11/10/2024
Di China lagi ramai Muslim daripada Malaysia...
Ketika walaun kecoh bangkit hasut rakyat marah PMX dengan isu kapal latihan tentera laut China berlabuh di Pulau Pinang, lain p**a kisah berlaku dekat ibu negara kita.
Selama lima hari, ada festival Muslim China (ini betul2 datang dari China) yang berjaya tarik ramai pengunjung kerana keunikan kepelbagaian produk komuniti tersebut.
Tiada sesiapa pun kecoh tular Malaysia konon dijajah oleh rejim Komunis China dan bagi sesiapa yang hadir, anda memang berasa berada di China tetapi berjiwa Muslim.
Jika rakyat kita terutama beragama Islam pernah ke China, tentu maklum senario Muslim di sana yang lebih 30 juta orang, ramai lagi daripada jumlah Muslim di Malaysia.
Mereka bebas mengamalkan Islam waima boleh ada anak lebih daripada tiga berbanding bukan Muslim, selain Aidilfitri dan Aidiladha diwartakan cuti rasmi.
Jangan lupa, ramai Muslim di China memegang jawatan penting dalam kerajaan, politik, pentadbiran awam, diplomatik, akademik, korporat dan lain-lain tanpa sekatan.
Tidak ketinggalan, bukan sedikit Muslim menyertai ketenteraan termasuk menyandang posisi penting termasuk komando dan perisikan waima penyelidikan strategik.
Inilah sejarah legasi hebat pribumi Hui Muslim di China sejak era dinasti Ming yang percaya mereka taat beragama hatta Laksamana Cheng Ho pun adalah Muslim.