07/02/2024
Ketika belajar di Mesir dulu, ada senior pesan untuk bawa tiga benda ni kalau nak keluar rumah, wajib bawa.
1. Buku
2. Quran
3. Tasbih
Namun, saya bawa buku sahaja, Quran saya tak bawa, tasbih pun saya tak pakai dekat jari. Saya hanya pakai tasbih yang berbentuk gelang, ada 33 biji, nak guna untuk zikir selepas solat, senang.
Ada waktu lapang, saya ambik buku dan baca, takda teman borak tak mengapa, saya okey.
Ada junior ni, tertinggal Al-Quran dia akan patah balik ke rumah untuk ambil, tertinggal telefon dia tak kisah. Telefon boleh pinjam katanya.
Ada p**a perempuan lain, yang di jari mereka ada tasbih digital, sambil berjalan selangkah, tekan 1. Ada juga yang s**a lilit tasbih di tangan.
Berbagai jalan yang masing-masing pilih untuk 'berubah' jadi lebih baik dan semua bersebab.
Saya tak bawa Quran sebab jenis tak boleh simpan wudhu' lama dan tak pakai tasbih digital di jari sebab dah beberapa tasbih digital yang hilang akibat kecuaian saya.
Hakikatnya, semua orang ada 'jalan' berubah masing-masing.
Perempuan yang ditakdirkan 'berjuang' di hujung zaman.