Scotland Muslim Travel

  • Home
  • Scotland Muslim Travel

Scotland Muslim Travel Scotland travel specialist for muslim. Offer a travel package, airport transfer, private trip, accom
(14)

Affiliation with Umm Qays Travel & Services Sdn Bhd, registered travel agent in Malaysia.

Perkara Yang Aku Tak Tahu Tentang Kazakhstan (Part 2)Ramai yang mesej tanya tentang itinerary yang sesuai. Sebab tiada i...
23/04/2024

Perkara Yang Aku Tak Tahu Tentang Kazakhstan (Part 2)
Ramai yang mesej tanya tentang itinerary yang sesuai. Sebab tiada itinerary, susah sikit kita nak rancang penginapan, pengangkutan dan aktiviti.
Assume kebanyakan akan tiba di Airport Almaty, maka aku sharekan sikit macam mana cara untuk susun itinerary dulu ya, sebelum kita go in detail tentang hal2 lain p**a.
Apa pun, sebelum merancang pastikan dapat internet dan juga sudah tukar duit. Ada sesetengah kad kod 6 pin kad kredit tidak diterima.
Anyway, itinerary di Almaty boleh dipecahkan kepada tiga cara.
1. City Tour
Bandar Almaty boleh dibuat dalam sehari atau dua hari bergantung pada aktiviti. Biasanya orang akan sightseeing seperti Zenkov Cathedral, Panfilov Park dan First President Park.
Ada juga yang buat trip ke Kok Tobe (bagi aku agak overrated). Dan berjalan di Old Town Almaty. Hal makan dan solat tidak perlu bimbang, ada banyak. Tanya sahaja.
Kalau spend hari kedua, mungkin bagi yang mahu mencari barang souvenir dan shopping sikit, boleh ke Green Bazaar. Campuran antara barang-barang keperluan harian sehinggalah ke bahan mentah, rempah dan sebagainya. Selepas itu ke Chocolate Factory untuk rasa dan beli coklat Kazakhstan.
Untuk city tour ini, selalunya boleh buat trip sendiri. Tak perlu nak chartered transport. Ambil teksi atau e-hailing, lebih mudah dan paling ekonomi. Kalau penginapan di bandar, boleh sahaja jalan-jalan di sekitar. Spend 2 malam di Almaty pun sudah lebih dari memadai.
2. Day Trip
Option #1 : Symbulak / Akbulak.
Kita buat day trip sekitar 1 atau dua jam dari penginapan, kemudian p**ang semula ke hotel pada petang hari. Tidak perlu tukar hotel.
Antara aktiviti harian yang boleh cuba adalah ke Symbulak Ski Resort. Perjalanan dari bandar lebih kurang 1 jam sehala. Symbulak atau Akbulak mungkin adalah ski resort yang terhampir dari Almaty. Dan ada the highest skating rink in Kazakhstan.
Di sini boleh spend seharian, bermula dari base Medeu menaiki cable car ke atas. Ketika musim salji, ini bertukar menjadi tempat aktiviti winter yang seronok untuk seisi keluarga.
Antara cable car yang mampu sekitar RM50/return. Untuk datang ke sini, boleh ambil teksi atau e-hailing juga.
Option #2 : Big Lake Almaty.
Aktiviti harian yang pop**ar juga akan ke Big Almaty Lake. Tasik ini sekitar sejam perjalanan dari bandar Almaty.
Cuma Big Lake ni macam kerek sikit. Ada orang kata tutup, ada orang kata buka p**a. Yang ini memang total luck, tempat ini juga dijaga oleh renjer dan pembinaan jalan menghalang perjalanan ke sini.
Nak datang ke Big Lake ini boleh ambil teksi sekitar USD20 dari Dostyk Plaza. Ada juga driver yang tak nak pergi sebab mereka kata ia tutup. Ada teksi hanya berhenti di check point sahaja, dan kena berjalan sehingga ke tasik.
Boleh spend masa sejam ke dua jam disini. Ikut lah. Tapi pastikan suruh teksi tu tunggu korang ya (dengan bayaran). Sebab kalau tidak, memang peluang nak dapat teksi p**ang semula ke Almaty agak tipis.
Option #3 : Singing Dune
Aku nak suggest ke Singing Dune untuk day trip. Tapi aku rasa, mungkin tidak sesuai untuk semua.
3. Trip Luar Almaty
Yang ini kalau kita rancang untuk ke lintas sempadan atau menginap kat luar Almaty.
Bagi aku ini paling rumit sedikit nak susun itinerary. Contoh itinerary dalam Kazakhstan adalah trip ke Kolsay Lake, Kaindy Lake dan Charyn Cross. Trip ke sini, perlu check-out dari Almaty dan tidur di sekitar sini. Jauh beb tempat ni. Tak sesuai nak buat day trip.
Bab yang tricky adalah transport. Bagi yang nak jimat, boleh lupakan service teksi yang murah. Selalunya kita ambil private chartered transport sahaja. Bermula dari pick-up di Almaty sehingga dihantar ke penginapan. Kos seorang bermula sekitar RM250.
Harga Private chartered ni ikut berapa jumlah penumpang. Kalau sorang dua sahaja, mahal la jadinya. Kalau 6 - 8 orang tu sesuai sangat.
Atau boleh amik pakej trip 2H1M atau 3H2M terus including transport dan penginapan ke destinasi ini. Yang ini tertakluk kepada jumlah hari dan berapa ramai, seorang boleh bajet dalam RM500 ke RM1.3K untuk semua inclusive service (tidak termasuk attraction/acitivity seperti berkuda).
Untuk itinerary ke luar Almaty, tidak banyak pilihan cara transportation. Bagi yang sewa kereta, nanti aku share susah senangnya, a bit leceh, tapi doable.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Almaty, Kazakhstan

Tips Merancang Trip ke Kazakhstan / Kyrgyzstan (Part 1)Aku nak share sikit macam mana keadaan dan suasana untuk kembara ...
20/04/2024

Tips Merancang Trip ke Kazakhstan / Kyrgyzstan (Part 1)
Aku nak share sikit macam mana keadaan dan suasana untuk kembara di Kazakhstan dan Kyrgyzstan.
First of all, kena tahu keadaan infrastruktur kat sini bukan something yang mudah nak arrange macam pegi Europe atau Jepun.
Korang boleh Gugel, walau backpacker kental pun, boleh cair nak susun itinerary kat sini. Aku cuba share sedikit panduan macam mana untuk rancang perjalanan untuk trip ke sini.
Penerbangan.

Aku anggap semua berharap flight murah Airasia sahaja dan turun di Almaty, Kazakhstan. Itu sahaja penerbangan terus yang paling ekonomi. Tunggu Batik Air, entah bila. Dulu sebelum pandemik, ada Air Astana juga tapi belum kembali sehingga kini.
Kalau rasa nak murah dengan flight transit boleh cuba. Aku rasa tak murah mana sangat, dan ambil masa lagi untuk layover.
Turun di Bishkek atau Astana bukan pilihan yang lebih jimat.
Penginapan.

Penginapan di Almaty masih boleh cari di website macam Booking atau Airbnb. Rate agak murah.

Cuma kena tahu kaedah pembayaran. Banyak juga property hanya menerima pembayaran tunai atau secara terus, dan bukan melalui Booking/Airbnb.

Jadi korang kena sedia cash, atau pastikan kad kredit korang boleh dipakai kat sana. So far, aku pakai kad aku memang tak boleh. Tapi ada card Wise yang boleh pakai.
Di Kyrgyzstan, kebanyakan cuma guesthouse. Seriously tidak semua penginapan yang okay. Dan budaya kat sini ada homestay, duduk sekali dengan owner.
Kalau mahu menginap kat yurt, kena tahu ia tidak beroperasi sepanjang tahun. Kebanyakan toilet berada di luar, sharing basis. Sekadar untuk dapat pengalaman okaylah, tapi untuk duduk berhari-hari mungkin kurang selesa.
Makan.

Both di Kazakhstan dan Kyrgyzstan ada banyak pilihan makanan dan halal. Cuma di Kyrgyzstan ada isu kebersihan, sehingga yang sakit perut.

Kat sini kena ada local knowledge kat mana penginapan yang okay. Local tour guide sangat membantu untuk advice tempat makan. Kebanyakan disini terima cash ya untuk pembayaran runcit.
Local Transport.

Di bandar Almaty, ada banyak pilihan. Bus atau teksi atau E-hailing. Kadarnya pun sangat berpatutan dan boleh kata murah juga. Jadi untuk itinerary dalam Almaty tiada masalah.
Sewa Kereta.
Bagi yang tidak mahir, memandu susah juga. Di negara ini, ada kereta stereng kanan, dan ada juga stereng kiri. Pening woih.
Bahasa di signboard p**a tidak semua ada huruf yang kita kenal, huruf Rusia banyak. Ada juga laporan yang ditahan polis dan diminta suapan. Bab sewa kereta ni aku share dalam artikel akan datang.
So kalau tidak sewa kereta, kita akan ada masalah transport bila ada itinerary yang jauh seperti ke Big Lake, Kolsay, Kaindy dan Charyn Canyon. Atau kita cadang nak cross border masuk ke Kyrgyzstan.
WARNING : Kat sini korang jangan terjah trip jauh-jauh TANPA plan transport dan penginapan. Ini bukan tempat yang ramai orang pergi hari macam pegi iCity.

Melainkan diri rasa begitu kental habis untuk hitchhike, tidur bergelimpangan, total adventura dan tak kisah apa ribut yang melanda.
Nanti aku sambung Part 2 esok, macam mana nak arrange trip masuk ke Kyrgyzstan. Panjang nau artikel nanti orang malas baca dan suruh lukis lak.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Acah Adventura
Kazakhstan / Kyrgyzstan

Kashmir Tulip Festival 2024.Bagi sesiapa yang nak ke Kashmir April ini, catatan ini ada maklumat tentang lokasi, tempat,...
01/03/2024

Kashmir Tulip Festival 2024.
Bagi sesiapa yang nak ke Kashmir April ini, catatan ini ada maklumat tentang lokasi, tempat, waktu operasi dan harga tiket ke festival tersebut.
Festival Tulip Kashmir berlangsung di lembah Himalaya. Ia berlaku pada bulan Mac/April apabila musim sejuk berakhir dan musim bunga bermula.
Festival ini mengagungkan keindahan alam, dengan jutaan tulip berwarna-warni mekar di Srinagar, menjadikan tempat itu kelihatan seperti hidup.
Tentunya pesta tulip lebih terkenal di Turkiye dan Netherlands. Di Kashmir, mereka muncul dengan festival tulip terbesar p**a.
Festival ini akan berlangsung bermula dari 19 Mac 2024, diadakan di Taman Tulip Peringatan Indira Gandhi, yang merupakan taman tulip terbesar di Asia. Taman ini memandang ke Dal Lake yang tenang dan meliputi kawasan yang luas.
Semasa festival, taman menjadi hidup dengan pelbagai warna. Terdapat pelbagai jenis seperti tulip merah, pink, kuning, dan putih. 150,000 bunga tulip ini menjadi pemandangan yang indah bersama puncak bersalji sebagai latarbelakang.
Berikut maklumat ringkas bagi sesiapa nak pergi nanti.
Kashmir Tulip Festival Date : March 19- April 30, 2024
Kashmir Tulip Festival Venue : Srinagar
Kashmir Tulip Festival Timings : 10 AM onwards
Ticket Adult : Rs. 75 (RM5)
Ticket Children (Below 12 years) : Rs. 30 (RM2.50)
Catatan kontot
Irwan Dahnil
Haruman Kashmir Semerbak
Note : Trip ke Kashmir Tulip Festival pada 22 April. Ada 5 lagi seat kosong. Cecepat, ini sahaja musim tulip ye. Selepas April tiada lagi, kena tunggu tahun depan p**a.

5 Lokasi Wajib Jika Mahu ke Kashmir.📌 1. Dal Lake : Naik Shikara di seluas 23km melalui perkampungan atas air masyarakat...
29/02/2024

5 Lokasi Wajib Jika Mahu ke Kashmir.
📌 1. Dal Lake : Naik Shikara di seluas 23km melalui perkampungan atas air masyarakat tempatan. Shikara ini didayung secara perlahan di permukaan air tasik yang sangat tenang melalui houseboat yang terkenal.
Di kelilingi Pir Panjal yang kelihatan bersalji di puncak, pemandangan bershikara adalah foto ikonik simbol ketenangan Srinagar. Kos menaiki Shikara antara RM40- RM70 yang boleh dinaiki dengan selesa oleh 4 orang. 2 jam perjalanan Shikara tidak terasa, terlalu banyak untuk dilihat dan dinikmati.
📌2. Sonamarg : Dikenali sebagai ”The Golden Meadow “ ia dikelilingi oleh pergunungan setinggi 5300 yang dipisahkan oleh Banjaran Thajwas. Perjalanan juga tidak membosankan, terlihat pokok pine dan chinar yang hijau sepanjang tahun berdiri di sepanjang banjaran pergunungan.
Sonamarg dahulunya tutup sepanjang 4 bulan ketika winter memaksa penduduknya berpindah ke kawasan tanah rendah. Sejak pembinaan lebuh raya dan terowong ke Zero Point Zojila Pass, kini Sonamarg boleh dinikmati sepanjang tahun. Mahu rasa seperti di alam fantasi, disinilah tempatnya.
📌 3. Gulmarg : Setinggi 8700 kaki dari aras laut “Meadow of Flowers “. Gulmarg terkenal dengan padang golf tertinggi di dunia. Ia bertukar menjadi resort ski yang pop**ar ketika musim sejuk. Nikmati pemandangan dari gondola memandang ke bawah yang mengasyikkan.
Ke Gulmarg memerlukan bertukar kenderaan dan diwajibkan membawa tour guide yang berkelayakan. Kos guide adalah sekitar RM60 termasuklah kenderaan pergi dan p**ang dari pekan Tangmarg.
📌 4. Pahalgam : Setinggi 7200 dari aras laut, dikenali sebagai “Village of Shepherds“ terkenal dengan tumbuhan saffron dan buahan. Ia terkenal sebagai lokasi penggambaran Bollywood.
Pengalaman menaiki kuda yang jinak merentasi perkampungan dari pekan Pahalgam ke Baisaran Valley. Kos menaiki kuda disini sekitar RM100 untuk perjalanan selama 3 jam pergi dan balik. Apa pun, pengalaman berkuda ini tidak wajib, terdapat pelbagai pilihan aktiviti lain di lembah Pahalgam.
📌 5. Srinagar : Bandar terbesar Kashmir di mana penduduknya 99% penduduk adalah penganut Islam. Tidak s**ar untuk merasa selesa disini. Antara 2 taman yang sering menjadi tumpuan adalah Mughal Garden dan Nishat Garden.
Pembinaan taman oleh bangsa Mughal ini jelas kelihatan nilai estetiknya bila taman itu dibina dari banjaran gunung, menurun ke bawah 12 tingkat sehingga ke Dal Lake. Bayaran masuk cuma sekitar RM7, cukup untuk rasa tenang dan bergambar. Di pekan Srinagar ada kedai-kedai untuk cenderahati di pasar tempatan.
50 peratus penduduk Kashmir terlibat dengan pelancongan, tidak hairan ia telah membina reputasi destinasi pelancongan Heaven on Earth sejak dahulu lagi.
📌 Satu perkara aku nilaikan, kalau tiada pengetahuan local, elok dapatkan operator tempatan untuk bantu perjalanan. Ada macam-macam benda yang boleh 'berpusing 360 disini'.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Kashmir Aku Datang
India.
📌 Ikuti channel rasmi untuk pakej private & kump**an kecil https://m.me/j/AbYy64Dhm-ec6pLQ/

Balik dari Switzerland semalam, dalam masa sehari bergegas p**a ke Negeri Sembilan untuk majlis pelancaran program Work-...
10/01/2024

Balik dari Switzerland semalam, dalam masa sehari bergegas p**a ke Negeri Sembilan untuk majlis pelancaran program Work-Based Learning (WBL).
Berita baik aku kena share.
Bagi anak-anak kita yang mahu melihat dunia, boleh daftar dan ikut latihan tour leader ini. Ia sebahagian dari program yang akan ditawarkan di peringkat Diploma Pelancongan, dengan bantuan kewangan lagi.
Program ini juga dapat juga mengatasi masalah agensi pelancongan yang kekurangan tour leader bertauliah dan berkelayakan untuk menjalankan tanggungjawab di luar negara.
Aku lega. Alhamdulillah.
Usaha kami selama 2 tahun untuk membangunkan modul latihan Work-Based Learning bagi tour leader dan tour guide telah dipersetujui dengan termeterainya kerjasama ini.
Small part of me, giving back to Malaysia.
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐌𝐞𝐚𝐭𝐞𝐜𝐡 𝐣𝐚𝐥𝐢𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐖𝐁𝐋 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐘𝐄𝐆 𝐀𝐜𝐚𝐝𝐞𝐦𝐲, 𝐀𝐰𝐞𝐬𝐨𝐦𝐞 𝐍𝐨𝐦𝐚𝐝

SEREMBAN: Kolej Meatech yang terletak di Mantin, di sini hari ini memeterai jalinan kerjasama dengan dua pihak industri iaitu membabitkan industri penerbangan dan pelancongan menerusi pelaksanaan pembelajaran berasaskan kerja (WBL) bagi peringkat diploma.

Dua pihak industri yang terlibat adalah, YEG Academy Sdn. Bhd. dan Awesome Nomad Sdn. Bhd.
.....................

Sementara itu, kerjasama dengan Awesome Nomad p**a membabitkan program pengajian peringkat diploma dalam jurusan pengurusan pelancongan melibatkan kolaborasi dalam WBL.

Perunding Utama Awesome Nomad Sdn. Bhd, Dr. Irwan Dahnil berkata, program ini menawarkan tempoh pengajian selama satu tahun setengah di dalam kelas dan selama setahun mereka akan ditempatkan dalam industri berkaitan.

“Pelajar program jurusan pengurusan pelancongan secara WBL akan dihantar ke luar negara pada semester akhir selama tiga bulan untuk latihan.

“Menerusi syarikat, kami menyediakan khidmat pengurusan pelancongan untuk kembara ke luar negara sebagai ketua kembara membawa pelancong dari Malaysia melawat negara-negara terkenal khususnya di benua Eropah.

“Program pembelajaran berasaskan pekerjaan atau WBL ini akan memberi pendedahan industri kepada pelajar di sepanjang pengajian mereka,” katanya lagi.

Berita penuh di komen.

20/09/2023
06/08/2023

The heart and soul of Scotland.
Senibina istana tu cukup mengagumkan. Dan setiap runtuhan, pecah dan rosak itu datang dengan sejarah. Dibedil ketika perang atau dimamah masa sesuai dengan usia yang beratus tahun.
Tenang.
Suasana di sekeliling itu seperti diselimuti satu bentuk perasaan damai. Tidak perlu berbuat apa-apa, cukup sekarang duduk, dan memandang.
Bernafas.
Scotland always in my heart.
Nota : Duart Castle yang kini umurnya 700 tahun.

One thing that people can't take away from you, is your experience.Benda yang aku s**a bila travel ni, sebab tiap kali b...
08/02/2023

One thing that people can't take away from you, is your experience.
Benda yang aku s**a bila travel ni, sebab tiap kali berjalan walau ke tempat yang sama, aku dapat pengalaman yang baru.
Pengalaman kejar kambing di Ireland sehingga kambing tu jatuh lereng bukit. Cuak juga aku, kalau kambing tu injured, tapi elok je dia bangun sambung berlari. Sampai ke sudah tak dapat kejar. Laju rupanya kambing gebu ni.
Pengalaman berbeza. Tidak sama. Cerita yang aku boleh sembangkan di kemudian hari.
Next trip ke Ireland pada 29 April 2023. Seperti biasa small group 6-7 orang. Kita nak cukupkan seat lagi beberapa yang kosong. Kos semua dah masuk penerbangan, transport, penginapan dan tour leader yang cool.

Glencoe, Scotland Day 3Dari Skye kami terus sahaja ke Fort William. Seawal jam 9.00 pagi kani sudah terpacak di Glenfinn...
22/01/2023

Glencoe, Scotland Day 3
Dari Skye kami terus sahaja ke Fort William. Seawal jam 9.00 pagi kani sudah terpacak di Glenfinnan Exhibition Center, kedai pun tak buka lagi.
Suhu agak tenang 5°, berbanding semalam. Tapi trail ke Monument tu dah keras dengan black ice. Semalam dah bedebabb 2 kali, hari ini jalan lebih hati². Alhamdulillah, seperti ninja kami lompat² tepi rumput sampai ke tebing Loch Schiel.
Cantik sangat, umpama fjord, tasik yang membahagi dua gunung di kiri dan kanan. Puncak gunung masih bersalji, lawa ke main.
Dari situ kami terus sahaja turun ke Glencoe dan menyaksikan lembah yang tercantik sepanjang jalan A82. Subhanallah.
Moga dipanjangkan umur kami untuk kembara bersama lagi.
Catatan kembara
Irwan Dahnil

France Trip Day SixBermula trip kami ke La Valee Village di Paris, sebuah outlet yang mempunyai barangan branded seperti...
21/01/2023

France Trip Day Six

Bermula trip kami ke La Valee Village di Paris, sebuah outlet yang mempunyai barangan branded seperti Coach, Guess, Gucci dan lain-lain. Bershopping sakan semua guest kami disitu, Primark pun ada!

Seterusnya, kami solat di salah satu masjid yang terkenal di Paris, Grande Mosquee de Paris. Berumur hampir 100 tahun dan masih megah berdiri teguh. Ramai juga orang bukan islam datang ke sini untuk melihat rekabentuk masjid ini.

Selesai solat, terus kami ke kawasan shopping di Champs-Elysees, sebuah shopping street terkenal di Paris. Tempat ini menghadap betul ke arah Arc de Triomphe. Sempat lagi semua shopping di Loius Vuitton.

Akhir sekali, kami terus ke Arc de Triomphe untuk menikmati keindahan waktu malam Paris. Sungguh cantik sekali bandar Paris ini penuh dengan lampu dan cahaya. Memang wajib pergi sini!

Tour Leader
Faizal Shukor

Isle of Skye Hari Kedua.Seawal 8.30 pagi kami keluar untuk memulakan kembara seharian ke p**au cantik ini. Cuaca boleh d...
20/01/2023

Isle of Skye Hari Kedua.
Seawal 8.30 pagi kami keluar untuk memulakan kembara seharian ke p**au cantik ini. Cuaca boleh dikatakan perfect, cahaya terang tanpa angin.
Pemandangan cukup luarbiasa, bermula dengan Old Man of Storr sehingga ke pekan Uig, pengalaman hari ini paling cantik ketika winter menggila.

Catatan kembara
Irwan Dahnil

Scotland Trip Day 1.Perjalanan dari Glasgow ke Isle of Skye dihidang dengan pemandangan memutih di kiri kanan. Bagai ber...
20/01/2023

Scotland Trip Day 1.
Perjalanan dari Glasgow ke Isle of Skye dihidang dengan pemandangan memutih di kiri kanan. Bagai berada di alam yang lain.
Selamat datang ke Scotland!
Tour Leader
Irwan Dahnil

France Trip Day FiveAkhirnya kami semua selamat mendarat di dunia France ibu kota Paris. Dari airport terus kami check i...
17/01/2023

France Trip Day Five

Akhirnya kami semua selamat mendarat di dunia France ibu kota Paris. Dari airport terus kami check in ke hotel. Tanpa buang masa, guest kami mahu terus berjalan di kota Paris waktu malam yang begitu csntik sekali.

Selesai check in, kami terus ke Sacre Coeur. Merupakan sebuah church ikonik di Paris yang berada di atas bukit. Bewarna putih dan mempunyi reka bentuk yang cantik. Bukan sahaja terdapat church tersebut, malah mempunyai pemandangan yang begitu indah sekali mengelilingi bandar Paris.

Selepas itu kami berjalan di kawasan tersebut sambil membeli belah barang saguhati untuk keluarga dan kawan di Malaysia. Agak murah harga barangan tersebut. Borong sakan guest kami.

Kami terus ke restoran untuk makan malam dan ke Louvre Muzium pada waktu malam untuk bergambar. Tesergam indah muzium tersebut di waktu malam. Sangat cantik. Mungkin esok lusa kami akan masuk muzium tersebut.

Bandar Paris ini banyak benda boleh kita lakukan, cuma masa tidak mengizinkan. Jom nantikan esok p**a dari guest kami!

Tour Leader UK
Faizal Shukor

Iceland Trip Day FourTrip Iceland kami hampir ke penghujungnya. Esok kami ke Paris. Jadi hari ini guest kami berjalan di...
16/01/2023

Iceland Trip Day Four

Trip Iceland kami hampir ke penghujungnya. Esok kami ke Paris. Jadi hari ini guest kami berjalan di bandar Reykjavík sambil menikmati keindahan bandar tersebut. Mereke juga shopping barang saguhati untuk keluarga dan kawan di sini.

Jadi kami mula check out di bandar Vik dan terus ke Reykjavík selama 3 jam perjalanan. Sepanjang pemandangan kami sungguh cantik dan mengagumkan. Setibanya kami di sana, terus kami ke Hallgrimskirkja, iaitu sebuah Church besar dan tertinggi di bandar tersebut, setinggi 75m. Bentuk church yang unik membuatkan ianya sebuah bangunan ikonik di bandar tersebut.

Selepas itu, guest kami berjalan sekitar bandar Reykjavík, di antara salah satunya Rainbow Street. Disini terdapat pelbagai kedai menarik dan cantik. Tersusun rapi dan comel.

Selepas penat berjalan, guest kami menikmati spa di Blue Lagoon yang tersohot di Iceland. Terkenal dengan air panas yang dihasilkan dari geothermal, mereka berendam dan juga membersihkan muka mereka dengan lumpur yang ada disitu dimana ianya sihat untuk kulit.

Akhir sekali, aktiviti kami di sudahi dengan pertunjukkan Aurora yang muncul di Iceland waktu itu. Menahan mata semua untuk dapatkan pemandangan Aurora. Sanggup menahan sejuk demi melihat Aurora yang tidak selalu muncul di sini. Seronok guest kami bergambar dan menyaksikan Aurora tersebut.

Habis sudah trip kami di Iceland. Esok kami akan ke Paris p**a. Apa ya agaknya guest kami akan lakukan. Nantikan!

Tour Leader UK
Faizal Shukor

Iceland Trip Day ThreeBerdebar dan tidak sabar guest kami untuk trip hari ini kerana mereka akan memasuki Iceland Ice Ca...
14/01/2023

Iceland Trip Day Three

Berdebar dan tidak sabar guest kami untuk trip hari ini kerana mereka akan memasuki Iceland Ice Cave Tour di dalam Glacier yang berada di Jokulsarlon. Di sini terdapat sebuah bongkah glacier yang besar setinggi 60m. Jadi guest kami akan habiskan lebih kurang 3-4 jam di dalam penggembaraan tersebut.

Selesai saja guest kami menikmati Cave Adventure tersebut, terus kami ke Jokulsarlon Lagoon, dimana terdapat Iceberg yang besar di kawasan tersebut. Icerberg berlaku apabila retakan atau pecahan daripada Glacier tersebut. Di lagoon ini kami juga melihat haiwan liar seperti anjing laut!

Akhir sekali, kami ke Diamond Beach, di mana terdapat ketulan ais kecil dan besar di persisiran pantai tersebut. Cantik dan lutsinar ketulan ais tersebut seakan seperti berlian! Sungguh unik dan teruja guest kami akan kejadian ini. Ada yang mahu membawa balik ke Malaysia!

Cantik seharian cuaca sepanjang trip hari ini, kami harap esok juga akan menjadi hari yang lagi baik!

Tour Leader UK
Faizal Shukor

Iceland Trip Day TwoPermulaan hari kedua kami di Iceland teramatlah indah dan cuaca yang cantik. Hari ini kami akan chec...
13/01/2023

Iceland Trip Day Two

Permulaan hari kedua kami di Iceland teramatlah indah dan cuaca yang cantik. Hari ini kami akan check out dari hotel di Hella, menuju ke Vik, yang mana ianya berada di selatan Iceland. Mengambil masa lebih kurang sejam lebih untuk ke sana. Jadi sepanjang perjalanan ke sana, ada beberapa tempat menarik akan kami singgah.

Tempat pertama yang kami singgah ialah Seljalandsfoss, iaitu air terjun di kawasan pergunungan yang tinggi. Foss diakhir ayat tersebut bermaksud, air terjun jika diolah oleh bahasa Icelandic. Sungguh cantik sekali pemandangan air terjun tersebut. Setinggi 60m dan air yang sangat deras. Seronok guest kami bergambar dan bervideo.

Selepas itu kami menghala ke salh satu tempat ikonik Iceland iaitu, Skogafoss. Tempat yang selalu menjadi tumpuan apabila kita ke Iceland. Selalu didalam cerita National Geographic tetapi kali ini ianya realiti untuk guest kami. Ketinggiannya juga 60m dan lagi deras dan lebih padat air dari Seljalandsfoss. Seronok guest kami bergambar. Hampir semuanya instagrammable.

Selesai di Skogafoss, kami menghala ke Dyrholaey, sebuah tempat gaung yang tinggi berbatu yang dihempas oleh lautan yang ganas. Agak licin jalan kami untuk kesana. Keluasan laut yang jauh nun memandang membuatkan tempat ini begitu unik dan cantik.

Akhir sekali, kami ke bandar Vik, dimana tempat ikoniknya gereja merah di Iceland dan juga tempat pop**ar Black Sand Beach! Pemandangan laut digandingkan dengan pasir hitam begitu cantik dan indah sekali. Pelik dan unik tetapi pada masa sama tersangatlah cantik. Guest kami sempat berlari kejaran sesama sendiri membuat video. Memang comel semuanya.

Walaupun kami kepenatan hari ini, tetapi guest kami amat berpuas hati dengan trip hari ini. Seronok melihat mereka bergembira dengan senyuman terukir di wajah masing-masing.

Tour Leader UK
Faizal Shukor

Iceland Trip Day OneAlhamdullillah, selamat semuanya sampai ke Iceland, negara Api dan Ais di penghujung utara dunia. Pe...
12/01/2023

Iceland Trip Day One

Alhamdullillah, selamat semuanya sampai ke Iceland, negara Api dan Ais di penghujung utara dunia. Penerbangan guest kami kali ini dari Malaysia terus ke Iceland yang memakan masa 24 jam, melibatkan transit sekali.

Sesampainya kami disini, terus check in dan tidur untuk trip pada esok hari. Jadi bermulalah trip kami pada hari ini di Iceland!

Permulaan kami di Iceland adalah di Thingvellir, iaitu sebuah National Park yang besar di Iceland ini. Di situ kami disajikan dengan permandangan yang sangat cantik dimana tempat berlakunya ‘Tectonic’ benua diantara North America dan juga Europe. Dataran berlanggar membentuk sebuah kawasan tinggi dan rendah pada masa sama.

Seterusnya kami ke Geysir, dimana berlakunya geothermal geyser yang akan meletus pada setiap 3-5 minit dan boleh mencapai ketinggian 20 meter! Air yang terhasil dari geyser tersebut sangatlah tinggi suhunya dan mencecah 100 celcius! Seronok guest kami bergambar, walaupun ramai tapi kami tetap dapta mengambil momen dimana geyser membuat pancutan tinggi.

Sebelum kami ke hentian yang berikutnya, kami singgah dahulu sebentar di Bru Farmhouse, di mana terdapat kuda yang begitu jinak sekali. Tetapi kuda disini berlainan, tidak macam di kuda kebanyakkan tempat. Bulunya yang sangat tebal membuatkan ia unik dan seakan memakai but bulu di kaki.

Dan akhir sekali, kami sampai ke destinasi terakhir kami iaitu Gullfoss Waterfall. Kecantikkan air terjun disini sungguh cantik sekali sambil ditemani ‘sunset’ ketika itu. Air terjun diseliputi salji tebal membuatkan ianya seperti iceberg besar di situ. Sungguh angin kuat tidak menghalang guest kami untuk bergambar dan bervideo.

Sebelum masuk tidur dan berehat, sempat juga kami bergambar dengan Aurora! Begitu indah kejadian malam dilangit sambil dihiasi tarian Aurora dilangit.

Penat sudah guest kami menggembara seharian kali ini, esok hari yang baru untuk kembara Iceland mereka, nantikan!

Tour Leader UK
Faizal Shukor

12/01/2023

Selamat datang ke Iceland! Negara Api dan Ais! 🇮🇸

Hari ini kami akan ke Iceland untuk menjelajah negara di hujung utara dunia ini bersama guest kami yang awesome sambil menikmati keindahan negara tersebut.

Sedikit ucapan pembuka dari Tour Director kami iaitu Dr Irwan Dahnil di Iceland!

Jom ikut kami jelajah Iceland!

Tour Leader UK
Faizal Shukor

Trip 2023 kita dah buka ya. 4 destinasi utama kita adalah Scotland, England, Ireland dan Iceland. Dah boleh start regist...
04/01/2023

Trip 2023 kita dah buka ya. 4 destinasi utama kita adalah Scotland, England, Ireland dan Iceland. Dah boleh start register for early-bird promotion ya.
Memang kami punya spesial, kembara kump**an kecil 6-7 orang sahaja. Buat nak ramai-ramai, bila boleh dapat privasi ye dak?
Dan tahun ini sudah termasuk penerbangan return dari Kuala Lumpur, penginapan dan local transport yea. All-in tak payah sakit kepala. Dan tentunya ada tour leader yang ohsem!
Lekaih, whatsapp direct kat consultant kami untuk book trip 2023.
Azie : www.wasap.my/601156569369/greece
Anis : www.wasap.my/601156569296/greece
Emi : www.wasap.my/601156569005/greece

Scotland Trip Day SixSudah hampir ke penghujung trip untuk guest kami kali ini. Sungguh mereka seronok dan tidak mahu p*...
26/12/2022

Scotland Trip Day Six

Sudah hampir ke penghujung trip untuk guest kami kali ini. Sungguh mereka seronok dan tidak mahu p**ang ke Malaysia selepas jatuh cinta dengan dunia Scotland ini yang menawarkan keindahan yang merek semua impikan. Sampai ada guest kami yang mahu cari orang Scotland untuk diri sendiri tau 🤭

Jadi trip kali ini kami ke Glencoe yang sepatutnya di hari ke 4 tetapi dihalang oleh cuaca buruk salji yang tebal sehingga jalan banyak ditutup di kawasan utara Scotland ini. Jalan raya licin penuh dengan ais yang terbentuk. Glencoe sahaja menawarkan pemandangan yang sangat cantik untuk guest kami. Semuanya serba putih sama ada bukit, gunung, tanah lapang dan lain-lain.

Antara benda menarik yang menjadi kegilaan orang ramai disini ialah dengan keindahannya yang tersendiri dan juga menjadi tempat perfileman yang berprestij seperti Harry Potter, James Bond Skyfall dan juga Kuch Kuch Ho Ta Hai! Sungguh seronok guest kami bila berada di Glencoe. Bermain salji dan juga berposing ala model semuanya!

Selepas Glencoe, kami terus ke Eilean Donan Castle. Sebuah istana cantik yang terletak di daerah Kyle menghala ke Skye. Guest kami sungguh seronok dan terpegun dengan kecantikkan istana tersebut tetapi malangnya, kami tidak boleh bergambar didalamnya melainkan diluar istana sahaja. Sungguh pun begitu, guest kami kagum dengan pembinaannya dan juga bagaimana terpeliharanya istana tersebut.

Akhir sekali kami ke Loch Ness. Sungguh cantik tempat ini. Cuma kami sampai disitu ketika sudah senja. Walaupun senja dan malam, tetapi semua guest kami teruja dengan tasik yang begitu luas dan cantik di sana. Bandar Loch Ness juga cantik dihiasi lampu kelip yang bewarna warni menghidupkan suasana di bandar itu dimana Krismas akan disambut tak lama lagi.

Dan itu sahaja trip mereka kali ini. Walaupun Scotland banyak lagi tempat yang ditawarkan, mungkin satu hari nanti akan diceritakan semuanya. Guest kami begitu seronok dan sangat berpuas hati dengan rancangan mereka yang selama ini ditunda kerana Covid. Mereka memberikan 100% tenaga dan semangat mereka untuk travel ke bumi Scotland ini.

Terima kasih kepada kak Norazimah Ahmad Nawawi, Azneyzaa Niazman dan juga vogue yang sudi travel bersama kami di Scotland ini. People go, memories stay.

Semoga ketemu lagi kita
Tour Leader UK
Faizal Shukor

Address


Telephone

+601157777375

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Scotland Muslim Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Scotland Muslim Travel:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share

Scotland : Another hidden beauty

We’ve expecting you!

www.wasap.my/447922405443