05/11/2023
Hi,
Untuk Anda Yang Mencari Kediaman Yang Selesa Untuk Di Sewa di Jitra!
Adakah anda mencari rumah sewa di bawah RM2000 sebulan yang dekat (tak sampai 5 minit), dengan kemudahan-kemudahan berikut?
- Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang dekat.
- Taman Tasik Bandar Darulaman, yeap, tak sampai 5 minit pun daripada rumah ni. Bolehlah anda sekeluarga berekreasi di hujung minggu.
- berdekatan dengan Masjid Taman Tunku Sarina. Anda boleh sampai awal untuk Solat Jumaat dan tidak terlepas menuntut ilmu akhirat melalui pengajian agama yang aktif diadakan
- 7-Eleven. Jika ada craving pukul 2,3 pagi, anda tidak perlu jauh2 nak ke pekan. Tak sampai 5 minit, ada 7-Eleven.
- Pelbagai Kedai Makan, makanan arab, western, korea, masakan utara, masakan Thai dan macam-macam lagi
- Kedai runcit dan pasar mini, ada lebih daripada 4 buah kedai runcit dan pasar mini berdekatan rumah ini. Setakat nak beli barang runcit, tak perlu drive jauh-jauh, dekat sini pun ada dengan harga yang berpatutan
- Kedai Dobi Layan Diri. Musim hujan, baju lambat kering? Tak perlu risau, ada banyak kedai dobi berdekatan yang menyediakan mesin pengering baju dengan harga yang berpatutan
- Taman Permainan. Anak-anak yang sedang membesar, memang aktif dan s**a bermain. Taman permainan, tidak jauh daripada rumah. (2 minit berjalan kaki)
- Pusat Sukan Jitra? Takdelah sampai macam tu. Cuma, kadang-kadang orang salah faham. Apa tidaknya, pada hujung minggu atau hari cuti umum, ramai orang berjogging, berbasikal dan bers**an. Siang, Malam, Pagi, Petang, ada sahaja orang yang beriadah.
Bola padang di padang. Futsal di gelanggang futsal, badminton dalam court badminton dan juga Golf, di padang golf berdekatan.
Jika anda seorang yang aktif dan s**a bersenam, taman ini ada vibe berkenaan. Orang takkan pandang anda sebagai seorang yang pelik, kerana berjogging malam-malam. Perkara biasa di taman ini.
Rumah saya di Taman Azzalea. Dalam Taman Tunku Sarina. Dekat Jitra ni, ramai orang salah faham, ingat taman ini, taman orang have-have.
Kawan saya daripada KL datang ziarah, terkejut bila saya beritahu, sewa di taman ini, tak sampai RM2000 pun. Mana taknya, dengan pelbagai kemudahan seperti ini, jika di KL, rumah teres sebegini, sewa bulanan mencecah RM5000 sebulan dan mungkin juga lebih.
Jika anda sekeluarga, ingin mencari kediaman yang selesa untuk keluarga dengan 4 ke 10 orang sekeluarga, rumah saya, insya Allah sesuai untuk anda.
Jangan risau, sewa tak sampai RM2000 sebulan.
Jiran-jiran juga baik, tidak terlalu peramah sehingga 'busy body', dan tidak terlalu menyombong, sampai tak bertegur sapa. Ok-ok je diorang. Bila kita ajak bersembang, mereka layan. Bila kita takde mood nak bersembang, mereka menghormati kita.
Waktu bulan Ramadan, amalan bertukar juadah masih hidup di sini.
Oh ya, jalan di hadapan rumah saya ni, bukan laluan utama. Kenderaan tak banyak lalu lalang. Bukan apa, kalau laluan utama, kita risau anak terlepas ke jalan. Apa pun, perlulah berhati-hati juga.
Sambungan internet. Jika anda belum ada fiber broadband tak perlu risau. Lebih2 lagi, sekarang semua benda nak online kan? Jadi, line internet yang stabil, sangat2lah diperlukan.
Setakat yang saya maklum, UNIFI Fiber, Maxis Fiber, Celcom/Digi Fiber, kat sini ada.
Anda boleh datang melihat dahulu rumah saya ni. Kalau anda berada jauh, kita boleh buat Video Call, dan kita tengok2 rumah secara online.
Cuma, sekarang ni, rumah tengah bersepah sedikit. Maklumlah, kami sekeluarga sedang sibuk mengemas untuk berpindah.
Sayang sebenarnya tinggalkan rumah ini. Namun, atas faktor tertentu, kami sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat lain.
Dengan s**acita, kami ingin berkongsi kelebihan-kelebihan mendiami rumah ini kepada anda, bakal penyewa kami !
Kadar sewa: RM1500/bulan
Kontrak sewaan : 1 tahun
Deposit : 2 bulan deposit + 1 bulan sewa pertama
Deposit bil Air : RM50
Bil elektrik, kita akan tukar nama akaun TNB
Ciri-ciri penyewa yang kami kehendaki :-
1. Mempunyai pekerjaan/pendapatan tetap isi rumah melebihi RM5000
2. Keutamaan kepada mereka yang sudah berkeluarga
3. Mempunyai tidak lebih daripada 3 buah kereta
Jika berminat, boleh hubungi Mohamad, wasap.my/601110300107/rumahsewa