Pakej Percutian Ke Terengganu

  • Home
  • Pakej Percutian Ke Terengganu

Pakej Percutian Ke Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pakej Percutian Ke Terengganu, Travel Company, .

Jangan Lupa Singgah Sini..
03/11/2020

Jangan Lupa Singgah Sini..

MAAF SEMUA, KEPADA MEREKA YANG MENCARI PAKEJ PERCUTIAN DI SINI. DUKACITA KAMI MAKLUMKAN, PROSES PENAMBAH BAIKAN SEDANG D...
31/10/2020

MAAF SEMUA, KEPADA MEREKA YANG MENCARI PAKEJ PERCUTIAN DI SINI. DUKACITA KAMI MAKLUMKAN, PROSES PENAMBAH BAIKAN SEDANG DILAKSANAKAN, AKAN DI UPDATE POST AS SOON AS POSSIBLE, MULAI JANUARI 2021..

KAMI KEKURANGAN KAKITANGAN UNTUK URUSKAN TRIP DI SINI.. UNTUK LOKASI LAIN BOLEH TUJU KE PAGE KAMI BAWAH NI..

18/01/2018

LALAI

Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda lalai.

Antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4. Banyak membuang masa; untuk hiburan, s**an dan di meja makan serta menonton tv
5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.Sentiasa sibuk dengan urusan dunia; mudah stress
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram
9.Tangguh untuk bertaubat
10.Malu untuk belajar agama
11.Bangun fikir nak makan apa dan apa aku nak buat hari ini

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran.

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.(nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai :

1. Kurang semangat nak beribadah, tidak s**a baca quran
2. 'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
3. Hilang fokus dalam hidup
4. Mudah lesu dan buntu, sentiasa rasa esok masih ada dan s**a tangguh beribadah dan kerja soleh

Sebab-sebab lalai :
1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai
3. Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan mahram, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4. Tidak berzikir
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan s**an )

_Cara-cara untuk atasi_:
1. Cari sahabat yang baik dan soleh
2.Hadiri majlis ilmu
3. Bagun malam untuk solat tahajjud
4. banyakkkan zikir dan taubat
5. rajin baca quran
6. Bersangka baik pada org lain.
7.Pemaaf
8.ingat mati
9.kurangkan makan
10 amalkan sunnah Nabi saw
11.bersabar bersyukur dan bertawakkal

# Ustaz Pahrol Mohd Juoi.IKIM.fm

Warong Jom Singgah Kuala Terengganu, Terengganu.
10/01/2018

Warong Jom Singgah Kuala Terengganu, Terengganu.

Aiskrim gulung. Salah satu street food yang ada di Terengganu.
10/01/2018

Aiskrim gulung. Salah satu street food yang ada di Terengganu.

29/12/2017

CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca
Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedekah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian Sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke Masjid

Share jika bermanfaat.

[PASAR TANI @ PASAR MINGGU] BERTEMPAT DI KUALA BESUT, TERENGGANU. Buat Mereka yang ingin datang ke sini dan tengok sendi...
22/12/2017

[PASAR TANI @ PASAR MINGGU] BERTEMPAT DI KUALA BESUT, TERENGGANU.

Buat Mereka yang ingin datang ke sini dan tengok sendiri barangan di sini, pakaian, peralatan rumah, dan yang paling menarik adalah terdapat pelbagai jenis makanan di sini.

Tak Pernah hilang kemeriahan di sini tak kira musim hujan @ musim panas..

BUAT MEREKA YANG NAK BUT TOUR @ JALAN JALAN DI SINI, Boleh contact Krew kami :-
❇️ Sms / Call : +60139818109 (Yoe) Tour Kuala Besut & Jerteh
❇️ wasap.my/60139818109/TourTripTerengganu (Mr Yoe)
❇️ wasap.my/60145068548/TourTripTerengganu (Miss Fairuz Rahman)

15/12/2017

Warung Air Buah Pak Toin

Nak minum air buah setaraf hotel 5 bintang pior dan pekat beserta set sotong, udang dan ikan celup tepung dengan harga RM 9.90 je sepinggan? Jom ke Restoran Air Buah Pak Toin Pasir Panjang, Terengganu

Antara menu special untuk dinikmati :-
✅ Pelbagai jenis masakan panas.
✅ Western Food.

❤MURAH & BERBALOI!

➖ Chicken Chop ( RM 8.00)
➖ Chicken Grilled ( RM 8.90)
➖ Meatball ( RM 6.00)
➖ Nasi Goreng Chicken Chop (RM 11.90)
➖ fun fries

✅Set ikan abc masakan boleh pilih RM 25/ RM 45 & RM 60

➖ 3 rasa
➖ Namprikpau
➖ Stim

✅SET SOTONG UDANG & IKAN CELUP TEPUNG hanya RM9.90 boleh makan 1-2 orang!

✅Makanan segera seperti

➖ Nasi lemak biasa @ special
➖ Laksa pineng power
➖ Mee kari
➖ Meehoon/kuey tiaw/mee sup celup
➖ Char kuey tiaw
➖ Roti bakar
➖ Keropok lekor

untuk anda yang ingin suprise kan orang tersayang, restoran ini menyediakan pakej lengkap seperti balloon , bonquet & kek. Harga mengikut pakej yang anda inginkan dari RM 50 -RM 150. Anda hanya perlu bawa orang tersayang untuk disuprisekan.

Lokasi Air Buah Pak Toin

1219-B Jalan Pasir Panjang Kuala Terengganu
(bersebelahan pasar bukit besar dan bersebelahan warong sajian Mek Ati)

Kampung Cina @ China Town, Kuala TerengganuKampung Cina atau pun lebih dikenali sebagai Chinatown terletak di pinggir ba...
03/12/2017

Kampung Cina @ China Town, Kuala Terengganu

Kampung Cina atau pun lebih dikenali sebagai Chinatown terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu.

Chinatown merupakan sebuah penempatan kaum cina tertua dan telah wujud sejak abad ke-15 lagi, di mana ketika itu ia menjadi pusat perdagangan utama bagi aktiviti komersil sehinggalah membentuk Kuala Terengganu yang maju pada hari ini.

Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan kerajaan Terengganu.

Pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan, kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.

Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu pernah memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod juga menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He di antara tahun 1405 dan 1433. Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua negara.

Pengembara China,‘Chao Ju Kua’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebut ‘Teng-Ya-Nong‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.

Penempatan dan kedai tradisional di kawasan ini memang direka dan dibina mengikut tempat asal kaum cina seperti Tanah Besar China, dan bangunan ini memang ke hari ini dikekalkan kerana telah diwartakan sebagai tapak warisan UNESCO Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah Program Watch Monumen bagi memastikan pengindahan dan pemeliharaan warisan ini pra-kolonial yang ketara. Kerana itulah kita akan mendapati kawasan kampung Cina ini masih lagi perkampungan tradisional walaupun hakikatnya ia terletak di tengah bandar dan dikelilingi bangunan-bangunan yang baru.

Malah kampung Cina hingga ke hari ini masih lagi sibuk dan maju dengan aktiviti perniagaan yang memang sebati dengan kaum ini.

Pelbagai barangan boleh didapati disini seperti kedai cenderamata, restoran, kedai runcit, elektronik di samping terletaknya tokong tertua di Terengganu iaitu Ho Ann Kiong yang dibina sejak tahun 1800-an lagi(ditambahbaikan selepas itu beberapa kali).

Kaum Cina di sini juga telah hidup harmoni dengan majoriti orang Melayu di negeri ini. Malah setengah budaya dan warisan tempatan mereka amalkan termasuklah fasih berbahasa melayu dengan loghat Terengganu dan mengamalkan makanan tradisional kaum melayu.

Beberapa pembaikan di kampung ini dilakukan seperti menghiasi lorong-lorong dengan mural, dan terdapat Lorong kenangan Payang atau Memory Lane yang memaparkan tokoh-tokoh bangsa cina yang berjaya memegang tampuk tertinggi Kerajaan Negeri Terengganu.

Di lorong ini juga terdapat Lorong Penyu, dimana sepanjang lorong tersebut pelbagai maklumat dan nasihat penjagaan penyu ditampalkan bagi memelihara kepupusan haiwan ini.

Selain itu terdapat Lorong Mesra Alam yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau manakala Lorong Warisan Dunia dipaparkan maklumat-maklumat menarik mengenai pelbagai tempat menarik diseluruh dunia seperti Taj Mahal, Machu Picchu dan sebagainya. Di Lorong Tau Kay Wee Sin Hee mengandungi pelbagai signboard, pondok telefon lama dan lesung batu.

Jika datang ke Terengganu jangan lupa singgah di sini kerana ia memang kawasan strategik dan terletak berhampiran dengan pasar Payang dan pulau Warisan.

02/12/2017

Doa Hilang Mengantuk Masa Driving 😴

Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."

(maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.

Hit button like, comment and share.

28/11/2017

TIPS MEMANDU KETIKA HUJAN LEBAT

1.JAGA JARAK ANDA
Jalan raya yang basah boleh menjadi bahaya ketika anda memandu dan jika pernah ada satu masa yang memerlukan anda untuk brek secara mengejut tanpa disangka-sangka atau jika pemandu di hadapan anda perlu anda brek, anda mestilah mempunyai jarak yang cukup antara anda dan kereta di hadapan anda.

2. SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN PERLAHAN
Rasanya semua orang tahu, tetapi memandu pada kelajuan yang lebih perlahan perlu mengikut pada aliran trafik anda supaya tidak membuat pemandu lain marah pada anda. Ini sangat penting ketika hari hujan. Lagipun, jika anda terkena hujan lebat dan semburan dari kenderaan lain, ia boleh mengurangkan jarak penglihatan di semua arah, dan anda memerlukan lebih banyak masa untuk bertindak balas.

3.ELAKKAN PENGGUNAAN BREK TERLALU BANYAK
Semasa memandu dalam keadaan hujan lebat, anda mungkin mendapati diri anda dalam keadaan berbahaya sama ada hidroplanning atau sedang mendapati diri anda dalam keadaan mengelincir, ini yang menggoda anda untuk menekan brek secara tiba-tiba. Oleh itu, anda harus mencari jalan yang terbaik untuk membendung gerak hati itu. Brek terlalu mudah dipengaruhi oleh air, ia akan kehilangan sedikit kuasa apabila dalam keadaan basah dan boleh membawa bencana semasa dalam keadaan kecemasan. Kurangkan penggunaan brek, bergerak secara perlahan dan kekalkan kawalan ke atas kenderaan anda. Ini adalah pertaruhan terbaik untuk anda.

4. SENTIASA MEMASTIKAN KEDUA TANGAN ANDA PADA STERING
Kawalan adalah amat penting ketika memandu dalam cuaca yang tidak baik. Selain itu, anda perlu berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kenderaan insiden berlaku. Mempunyai kedua-dua tangan pada stering kereta anda semasa memandu dalam hujan,boleh membantu anda untuk keluar dari keadaan cemas dengan cepat dan cekap.

5. SENTIASA PASTIKAN CERMIN KERETA TIDAK BERKABUS
Apabila memandu dalam hujan, tingkap cenderung kepada kabus akibat daripada perbezaan suhu di dalam dan di luar kereta dan boleh menyebabkan pandangan di sekeliling berkurangan. Untuk kekal selamat dan mengelakkan kemalangan, hanya tekan butang pemanasan kereta untuk hilangkan kabus pada tingkap. Hidupkan A/C atau turunkan sedikit tingkap beberapa sentimeter untuk menghapuskan kelembapan dari kenderaan dan menurunkan suhu di dalam kereta. Jika masalah ini berterusan, anda mungkin perlu membeli pembersih cermin depan dan defogger.

6. BERHATI-HATI DENGAN HIDROPLANNING
Hidroplanning berlaku apabila kereta anda bergerak di atas air tanpa menyentuh tanah. Apabila kereta yang dipandu pada kelajuan yang lari daripada sepatutnya, kawalan untuk pemandu semakin berkurangan, ini boleh menjadikan pelbagai berbahaya akan datang. Jika anda mendapati diri anda dalam keadaan seperti itu, bertenang, menekan brek secara teratur, dan beri sepenuh perhatian pada stereng anda. Biarkan kereta anda perlahan dan tayar akan kembali semula ke permukaan jalan.

7. ELAKKAN LOPAK
Sebagai pemandu, anda tak mungkin dapat agak berapa dalam lopak yang ada di atas jalan. Elakkan daripada melanggarnya untuk menghindari dari terkena sistem elektrik kereta. Jika anda terlanggar lopak tersebut, perlahankan kenderaan dan tekan brek secara sistematik untuk menghilangkan air dari rotor sebaik sahaja melanggar lopak tersebut.

8. PASTIKAN LAMPU KENDERAAN KORANG HIDUP SEMASA MEMANDU
Dalam keadaan hujan, kabus akan berlaku dan menjadikan suasana menjadi suram seketika. Dengan persekitaran menjadi sedikit gelap, sentiasa memastikan lampu hadapan kereta anda hidup dan boleh melihat jalan di hadapan. Selain itu, pemandu lain juga dapat melihat anda.

Hit button like, comment and share

Travel company

27/11/2017
27/11/2017
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..Buat Semua Pengunjung yg dah hadir ke page ni, Kami sekarang ni dalam proses penambah...
26/10/2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Buat Semua Pengunjung yg dah hadir ke page ni, Kami sekarang ni dalam proses penambahbaikan Page ni, Sebab kami pindahkan post di main page ke sini..

Kami hanya buat post berkaitan dengan Percutian di Terengganu Saja untuk masa akan datang. Harap semuanya dapat bagi masa kat kami untuk setelkan semua urusan dalam masa terdekat..

Terima Kasih, Sebab sentiasa Support dan tunggu dgn sabar..!! 😀😀

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakej Percutian Ke Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share