26/05/2016
5 tips pelancongan dalam negara (kos berpatutan)
Cuti sekolah tidak lama lagi. Pada yang belum ada apa-apa plan untuk melancong jauh, apa kata ambil masa sekejap untuk periksa lokasi-lokasi menarik yang terdekat. Kalau bukan kat hometown pun, boleh jadi bandar sebelah, atau negeri sebelah. Yang penting mesti jalan-jalan bersama keluarga dan yang lebih pentingnya kos berpatutan.
1. Pilih lokasi yang bersesuaian, makin jauh lokasi tersebut secara amnya akan makin meningkatlah kosnya. Jika kita terlalu sibuk atau bajet yang seadanya, pilihlah lokasi yang paling hampir. Nawaitu adalah nak bawa keluarga berjalan, budak-budak tentu gembira.
2. Berpakat dengan adik-beradik atau ipar-duai untuk melancong bersama. Lebih ramai tentu lebih meriah. Kos juga dapat dikurangkan melalui perkongsian kenderaan, bajet makan dan tempat tinggal.
3. Kemudahan tempat tinggal yang terbaik untuk rombongan yang ramai sudah tentunya homestay. Buat carian homestay bagi bandar yang hendak dituju dan bandingkan harga. Buat panggilan pada pemilik homestay untuk mengetahui facility yang ada. Biasanya harga yang ditawarkan amat murah dan selesa. Untuk carian yang lengkap, sila ke www.jomstay.com. Boleh juga google homestay sebagai perbandingan.
4. Bila berada di tempat baru, anda patut cuba makanan tempatan. Buat carian dalam google tentang tempat tersebut dan tempat makan yang paling di syorkan.Kos makan ini jika pool beramai-ramai sudah tentu sngat berbaloi.
5. Hiburan untuk anak-anak. Ini adalah unsur wajib dalam setiap lawatan. Boleh jadi bermain air kolam, di tepi pantai, mandi di sungai yang sejuk atau menunggang gajah. Pengalaman-pengalaman ini akan tersemat dalam memori anak-anak dalam tempoh waktu mereka membesar, seterusnya memperkuatkan kasih-sayang dalam keluarga.. InsyaAllah.
Selamat beristirehat dan pergilah melancong bersama keluarga!
www.jomstay.com