18/06/2019
Saya ada solat Zohor dekat satu surau ni. Bila dah nak habis rakaat keempat, tok imam tak duduk tahiyyat. Sebaliknya, dia bangun berdiri (qiyam).
Makmum semua duduk tahiyyat. Nampak Tok Imam tu macam terlebih rakaat, ada satu dua makmum tegur, "Subhanallah, Subhanallah." Agaknya Tok Imam tu tak tahu dia silap apa, dia tetap steady berdiri untuk rakaat kelima.
Lepas dua tiga kali subhanallah, Tok Imam tetap maintain berdiri. Dah fed up tegur pun tak nak duduk semula juga Tok Imam, akhirnya makmum berpecah kepada dua golongan.
Satu golongan yang patuh, bangun sekali mengikut imam berdiri. Manakala satu lagi golongan lebih rebel. Mereka mufaraqah (cerai dari Imam) dari solat jemaah dan teruskan tahiyyat sendiri sendiri, kemudian bagi salam.
Okay gua nak tanya. Antara dua golongan ni, mana yang betul? Golongan ikut imam terlebih rakaat ke atau golongan yang cerai dari Imam?
Gua bagi dua saat. Satu, dua!
Tenneett, habis masa!
Ramai rupanya yang tak tahu.
Golongan pertama (yang patuh), mengikut imam berdiri walaupun tahu imam terlebih rakaat adalah SALAH. Solat bagi makmum yang tahu imam terlebih rukun tapi ikut juga adalah TIDAK SAH. Jadi makmum tu kena ganti semula solatnya.
(Nota tambahan:Kalau makmum tak tahu atau tak yakin imam tu lebih rakaat ke tak, itu cerita lain.)
Jadi makmum yang BETUL ialah golongan kedua (yang rebel) yang cerai dengan imam dan teruskan tahiyyat seterusnya bagi salam. Solat mereka SAH kerana tak mengikut imam yang terlebih rukun. Dah tahu imam tu salah, buat apa ikut?
Adapun begitu, bagi sesetengah pendapat, golongan kedua tak dapat ganjaran solat berjemaah kerana telah mufaraqah. Solat tu sah, tapi tak dapat pahala jemaah. Rugi juga kan?
Yang pertama tak sah, yang kedua tak dapat pahala jemaah pulak. Jadi mana yang elok?
"Mestilah yang kedua elok. Takpelah rugi pahala pun, sekurang kurangnya solat kita sah!" Ucap awak dalam hati kan?
Salah tu awak. Yang paling elok, makmum sepatutnya tak mufaraqah walaupun tak ikut imam berdiri. Sebaliknya makmum tunggu sahaja dalam keadaan tahiyyat sementara imam habiskan rakaat kelima. Kemudian, terus ikut Imam bila Imam dah bagi salam. Solat sah, pahala jemaah pun dapat.
Wallahualam.
Sekian. Selamat Hari rayaaa!
Kopi&pes