29/12/2023
Bukit Uhud ni adalah salah satu bukit² yang ada di syurga , saya gelarkan bukit ni sebagai bukit syuhada, kerana ada seramai 70 orang sahabat Rasulullah SAW yang syahid di bukit ini termasuklah bapa saudara Nabi yakni saidina hamzah r.a. yang kematiannya sangat menyayat hati.
Setiap kali teringat pasal perang uhud ni , pasti akan menitis air mata sebab terkenangkan para sahabat Nabi yang menggadaikan nyawa untuk menjadi perisai bagi melindungi Nabi dari dibunuh kafir Quraisy.
Salah seorang sahabat yang paling saya ingati dalam perang uhud ini adalah saidina Talhah ubaidillah, beliau bermatian beliau bertarung menghalang musuh dari mendekati Rasulullah. tubuhnya penuh berlumuran dengan darah, di badannya hinggap berbagai senjata musuh yang meninggalkan lebih dari 70 luka libasan pedang, tikaman tombak dan tusukan panah. Manakala Pergelangan tangannya hampir putus ,tetapi beliau tetap terus bertarung melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW. Kemudian barulah datang saidina abu bakar untuk membantu beliau.
Kerana peristiwa itulah, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa mahu melihat seorang syahid yang masih berjalan di atas muka bumi ini, maka lihatlah kepada Talhah bin Ubaidillah!”
Abu Bakar as-Siddiq apabila menceritakan tentang perang Uhud akan berkata:
“Seluruh hari itu adalah milik Talhah..!”
Dan saidina Talhah Ubaidillah adalah antara 10 sahabat yang dijamin syurga Allah.
Kita semua tahu pada asalnya perang uhud ini dimenangi oleh umat islam ketika itu , Tetapi kerana pasukan memanah tidak mendengar perintah Rasulullah SAW untuk tidak turun dari bukit memanah itu , maka keadaan berubah dan dimenangi kafir Quraisy. Ketika itu para pasukan memanah turun kerana menganggap mereka telah menang dengan melihat para kafir Quraisy berundur , tetapi sebaliknya kafir quraisy memang sengaja mengumpan mereka untuk turun dari bukit tersebut.
Dan disebabkan itu pasukan islam telah diasak dan dikepung , apatah lagi ketika itu jumlah musuh 3 kali ganda dengan tentera islam , dan musuh² islam pun berebut untuk manjadi orang yang membunuh Rasulullah ,Mereka menyerang Rasulullah SAW sehingga mengakibatkan wajah Baginda SAW yang mulia terluka, dan gigi geraham bahagian kanan bawah Baginda retak terkena lemparan batu. Bahkan, topi besi di atas kepala Baginda juga ikut hancur.
Mereka menghujani Rasulullah SAW dengan batu-batu. Salah satunya telah mengenai pinggang Baginda sehingga menyebabkan Baginda terjatuh ke dalam lubang yang sengaja digali oleh Abu Amir al-Fasiq untuk menjerat umat Islam. Lalu saidina Ali bin Abu Talib lalu menarik Nabi keluar dari lubang tersebut , kemudian Baginda pun diangkat oleh Talhah bin Ubaidillah.
Pada dahi Rasulullah SAW terdapat dua keping pecahan besi yang menancap di wajahnya , Lalu Abu Ubaidah bin al-Jarrah berusaha mencabut kepingan tersebut dengan menggigitnya sehingga dua giginya tercabut , Beliau sengaja berbuat demikian dan tidak menggunakan tangan kerana ingin merasakan sakit yang sama kerana tidak sampai melihat baginda Nabi kesakitan sendirian.
Ada banyak lagi kisah² para sahabat yang luar biasa pengorbanan mereka dalam perang uhud ini demi pertahankan Rasulullah SAW , Demikianlah betapa dasyatnya kecintaan para sahabat pertahankan Rasulullah SAW dan agama yang dibawa Nabi sedangkan ketika itu islam masih belum berkembang meluas. Dan jumlah mereka amatlah sedikit jika dibandingkan pada hari ini. Namun walaupun mereka sedikit tetapi keyakinan mereka pada Allah dan Rasulnya mengalahkan kita hari ini , yang percuma saja ramai bilangannya tetapi ibarat buih di lautan.
Dalam satu riwayat hadith ketika Rasulullah memandang bukit uhud , baginda bersabda:
"Ini adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya."
Demikianlah sedikit sebanyak mengenai kisah dan peristiwa yang terjadi di bukit uhud yang mulia ini. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku.
Info tambahan:
*Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah medan untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
*Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berperang, Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy p**a seramai 3,000 orang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.