Persatuan Jurutera Nasional

  • Home
  • Persatuan Jurutera Nasional

Persatuan Jurutera Nasional " It's all about engineering " Our Objectives are:
1. Providing support and guidance for the
members of committee.
2. Widening job opportunities.

Cultivating competent fellow of engineers.
3. Sharing knowledge and experiences in the
engineering field.
4.

21/02/2015

Sambungan. SIri 4
Beruas
Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada tahun 1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan dengan pasti tapaknya. Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah menemui artifak, termasuk nesan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium Beruas bertarikh semenjak abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan tempayan besar. Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepas Islam bertapak di sana.
Bersambung..

17/02/2015
17/02/2015

Selamat pagi. Terima kasih diucapkan kepada beberapa persatuan yang sudi menanyakan mengenai PJN ini dan bercadang untuk bergerak bersama dengan PJN dalam mencapai objektif persatuan masing-masing. Dengan berbesar hati kami menerima cadangan dan buah idea dari semua pihak. Terima kasih

17/02/2015

Sambungan. Siri 3
Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam bahasa Sanskrit, nama yang dipetik dari Ganganagar di barat laut India di mana penduduk Kambuja tinggal. Kambuja merupakan puak A***n India-Iran dalam keluarga India-Eropah, pada asalnya tempatan di Pamir dan Badakshan. Terkenal sebagai pedagang Hindu, mereka membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar 2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di Kepulauan Melayu di Funan, Chenla, Champa, Khmer, Angkor, Langkasuka, Sailendra, Srivijaya, dll. Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah Melayu, merentasi Thailand dan Kemboja. Bersambung..

11/02/2015

Sambungan. Siri 2
Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Artifak arca-arca Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di Beruas. Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Khmers dari Kemboja. Menurut kajian lain, dinyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong), sekitar kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Berdasarkan taburan artifak-artifak purba yang ditemui dan pengaliran cabang Sungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput. Bersambung....

09/02/2015

Mari kenali sejarah Malaysia
Kerajaan awal
a. Gangga Negara (kurun ke-2 hingga kurun-11)
Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak,Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dariCoromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026.
Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai aspek termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.Bersambung....

04/02/2015

SILA ISI BORANG MENGGUNAKAN HURUF BESAR PADA RUANGAN TERTENTU.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Jurutera Nasional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Jurutera Nasional:

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share