18/07/2019
Sultan Muhammad Al-Fateh (Mehmed the Conqueror) ⚔️
=====================================
Pakej Turki?
Klik 📲 wasap.my/601111950585/Turki
Umat Islam seluruh dunia pasti pernah dengar tentang kehebatan Sultan Muhammad II atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fatih (Mehmed the Conqueror) kerana kejayaannya menakluki Kota Konstantinopel (Istanbul), ibu kota empayar Byzantine yang telah berusia 1000 tahun.
Berikut merupakan #10 fakta menarik tentang Sultan Muhammad Al-Fatih:
# 1️⃣ Sultan Muhammad Al-Fatih mula memangku jawatan sebagai pemerintah kerajaan Islam ketika usia baginda 12 tahun dan secara rasmi ditabal sebagai Khalifah Uthmaniyyah ke-7 pada usia 19 tahun.
# 2️⃣ Sultan Muhammad Al-Fatih merupakan pemimpin Islam yang dimaksudkan dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad: “Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
# 3️⃣ Sultan Muhammad Al-Fatih menawan Kota Konstantinopel pada usia baginda baru 21 tahun.
# 4️⃣ Kota Konstantinopel berjaya ditawan pada 29 Mei 1453 selepas dikepung dan diserang oleh tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh selama 53 hari.
# 5️⃣ Sultan Muhammad Al-Fatih telah menukar nama Kota Konstantinopel kepada Islambol yang membawa maksud Islam Keseluruhan.
# 6️⃣ Gereja Hagia Sophia ditukar kepada masjid dan telah didirikan Solat Jumaat pertama selepas penawanan Kota Konstantinopel yang diimamkan sendiri oleh Sultan Muhammad Al-Fatih.
# 7️⃣ Sultan Muhammad Al-Fatih tidak pernah meninggalkan solat tahajjud dan solat rawatib sejak baginda akil baligh.
# 8️⃣ Sheikh Agha Shamsuddin merupakan guru agama dan juga penasihat politik kepada Sultan Muhammad Al-Fatih.
# 9️⃣ Sultan Muhammad Al-Fatih berkebolehan menguasai 7 bahasa iaitu Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia.
# 🔟 Sultan Muhammad Al-Fatih mempunyai pedang sepanjang 1.5 meter yang dinamakan 'Qisar' dan masih tersimpan di Istanbul sehingga kini.
Like & Follow ---> Jom Istanbul