Umrahajj - Official Agent

  • Home
  • Umrahajj - Official Agent

Umrahajj - Official Agent Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Umrahajj - Official Agent, Travel Agency, J-2-23, Blok J, Jln PJU 1/43, PJU 1 Aman Suria Damansara, 47300 Petaling Jaya, .

SY Umrahajj & World Tours Sdn Bhd (no pendaftaran 1217975-A) ditubuhkan pada tahun 2017 dan bekerjasama dibawah naungan syarikat pengeluar Visa dan pengendali umrah UC Travel Sdn Bhd (no lesen 354170-X/KKKP/PL3049/LKU116).

Masjid Qiblatain 🕌Masjid Qiblatain (bermaksud : masjid dua kiblat) adalah salah satu masjid terkenal di Madinah. Masjid ...
09/01/2019

Masjid Qiblatain 🕌

Masjid Qiblatain (bermaksud : masjid dua kiblat) adalah salah satu masjid terkenal di Madinah. Masjid ini mula-mula dikenal dengan nama Masjid Bani Salamah, kerana di masjid ini dahulunya adalah bekas tapak rumah Bani Salamah.

Satu peristiwa telah terjadi di tahun Ke-2 hijrah pada bulan Rejab sewaktu solat zohor, dimana Ketika itu Rasulullah SAW sedang solat dengan menghadap ke arah Masjidil Aqsha (BaitulMaqdis). Allah swt sangat mengetahui apa yang ada di dalam hati seorang rasulNya. Allah tahu bahawa Nabi saw sangat merindukan Mekkah kerana disanalah tempat asal baginda dan menjalani kehidupannya disana. Sewaktu solat, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al Baqarah ayat 144, yang bermaksud:.

"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”..
Setelah turunnya ayat tersebut di atas, beliau menghentikan sementara salatnya, kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram. Merujuk pada peristiwa tersebut, lalu masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain, yang artinya masjid berkiblat dua. Sejarah ini haruslah kita amati kerana kesucian Islam itu antaranya terdiri dari tempat2 bersejarah yang hebat yang perlu dihargai.

💖Like dan Share post ini supaya kita sama-sama mendapat manfaat dan pahala :D Aamiin

HAJARUL ASWAD TENTUNYA SANGAT DIKETAHUI DAN SANGAT DEKAT BAGI UMAT ISLAM. JOM KITA MENYINGKAP KEMBALI KISAH BATU YANG SU...
09/01/2019

HAJARUL ASWAD TENTUNYA SANGAT DIKETAHUI DAN SANGAT DEKAT BAGI UMAT ISLAM. JOM KITA MENYINGKAP KEMBALI KISAH BATU YANG SUCI INI....

============================================

Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga.

Riwayat oleh Sa'id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka'b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.

Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad adalah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.Tidak ditemukan maklumat yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat atau Nabi Adam a.s.

Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang. Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan, perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).

Dikatakannya bahawa Hajar Aswad adalah batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang musyrik. Namun, kelak batu ini akan berwarna putih kembali seperti sedia kala.

Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan.

Jika Allah SWT tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.

Pada tahun 606 M, ketika Nabi SAW berusia 35 tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi Muhammad SAW dan kabilah-kabilah terdapat di Mekah ketika itu.

Semasa pembangunan semula itu selesai, dan Hajar Aswad hendak diletakkan kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di tempatnya.

Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.

Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu.

Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada. Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu.

Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad.

Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.

09/01/2019

Semoga Allah swt menjemput kita ke bumi Haramain ini dan membuka peluang kepada kita semua untuk mengucup batu dari syurga ini satu hari nanti. In shaa Allah
Antara fadhilat dan sedikit sejarah mengenai Hajar Aswad ini adalah:

- Berasal dari yaqut (batu-batu mulia syurga) yang diberikan kepada Nabi Ibrahim agar diletakkan di salah satu sudut Ka'bah.

- Mengucup Hajar Aswad dan Mengusap Rukun Yamani dapat menghapuskan Dosa
(Sahih At - Targhib Wa Al - Tarhib 2/29)

- Menjadi saksi di akhirat kelak
(Sahih Al - Jami’ no 2180,5222,6975)

- Merupakan diantara tempat yang mustajab doa
( Sahih Al - Tarikh Al - Qawim 3/241)

Jemput lah kami semua ke rumah Mu Ya Allah. Amin.

09/01/2019

Ustaz, apa hukumnya kita tersentuh orang yang bukan muhrim ketika sedang melakukan Tawaf?

Jom ikuti penerangan ringkas mengenai hukum ini dari Ustaz Syed Abdul Kadir Al Jofree.

🕋 6 tips penting bagi mereka yang ingin melakukan umrah 🕋1. Niat.Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallall...
09/01/2019

🕋 6 tips penting bagi mereka yang ingin melakukan umrah 🕋

1. Niat.

Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Amal seseorang itu bergantung kepada niatnya, dan seseorang hanya akan mendapat sesuai apa yang diniatkan. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana dia berhijrah". ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim ).

2. Doa.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". (Surah Al-Ghaafir ayat 60).

3. Yakin.

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai". ( hadith riwayat tirmidzi ).

4. Sangka baik.

hadith qudsi Allah mengatakan:

“Aku mengikut sangkaan hambaku terhadapku, maka berprasangkalah terhadapku dengan apa saja". ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim ).

5. Usaha.

“Apabila telah selesai menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk mencari rezeki dan usaha yang halal) dan carilah kurniaan Allah, dan ingatlah Allah banyak-banyak, supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)” ( Surah Al-Jumu’ah ayat 10).

6. Tawakkal.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memberikan baginya jalan ke luar (bagi semua urusannya). Dan memberinya rezeki dari arah yang tidada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (segala keperluan)nya” ( Surah ath-Thalaaq ayat 2-3 ).

💕 BIODATA RASULULLAH SAW 💕🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh ha...
08/01/2019

💕 BIODATA RASULULLAH SAW 💕

🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

*USIA 5 TAHUN*

💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

*USIA 6 TAHUN*

💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

*USIA 8 TAHUN*

💓 _Datuknya, Abdul Muttalib p**a meninggal dunia_.
Baginda dipelihara p**a oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

*USIA 20 TAHUN*

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

*USIA 25 TAHUN*

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

*USIA 35 TAHUN*

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

*USIA 40 TAHUN*

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

*USIA 53 TAHUN*

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

*USIA 63 TAHUN*

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '

Semoga bermanfaat dan jangan lupa like & share kan kepada rakan-rakan.

Address

J-2-23, Blok J, Jln PJU 1/43, PJU 1 Aman Suria Damansara, 47300 Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrahajj - Official Agent posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Umrahajj - Official Agent:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share