Iman Traveller

  • Home
  • Iman Traveller

Iman Traveller 행복하세요♥

💙 LEYNA DECEMBER DEAL 💙WONDERLANDS WONDERS 🎡“Where Dreams Begin and Adventures Never End”Assalamualaikum & Salam Sejahte...
02/12/2023

💙 LEYNA DECEMBER DEAL 💙

WONDERLANDS WONDERS 🎡

“Where Dreams Begin and Adventures Never End”

Assalamualaikum & Salam Sejahtera LEYNA WARRIOR.

Atas sambutan yang begitu luar biasa bagi Pakej Wonderland, Pihak HQ akan melanjutkan pakej promosi ini istimewa buat pelanggan LEYNA.

✅ TARIKH : 1 Disember - 31 Disember 2023
✅ TEMPOH : Sepanjang bulan Disember

❤️💙 ITEM PROMOSI IALAH :

2 LPT + 2 PPT
🔥DISCOUNT : RM10
🔥FREE 4 woven bag
🔥FREE 2 key chain
🔥FREE Voucher RM20 (physical voucher) untuk pembelian seterusnya
✅ 2 Primeara Pillow (PP)
Voucher Valid till 31/12/2023
✅ RM178 RM158 Only

Belum termasuk kos pos
Boleh pick up di HQ

Kos pos SM : RM8
Kos pos SS : RM27

https://imanjung.wasap.my

29/11/2023

Contohi Rasulullah SAW Dalam Kecerian Wajah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

Daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda: Jangan sekali-kali kalian menganggap remeh suatu kebajikan meskipun hanya berupa keceriaan wajah ketika bertemu dengan kawanmu" HR Muslim No 4760. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap amal baik walaupun kecil, tetap mendapat ganjaran di sisi Allah

2. Berwajah ceria atau senyum apabila bertemu sahabat adalah antara amal kebaikan yang dituntut

3. Sikap ceria, senyum, gembira dan bertutur dengan kata-kata yang baik ketika berinteraksi dengan orang lain adalah suatu tuntutan akhlak Islam.

4. Penampilan wajah yang ceria ketika bertemu dapat mewujudkan ikatan ukhuwah sesama muslim.

5. Jangan memandang remeh perkara yang mungkin kecil tetapi memberi kesan dan ganjaran yang besar antaranya senyuman.

Marilah kita sentiasa berwajah ceria dengan senyuman sebagai menyahut sunah Nabi walaupun amalan ini dilihat kecil kerana senyuman itu sedekah.

Tiada lagi bantal hapak , yang ada bantal wangi dan bersih untuk anak2Mommy Malaysia Happy ! _Hubungi Ejen berdekatan an...
26/11/2023

Tiada lagi bantal hapak , yang ada bantal wangi dan bersih untuk anak2

Mommy Malaysia Happy !



_

Hubungi Ejen berdekatan anda untuk mendapatkan Bantal LEYNA
https://imanjung.wasap.my 🥰

26/11/2023

Persaudaraan Islam dan Hak Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: ‘Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.” (HR Muslim No: 4650) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam melarang umatnya berakhlak buruk antaranya:

a. Mendengki
b. Memfitnah
c. Membenci
d. Memusuhi
e. Membeli sesuatu yang telah dibeli atau dijanjikan kepada orang lain

2. Setiap Muslim adalah bersaudara. Muslim dilarang berbuat zalim dengan Muslim yang lain sama ada dengan perbuatan, lisan mahupun tulisan antaranya dengan cara:

a. Menyakiti
b. Merendahkan
c. Menghina

3. Takwa itu di dada (rasa taat dan patuh kepada Allah itu terletak di dalam hati)

4. Seseorang Muslim dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim.

5. Penghinaan boleh berlaku apabila seseorang meremeh, memperlekeh juga merendahkan orang lain sama ada dengan perkataan, tulisan atau perbuatan termasuk kesalahan mereka. Penghinaan ini adalah bentuk sifat sombong dan bangga diri serta menganggap dirinya lebih mulia dari orang tesebut.

6. Muslim sesama Muslim dilarang:

a. Menumpahkan darah sesama Muslim
b. Menzalimi hartanya
c. Merendahkan kehormatannya

Dalam kita membina sebuah masyarakat dan negara yang harmoni, marilah kita memelihara hak saudara Muslim sebagai tanda kita menyayangi mereka. Jauhilah berakhlak buruk terhadap Muslim yang lain serta tidak menzaliminya.

22/10/2023

Niat dan Hijrah Kerana Allah

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia menginginkannya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). (HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap amal seseorang itu bergantung kepada niat.

2. Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah).

3. Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.

4. Ganjaran pahala seorang mukmin akan diberi berdasarkan kadar niatnya.

5. Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.

6. Orang yang berhijrah kerana wanita, dia juga hanya akan dapat seperti yang diniatkan.

7. Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.

8. Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk dan dilarang oleh Allah kepada melakukan sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah. Mari bersama berhijrah.

Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai.

15/10/2023

Membela Muslim Yang Dizalimi

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ رَدَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يَرُدَّ عَنْهُ نَارَ جَهَنَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Abu Darda' dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa membela harga diri saudaranya sesama muslim (mempertahankan kehormatan dan maruah), maka sudah menjadi hak Allah untuk menghindarkannya dari neraka pada hari Kiamat." (HR Ahmad No: 26260) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Menjadi kewajipan seorang Muslim mempertahankan kehormatan dan maruah diri saudaranya yang diketahui seorang yang baik, jika ia dizalimi oleh orang lain.

2. Sebagai Muslim, apabila kita mengetahui ada dalam kalangan umat Islam di zalimi hak mereka, seperti di Palestin, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mengembalikan kehormatan dan hak mereka dengan apa jua yang kita mampu seperti sumbangan wang ringgit serta doa dari kita.

3. Orang yang mempertahankan kehormatan dan maruah diri saudara Muslim yang lain, nescaya Allah akan menghindarkannya daripada api neraka pada hari kiamat.

Marilah kita saling menjaga maruah saudara Muslim kita walau dimana mereka berada dengan apa juga kemampuan yang kita ada. Semoga kita akan dipelihara daripada api neraka di akhirat nanti.

Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang yang perihatin terhadap orang lain, menolong saudara kita yang dizalimi. Jangan sekali-kali kita membiarkannya tanpa pembelaan.

Jom sama sama buat spotcheck bantal bantal yang sedia ada dirumah. Adakah❌ Berpeta? ❌ Kotor?❌ Berbau hapak?❌ Bewarna kun...
05/10/2023

Jom sama sama buat spotcheck bantal bantal yang sedia ada dirumah. Adakah
❌ Berpeta?
❌ Kotor?
❌ Berbau hapak?
❌ Bewarna kuning?
Dah tiba masanya untuk check semua bantal bantal lama dan tukar kepada bantal lain. Tapi jika nak cari bantal, kami suggest beli bantal LEYNA.
𝟑 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐚𝐥 𝐋𝐄𝐘𝐍𝐀 :
✅ Ianya boleh dicuci dan dikeringkan setiap kali kotor. Anda juga boleh cuci bantal pada bila-bila masa yang anda rasa nak cuci. Tapi ingat, disarankan guna mesin dobi DIY/Layan Diri dobi sebab ruang mesin basuhnya yang lebih besar memudahkan bantal untuk dibersihkan dengan lebih sekata.
✅ Ada zip tersorok bagi memudahkan anda nak selaraskan ketinggian bantal. Bantal tidur anak -anak juga boleh dilaras mengikut keselesaan mereka semasa tidur. Sebab ada yang s**a bantal tinggi, dan ada jugak yang s**akan bantal rendah. Betul tak?
✅ Bantal LEYNA datang dengan sarung bercorak moden, dah tak perlu pakai sarung bantal. Boleh dipadankan dengan pelbagai trend deko terkini. Harganya juga sangat berbaloi dengan Isian serta material yang yang berkualiti tinggi,membuatkan bantal LEYNA kekal lembut gebu setelah dicuci dan dikeringkan.
_
Hubungi Ejen berdekatan anda untuk mendapatkan Bantal LEYNA
https://imanjung.wasap.my 🥰

17/09/2023

Orang Yang Bakhil

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَخِيلُ الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Daripada Ali bin Abi Talib, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang kedekut (bakhil) adalah orang yang ketika namaku disebut tetapi dia tidak berselawat ke atasku. (HR Tirmizi No: 3469) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Jadilah orang yang pemurah

2. Orang yang bakhil ialah orang yang apabila disebut nama Rasulullah SAW atau ganti nama baginda , dia tidak mengucapkan selawat kepada baginda.

3. Mari kita berselawat antaranya:

اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

Atau ketika mendengar, menulis nama Nabi Muhammad serta ganti nama baginda dengan lafaz:

– صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ

Atau

– عَلَيْهِ الصّلاَةُ وَالسَّلاَمُ

Jangan jadi orang yang bakhil. Semarakkan selawat ke atas Rasulullah SAW setiap masa secara berterusan.

Semoga Allah membimbing kita 💐

16/09/2023

DOA KETIKA MARAH

Daripada Saidina Sulaiman bin Surod, beliau berkata: Ada dua orang sedang saling memaki dan ketika itu kami sedang duduk bersama Nabi SAW. Seorang daripada mereka berdua memaki dalam keadaan merah mukanya. Maka Nabi SAW bersabda:

إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً، لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ، لَوْ قَالَ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

"Sesungguhnya aku tahu satu kalimah jika dia membacanya, maka akan hilang kemarahannya. Jika dia membaca:

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Aku berlindung kepada Allah daripada hasutan syaitan yang kena rejam."

(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6115)

Antara perkara yang sunat untuk diucapkan oleh kita ketika sedang marah adalah lafaz:

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Ini kerana marah itu daripada syaitan dan ia penyebab kepada pelanggaran hukum Allah seperti membunuh, memukul dan sebagainya.

Semoga memelihara kita semua.

PROMOSI ANNIVERSARY LEYNA ! 🎉🎊BRING BACK THE MEMORIES27 SEPTEMBER 2023 Istimewa kepada pelanggan LEYNA sempena Anniversa...
15/09/2023

PROMOSI ANNIVERSARY LEYNA ! 🎉🎊

BRING BACK THE MEMORIES
27 SEPTEMBER 2023

Istimewa kepada pelanggan LEYNA sempena Anniversary Leyna yang ke - 6 , pihak HQ mengadakan Promosi Bantal LEYNA pada ketetapan berikut:

✅ TARIKH: 27 September 2023 (Rabu)
✅ MASA: 8 malam – 12.00 pagi
✅ TEMPOH: 4 jam sahaja

‼️4 jam sahaja‼️
‼️4 jam sahaja‼️
‼️4 jam sahaja‼️

PAKEJ PETUNIA HANYA RM140 SAHAJA
PAKEJ PETUNIA HANYA RM140 SAHAJA
PAKEJ PETUNIA HANYA RM140 SAHAJA

✅ ITEM PROMOSI IALAH :

4 BIJI BANTAL LEYNA FAVOURITE ( PAKEJ PETUNIA )
RM 140 JIMAT RM16😱

Belum termasuk kos pos
Boleh pick up di HQ

Kos pos SM: RM12

JOM JOIN WAITING LIST SEKARANG! UNTUK DAPATKAN HARGA PROMOSI GILER MURAH 😍

_
Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗔𝗟 𝗟𝗘𝗬𝗡𝗔,
https://imanjung.wasap.my



Basuh bantal leyna favourite yang kotor dan bertaik lalat. Basuh berasingan. 🤭 Belum isi balik mau berlebih isian dia🙈 d...
15/09/2023

Basuh bantal leyna favourite yang kotor dan bertaik lalat. Basuh berasingan. 🤭 Belum isi balik mau berlebih isian dia🙈 dah bersih bantal rumah mentua.
_
Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗔𝗟 𝗟𝗘𝗬𝗡𝗔,
https://imanjung.wasap.my

Selamat Hari Malaysia!Malaysia telah membuktikan bahawa perpaduan kita telah membawa negara kepada kemakmuran. Dapatkan ...
15/09/2023

Selamat Hari Malaysia!

Malaysia telah membuktikan bahawa perpaduan kita telah membawa negara kepada kemakmuran.

Dapatkan Promosi Annivesary LEYNA sepanjang September ini.

Untuk pembelian dapatkan dari ejen sah kami.


13/09/2023

Bila Rasulullah Sayang Seseorang

1. Sekiranya kita sayang kepada seseorang, kita sepatutnya mengajarkan kepada mereka perkara yang baik dan bukannya mendedahkan kepada mereka perkara yang tidak baik.

2. Ini dapat difahami dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud. Dalam hadis ini, Rasulullah pernah menzahirkan rasa sayang Baginda kepada Muaz bin Jabal. Sabda Rasulullah:

يَا مُعَاذُ ! وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ

“Wahai Muaz, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau.”

3. Namun ucapan Rasulullah tidak terhenti di sini sahaja. Baginda seterusnya berpesan kepada Muaz agar sentiasa membaca satu doa khusus di penghujung solat atau setelah selesai dari solat. Pesan Rasulullah: “Wahai Muaz, janganlah kamu lupa untuk membacakan doa ini di penghujung solat:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

4. Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa apabila Rasulullah sayang kepada seseorang, Rasulullah menzahirkan rasa sayang Baginda kepada mereka. Bahkan apa yang lebih utama adalah Baginda mengajarkan perkara yang baik kepada orang yang disayangi.

5. Begitu juga apabila kita sayang seseorang, kita seharusnya mengajarkan kepada mereka perkara yang baik. Bukan mengajak atau mendedahkan mereka kepada perkara yang tidak baik.

6. Malah apabila kita sayang kepada seseorang, kita juga hendaklah menegah mereka dari melakukan kepada perkara yang tidak baik. Perkara ini dapat diperhatikan apabila Rasulullah menegur Muaz dalam situasi yang lain. Baginda membidas Muaz dengan lafaz yang agak keras apabila Muaz membaca surah yang panjang dalam solat. Sabda Rasulullah:

يَا مُعَاذُ، أَفَتَّانٌ أَنْتَ - ثَلاَثًا - اقْرَأْ: وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا وَسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَنَحْوَهَا

“Wahai Muaz, apakah engkau ingin menimbulkan fitnah?! (Sebahagian riwayat menyebutkan bahawa kata-kata ini diulang Rasulullah sebanyak tiga kali. Seolah Baginda ingin memberikan kesan mendalam kepada pemahaman Muaz) Bacalah surah asy-Syams atau al-A’la atau surah sepertinya.

7. Perhatikan hadis ini bagaimana Rasulullah menegur Muaz dengan nada yang agak keras ketika Muaz melakukan kesilapan. Ia adalah semata bagi memastikan orang yang disayangi tidak terjebak kepada kesalahan yang berterusan.

8. Melalui hadis ini, dapat kita fahami bahawa apabila kita sayang seseorang, kita hendaklah mengajarkan kepada mereka perkara yang baik. Apabila mereka melakukan kesilapan, kita tegur dan perbaiki mereka.

9. Bukan kita yang mengajak mereka melakukan kejahatan. Andai sekiranya kawan kita yang mengajarkan kejahatan, kita perlu menegur mereka. Kerana kawan yang baik membimbing kepada kebaikan.

Semoga Allah membimbing kita

13/09/2023

UNGKAPAN SUNNAH APABILA BERLAKU SESUATU YANG TIDAK DIINGINI

Sabda Rasulullah SAW:

فَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَّرَ اللَّهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

Maksudnya:

"Jika sesuatu yang tidak elok dan tidak dis**ai menimpa kamu, janganlah berkata: 'Kalaulah aku lakukan sebegini maka akan berlaku begini'. Tetapi ucapkanlah: (Qaddarallahu Wa Mashaa Fa'ala) 'Sudah takdir Allah dan Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki'. Kerana sesungguhnya perkataan 'kalau' akan membuka pintu untuk kerja buat syaitan."

(Hadis Riwayat Muslim, no. 2664 & Ibn Majah, no. 79)

Ungkapan ini mengajar kita reda dengan ketentuan Allah setelah berusaha dan tidak menyalahkan takdir atau mempertikaikannya.

Ini kerana tiada guna mempertikaikan takdir. Allah tetap Maha Berkuasa dan hamba tetap terikat dengan ketentuan-Nya.

Semoga Allah membimbing kita

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66! Merdeka!Hari ini, kita menyambut dengan penuh semangat dan kebanggaan.  Ma...
31/08/2023

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66! Merdeka!

Hari ini, kita menyambut dengan penuh semangat dan kebanggaan. Marilah kita terus menjaga keamanan dan keharmonian, serta berusaha untuk memajukan negara ini ke tahap yang lebih tinggi. Bersama-sama, kita membina masa depan yang cerah untuk generasi akan datang.

Melangkah ke hadapan dengan tekad yang kuat, kita terus memupuk persatuan dan kepelbagaian budaya yang memartabatkan negara kita. Mari kita kenang jasa para pendiri negara dan teruskan perjuangan mereka dengan meneruskan pembangunan dan kemajuan.

Merdeka selamanya!

MERDEKA ‼️

Saya selalu nampak Bantal corak macam ni..Bila dah guna tak sangka serasi sangat dan dapat selesaikan masalah sakit teng...
17/08/2023

Saya selalu nampak Bantal corak macam ni..
Bila dah guna tak sangka serasi sangat dan dapat selesaikan masalah sakit tengkuk saya masa tidur.
Haaaa.. kami yakin ramai dekat luar sana yang belum tahu kelebihan bantal tidur Favourite kami ni. Dah hampir 5 tahun di pasaran, bantal LEYNA adalah antara yang membantu ramai keluarga di Malaysia mendapatkan tidur lebih lena.
Dilengkapi dengan zip tersorok di tepi bantal, memudahkan pengguna untuk melaraskan bantal mengikut keselesaan masing-masing. Selamat tinggal masalah sakit tengkuk.
Tempat tidur selesa, kualiti kehidupan berganda. Dapatkan promosi pekej jimat LEYNA untuk keluarga
_
Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗔𝗟 𝗟𝗘𝗬𝗡𝗔,
https://imanjung.wasap.my

AssalamualaikumSelamat pagi
15/08/2023

Assalamualaikum
Selamat pagi

Kecoh pilihanraya ke tu?Nasib baik kami undi leyna. Dengan leyna gebus tiada kompromi.
11/08/2023

Kecoh pilihanraya ke tu?

Nasib baik kami undi leyna.
Dengan leyna gebus tiada kompromi.

Anda mengalami gangguan tidur sehingga menyebabkan anda kerap terjaga di waktu malam?Gangguan tidur boleh berlaku diseba...
10/08/2023

Anda mengalami gangguan tidur sehingga menyebabkan anda kerap terjaga di waktu malam?

Gangguan tidur boleh berlaku disebabkan beberapa faktor dan terdapat beberapa jenis gangguan tidur seperti:

✅ Insomnia iaitu masalah kes**aran tidur

✅ Sleep Apnea iaitu gangguan pernafasan ketika tidur yang mengganggu corak tidur

✅ Narkolepsi iaitu serangan tidur secara tiba-tiba dan kehilangan kawalan ke atas kewaspadaan

✅ Sleepwalking iaitu berjalan ketika tidur atau melakukan aktiviti ketika tidur

Oleh itu, sangat penting untuk anda memastikan masalah tidur tidak menganggu diri dan kesihatan. Berjumpa dengan doktor pakar sekiranya masalah ini masih berterusan.

Leyna ada Promosi Merdeka Madani tau bulan Ogos ni , nak tukar bantal , jom bertindak sekarang !!

Recite and Retweet
08/08/2023

Recite and Retweet

08/08/2023

This Is isr.*el "Defending Itself"

01/08/2023

Aktivis berkumpul di pusat bandar Brighton untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Pales.tin dengan cara boikot beberapa jenama terkemuka iaitu Puma, HP dll.

>> PUMA > HP

27/07/2023

Kuliah Maghrib
🗓 Hari : KHAMIS
🗓 Tarikh : 27 Julai 2023
🕌 Tempat : Masjid Al-Muttaqin Lundang Taman Muttaqin Lundang 15200 Kota Bharu Kelantan,Kota Bharu, Kelantan

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan ke akaun:
Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia
Bank Islam : 03018010122939
Maybank : 55303803 3881

‎جَزَا ك الله خَيْرًا كَثِيْرًا

World’s attention be like👇🏻
25/07/2023

World’s attention be like👇🏻

24/07/2023

Freshly baked scones 😋

24/07/2023

APAKAH SENDI BERBUNYI TANDA BAHAYA?

1. Kita selalu mendengar sendi mengeluarkan bunyi "krek" ketika meluruskan sendi pada tubuh.

2. Bunyi ini dalam bahasa perubatan dinamakan "crepitus".

3. Selalu terjadi bila kita melakukan :

a. Meluruskan sendi-sendi jari.

b. Meregangkan tubuh terutama bahagian pinggang.

c. Meluruskan sendi lutut bila kita berubah posisi duduk kepada posisi berdiri.

d. Menggerakkan bahu

e. Memutarkan pergelangan tangan atau kaki.

f. Menggerakkan kepala.

4. Pergerakan ini mengeluarkan bunyi dengan lebih ketara apabila kita semakin meningkat umur.

5. Jangan risau, ia adalah normal dan tidak berbahaya.

6. Ia menjadi tidak normal dan merupakan tanda awal suatu penyakit bahaya bila ia mendatangkan rasa sakit atau ada bengkang pada sendi. Elok dapatkan pemeriksaan dan rawatan.

7. Mengapa sendi kita berbunyi bila digerakkan? Terdapat beberapa teori yang cuba menerangkan:

a. Berlakunya pengeluaran udara dari cairan dalam sendi.

Cairan sinovial yang terdapat pada sendi mengandungi oksigen, nitrogen, dan karbon dioksida.

Bila kita luruskan sendi, dan ia berbunyi “krek”, gas dilepaskan dari cairan dan membentuk gelembung pada sendi.

Jika ingin mengulang bunyi yang sama lagi, kita harus menunggu beberapa saat hingga gas kembali masuk semula ke dalam cairan sinovial.

b. Pergerakan sendi, tendon, dan ligamen.

Ketika sendi diluruskan, posisi tendon bergeser keluar sedikit dari posisi asal. Bila tendon kembali semula ke posisi asal, ia mengeluarkan bunyi “krek”.

Pada waktu yang sama, ligamen menjadi semakin menegang, terutama pada sendi lutut atau pergelangan kaki. Ia akan menghasilkan bunyi yang sama.

c. Permukaan tulang rawan semakin kasar.

Bagi wargamas, sendi dalam tubuh meteka akan lebih mudah mengeluarkan bunyi “krek”.

Ini kerana permukaan sendi yang menjadi kasar akibat tulang rawan semakin menipis akibat kekurangan cairan sendi. Ini tidak normal dan perlukan rawatan.

8. Terdapat beberapa keadaan di mana sendi berbunyi boleh mendatangkan rasa sakit dan ia adalah sesuatu yang serius.

a. Arthritis (radang sendi) atau osteoarthritis.

b. Kecederaan meniskus (cedera pada tulang rawan di sendi lutut).

c. "Patellofemoral pain syndrome" atau rasa sakit pada tulang tempurung lutut.

9. Biasanya ia tidak memerlukan rawatan tetapi boleh dikurangkan dengan menuam pek ais pada sendi tersebut. Rawatan perubatan hanya diberikan jika ia menyebabkan rasa sakit atau ada bengkakan pada sendi tersebut. Jadi dapatkan pemeriksaan doktor.

10. Walau bagaimana pun amalan meluruskan sendi bagi mendatangkan bunyi "krek" tidak harus dilakukan dengan kerap atau terlalu kuat . Ini kerana ia boleh mencederakan tendon, ligamen dan tulang rawan dalam sendi tersebut. Apabila semakin berusia ia akan menyebabkan kedatangan masalah keradangan sendi dengan lebih cepat.

Semoga bermanfaat.


www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

INGAT INGAT INGATADA 3 PAKEJ KITA OFFER PADA 26 JULAI INISEMUA PAKEJ HARGA SAMAAARM160 SAHAJARM160 SAHAJARM160 SAHAJAAAA...
24/07/2023

INGAT INGAT INGAT

ADA 3 PAKEJ KITA OFFER PADA 26 JULAI INI

SEMUA PAKEJ HARGA SAMAAA

RM160 SAHAJA
RM160 SAHAJA
RM160 SAHAJAAAAAAA

https://imanjung.wasap.my

BREAKING: Israeli occupation troops shot and murdered young Palestinian man Hani Makhalfa, 18 years old, in the town of ...
23/07/2023

BREAKING: Israeli occupation troops shot and murdered young Palestinian man Hani Makhalfa, 18 years old, in the town of Sebastia, Nablus.

Makhalfa is the second Palestinian to be killed by Israeli forces in less than 24 hours!

The world's largest prison camp
23/07/2023

The world's largest prison camp

The Palestinians don't deserve this humiliation. 💔🇵🇸The world must wake up!
23/07/2023

The Palestinians don't deserve this humiliation. 💔🇵🇸

The world must wake up!

Hit like if you agree.
22/07/2023

Hit like if you agree.

If you are not a racist If you want justice and freedom You live in any country. It doesn't matter what language you spe...
21/07/2023

If you are not a racist
If you want justice and freedom
You live in any country.
It doesn't matter what language you speak.
You have to defend Palestine and the human rights of the Palestinians.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.
20/07/2023

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.

Products knowledge Leyna mattress topper ✨
19/07/2023

Products knowledge Leyna mattress topper ✨

Hey Google, it’s Palestine not Isr4h3ll!
18/07/2023

Hey Google, it’s Palestine not Isr4h3ll!

18/07/2023

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Iman Traveller posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share