Lets Travel Sweet Apple

  • Home
  • Lets Travel Sweet Apple

Lets Travel Sweet Apple Minat travel tetapi tidak ada kawan? Minat travel tetapi tiada pengalaman? Jom joint Let's Travel S Let's explore the world!
(17)

Kami menaiki pesawat Nepal Airlines dari Kuala Lumpur ke Nepal, penuh keghairahan menyusuri awan biru yang menjanjikan p...
25/12/2023

Kami menaiki pesawat Nepal Airlines dari Kuala Lumpur ke Nepal, penuh keghairahan menyusuri awan biru yang menjanjikan pengembaraan luar biasa. Setiba di Kathmandu, kami terpesona dengan kepelbagaian budaya dan teruja melihat barangan hiking yang hebat dijual dengan harga yang amat berpatutan. Pembelian yang tak dapat dielakkan!

Esoknya, kami menaiki bas menuju Pokhara. Perjalanan selama 8 jam dan menempuh jarak 200km seakan menjadi ujian pertama yang penuh adrenalin. Tiba di Pokhara, kami bermalam di sana dan sambung lagi shopping barang hiking yang belum lengkap.

Hari ketiga, kami menaiki mountain bas ke Siwai. Perjalanan menakjubkan melalui lembah dan berbatu sepanjang 4 jam membawa kami ke jambatan gantung terpanjang di Annapurna. Kami meniti jambatan itu dengan penuh semangat dan melanjutkan pendakian ke Chhomrong, tempat kami bermalam dengan pemandangan indah.

Esoknya, semangat mendaki kembali menguasai kami menuju Bamboo. Melalui perkampungan cantik di Chhomrong Valley, kami meneruskan perjalanan ke Lower Sinuwa dan Upper Sinuwa. Setiap hentian memberi kami pengalaman dan pemandangan yang mengagumkan. Malam itu kami bermalam di Bamboo, menyimpan kenangan indah.

Pagi berikutnya, perjalanan terus ke Dovan, Himalaya, dan seterusnya ke Deurali. Destinasi kedua terakhir kami hampir tercapai, menuju Annapurna Base Camp (ABC), tetapi nasib tidak menyebelahi untuk ke spot seterusnya kerana runtuhan salji. Namun, kami menerima dengan hati terbuka, mungkin ini hikmah yang membawa pengalaman yang lebih mendalam. Kami lebih pentingkan keselamatan. Jadi kami patah semula ke Deurali dan berehat sepuasnya.

Esok harinya, kami turun semula ke bawah, mengakhiri perjalanan kami dengan menjelajah Pokhara dan Kathmandu. Satu pengalaman yang indah dan menyeronokkan, penuh dengan cabaran dan kejutan alam yang menambahkan warna ke dalam babak baru dalam buku kenangan hidup kami.

Tak nak terlepas info trip terbuka dari kami, jom join group Whatsap https://chat.whatsapp.com/IWmAozffrpM2frnguKAqzZ

20/12/2023
Hari pertama kami di Sabah, kitaorang bukan main lagi semangat nak explore! Tiba je kat Lapangan Terbang Sabah, kul 11.1...
20/12/2023

Hari pertama kami di Sabah, kitaorang bukan main lagi semangat nak explore! Tiba je kat Lapangan Terbang Sabah, kul 11.15 pagi, terus kitorang gasak pergi Kundasang.

Mula-mula, jalan kat Jambatan Tamparuli, pemandangan dia memang woahhh, bukan main cantik! Pastu, singgah j*p kat Pekan Nabalu, lepas tu singgah Rabbit Farm. Belum check-in lagi dah terjelajah macam-macam tempat!

Hari kedua, lepas tinggalkan Huonon, kitaorang terjah Desa Dairy Farm, penuh dengan lembu comel! Pastu, kitaorang tak lepaskan peluang naik Crystal Hill, pemandangan dari atas tu, memang gila cantik. Lepas tu, kitaorang merasa pengalaman unik kat Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti. Anak ikan kemain banyakkkk! Lepas penat, kitaorang pun check-in Sulap Homestay.

Hari ketiga, kitaorang tak lepaskan peluang nak explore lebih banyak lagi. Selepas check out Sulap Homestay, kitaorang drive ke Polumpong Melangkap dan Tegudon Village. Pastu, kitaorang patah balik check-in kat Hotel KK. Sebelum tu, makan lagi kat Gerai Kelapa & Lokan Bakar Kak Tini, habis licin! Lepas kenyang, kitaorang sambung soping kat Pasar Filipina. Malam tu makan ikan bakar.

Hari terakhir, sebelum kitaorang balik KL, sempat lagi kitaorang cuci mata dan beli cenderamata di Pasar Gaya Street. Lepas tu, check-out dari Homy Seafront Hostel. sebelum bertolak balik. Pukul 2.15 petang, terbang balik KL. Seronok gila habis trip ni, banyak makan, banyak jalan, banyak gambar cantik!

Trip rakan sebaya ke Sarawak. Huhu. Itinerary kami santai-santai saja sebab masing-masing nak lari sekej*p dari hiruk-pi...
14/12/2023

Trip rakan sebaya ke Sarawak. Huhu. Itinerary kami santai-santai saja sebab masing-masing nak lari sekej*p dari hiruk-pikuk kerja. Kami masuk terus ke kawasan pedalaman Sarawak selama 2 hari di Bengoh Dam dan check in di Kampung Sting. Di situ tiada langsung signal telefon ya. Esoknya tu hiking sampai ke Air Terjun Susung (Jurassic Park).

Pastu lokasi wajib kami pergi mestilah Waterfront Kuching, Jambatan Darul Hana, dan banyak lagi unexpected location. Makan pun sedap-sedap antaranya mee kolok, laksa Sarawak, nasi goreng ikan terubuk, aiskrim apong dan banyakkkkk sampai kembung perut.

Pengalaman yang sangat indah bersama teman rakan hampir-hampir sebaya. Hikhik.

Ami | Bai | Ali | Zira | Apai | Faz | Ima
with love

17/06/2023

1. Wajib beli travel insurance sebelum travel

2. Kalau nak travel ke negara-negara currency tinggi seperti Jepun, Korea, Australia dan USA.. ambillah plan platinum / advance / gold atau yang plan yang paling tinggi sekali sebab kos perubatan dekat sana amat mahal untuk pelancong.

3. Bila dah beli travel insurance, jangan ingat semua benda dia cover tau. Jatuh sakit akibat penyakit sedia, travel insurance tak cover. Kalau buat aktiviti yang membahayakan nyawa seperti naik roller coasters, bunjee jumping, skydiving dan main ski, kena ambil perlindungan tambahan (rider) untuk aktiviti sukan lasak.

4. Kos nak bawa balik jasad tak bernyawa tak murah macam bawa balik luggage masuk kargo. Nak bawa balik dari Indonesia pulang ke Malaysia pun dah cecah 5 angka. Travel insurance boleh tanggung benda ni.

5. Kalau ada travel insurance, bila luggage sampai lambat, hilang atau rosak, korang boleh tuntut gantirugi dengan syarikat insurans. Dengan syarat, kena bagi documentation yang lengkap. Flight delay dan korang terkandas di airport pun boleh tuntut pampasan

6. Beli dengan ejen atau beli online mana lebih bagus? Kalau beli online, segala claim kena buat sendiri dan harganya lebih murah. Kalau beli dengan agent, mereka boleh assist, tahu2 duit claim masuk je.

7. Harga travel insurance tak mahal pun. Tak sampai RM50 sekepala pun kalau ambil plan paling mahal untuk percutian ke negara Asia 4H3M. Boleh pilih nak beli plan yang per-trip atau plan tahunan untuk yang kuat travel.

8. Antara travel insurance recommended untuk korang beli beli secara online / melalui ejen ialah

👉 Etiqa TripCare 360 Takaful
👉 AXA SmartTraveler
👉 AIG Travel Insurance
👉 Allianz Travel Insurance
👉 Tune Protect

Perkata penting yang anda kena tahu bila beli travel insurance:
✅ Berapa banyak medical coverage yang diberi
✅ Kena tahu apa yang plan tersebut cover dan berapa banyak pampasan yang akan kita dapat

Lagi tinggi jumlah perlindungan, lagi bagus. Dan pilihlah travel insurance yang senang nak berurusan.

Kredit : Pemburu Tiket Murah (PTM)

Address


Telephone

0173288703

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lets Travel Sweet Apple posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lets Travel Sweet Apple:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share