03/05/2023
Assalamualaikum. Salam sejahtera, berhabuk dah page ni. Lama x post. Harini aku nak post 1 tempat yg tgh panas, baru keluar dari ketuhar.
KgStay Teluk Buih, terletak lebih kurang 12km dari Bandar Mersing. Kawasan ni asalnya kawasan nelayan melabuhkan hasil tangkapan. Siapa sangka akan jd secantik ini. Mmg blh bg 10 🌟 kepada Majlis Daerah Mersing, ECERDC & keseluruhan team yg telah menyiapakan tempat ni. Kg Stay menyediakan 8unit chalet berkembar & 2unit chalet banglo berkonsepkan kampung & modern. Di sini juga ada menyediakan sebuah Dewan yg luas & sngt sesuai utk apa jua jenis program. Tp kalau buat utk majlis perkahwinan lg cun la. Sbb view dlm album kahwin korg akan cun giler. Korg xyah g jauh2 nak buat outdoor. Semua elimen ada di kg stay teluk buih. Berdekatan tempat ini juga terletaknya bukit selantai, bukit ni dgr cerita jadi track mountain bike yg bertaraf antara bangsa. Di sini juga tempat bot2 trip memancing akan berlepas. Jd dgn adanya pasar nelayan, track mountain bike, jeti memancing & jeti nelayan akan menaikan lagi ketenangan dlm percutian anda. Tempat ni akan berjaya buat korg lupa bertapa sukarnya perjalanan ke Mersing. Sy percaya & berharap kawasan ni akan naik tanpa mengenepikan org2 tempatan. Cukup smpai sini je post sy. Bg pengemar Jalan Jalan dalam Malaysia. Ini adalah salah 1 tempat wajib korg pergi.
Untuk tempahan blh click link di bawah :-
https://forms.gle/VjqfyWJYqP4eS8sCA
Sebarang pertanyaan korg blh hubungi Majlis Daerah Mersing Mdmg.
Assalamualaikum & salam sejahtera.