09/02/2019
TIPS SHOPPING MURAH DI HO CHI MINH VIETNAM
1. Internet. Guna simkad Vinaphone. Paling murah yang saya jumpa setakat ni. Bole beli di airport. Keluar je arrival gate belok kiri kedai hujung skali.
2. Sentiasa travel dengan GRAB untuk selamat dari kena ketuk. Di sana taxi dia guna meter tapi tak tahulah mcm mana setting meter dia bole jd mahal gila. Contohnya sepatutnya dari airport ke Ben Than area hanya 120,000 D**g, tapi kalau taxi bole jadi sampai 400,000 D**g!!!
3. Siapa tekaknya s**a mkn berempah, makanan Vietnam sangat tak sesuai untuk anda! Tambahan lagi, makanan halal mahal di sana. Sekali makan RM40-50. Kalau nak jimat, bawalah pre-cooked food. Jimat sangat. Contohnya, kelmarin tak bawa sebarang makanan. total belanja makan saja di sana mencecah RM600 untuk 3 hari!!! Tapi kali ini, bawa pre-cooked meal dan jumlahnya hanya RM132 untuk 4 hari. Jadi kalau nak jimat, bawalah bekalan dari Malaysia atau booking penginapan di AirBnB yang menyedikaan kemudahan memasak.
4. Biasanya untuk penginapan, saya akan menginap di Alagon Western di Malaysian Street (Nguyen anh street) . Tapi sejak kebelakangan ni, harganya naik melampau-lambau dan saya terpaksa jimat cost dan menginap di hotel lain bernama CAT Hotel. Hotel ni sangat indah rupa dari khabar. Dari luar nampak kecil, tapi bila masuk, bilik sangatlah luas untuk 4 orang. Sangat selesa dan terletak di lokasi yang sangat strategik. Pemandangan dari bilik pun cantik dan yang paling penting, murah jer hotel ni. Kurang dari RM80 semalam. Hotel lain yang boleh anda pilih dengan bajet yang berpatutan adalah Alagon Western, Saigon Pink atau Queen Central. Sangat dekat dengan syurga shopping orang Malaysia! 😂
5. Hari terbaik untuk travel di Vietnam adalah hari Ahad hingga Selasa. Rabu hingga Ahad dah mula ramai dan sesak kalau nak shopping.
6. Kalau anda nak cuba melawat kilang luar dari Malaysian Street, boleh cuba pergi ke Danny Factory. Boleh Google nama Danny's Shop. Kilang ni ada pelbagai jenis lace, kain cotton, baju readymade, telekung dan macam-macam lagi. Datang sini je dah boleh shopping semua yang ada di Malaysian Street. Kalau dah beli, lepas tu dah balik baru teringat ada lagi nak beli, boleh whatsapp je mereka dan boleh dihantar terus ke hotel. Bayar bila barang sampai di hotel.
7. Tempat terbaik untuk shopping pakaian dan aksesori lelaki seperti t-shirt, backpack berjenama, kasut berjenama boleh pergi di belakang bangunan Ben Than atau Huyen Can Cong Cua Street (nama vietnam dia ĐUƠNG HUYÊN CHÂN CÔNG CHUA)
8. Walaupon kedai dlm Ben Thanh Market agak mahal berbanding dengan kedai di luar, tapi kalau nasib anda baik, boleh dapat lagi murah sebenarnya dan ada banyak pilihan kalau anda nak cari barang made in Vietnam contohnya terompah custom made on the spot, coin purse atau alas meja, beg telekung yang bersulam dan cantik. Beg berjenama dengan kualiti gred AAA semua boleh dapat agak murah kalau nasib baik dapat penjual yang ok dan skill tawar-menawar anda yang awesome. Jadi pastikan jalan dalam Ben Thanh Market Juga.
9. Duit - Bawa Ringgit Malaysia pun ok. Vietnam D**g baca untuk beli makanan dan bayar pengangkutan je. Tapi saya perasan kebanyakan penjual dalam Ben Thanh Merket dah banyak jual dalam D**g. Kalau nak bayar dalam Ringgit, jadi mahal sikit. Jadi kena pandai tawar-menawar. Saya masih guna Ringgit kalau nak bayar.
10. Kalau anda nak tengok tips dan trik selain lubuk-lubuk shopping di Vietnam, boleh klik link ini: https://t.me/joinchat/AAAAAFGa2LIPL6rKUf5wIw
11. Kalau nak cari barang-barang dari negara Asia dari ni boleh tengok semua live update barang-barang rare, cantik dan murah-murah di sini: https://t.me/joinchat/A7RPI0qVxIYCCwJ7fD8unw
Saya harap sedikit sebanyak tips ini akan membantu anda yang bakal ke sana nanti. Siapa yang dah merancang nak meniaga kecil-kecilan sempena Raya tahun ni, Vietnam barangkali adalah lokasi terbaik untuk pilih barang untuk diniagakan. Memang selera orang kita sangat!
Nak shopping cara bijak? Jom hunt bargained goods! Nak order? Whatsapp sini --> 0196045006 Nak tips&tricks? Here u go!