Fahmi Hamir

Fahmi Hamir Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fahmi Hamir, .

Thrive Tour | Thrive Diver Club
|


- Arabic | English | Malay Speaking
- Tour Coordinator
- Tour Guide
- Dive Guide
- Sharing History of Egypt
- Sharing Knowledge
- Sharing Photos or Video

Makin dipesan tak nak sedar tak nak sedar 💔Dunia berputar laju hingga x sempat dikhabar ⏳Realiti masih ramai lagi yang b...
18/06/2024

Makin dipesan tak nak sedar tak nak sedar 💔
Dunia berputar laju hingga x sempat dikhabar ⏳
Realiti masih ramai lagi yang belum sedar 😴
AFLB - Bergerak 📽

AFLB - BergerakChorusTiada masa tiada masaAku perlu bergerakTiada harta tiada apaAku perlu mendongakBanyak kata banyak caraSemua boleh disemakBanyak duka ban...

Mana kau Mana Lu.. Lu Lari dari Realiti! Itu ucapan dulu, kau ucapkan acapkali, Kesana Kesitu  🙆‍♂️
28/05/2024

Mana kau Mana Lu.. Lu Lari dari Realiti! Itu ucapan dulu, kau ucapkan acapkali, Kesana Kesitu 🙆‍♂️



Sepi - AFLB ft YimChorus/Hook (YIM)Sepi dalam hati masih lagi x mengertiSepi dalam diri siapa tahu isi hatiSepi menyepi aku makin menyepi Makin ramai tolak a...

One kalimah.. One Kalimah.. لا إله إلا الله محمد رسول الله ✨🌍 !!!
25/05/2024

One kalimah.. One Kalimah.. لا إله إلا الله محمد رسول الله ✨🌍 !!!


Lupakan AkuLupakan aku siapa dirikuGantikan aku kerna aku x mampuLupakan aku tentang dirikuPadamkan luka lalu waktu dulu kau sakiti kuVerse 1Lupakan aku Buka...

  •Just Release.. 🛫 YIM - PROVE 🌍•On Youtube and Spotify NOW 📽️•
19/05/2024




Just Release.. 🛫 YIM - PROVE 🌍

On Youtube and Spotify NOW 📽️

DOA UNTUK PALESTIN 🇵🇸•اللهم انصر اهلنا في فلسطين وغزة. اللهم سخر لهم ملائكة السماء، وجنود الأرض ✨🤲🏻•Ohh Allah Tuhan Kami...
24/10/2023

DOA UNTUK PALESTIN 🇵🇸

اللهم انصر اهلنا في فلسطين وغزة. اللهم سخر لهم ملائكة السماء، وجنود الأرض ✨🤲🏻

Ohh Allah Tuhan Kami.. Berikanlah Kemenangan kepada Saudara Saudari kami di Palestin dan Gaza. Ya Allah, tundukkanlah Malaikat Langit dan Tentera BumiMu kepada mereka ✨🤲🏻


BODOH DAN JAHIL 🤯•‎خُذِ ٱلْعَفْوَ وَأْمُرْ بِٱلْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْجَٰهِلِينَ (١٩٩)  الاعراف“Terimalah apa yang m...
12/07/2023

BODOH DAN JAHIL 🤯

‎خُذِ ٱلْعَفْوَ وَأْمُرْ بِٱلْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْجَٰهِلِينَ (١٩٩) الاعراف
“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah jangan dihiraukan orang-orang yang bodoh jahil yang degil dengan kejahilannya.”

Siapakah yang disebut orang orang Bodoh dan Jahil didalam Islam? Orang bodoh dan jahil adalah seseorang yang gemar mengganggu orang lain dengan ucapannya yang mengejek, menghina dan menfitnah. Orang orang bodoh semacam ini tidak perlu kita peduli atau isi mereka didalam kehidupan dan fikiran kita.

Orang bodoh bukan bererti orang yang tidak berpendidikan. Malah seseorang yang bergelar Professor sekalipun boleh menjadi orang bodoh. Kerana kebodohan tidak berkait dengan Ijazah, tetapi kebodohan sangat erat kaitannya dengan Akhlak. Jika seseorang menuruti Nafsunya dan tidak mengendalikan fikirannya, maka akan tergelonsor seseorang kedalam perilaku yang buruk, itulah kebodohan walaupun telah menerima berpuluh Ijazah.

Jadi Al Quran telah memberi kita garis panduan siapakah orang yang bodoh itu. Maka Allah SWT berfirman lagi dalam Surah An Nisa :
إِنَّمَا ٱلتَّوْبَةُ عَلَى ٱللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلسُّوٓءَ بِجَهَٰلَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُو۟لَٰٓئِكَ يَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَيْهِمْ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا (١٧)
“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang orang yang melakukan kejahatan disebabkan sifat kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua sebab itu mereka diterima Allah taubatnya, dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Oleh kerana itu, orang yang bodoh adalah orang yang tidak Taat dalam menjalani perintah Allah SWT dan RasulNya. Selagi mana ia melakukan dosa maksiat, maka ia dalam kebodohan. Kebodohan tentang hal Dunia, kebodohan tentang hal Akhirat, kebodohan tentang hal Syurga dan Neraka maka akan tenggelam lebih dalam didalam kemaksiatan.

Allah SWT beri lagi solusi dalam Surah An Nahl
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُوا۟ ٱلسُّوٓءَ بِجَهَٰلَةٍ ثُمَّ تَابُوا۟ مِنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوٓا۟ إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ (١١٩)
“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kebodohan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah mereka bertaubat itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Dalam kitab Taklim Al Muta3llem menjelaskan seseorang perlu menuntut ilmu bertujuan mengharap Redha Allah SWT disamping mencari kebahagiaan Akhirat serta menghilangkan kebodohan diri sendiri mahupun orang lain, menghidupkan Agama serta melestarikan Islam. Kerana Islam itu dapat dilestari kalau pemeluknya Berilmu. Zuhud dan Taqwa tidak sah tanpa disertai Ilmu.

Kata Ulama : Sahabat sahabat Baginda Nabi SAW adalah umpama bintang bintang di Langit. Pilihlah bintang itu, nescaya kamu diterangi ✨❤️

YANG DIGAMBARKAN 📸•Oleh Saiduna Abdullah Ibn Abbas RA.. Orang yang berpegang pada Agama Allah SWT, kalaupun Bumi menjadi...
14/04/2023

YANG DIGAMBARKAN 📸

Oleh Saiduna Abdullah Ibn Abbas RA.. Orang yang berpegang pada Agama Allah SWT, kalaupun Bumi menjadi Besi dan Langit menjadi Tembaga, kemudian Langit ditimpakan ke Bumi, maka “Ada Jalan KeluarNya juga”.

Amalan amalan yang kita lakukan sekarang ini, akan dijadikan oleh Allah SWT asbab datangnya Nusrah Allah SWT (Pertolongan Allah SWT) untuk waktu waktu yang akan datang.

Amalan amalan yang kita lakukan malam ini, akan menjadikan asbab datangnya Nusrah Allah SWT untuk siangnya. Amalan amalan yang kita lakukan siangnya, akan menjadi asbab datangnya Nusrah Allah SWT untuk malamNya.

Dan teruslah perjalanannya begitu sehingga seseorang itu diambil rouhnya dan sehinggalah Nusrah Allah SWT datang lagi, asbab Amal di dunianya bagi Youmul Akhirah.. Moga sentiasa Allah SWT perbaiki kita 🌟🤲🏻

‎لا إله إلا الله محمد رسول الله ✨☝🏻


PERNAH DENGAR SANAD AL QURAN?•Sanad itu ialah sandaran. Sanad bacaan Quran ialah sandaran bagi bacaan Quran yang diamalk...
28/02/2023

PERNAH DENGAR SANAD AL QURAN?

Sanad itu ialah sandaran. Sanad bacaan Quran ialah sandaran bagi bacaan Quran yang diamalkan oleh seseorang setelah ia bertalaqqi secara musyafahah dari guru yang sanadnya bersambung sampai kepada Baginda Mulia Rasulullah SAW.

Bahkan sanad merupakan salah satu rukun bacaan Quran yang sahih. Maksudnya bacaan Quran yang diambil dari guru yang bukan ahlinya maka bacaan Quran dibimbangi tidak sahih.

Contohnya, saya mengambil bacaan Quran dari guru saya Sheikh Sayyid Muhammad Abdullah, Sheikh Sayyid Muhammad Al Magriby, Sheikh Sayyid Muhammad El Zaghloul, Sheikh Sayyid Ashraf Hamid Al Hasanain, Sheikh Sayyid Muhammad Ad Deyaa’, (didalam gambar semasa Ijazah Sanad Al Fatiha) Sheikh Sayyid Hasan Abdul Ghani dan beliau dari gurunya yang mengambil dari gurunya yang mana proses pengambilan bacaan ini berterusan sambung-menyambung sampai kepada Baginda Mulia Rasulullah SAW.

Penganugerahan ijazah sanad bacaan Quran keseluruhan 30 juzu’ adalah ketat bukan semua murid yang bertalaqqi akan menerima ijazah sanad tersebut. Banyak aspek yang perlu diteliti kerana ia merupakan amanah yang wajib dijaga agar tidak disalahgunakan kerana ia melibatkan ulama-ulama Quran yang Soleheen, Wara' dan Mulia. Bukan sekadar boleh membaca Quran sahaja bahkan dilihat dari sudut kemampuan ingatan, mengamal, mengajar dan akhlaknya tidak buruk. EnsyaAllah sama-sama kita berazam untuk belajar Sanad bacaan Al Quran secara keseluruhan ✨🤲🏻🤍


MAMPU MENEMUI KEBAIKAN 🗝✨•Tawakal kepada Allah untuk mendapatkan manfaat maka akan diberikan oleh Allah. Tawakal kepada ...
02/01/2023

MAMPU MENEMUI KEBAIKAN 🗝✨

Tawakal kepada Allah untuk mendapatkan manfaat maka akan diberikan oleh Allah. Tawakal kepada Allah untuk menolak kemudaratan maka akan dibantu untuk menolak kemudaratan itu oleh Allah SWT.

Yakin bahawasanya Allah tidak akan membiarkan hamba hambaNya yang taat di jalan Allah. Diberikan penjagaan, pemeliharaan serta kemudahan oleh Allah. Namun perlu bersabar, berusaha, bertawakal dan berserah kepada Allah SWT.

Rasulullah ﷺ meletakkan keyakinan bahawa sesiapa sahaja mampu menemui kebaikan, kerana perihal masa hadapan hanya diketahui oleh Allah SWT. Tiada siapa yang dapat menghukum serta menentukan nasib seseorang pada tahun tahun mendatang.

EnsyaAllah Ingat, IMAN itu tidak boleh diwarisi tetapi boleh diperBAHARUI ✨☝🏻 banyakkanlah ucap…


لا إله إلا الله محمد رسول الله ✨☝🏻



‎ #2023

SEMAKIN SINGKAT ⏳•Alhamdulellah.. dalam satu hadis Nabi SAW mengingatkan kita semua bahawa apabila semakin dekat Hari Ki...
24/12/2022

SEMAKIN SINGKAT ⏳

Alhamdulellah.. dalam satu hadis Nabi SAW mengingatkan kita semua bahawa apabila semakin dekat Hari Kiamat nanti, manusia akan merasakan “Masa Semakin Singkat”.

‎لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ فَتَكُونَ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ ✨

“Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah masa semakin singkat, seakan akan masa Setahun tersebut jadi seperti Sebulan.” - Al Bukhori -

Al Imam Ibn Hajar menyatakan bahawa di akhir zaman itu, manusia akan merasakan masa semakin singkat. Ini berlaku kerana hilangnya keberkatan masa. Imam Al Nawawi turut memberi pandangan yang sama, katanya :

‎الْمُرَادُ بِقِصَرِهِ عَدَمُ الْبَرَكَةِ فِيهِ 🌏
“Dan yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu adalah disebabkan kerana hilangnya Keberkatan Masa.”

AllahuAkbar Alim Ulama terdahulu menghasilkan karya yang sukar untuk dihasilkan oleh generasi pada hari ini. Sebagai contoh apa yang dilakukan oleh Imam Al Nawawi. Menurut Ibn Al Attar, Imam Al Nawawi meninggal pada usia 45 tahun. Walaupun melalui usia yang singkat, beliau meninggalkan karya yang tidak terhitung. Ada menyebutkan bahawa sekiranya dibahagikan usia hidup Imam Al Nawawi dengan jumlah karyanya, kita akan dapati seolah Imam Al Nawawi mengarang setiap hari sebanyak empat helaian kertas.

Imam Ibn Jarir Al Tabari, menulis setiap hari sebanyak 40 helaian kertas. Ada yang menjelaskan bahawa, sekiranya dikira usia Imam Al Tabari dengan tabiat penulisan beliau setiap hari ini, penulisan beliau mencapai bilangan hampir 584,000 helaian penulisan yang dihasilkan. Seakan akan keberkatan masa itu sentiasa mengiringi mereka sehingga mereka menghasilkan sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh orang lain.

Sedangkan kita dan mereka telah dikurniakan dengan tempoh masa yang sama. Bumi tidak pernah berputar lebih perlahan ketika mereka menulis. Tetapi karya yang dihasilkan seakan akan masa yang dilimpahkan buat mereka lebih banyak dari kita.

Menurut Alim Ulama hari ini, kita perlu membahagikan masa kepada tiga bahagian : 1. Lapan Jam sehari untuk Agama. 2. Lapan Jam sehari untuk Keluarga. 3. Lapan Jam sehari untuk Kerja Dunia.

EnsyaAllah sama sama kita berDoa pada Allah SWT agar diberi “Keberkatan Masa”, pengampunan sentiasa, dibimbing Allah SWT dalam mengendalikan Masa tersebut kerana Allah SWT dengan penuh ibadah beeznellah ✨☝🏻🤲🏻


04/07/2022

KISAH HABIL & QOBIL (P2)

11/06/2022

ALLAH KELUARKAN MEREKA DARI GELAP GELITA 🌒

03/06/2022

AL HARAM FIRST POP-uP STORE 🎉

Al Haram Incenses Malaysia now at Visit us & Get your scents stick for FREE* 😍😍😍


01/06/2022

Yalla let’s meet up 🤝

Can’t wait to present you on our very first time to be on field in this city never sleep of “Kuala Lumpur” with the brand

See you on 2nd - 5th June 2022 tomorrow.. 10 AM to 10 PM at

01/06/2022

APABILA TUHAN MENGUJI NYA 📽

21/05/2022

MEMBUAT SEWENANG WENANG DI DALAM NEGERI ⚡️

19/05/2022

USAHA MU MEMANG BERANEKA MACAM 🤯

29/04/2022

BERITA TENTANG KIAMAT (1)

Address


Telephone

60133606531

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fahmi Hamir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fahmi Hamir:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share

- HE knows what I am about -

GOD has created me to do HIM some definite service. HE has accounted some work to me, which maybe HE has not accounted to another! I have my mission.. I may never know it in this life but I shall be told it in the next.

I am a link in a chain, a bond of connection between persons. HE has not created me for naught. I shall do good, I shall do HIS work. I shall be an angel of peace, a preacher of truth in my own place, while not intending it if, I do but keep HIS commandments.

I am quiet until you get along, then you will see HOW I make a job out of anything. Do anything to make other feel better, indeed an angel in flesh. Being with me is simply full of happiness! But be careful with me.. do not be too attached, my eyes are like the fantamorgana.. full of charm and sexiness. You could get lost in me forever.