12/12/2023
TIPS MEMILIH HOTEL DI MEKAH 🕋🕋
Sebelum ni kita dah nampak sikit gambaran hotel di kawasan Misfalah dan Ajyad. Hari ini kita sembang di area Janadriah p**a. Bahagian sebelah kawasan Saie. Kena keluar melalui pintu Marwah atau Babussalam.
Kawasan ni agak jarang juga untuk travel-travel di Malaysia ambil hotel disini, tapi kita tetap perlu tahu kedudukan hotel semasa nak booking pakej dengan travel agensi nanti.
Tambah p**a hotel di kawasan ini antara lokasi penting semasa musim Haji. Ketika umrah tak berapa ramai jemaah Malaysia tetapi tetap ada orang kita yang berulang-alik ke Masjidilharam melalui kawasan ini.
Di kawasan Saie ni terdapat banyak lorong-lorong yang jika kita tak familiar dengan tempat tu, memang agak mudah untuk sesat. Ini kerana ia agak jauh dari landmark yang mudah kita nak cam seperti menara jam.
Tambah p**a kawasan Saie ni agak berbukit sedikit untuk ke hotel. Memang lumayan sungguh ganjaran langkah siapa yang dok ulang-alik ke Masjid melalui jalan ini.
Apa yang best di area sini?
Antara hotel yang paling dikenali di sini ialah Abraj Al Janadriyah. Bangunan setinggi 15 tingkat ini berada bersebelahan stesen bas menjadi tempat berteduh bagi jemaah sepanjang berada di Mekah.
Bangunan ini menjadi tempat penginapan jemaah pada musim umrah dan pada musim Haji pihak Tabung Haji akan menjadikan lokasi ni sebagai Ibu Pejabat mereka.
Jarak Masjidil Haram dengan Abraj lebih kurang 700 meter. Kena berjalan melintasi kawasan lapang stesyen bas. Walau nampak jauh tapi dengan keadaan manusia yang berpusu-pusu ke masjid sebenarnya terasa sekejap saja dah sampai.
Sembang-sembang, borak-borak sikit tentang sejarah sampailah masjid. Kalau pergi jalan seorang diri mungkin kena kuatkan semangat sikit. Tambah p**a kalau waktu tengahari.
Mungkin pada permulaan jemaah akan rasa tempat ini tak berapa menarik dibanding dengan jemaah yang dapat tempat di sebelah Menara Jam. Maklumlah sana kan lebih meriah.
Tapi bila jemaah mendapat penerangan bahawa dataran sebelah Safa Marwah ini merupakan antara tempat permainan Rasulullah semasa kecil, mesti korang teruja.
Sebab ada rumah kelahiran Rasulullah SAW (telah dijadikan perpustakaan) di situ. Lagi pun dari sini boleh ke Masjid Haram melalui jalan yang Rasulullah selalu masuk ke masjid iaitu melalui Bab Al-Salam atau Babussalam.
Bertuahlah siapa yang dok selalu dapat ulang alik jalan ni.
BANYAK LOKASI RARE.
Selain daripada tu, jemaah di kawasan ni boleh manfaatkan masa berjalan ziarah ke Masjid Jin, Masjid Shajarah dan tapak Masjid Kucing.
Ada juga kawasan perkampungan Saidina Ali. Tapi dah tak ada dah kampungnya. Cuma tinggalkan kawasan yang menandakan pernah wujud tempat tersebut ketika zaman Rasulullah dulu.
Naik ke atas sikit, jemaah boleh ziarah ke Makam Maala. Tak jauh dari Abraj Janadriah tu. Semua kawasan ini boleh ziarah sambil berjalan kaki, dok menyambil kunyah kacang cerdik tau-tau dah sampai. Punyalah dekat.
Diluar Abraj Janadriah ni, tak jauh pun cuma di kiri kanan pintu masuk dan hadapan abraj saja dah tersedia berbagai kedai. Bolehlah dapatkan barangan keperluan seperti sabun, berus, tali, baldi, pakaian, makanan, roti, kedai dobi, jubah dan macam-macam lagi.
Selain dari kedai, ramai juga mengambil kesempatan berniaga di kaki lima Abraj dan juga pingir jalan dengan menghamparkan kain saja. Jika waktu pagi, ramai warga Indon yang menjual makanan Melayu seperti nasi lemak, ketayap, apom dan sebagainya.
Walaupun rasa tak berapa sama seperti di Malaysia tapi OKlah. Waktu petang boleh jumpa orang yang jual pakaian, barang kemas dan sebagainya. Rajin berjalan, lagi banyak benda kita akan jumpa.
Kebanyakan peniaga dalam kalangan warga Pakistan, Afrika, Pattani dan warga tempatan itu akan cuba bagi menarik perhatian jemaah Malaysia yang baru p**ang dari menunaikan solat Subuh di Masjidilharam.
Biasanya mereka akan mendekati jemaah dan menawarkan tasbih kononnya diperbuat daripada kayu koka pada harga diskaun. Original ke tidak, itu susah nak jawab.
Kalau yakin, belilah. Kalau tak jadilah sedeqah.
Harga dobi kat sini boleh kata mahal maklumlah kawasan tumpuan manusia dan juga penggunaan air. Nak murah basuh sendiri. Beli saja sabun basuh dan baldi kat kedai runcit kat bawah, basuh kat bilik air dan naik ketingkat atas dan jemuq. Dalam masa dua jam saja boleh kering. Kat atas bumbung abraj ada tempat sidai baju para jemaah.
Jarak hotel yang paling jauh dengan Masjidil Haram adalah Hotel Raudhat Al Shorouq dan Hotel Manar Al Shorouq dengan jaraknya 1000 meter. Manakala yang kedua jauh adalah Hotel Luluat Al Tawheed, kira-kira 950 meter.
Difahamkan jarak itu diukur sendiri oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia dengan berjalan kaki dari Masjid sehingga ke hotel-hotel berkenaan sambil menolak pengukur beroda.
Ini memang kerja orang TH. Bab ni mereka sangat detail. Sebab tu kalau duduk di Makkah ni kita kena tahu hotel mana kita duduk, sebab ia antara isu penting dalam urusan penempatan jemaah umrah dab haji.
Dalam musim Haji hotel yang menempatkan jemaah muasasah yang berada pada jarak yang paling dekat dengan Masjid adalah Hotel Burj Al-Haram dengan jarak sekitar 500m.
Berbeza dengan sesetengah jemaah negara lain. Ada diantara mereka yang tinggal melebihi jarak 2000 meter. Malah ada yang sehingga ke 5-6 kilometer jauhnya dari masjid.
Ada juga terdapat hotel-hotel biasa di sekitar Masjid, tetapi ianya benar-benar hotel biasa yang kecil hingga lobi pun tiada. Itu pun sudah tidak banyak sekarang kerana menurut seorang rakyat Malaysia yang berpengalaman di Mekah, katanya banyak yang sudah dijual dan dirobohkan untuk tujuan membina hotel-hotel mewah kerana permintaan yang tinggi di sekitar kawasan tersebut.
Jadi jika kita pergi tahun 2000 mungkin tak sama pengalaman yang sampai pada tahub 2010. Apatah lagi bagi kita yang bakal jejak kaki ke tanah suci pada tahun ini.
Pasti pelbagai perubahan akan kita jumpa. Yang pasti Kaabah tetap sama. Kaler hitam. Dan masih empat segi petak. Kalau yang tu pun Pak Arab ubah..
Tanda nak kiamatlah tu.
Ok. Sharekan pengalaman anda p**a. Siapa yang pernah duduk di area Janadriah mungkin boleh bagi tips berguna kepada bakal jemaah yang tengah mencari tips ke tanah suci.
Perkongsian info dari FB Mutawif Shauqi Hasasan
🕋 🕌