Vivacious Geng Kembara

  • Home
  • Vivacious Geng Kembara

Vivacious Geng Kembara Kita jalan kita makan makan

Pada hari Sabtu 14/04/2018 ada urusan di Hotel Sani Kuala Lumpur. Sempat mengambil gambar kenangan di stesen LRT PWTC me...
17/04/2018

Pada hari Sabtu 14/04/2018 ada urusan di Hotel Sani Kuala Lumpur. Sempat mengambil gambar kenangan di stesen LRT PWTC menghala ke IOI Puchong.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Alhamdulillah dengan izinNya kami dapat bersama. Perancangan kali ini ke Ipoh. B...
25/11/2017

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dengan izinNya kami dapat bersama. Perancangan kali ini ke Ipoh. Bergerak dari Seremban pukul 530 petang terus ke KLIA ambil Ainyen dari Kuching. Penerbangan Ainyen tiba jam 610 petang dan kami meneruskan perjalanan ke Puchong jemput Irma.

Hujan renyai-renyai dari Seremban ke Ipoh. Perjalanan kami lancar dan sampai di Ipoh jam 1030 malam. Terus ke Amanjaya ronda-ronda Festival Foodtruck Malaysia 2017.

Ini gambar kami lepak makan Char Kuey Teow Abang Sayang. Siapakah abang sayang ini 😀

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera. Kami mengucapkan syukur dan tahniah atas kejayaan semua calon UPSR 2017. :: Potre...
23/11/2017

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
Kami mengucapkan syukur dan tahniah atas kejayaan semua calon UPSR 2017.

:: Potret kenangan di Pantai Aonang, Krabi.

Rezeki. Memang teringin sangat nak tengok dengan mata sendiri ciptaan Allah yang sempurna ini. Biasanya nampak dari kaca...
22/10/2016

Rezeki. Memang teringin sangat nak tengok dengan mata sendiri ciptaan Allah yang sempurna ini. Biasanya nampak dari kaca televisyen sahaja.

Jadi, inilah Monyet Belanda. Haiwan ini bebas dalam hutan simpan Bako, Sarawak. Kebetulan kami sampai disini hujan dan haiwan ini aktif keluar mencari makan selepas hujan.

01/10/2016

Salam Maal Hijrah 1438

Selagi ada KEHIDUPAN
UMUR adalah KESEMPATAN
MUDA lah dengan KESUNGGUHAN
DEWASA lah dengan PENGAJARAN
TUA lah dengan PENGALAMAN
LAPANG lah dengan KEMAAFAN
SIBUL lah dengan KEMANFAATAN
KAYA laj dengan KEBAIKAN
MISKIN lah dengan KEBENCIAN
KUAT lah dengan KESABARAN
HIDUP lah dengan KETAATAN
MATI lah dengan KEIMANAN
dan BERBAHAGIA lah dengan BAIK SANGKAAN

Alhamdulillah kami selamat tiba di Terminal Central Kuantan pada jam 6.30 petang. Selepas puas berepisod episod tidur se...
02/09/2016

Alhamdulillah kami selamat tiba di Terminal Central Kuantan pada jam 6.30 petang. Selepas puas berepisod episod tidur sepanjang perjalanan. Tak pasti laluan mana bas ni bawa ke Kuantan. Pastinya kami tiba dengam selamat.

Yahooo..
Pengembaraan bermula. Sampai sahaja di terminal, kami ambil keputusan beli tiket p**ang pada hari Ahad. Jadinya aku dan Sue akan berpisah di Kuantan kerana haluan kami berbeza. Aku balik ke TBS. Manakala Sue arah ke Batu Pahat. Kami setuju ambil tiket jam 430 petang. Kiranya timing cun sangatlah waktu tu.

Okay.
Tiket dah selesai. Baru lah hati riang nak meneroka.. Kami telah dimaklumkan, kereta sewa akak tiba jam 730 malam. Sementara menunggu, kami solat maghrib qasar jamak di surau terminal. Surau ni terletak di tingkat bawah. Turun sahaja ikut tangga bergerak. Alhamdulillah. Selesa dan ruang solat yang besar.

Selesai kami ambil kereta sewa Kancil Turbo di kawasan perumahan **yang tak berapa nak ingat namanya tempatnya**.

Maka bergeraklah kami ke Sungai Lembing berdasarkan aplikasi Waze yang sangat membantu hingga sampai ke depan pintu tempat yang dituju.

*********BUKU 555***********

1) TIKET KOMUTER SEREMBAN - TBS : RM 8.50
2) TIKET BAS TBS - KUANTAN : RM 24.10
3) LUNCH SUBWAY : RM8.00
4) SEWA KERETA KANCIL TURBO JUMAAT - AHAD : RM170..00

Lebih mudah dan pantas untuk survey tiket kapal terbang. Jommm
02/09/2016

Lebih mudah dan pantas untuk survey tiket kapal terbang. Jommm

Merancang percutian sangat penting, ini bagi memastikan kos perjalanan dan perbelanjaan dapat dikurangkan, terutamanya jika menaiki kapal terbang. Tapi tak di

Permulaan pengembaraan ke Sg. Lembing, Kuantan pada 26-28/8/2016.Jam 12.15 tengahari aku terus gerak ke  stesen komuter ...
29/08/2016

Permulaan pengembaraan ke Sg. Lembing, Kuantan pada 26-28/8/2016.

Jam 12.15 tengahari aku terus gerak ke stesen komuter Seremban bertemu dengan Sue disana. Train komuter tiba di stesen pada jam 1.30 petang dan kami berhenti di Stesen Terminal Bersepadu (TBS)

Perjalanan ke TBS mengambil masa hampir 1 jam. Setibanya di TBS kami bergegas ke kaunter tiket ke Kuantan. Kami ingin pastikan sampai ke Terminal Kuantan sebelum malam bagi memudahkan perjalanan kami seterusnya.

Dipermudahkan urusan, kami dapat tiket ke Kuantan pada jam 3.30 petang dengan menaiki bas Konsurtium VIP. Sangat selesa.. Harga tiket RM 24.10 sehala. Usah risau tentang masalah tiket, kerana memang banyak bas yang disediakan.

Tiket pun dah ready. Next kita mencari makanan untuk alas perut sebab dah laparr..Subway menajadi pilihan kami dalam perjalanan ke Kuantan.

📍Tiket Komuter Seremban - TBS : RM 8.50

📍Tiket Bas TBS - Kuantan : RM 24.10

📍Lunch : RM 8.00

NDH..

07/08/2016

Mengembara/Bercuti adalah satu seruan untuk keluar dari zon selesa anda. Tiap perjalanan yang dilakukan mempunyai kisah menarik masing-masing, yang akan anda simpan selamanya di dalam fikiran. Jika saat ini anda masih belum ada motivasi untuk travel

Sesekali perlu pengalaman seperti ini.
29/06/2016

Sesekali perlu pengalaman seperti ini.

Berpuasa di perantauan mungkin merupakan sesuatu yang mengujakan bagi mereka yang tidak pernah melaluinya. Namun begitu pastinya ada terselit perasaan rindu kepada suasana berbuka bersama keluarga. Apatah lagi di kebanyakan negara luar tiada pasar Ramadhan sebagaimana yang terdapat di Malaysia. Saya...

Be Smart Backpackers
01/06/2016

Be Smart Backpackers

Masalah bagi kebanyakkan traveller terutamanya kaum hawa adalah backpack terlalu berat. Bila terlalu berat, ianya akan effect mood kita.

7 sebab backpack berat:

1. Packing barang tak ikut checklist.
Checklist barang untuk travel selama 7 hari berbeza dengan checklist untuk travel selama 14 hari. List kan barang mengikut keperluan, bukan mengikut kehendak.

2. Bawa makanan terlalu banyak.
Jangan terlalu risau dan takut tak cukup makanan. Selalunya bila travel, kita boleh singgah di supermarket untuk beli keperluan seperti roti, beras, dan stok makanan yang lain. Yang penting bawa perencah. Senang sikit nak memasak nanti.

3. Selalu rasa baju yang di bawa tu tak cukup. Relax, baju tak cukup boleh beli yang murah-murah kat sana. Tapi kalau bahu sakit nak angkat beg, spoil mood bercuti kan?

4. Bawa barang make up, toiletries size besar. Kebanyakkan hostel / apartment / hotel memang dah sediakan shower foam dan shampoo. Cukup sekadar bawa berus gigi dan ubat gigi. Tapi kalau nak bawa juga, bawa size kecil. Beli botol kecil (50ml) di daiso, dan transfer liquid foam ke dalam botol yang lebih kecil.

5. Ketika travel, tak perlu bawa towel besar. Cukup sekadar medium / small size. Kalau malas nak bawa, boleh sewa sahaja di hostel.

6. Bawa jacket sampai 3-4 helai. Bawa 2 jenis jacket pun dah okay. Kalau rasa nak gambar cantik, tukar-tukar jacket dengan kawan.

7. Cara gulungan / lipatan baju tak kemas, seterusnya memakan ruang beg. Boleh google macam mana nak packing barang. Di youtube pun ada juga cara-cara packing :)

Selamat mengembara!

Tawakal kepada Allah adalah sebaik baik persediaan.
30/05/2016

Tawakal kepada Allah adalah sebaik baik persediaan.

Selalu berlaku, saya berkunjung ke sesebuah tempat, tak lama selepas itu berlaku kejadian-kejadian gerun. 1999 - Beberapa hari p**ang dari ziarah al-Aqsa, keluar di TV yang al-Aqsa dikepung. 2012 - Beberapa minggu selepas p**ang dari Kaherah, kudeta berlaku dengan kejam. Seorang pegawai Ikhwan Musli...

21/05/2016

I would place this in the category of "under promise and over deliver" ;)

Happy Friday!

Panduan mendapatkan tempat duduk didalam ETS sebelum merancang perjalanan.
16/05/2016

Panduan mendapatkan tempat duduk didalam ETS sebelum merancang perjalanan.

Seating plans for ETS 91 Class EMUs are now available! Click on the images below or hover above the top menu bar to visit each train service’s or rolling stock’s page to find out more. ETS services…

Sabah. Truly Malaysia.
14/05/2016

Sabah. Truly Malaysia.

It all started when a university graduate went on a 10-week adventure in Sabah 10 years ago.

Mudah. Mari kita amalkan.
23/04/2016

Mudah.
Mari kita amalkan.

Beberapa minggu ni semua asyik cakap pasal Iceland gara-gara demam Dilwale. Hari ni p**a pasal New Zealand sebab Air Asia buka route baru. Harga gila kentang! Harga serendah RM1,000 untuk penerbangan pergi dan balik KL-Auckland. Tahniah Air Asia sebab beri peluang rakyat Malaysia untuk travel lebih…

17/04/2016

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah telah selamat sampai di Seoul dengan selamat.

Perjalanan dari KLIA2-Incheon Airport mengambil masa 6 jam 30 minit dengan penerbangan Air Asia X.

Dari Incheon Airport ke Sinchon Hostel mengambil masa 1 jam dengan bas persiaran.

Suhu di Seoul 12 degree. Sejuk dan berangin. Kami berlima dalam 1 bilik.

Susunan backpack
17/04/2016

Susunan backpack

Jom kita travel!!
15/04/2016

Jom kita travel!!

Ini cadangan asas dan umum. Sebab ada banyak orang tanya macam mana nak travel light. So, basically, inilah yang ada dalam backpack aku tak kira berapa hari travel pun.

Kau setuju, silakan share. Aku izinkan siap2.

Kau tak setuju, s**a hati kaulah. Nama pun cadangan. Bukan hukum.

08/04/2016

Hutan dan air tak dapat kami pisahkan.

Betapa kecut perut kami berhadapan dengan cabaran dan pengalaman pertama dalam hidup.

Apa pun rintangan dihadapan kami tempuhinya. Itulah kehidupan dalam hidup kita seharian. Jangan mudah mengalah.

Kembara mencari hikmah di Krabi Jun 2016.

Senja di Kelip Kelip Kg KuantanSubhanallah
22/02/2016

Senja di Kelip Kelip Kg Kuantan

Subhanallah

Inilah homestay tempat kami menginap untuk satu malam.Selesa dan lengkap.Masa untuk kami check out pun tidak di tetapkan...
21/02/2016

Inilah homestay tempat kami menginap untuk satu malam.
Selesa dan lengkap.
Masa untuk kami check out pun tidak di tetapkan. Pengurus kata bila bila masa sahaja boleh check out 😊

Homestay ada 3 buah bilik.
2 bilik mandi.
Master Bedroom lengkap dengan penghawa dingin.
Dapur lengkap dengan peti sejuk, rice cooker, pinggan dan cawan, dapur gas.

Kedudukan homestay yang strategik untuk ke Kg. Kuantan tengok kelip kelip dan ke Bukit Melawati. Jarak ke dua-dua tempat ini lebih kurang 15-20 minit.

Jika hendak ke Tanjung Karang mengambil masa 30 minit.

Bayaran untuk satu malam di Homestay ialah RM150.00

Mee Banjir Udang Kuala Selangor 8 Feb 2016
17/02/2016

Mee Banjir Udang Kuala Selangor 8 Feb 2016

16/02/2016

Kuala Selangor
08 Feb 2016

Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 30 minit melalui lebuh raya yang tertera di GPS a.k.a waze.

Bertolak dari Seremban pada pukul 11.30 pagi. Alhamdulillah perjalanan pergi lancar dan selamat. Bumblebee Sue menemani perjalanan kami sepanjang di Kuala Selangor.

Memang merancang untuk pergi ke sana melalui lebuh raya, tak sangka p**a kami berhadapan 6 tol sepanjang perjalanan. Mujur ada smart tag, kalau tak boleh putus lengan asyik nak bayar je. Stress jumpa banyak tol sepanjang perjalanan. Jadi kami rancang, balik nanti ikut jalan lama. Belum sampai dah rancang nak balik.

Sampai di Kuala Selangor tepat pada waktunya makan tengahari. Inilah masanya jalan jalan cari makan direalisasikan.

Sebelum tu, kami tengok tengok dulu kawasan Kg. Kuantan nak tengok kelip kelip malam ni. Selepas itu, cari kawasan homestay yang akan kami menginap malam ni.

Selesai

Rancang untuk makan tengahari di Tanjung Karang, dalam 15-20 minit dari Kuala Selangor. Macam ada sebuah restoran yang jadi tumpuan pengunjung luar ke sana. Rancangan dibatalkan kerana kami jumpa sebuah Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor, ke arah Tanjung Karang.

Muktamad

Kita cuba apa yang istimewa sangat Restoran Mee Udang Kuala Selangor ini🍤🍤

16/02/2016

Kelip kelip Kg Kuantan Kuala Selangor

10/02/2016

08 Feb - 9 Feb 2016
Kuala Selangor

A trip to Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Waaaaa jommmmmmmm
28/01/2016

Waaaaa jommmmmmmm

Nota Editor: 10 alasan kenapa wanita yang gemar travel itu hebat telah ini disiarkan di Phinemo.com, laman web travel daripada Indonesia. Kami kongsikan semula di sini mengikut gaya bahasa Vocket dengan izin daripada penulis asal Shabara Wicaksono. Katanya cewek yang s**a travelling emang keren. Ada…

Geng...jadikan ini agenda untuk 2016. Lebih mencabar dari Bako National Park.
20/11/2015

Geng...jadikan ini agenda untuk 2016. Lebih mencabar dari Bako National Park.

Jambatan Canopy Walk Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah, Malaysia :

300 meter panjang (985 kaki) dan setinggi 27 meter (90 kaki). titian gantung yang menakjubkan ini adalah salah satu yang terbaik di dunia di mana anda boleh meneroka hutan simpan di Danum, Sabah.

Sepanjang tahun 2000, Canopy Walkway iaitu jambatan atas pokok terpanjang yang terdapat di Sabah telah juga menarik perhatian pelawat dari dalam dan luar negara. Statistik menunjukan sejumlah 86723 pelawat melalui jambatan ini dengan pecahan 14895 orang pelancong tempatan dan 71828 pelancong luar negara.

Kawasan Pemeliharaan Lembah Danum terletak 83 km ke Barat Daya Lahad Datu, dengan berbagai spesies tumbuhan dan haiwan yang menakjubkan.

Kawasan tadahan hujan yang luas ini merupakan tempat tinggal bagi badak Sumatera, orang utan, kancil, serta harimau bintang. Terdapat sebanyak 270 spesies burung telah dicatat di kawasan ini. Pusat Kajian Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 km persegi ini.


Canopy Walk Hanging Bridge Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah, Malaysia :

300 meter in length (985 ft) and as tall as 27 meter (90 ft). This fascinating hanging bridge is one of the best in the world where you can discover the Danum Forest Reserve, Sabah.

Along the year 2000, Canopy Walkway which is the longest hanging bridge over the trees in Sabah also have attracted many visitors from inside and outside the country. Statistics recorded 86,723 visits to this bridge with 14,895 of local tourist and 71,828 of international tourist.

Danum Valley Conservation Area (DVCA) located 83 km to the north west of Lahad Datu, with various species of amazing plants and animals.

This natural water reserves area also the habitat for Sumatera Rhino, Orang Utan, Deer, and leopard. There is 270 species of birds recorded in this area. The Danum Research Centre located in this 440 km sq.ft forest reserve.

Foto oleh/Photo by: Jollence Lee

Perhatian kepada Vivacious Geng Kembara. 2016 makin tiba. Kita jadikan 2016 tahun melawat Malaysia. Senaraikan tempat im...
08/11/2015

Perhatian kepada Vivacious Geng Kembara.

2016 makin tiba. Kita jadikan 2016 tahun melawat Malaysia. Senaraikan tempat impian kalian. Kita bersama sama aturkan. Insyallah..

Asingkan.Moga menjadi panduan sesama dalam penerbangan.
05/11/2015

Asingkan.
Moga menjadi panduan sesama dalam penerbangan.

Apabila perlu menaiki penerbangan melebihi 6 jam, ataupun yang berangkat malam dan tiba siang, asingkan toiletries yang diperlukan bagi membersihkan diri secara ringkas. Contohnya berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, pewangi, pelembab bibir, hand sanitizer, dan tuala muka.

Letakkan semuanya dalam sebuah bekas lutsinar dan masukkan ke dalam hand luggage. Pastikan kandungan setiap satu botol / bekas cecair mengandungi tidak lebih daripada 100ml.

Tidak semua penerbangan menghadiahkan set toiletries asas. Justeru, ini adalah persediaan peribadi bagi membersihkan diri semasa dalam pesawat ataupun sejurus tiba di destinasi selepas tidur yang panjang dan juga untuk solat Subuh dalam penerbangan, tanpa perlu membuka bagasi besar.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Vivacious Geng Kembara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share