22/02/2022
FAHAM DAN MEMAHAMI
INTI PATI PERBINCANGAN GTSM DENGAN APAD.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sekadar makluman kepada semua AJK GTSM dan warga pemain industri pengangkutan darat Negara.
Pagi ini saya, Mr Mano, Mr Manikam, En Mohamad Nor JB dan En Samsudin JB menghadiri satu sesi perbincangan bersama pegawai APAD di Ibu Pejabat APAD (KL).
Sebelum ini Datuk KP APAD memaklumkan kepada GTSM bahawa satu sesi perbentangan kertas cadangan oleh akan dibuat berhubung proposal menuntut hak kesamarataan diantara dan .
Namun sungguh mengecewakan, tiada sebarang pembentangan dibuat oleh APAD.
APAD memberi alasan kertas cadangan tersebut tidak boleh dibentang selagi belum diluluskan Kementerian Pengangkutan.
Diatas alasan tersebut, kami terpaksa membantah sekaras-kerasnya alasan APAD tersebut.
Sepatutnya sebelum kertas cadangan hasil daripada proposal GTSM diangkat ke MOT, kertas cadangan tersebut seharusnya dibincangkan terlebih dahulu dengan GTSM supaya kertas cadangan tersebut memenuhi tuntutan GTSM.
Tindakan APAD yang ingin menghantar dahulu kertas cadangan ke MOT sebelum dibincangkan semula dengan GTSM adalah satu tindakan yang tidak tepat.
Tindakan tersebut sama dengan tindakan yang dilakukan oleh ketika menjahanamkan industri Teksi Negara, mereka membawa kertas cadangan yang bertentangan dengan tuntutan pemain industri.
Kesudahannya ribuan pemandu Teksi/Kereta Sewa tidak mampu bertahan, malah pemandu E-hailing juga sehingga kini terpaksa jalan dengan harga sampah.
Kesimpulannya :
Perbincangan hari ini tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada pemain industri.
Sebelum mengakhiri sesi perbincangan hari ini, saya sekali lagi menasihatkan pegawai APAD berkenaan supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dilakukan ketika zaman SPAD dahulu.
Terima kasih diucapkan kepada YBhg Datuk Azlan APAD yang menghubungi saya melalui call dan menerima pandangan saya, semoga selepas ini akan ada perubahan yang baik kepada seluruh pemandu Teksi, Kereta Sewa dan E-hailing. InsyaAllah
Sekian, terima kasih
Harap semua AJK GTSM ambil maklum.
YDP Gabungan Teksi Malaysia
22/02/22