, often very good looking.]

Sumber:
The British Quarterly Review ( Vol 7 )
Publication date 1848

KAUM YANG MEDERKA The Sea Dyaks (Iban)[quote;The aboriginal inhabitants consist chiefly of the various tribes of Dyaks, ...
10/07/2024

KAUM YANG MEDERKA
The Sea Dyaks (Iban)
[quote;The aboriginal inhabitants consist chiefly of the various tribes of Dyaks, a race akin to that spread over the islands of Poly- nesia, with the Kyans, and other tribes more or less closely related to them. The Dyaks of the interior differ in many respects from those on the coast, the former being of a much more quiet and manageable character than the latter, who are a warlike and indomitable race, much given to piracy, though less for the purpose of plundering, than of getting human heads as trophies. Their most powerful tribes dwell about the rivers Sakarran and Sarebus, and have successfully maintained their independence against the Malays. Another branch of them, the bebooyoh (or Sibnowan, as the name is sometimes incorrectly written) Dyaks, are also known as the Lundu Dyaks, from the name of their chief settlement. Smaller divisions of this tribe are in the territory of Sarawak, or under the protection of its government.]

Terjemahan;
Penduduk orang asli terdiri terutamanya daripada pelbagai suku Dyak, satu kaum yang serupa dengan yang tersebar di p**au-p**au Polynesia, dengan Kyans, dan suku-suku lain yang lebih kurang berkait rapat dengan mereka. Kaum Dyak di pedalaman berbeza dalam banyak hal daripada mereka yang berada di pantai, yang dahulunya lebih pendiam dan terkawal daripada yang kedua, yang merupakan kaum yang s**a berperang dan tidak gentar, lebih s**a melanun, walaupun kurang untuk tujuan merompak , daripada mendapatkan kepala manusia sebagai trofi. Puak mereka yang paling berkuasa tinggal di sekitar sungai Sakarran dan Sarebus, dan telah berjaya mengekalkan kemerdekaan mereka terhadap orang Melayu. Satu lagi cabang daripada mereka, bebooyoh (atau Sibnowan, sebagai nama kadangkala ditulis secara salah) Dyak, juga dikenali sebagai Dyak Lundu, daripada nama penempatan ketua mereka. Bahagian yang lebih kecil suku ini berada di wilayah Sarawak, atau di bawah perlindungan kerajaannya.

Sumber buku:
The British Quarterly Review (Vol 7)
Publication date 1848

Address

Borneo

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dayak Heritage posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share