Halal Tour in Japan

  • Home
  • Halal Tour in Japan

Halal Tour in Japan Guest House Osaka
Coordinator
Guide
(22)

Kami menyediakan penginapan berkonsepkan guest house untuk Muslim dan juga menawarkan khidmat Muslim tour guide.

Dari mula bekerja sebagai tour guide di tahun 2012, saya saksikan yang masjid Kyoto memang dah cuba kumpulkan dana untuk...
17/06/2020

Dari mula bekerja sebagai tour guide di tahun 2012, saya saksikan yang masjid Kyoto memang dah cuba kumpulkan dana untuk buat masjid baru. Tapi masih tak mencukupi.

Customer yang pernah saya bawa ke masjid Kyoto yang sekarang mesti tahu bagaimana keadaannya. Sempit dan terletak di bawah tanah. Tak cukup utk tampung bilangan jemaah yang ramai.

Tinggal sedikit saja lagi langkah untuk terbina rumah Allah yang lebih selesa di Kyoto. Dan perlukan kerjasama kita semua. Sama-sama kita sebarkan, dan dapatkan saham akhirat untuk kita semua!

[Update terbaru]

*MASJID KYOTO MUNGKIN LENYAP*

Jika kita tidak bertindak sekarang untuk menyelamatkannya sebelum 25 hb Jun 2020 ini . HANYA TINGGAL 8 HARI SHJ LAGI. Berwakaflah untuk diri sendiri, ibu bapa yang telah pergi atau yang masih hidup.
Amat bertepatan waktunya untuk kita menyumbang dan sangat bertepatan sasarannya sebagai suatu infaq yang akan memberikan ganjaran yang sangat besar dan berterusan sebagai amal jariah yang bermanfaat sehingga ke Jannah.

Masih diperlukan sumbangan dari umat Islam sebanyak *RM535,000* sahaja lagi drp RM2.73 juta, untuk memastikan tertegaknya syiar Islam pertama di Kyoto, Jepun yakni sebuah masjid.

Masjid Kyoto;
Didirikan solat dalamnya kita dapat pahala Dibaca al Quran didalamnya kita dapat pahala Bertazkirah didalamnya kita dapat pahala Segala aktiviti amal didalamnya kita dapat pahala

*Firman Allah SWT dalam Surah al-Saba’ ayat 39 yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”*

Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan semoga Allah mengganjari dengan sebaik2 ganjaran InsyaAllah. Bersama kita sebarkan mesej ini agar Masjid Kyoto dapat dibina sebagai sebuah syiar di bumi matahari terbit tersebut.

Muslim Care Malaysia Society
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan
Maybank 5644 9021 1159

Info lanjut dan makluman infaq :
1. Zulkifli 0192518771
2. Muzammir (+8180-3585-8516)
3. Safuan 0134886447
4. Johari 0169978323



http://muslimcaremalaysia.my/project/pembinaan-masjid-pertama-kyoto-jepun/

Memandangkan sekarang tak digalakkan nak ke luar negara termasuklah Jepun, maka saya nak jadi personal shopper anda p**a...
13/03/2020

Memandangkan sekarang tak digalakkan nak ke luar negara termasuklah Jepun, maka saya nak jadi personal shopper anda p**ak.

Petang ni jam 3pm waktu Mesia, Insya Allah saya akan ke kedai preloved dan buat jualan barang-barang menarik yang ada.

Jualan akan dibuat di group Telegram :
http://tiny.cc/japangoodies
http://tiny.cc/japangoodies
http://tiny.cc/japangoodies

Share post ni di FB anda dan dapatkan kupon 💵RM10💵 untuk pembelian di kedai saya.

Siapa cepat dia yang dapat! Pukul 3pm ya! Jangan lupa!

*Terbuka pada yang di luar Jepun saja. Yang dalam Jepun boleh pegi beli sendiri 😂😂

*Gambar hiasan pinjam dari pakcik gugel

Comel dia tak boleh nak bawak berbincang dah, kan? 😂😂Penguin Parade di Otaru Aquarium, Hokkaido. Berlangsung pada waktu ...
24/02/2020

Comel dia tak boleh nak bawak berbincang dah, kan? 😂😂

Penguin Parade di Otaru Aquarium, Hokkaido. Berlangsung pada waktu peak winter sahaja.

Hubungi kami jika anda perlukan khidmat guide di Jepun.

Throwback. Kejadian berlaku waktu heavy snow di Shirakawago minggu lepas. Ada bas pelancong terbabas masuk parit di sele...
19/02/2020

Throwback. Kejadian berlaku waktu heavy snow di Shirakawago minggu lepas. Ada bas pelancong terbabas masuk parit di selekoh. Mungkin driver tak perasan sebab salji memang tengah lebat dan ganggu pandangan, atau salji dah tebal sampai tutup parit@lubang kat situ.

Bukan mudah nak memandu waktu musim salji. Terutama bagi yang bukan berasal dari negara yang dilitup salji tebal. Alangkan driver bas yang banyak pengalaman pun boleh terbabas.

Jika kalian datang ke tempat-tempat salji tebal dan ingin drive sendiri, fikirkan masak-masak. Seeloknya dapatkan khidmat driver bertauliah untuk elakkan kejadian yang tak diingini.

Jika perlukan khidmat private tour siap dengan driver, boleh contact kami. Insya Allah boleh bawa anda ke mana-mana kawasan dalam Jepun. Tapi saya bagitau siap-siap, private tour agak mahal tau, tambah p**a kalau bilangan ahlinya sedikit 😘😘

Shirakawa-go @ Shirakawa Folks Village, Gifu.Perkampungan lama yang mendapat pengiktirafan Unesco World Heritage. Paling...
10/02/2020

Shirakawa-go @ Shirakawa Folks Village, Gifu.

Perkampungan lama yang mendapat pengiktirafan Unesco World Heritage. Paling cantik kalau datang waktu salji tebal macam ni.

Alhamdulillah. Subhanallah. Masya Allah. Rezeki customer nak dapat tengok pemandangan secantik ni.

Jepun mengalami warm winter sekarang. Maknanya, sakura tahun ni dijangka akan kembang lebih awal dari purata tahunan.Dah...
02/01/2020

Jepun mengalami warm winter sekarang. Maknanya, sakura tahun ni dijangka akan kembang lebih awal dari purata tahunan.

Dah beli tiket nak datang ke Jepun untuk tengok sakura tahun ni? Kita doa sama-sama supaya semua dapat tengok sakura kembang penuh ya 🌸🌸🌸

For the first time since records began, it was not a white Christmas in the city of Sapporo in Hokkaido where some ski resorts remain shut due to a severe shortage of snow.. Read more at straitstimes.com.

Taufan besar bakal melanda Jepun hujung minggu ini. Hati-hati pada yang berada di Jepun waktu itu. Langkah berjaga-jaga ...
09/10/2019

Taufan besar bakal melanda Jepun hujung minggu ini. Hati-hati pada yang berada di Jepun waktu itu.

Langkah berjaga-jaga yang boleh diambil :

1. Elakkan berada di luar. Duduk diam-diam di hotel@rumah.
2. Sediakan bekalan makanan secukupnya (roti, biskut dan lain-lain). Air juga jangan lupa.
3. Charge henpon dan gadget2 lain secukupnya, termasuk power bank. Ada kemungkinan terputus bekalan elektrik.
4. Elakkan balik lewat ke penginapan walaupun sebelum taufan sampai. Biasanya pengangkutan awam akan dihentikan perkhidmatan lebih awal.
5. Sentiasa alert dengan pengumuman kecemasan dari pihak berkuasa (tv, radio, internet) sepanjang taufan melanda.

Moga semuanya selamat!

The extremely large Typhoon Hagibis is gaining force over the Pacific south of Japan and is forecast to approach the main islands of Kyushu, Shikoku and Ho

Tiba-tiba terasa rindu nak bawak group pegi golek-golek dalam salji lagi.Saya paling s**a salji kat Hokkaido. Paling pua...
26/09/2019

Tiba-tiba terasa rindu nak bawak group pegi golek-golek dalam salji lagi.

Saya paling s**a salji kat Hokkaido. Paling puas nak main salji tebal macam ni, antara bulan Dec hingga awal Mac.

Kalau ada yang nak pergi, roger-roger ya. Minimum 6 orang 1 group. Cukup 6 orang kita gi golek-golek dalam salji kat dunia Narnia ni!

Satu lagi rumah Allah dalam perancangan untuk dibina di bumi Jepun. Sama-sama kita berinfaq ke jalan  Allah!
20/09/2019

Satu lagi rumah Allah dalam perancangan untuk dibina di bumi Jepun. Sama-sama kita berinfaq ke jalan Allah!

Tempat yang sesuai untuk sesiapa yang nak tengok pemandangan tenang damai kalau datang ke area Osaka. Nunobiki Herbs Gar...
12/09/2019

Tempat yang sesuai untuk sesiapa yang nak tengok pemandangan tenang damai kalau datang ke area Osaka.

Nunobiki Herbs Garden, Kobe. Kena naik cable car kalau nak ke atas, atau boleh juga mendaki bukit kalau stamina kuat. Pemandangan 4 musim dalam taman ni sangat cantik.

Insya Allah akan ke sini lagi untuk trip Nov nanti. Masih mencari peserta yang berminat. Hubungi saya untuk info lanjut.

Insya Allah saya yang akan jadi guide untuk group ni. Hasil kolaborasi saya dengan Kodawari Travel. Confirmed group. Men...
09/09/2019

Insya Allah saya yang akan jadi guide untuk group ni. Hasil kolaborasi saya dengan Kodawari Travel. Confirmed group. Mencari lagi beberapa orang peserta.

Ini adalah budget trip, tapi bergerak dalam group kecil. Kita jelajah area Kansai sambil menikmati udara segar musim luruh.

Hubungi segera no phone yang tertera, atau boleh juga PM saya.

Hokkaido Japanese Curry with Chicken Chop.Kussss semangat. Besarnya portion dia. Bandingkan dgn cawan teh tu, cawan tu s...
30/08/2019

Hokkaido Japanese Curry with Chicken Chop.

Kussss semangat. Besarnya portion dia. Bandingkan dgn cawan teh tu, cawan tu saiz normal sebenarnya tapi nampak kecik. Kari sedap, berpatutan dengan harga.

Boleh cuba datang makan bagi yang nak tau rasa kari Jepun macam mana.

Tandas awamNi tandas awam paling cantik pernah saya jumpa di Jepun (buat masa ni). Free je guna, tak kena bayar. Memang ...
27/08/2019

Tandas awam

Ni tandas awam paling cantik pernah saya jumpa di Jepun (buat masa ni). Free je guna, tak kena bayar. Memang sangat bersih, wangi dan selesa nak guna.
Kebanyakan tandas awam di Jepun bersih, kecuali di spot pelancongan yang sesak dengan pelancong atau toilet kecil di taman-taman. Agak berbau. Tapi tetap bersih juga tanpa sampah atau bahan buangan tak sepatutnya di lantai.

Minggu lepas, tamat sudah tugas tour group shooting untuk Jejak Jepun Jihan Special Edition. Tak banyak gambar yang dapa...
09/08/2019

Minggu lepas, tamat sudah tugas tour group shooting untuk Jejak Jepun Jihan Special Edition.
Tak banyak gambar yang dapat ambil kali ni. Jadual memang sangat padat, dan cuaca bahang musim panas di Jepun memang sanat mencabar.
Alhamdulillah selesai dah semuanya. Nantikan kemunculannya di kaca Astro anda❗

Kazurabashi Bridge di Iya Valley, Tokushima. Jambatan gantung yang sangat unik, dililit dan disokong oleh batang vein ya...
31/07/2019

Kazurabashi Bridge di Iya Valley, Tokushima. Jambatan gantung yang sangat unik, dililit dan disokong oleh batang vein yang diikat ke pokok cedar.

Sungai di bawahnya cetek dan jernih airnya. Sangat sesuai untuk bermandi manda waktu musim panas.

30/07/2019

Menikmati pemandangan indah dgn bot di Oboke Gorge, Tokushima. Berbaloi kalau cuba!

Starbucks unik di Dogo Hotspring, Ehime. Starbucks lovers, kamu-kamu wajib datang sini tau!
29/07/2019

Starbucks unik di Dogo Hotspring, Ehime.
Starbucks lovers, kamu-kamu wajib datang sini tau!

Tamat sudah tugasan saya menjaga group Dato , Datin , , Puan  dan ahli keluarga mereka.Keluarga besar yang harmoni, happ...
20/06/2019



Tamat sudah tugasan saya menjaga group Dato , Datin , , Puan dan ahli keluarga mereka.

Keluarga besar yang harmoni, happening dan baik-baik. Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada saya untuk mengendalikan group ini.

Hari ini, hari terakhir era Heisei. Esok, maharaja baru Jepun akan ditabalkan dan bermulalah era baru di Jepun, era Reiw...
30/04/2019



Hari ini, hari terakhir era Heisei. Esok, maharaja baru Jepun akan ditabalkan dan bermulalah era baru di Jepun, era Reiwa.

Tinggal beberapa minit saja lagi (waktu Jepun) untuk bermulanya era baru.

Terima kasih, Heisei.
Selamat datang, Reiwa!



Alhamdulillah tamat sudah misi kali ini. Trip berjalan lancar dan berjaya memburu sakura di sekitar Osaka. Semua ahli ro...
08/04/2019



Alhamdulillah tamat sudah misi kali ini. Trip berjalan lancar dan berjaya memburu sakura di sekitar Osaka. Semua ahli rombongan sangat sporting dan memang happening sepanjang tour.

Moga jumpa lagi di trip akan datang. Next, kita ke Hokkaido kan? 😉😉

Putik bunga sakura dah mula muncul. Insya Allah minggu depan akan kembang penuh di Osaka dan kawasan sekitar.Ada yang ak...
26/03/2019

Putik bunga sakura dah mula muncul.
Insya Allah minggu depan akan kembang penuh di Osaka dan kawasan sekitar.

Ada yang akan datang minggu depan? Nikmati keindahan sakura minggu depan.

3 Mac 2011 - genap 8 tahun dari bencana Tohoku Earthquake & Tsunami.Walau sudah 8 tahun, tapi masih segar dalam ingatan....
11/03/2019

3 Mac 2011 - genap 8 tahun dari bencana Tohoku Earthquake & Tsunami.

Walau sudah 8 tahun, tapi masih segar dalam ingatan. Berbulan-bulan siaran tv cuma ada tentang perkembangan peristiwa ini saja. Tanpa drama, tanpa program realiti, tanpa iklan.

Suasana suram seluruh Jepun. Tiada gelak ketawa. Airmata tak usah cerita. Murah sangat. Walau yang tiada di sana, semua mengalirkan airmata tanpa dapat dikawal.

We will never forget. 頑張ろう東北。頑張ろう日本‼️

Gambar ihsan google.

Nara Deer Park sedang betul-betul cantik sekarang. Peak autumn. Sesiapa yang di sekitar Kansai sekarang, jangan lupa sin...
21/11/2018

Nara Deer Park sedang betul-betul cantik sekarang. Peak autumn.

Sesiapa yang di sekitar Kansai sekarang, jangan lupa singgah melawat rusa-rusa jinak ni ya!

Osaka malam ini. Cantik sungguh suasana.
18/11/2018

Osaka malam ini. Cantik sungguh suasana.

Warga Malaysia yang ditimpa ujian sewaktu di Jepun. Dia masih di ICU di Osaka. Sewaktu ibunya mennggal pun dia tiada di ...
15/11/2018

Warga Malaysia yang ditimpa ujian sewaktu di Jepun. Dia masih di ICU di Osaka. Sewaktu ibunya mennggal pun dia tiada di sisi, dan dia masih belum tahu akan pemergian ibunya. Satu persatu ujian untuk dia.

Sama-sama kita doakan semoga Allah permudahkan urusan Aisah. Share supaya ramai yang boleh mendoakan di samping meringankan bebanan beliau.

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis, Siti Aisah Sabar, 27, untuk bercuti dan bertemu kakaknya di Jepun bertukar menjadi episod duka selepas dia dimasukkan ke hospital sejak 24 Oktober lalu akibat jangkitan kuman di jantung dan paru-paru.

Pokok-pokok baru nak mula berubah warna di Osaka. Musim luruh lambat sikit tahun ni. Hujung minggu ni mula cantik dah ko...
12/11/2018

Pokok-pokok baru nak mula berubah warna di Osaka. Musim luruh lambat sikit tahun ni. Hujung minggu ni mula cantik dah kot?

Sekarang sudah masuk musim lavender dan ceri di Hokkaido. Trip kali ini Alhamdulillah dapat juga melihat keindahan alam ...
23/07/2018



Sekarang sudah masuk musim lavender dan ceri di Hokkaido.

Trip kali ini Alhamdulillah dapat juga melihat keindahan alam di Hokkaido walaupun hujan setiap hari sepanjang tour.

25/04/2018

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,

Maaf kerana kurang update di page ini. Kami agak sibuk dengan pelbagai urusan, termasuklah urusan sebagai personal shopper barang-barang Jepun.

Kami baru sahaja buka page ini. Boleh hubungi kami di MarMaru Shoppe sekiranya ingin mencari apa-apa barangan Jepun.

Penghantaran dibuat kemana-mana sahaja. Jemput shopping ya!

MarMar Shoppe

�Personal shopper since 2005
�Can help to find your AUTHENTIC items (watches, shi

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halal Tour in Japan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Halal Tour in Japan:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share