Lambaian Umrah

  • Home
  • Lambaian Umrah

Lambaian Umrah Mari bersama kita menjadi tetamu Allah.

15/01/2020

100 days counting to Ramadhan 🌙

04/10/2019

Masjid Qiblatain

Masjid al-Qiblatain atau lebih dikenali dengan nama masjid yang mempunyai dua kiblat adalah masjid di Madinah. Masjid ini merupakan antara sejarah terpenting dalam sejarah Islam di mana masjid inilah sewaktu Nabi S.A.W sedang mengimamkan solat, telah diperintahkan oleh Allah supaya menukar arah qiblat dari Jerusalem(Baitulmaqdis) ke arah Mekah. Oleh kerana itu, masjid ini mempunyai dua dinding kiblat(mihrab).Tetapi, masjid ini telah pun diubahsuai , di mana, qiblat lama yang menghadap Jerusalem telah pun dirobohkan.

Sejarah

Nama masjid ini diberi sempena peristiwa di mana Allah memerintahkan Nabi S.A.W menukarkan Kaabah sebagai arah kiblat.Nabi Muhammad, yang dikatakan sedang mengimamkan solat berqiblatkan Jerusalem, terus berpusing untuk menghadap Mekkah, dan semua makmum yang berada di belakang juga ikut sama.Selepas peristiwa ini, masjid ini diberi nama Masjid al-Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) yang masih ada di Madinah sebagai salah satu tempat lawatan jemaah yang mengerjakan umrah mahu pun haji di sana.
Semasa di Mekah, Nabi Muhammad sembahyang menghadap ke arah Masjid al Aqsa, Baitul Maqdis dengan kedudukan Kaabah berada di hadapan baginda.
Dengan lain perkataan baginda menghadap arah kiblat itu kepada kedua-dua kedudukan selari Kaabah dan Baitul Maqdis sekali gus.

Namun, apabila baginda berhijrah ke Madinah dengan kedudukan Baitul Maqdis di utara Madinah dan Mekah. Maka, Mekah kini berada dalam kedudukan selatan dari arah Madinah.
Jadi, bayangkan kes**aran kepada baginda dan umat Islam bagi menjadikan kedua-dua kedudukan Baitul Maqdis dan Mekah berada dalam satu kiblat.
Justeru, baginda sangat berharap agar kedudukan kiblat tersebut dapat diubah dengan baginda lebih memilih kedudukan Mekah sebagai kiblat terbaru.

Baginda sentiasa tertunggu-tunggu bilakah Allah akan mengubah kiblat dari Masjid Al Aqsa, Baitul Maqdis itu kepada Kaabah di Masjidil Haram, Mekah.Akhirnya pada bulan Syaaban (sesetengah mengatakan bulan Rejab) tahun kedua Hijrah bersamaan Februari tahun 624 Hijrah, Allah memerintahkan kiblat umat Islam diubah dari kedudukan Masjid Al Aqsa itu ke Kaabah.
Peristiwa itu tentunya berlaku di Masjid Al Qiblaitain yang pada asalnya dikenali sebagai Masjid Bani Salamah yang kini kita boleh temui di sebatang jalan menuju ke Universiti Al Madinah berdekatan sebuah istana Diraja Arab Saudi berhampiran Wadi Aqi di bandar Madinah. Ia beberapa kilometer dari Masjid Nabawi dan dianggap antara masjid tertua di dunia.

Quran

Firman Allah سبحانه وتعالى:
‘Sering Kami melihat kamu (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka Kami benarkan kamu berpaling mengadap kiblat yang kamu s**ai, oleh itu halakan mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah); Dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Al-Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan’.

Solat yang pertama kali dilakukan selepas peristiwa pertukaran kiblat tersebut adalah solat Asar di Masjid Quba’. Rasulullah ﷺ sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

06/07/2018

Sangat jelas bahawa manusia ketika solat tidak akan lepas dari kekurangan kekhusyukannya. Ketika solat muncul was-was, gangguan-gangguan, atau rukuk sujudnya tidak sempurna. Atau ketika berdiri, atau duduk.

Dalam solat, tidak lepas dari kekurangan. Sehingga perlu untuk terus membaca istighfar setelah salam. Agar Allah menghapus kesalahan yang kita lakukan ketika shalat dengan bacaan istighfar kita.

Kredit-TV Al Hijrah

02/07/2018

Throwback Solat Eid Fitr Di Masjidil Haram.
Beginilah keadaan sambutan Eid Fitr di Mekah yang dimulakan dengan
solat sunat Eid Fitr di Masjidil Haram.

Solat diimamkan oleh Sheikh Humaid

29/06/2018

Throwback Solat Witr dan Doa Qunut yang menyentuh hati oleh Sheikh Sudais pada malam 27 Ramadhan.

Ya Allah, Rindunya kami pada Ramadhan dan Masjidil Haram.
Temukanlah kami pada Ramadhan akan datang dan murahkanlah rezeki kami untuk ke Masjidil Haram.

27/06/2018

Bacaan Al Quran oleh Sheikh Saud Ash Shuraim pada 19 Disember 2012, Hujan di Masjidil Haram

20/06/2018

Walaupun dengan kekurangan dan di dalam hujan. Solat tetap di jaga. Allahuakbar

Definisi iman menurut Ahlussunnah wal Jama’ah bahwa dien dan iman adalah ucapan dan  perbuatan; perkataan hati dan lisan...
18/06/2018

Definisi iman menurut Ahlussunnah wal Jama’ah bahwa dien dan iman adalah ucapan dan perbuatan; perkataan hati dan lisan, amalan hati, lisan dan anggota tubuh.

Iman itu bertambah dengan sebab ketaatan dan bisa berkurang dengan sebab perbuatan dosa dan maksiat.

Prinsip Ahlus Sunnah tentang iman adalah sebagai berikut:[2]

👉Iman adalah meyakini dengan hati, mengucapkannya dengan lisan dan mengamalkannya dengan anggota badan.

👉Seluruh amal perbuatan, yang meliputi amalan hati dan anggota badan adalah termasuk hakikat iman. Ahlussunnah tidak mengeluarkan amalan sekecil apa pun dari hakekat iman ini, apalagi amalan-amalan besar dan agung.

👉Bukan termasuk pemahaman Ahlussunnah yaitu yang menyatakan bahwa iman itu hanya pembenaran dengan hati saja! Atau pembenaran dengan pengucapan lisan saja! Tanpa amalan anggota badan!

Barangsiapa berpendapat demikian, maka ia telah sesat dan menyesatkan. Sesungguhnya pemahaman seperti ini berasal dari kejelekan faham kaum Murji’ah.

👉Iman memiliki cabang serta tingkatan. Sebagian di antaranya jika ditinggalkan bisa menyebabkan kekufuran; Sebagian yang lain jika ditinggalkan adalah dosa, baik dosa kecil ataupun dosa besar; Dan sebagian yang lain jika ditinggalkan akan menyebabkan hilangnya kesempatan memperoleh pahala dan menyia-nyiakan ganjaran.

👉Iman dapat bertambah dengan sebab melakukan ketaatan hingga mencapai kesempurnaan, dan dapat berkurang dengan sebab kemaksiatan atau bahkan sirna, tidak tersisa sedikit pun.

Dalam hadits ini disebutkan iman yang paling utama, yang paling rendah, serta yang pertengahan. Yang pertengahan yaitu malu. Malu disebutkan di sini, karena ia merupakan faktor terkuat yang mendorong seseorang mengerjakan seluruh cabang keimanan.

Selamat Menyambut Aidilfitri Semoga Ramadhan kita diberkati dan dirahmatiUcapan selamat Hari Raya daripada hadis-hadis s...
15/06/2018

Selamat Menyambut Aidilfitri Semoga Ramadhan kita diberkati dan dirahmati

Ucapan selamat Hari Raya daripada hadis-hadis sahih ialah:

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)

Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Dari Jubair bin Nufair ia berkata:

كَانَ اَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، اِذَا الْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ

“Para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain: Semoga Allah menerima dari kami dan darimu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)

Menurut Ibnu Hajar, isnad hadis ini hasan. (Lihat: Fathul Bari 2/446) Ibn Taimiyah apabila ditanya tentang ucapan selamat pada Hari Raya beliau menjawab:

“Katakanlah kepada yang lain apabila bertemu dengan ucapan:

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Majmu’ al-Fatawa 24/253)

اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ

“Allah telah menghalalkan kepada kamu”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti)

14/06/2018

Beginilah keadaan sambutan Eidulfitri di Masjidil Haram pada tahun 2017.

14/06/2018

Doa khatam quran oleh Sheikh Abdul Rahman Al Sudais ramadhan 1439

13/06/2018

Siaran langsung solat tahajjud terakhir ramadhan 1439

TAZKIRAH HARIANAku memohon ampunan kepada Allah, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri. Aku bertaub...
13/06/2018

TAZKIRAH HARIAN

Aku memohon ampunan kepada Allah, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri. Aku bertaubat kepada-Nya.

TAZKIRAH HARIANDan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan pera...
11/06/2018

TAZKIRAH HARIAN

Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat)

" Tidaklah seorang mukmin ditimpa satu kesedihan,kebimbangan dan kerisauan, kecuali Allah pasti akan menghapus sebahagian dosa-dosanya,"

Ini menunjukkan bahawa kesedihan, kebimbangan dan kerisauan itu merupan musibah dari Allah yang apabila menimpa seorang hamba maka hamba tersebut akan diampuni sebahagian dosa-dosanya.

08/06/2018

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

07/06/2018

Memburu lailatul qadr di masjidil haram

MEMBURU LAILATUL QADARLailatul Qadar atau juga disebut sebagai Malam Tujuh Likur bagi istilah orang-orang dahulu kebiasa...
06/06/2018

MEMBURU LAILATUL QADAR

Lailatul Qadar atau juga disebut sebagai Malam Tujuh Likur bagi istilah orang-orang dahulu kebiasaannya akan diburu pada 10 malam terakhir ini, bertepatan dengan Sabda Baginda Rasulullah SAW seperti berikut:
Daripada Sayyidatina 'Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان
"Carilah lailatul qadr pada 10 terakhir dari bulan Ramadhan"

Hadits Riwayat Asy-Syaikhan, Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim.

Daripada Sayyidina Ibnu 'Umar R.Anhuma di mana Baginda Rasulullah SAW telah bersabda:
من كان متحريها فاليتحرها ليلة السابع و العشرين
"Sesiapa yang hendak mencarinya,
maka carilah ia pada malam ke-27"
Hadis Riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang shohih.

Berdasarkan hadis-hadis diatas, maka adalah pada 10 malam terakhir Ramadhan hendaklah dipenuhi dengan segala amalan-amalan baik dan dihidupkan dengan Qiyamullail. Lailatul Qadr adalah malam lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa beramal yang baik dimalamnya, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lampau, bertepatan dengan Hadis Nabi SAW seperti berikut:
Daripada Sayyidina Abu Hurairah R.a bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:
من قام ليلة القدر ايمانا و احتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr (beribadah) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Asy-Syaikhan.

Untuk itu, marilah sama-sama kita memburu malam yang telah dijanjikan oleh Allah SWT ini yang penuh dengan keampunan dan kemakbulan doa kerana pada malam itu juga berjuta-juta Malaikat bahkan berbillion-billion Malaikat turun ke Bumi untuk mengunjungi tiap-tiap Rumah Allah dan tiap-tiap rumah orang Mu’min bagi mengAminkan doa setiap Muslim yang menghidupkan malam-malam mereka itu. Amat beruntung mereka-mereka yang menghidupkan 10 malam terakhir mereka, mana lah tahu dapat Lailatul Qadr, Syukur ke Hadrat Illahi. Alhamdulillah…

Rumus Lailatul Qadr

Bagi memburu malam Lailatul Qadr ini p**a, sudi kiranya saya paparkan beberapa pendapat para Ulama’ terdahulu tentangnya. Terdapat beberapa rumus seperti berikut:
Al-'Allaamah asy-Syaikh Abu 'Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin 'Abdul Qadir bin 'Abdul 'Aziz al-Azhari rahimahumUllah yang terkenal dengan gelaran Al-Amir al Kabir dalam satu risalahnya ada mentafsirkan Surah Al-Qadr seperti berikut:

Dan tersebut dalam "Tafsir al-Khatib" (iaitu tafsir "As-Sirajul Munir" karangan Syaikh Khatib Asy-Syarbini rahimahUllah) daripada Syaikh Abul Hasan Asy-Syadzili yang menyatakan bahawa jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad, maka Lailatul Qadr jatuh pada 29 haribulan; jika awalnya hari Isnin, maka Lailatul Qadr jatuh pada 21 haribulan; jika hari Selasa, Lailatul Qadr jatuh pada27 haribulan; Jika hari Rabu, Lailatul Qadr jatuh pada 29 haribulan; jika hariKhamis, Lailatul Qadr jatuh pada 25 haribulan; jika hari Jumaat, Lailatul Qadr jatuh pada 27 haribulan; dan jika hari Sabtu, Lailatul Qadr jatuh pada 23haribulan.
Menurut Syaikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fathoni p**a dalam Kitabnya Mathla’ul Badrain ada menyatakan bahawa sebahagian ulama termasuklah Imam al-Ghazali Rah.A menyatakan bahawa diketahui Lailatul Qadr itu berdasarkan hari pertama Bulan Ramadhan.
Jika awal Ramadhan hari Ahad atau Rabu, maka ianya malam ke-29;
Jika awal Ramadhan hari Isnin, maka ianya malam ke-21;
Jika awal Ramadhan hari Selasa atau Jumaat, maka ianya malam ke-27;
Jika awal Ramadhan hari Khamis, maka ianya malam ke-25;
Jika awal Ramadhan hari Sabtu, maka ianya malam ke-23.
Kata Syaikh Abul Hasan Asy-Syadzili p**a bahawa dengan menggunakan kaedah ini beliau sentiasa berjumpa dengan malam kemuliaan ini sejak usianya baligh lagi. Tetapi menurut sebahagian ulama, kaedah ini tidaklah mempunyai sandaran nash, tidak seperti ketentuan-ketentuan yang disebutkan terdahulu.Walau bagaimana pun kaedah ini hanya sekadar pendapat dan bukanlah satu ketetapan hukum, oleh itu sesiapa yang mahu boleh ikut sesiapa yang tidak terp**anglah.
Yang penting meningkatkan amal ibadah dengan penuh keimanan dan keikhlashan. Hanya mencari keredhaan Ilahi yang mesti disembah fi kulli waqtin wa hiin (setiap masa dan ketika), tidak hanya di malam lailatul qadr yang mulia. Allahua’lam.

Amalan-amalan yang Warid di malam Lailatul Qadr

Mencari malam penuh keberkatan ini, setidak-tidaknya (yakni yang paling minima) hendaklah kita menjaga Solat Isya` berjemaah, melaksanakan Tarawih (menurut Jumhur Ulama' Tarawih itu 20 rakaat) berjemaah, berWitir secara berjemaah (kerana hanya dalam bulan Ramadhan sahaja disunnatkan Witir berjemaah, sedangkan dalam bulan-bulan lain hanya harus sahaja) dan diakhiri dengan Solat Subuh berjemaah. Imam Muslim meriwayatkan daripada Sayyidina 'Utsman r.a. bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:
من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل
ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما صلى الليل كله
"Sesiapa yang sholat 'Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyam separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersholat sepanjang malam."

Juga dinyatakan pada halaman 103 - 104 kitab tersebut akan satu faedah daripada al-'Allaamah al-Wanaaie seperti berikut:-

Telah berkata al-Wanaaie: "Telah meriwayatkan Ibnu 'Abbas secara marfu' bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang mengucapkan 'Tiada tuhan selain Allah yang Maha Penyantun lagi Maha Dermawan, Maha Suci Tuhan yang empunya tujuh petala langit dan arsy yang agung,' (3 kali), maka seumpama dia mendapatkan Lailatul Qadr." Iaitu seseorang yang mengucapkan sedemikian itu pada malam yang disangkanya sebagai Lailatul Qadr dan sangkaannya itu meleset. Sungguhpun meleset, segala amalan saleh yang dikerjakannya pada malam tersebut adalah seolah-olah dikerjakan dalam Lailatul Qadr.

Dan telah bersabda Junjungan Nabi SAW: "Seseorang yang membaca Ayatul Kursi pada Lailatul Qadar, lebih dis**ai Allah ta`ala daripada dia mengkhatamkan keseluruhan al-Quran pada malam-malam selain Lailatul Qadr", ( yakni menunjukkan galakan dan besarnya ganjaran beramal pada malam yang mulia tersebut serta kerugian besar bagi yang meninggalkan beramal dalam malam tersebut).

Alamat orang yang mendapat Lailatul Qadar:

1) Terasa badan menggeletar secara tiba-tiba
2) Terasa badan sejuk menggigil sebentar secara tiba-tiba
3) Angin bertiup ke arah kita secara tiba-tiba
4)Air mata mudah untuk menitis keluar
Bacalah Doa berikut ketika anda merasai 3 perkara diatas...

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Bertepatan dengan Hadis Nabi SAW seperti berikut:
عن عائشة رضي الله عنها قالت: قلت يا رسول الله إن علمت ليلة القدر ما اقول فيها؟
قال: قولي اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

"Daripada Sayyidatina 'Aisyah R.Anha berkata: "Aku berkata kepada Junjungan Nabi SAW: "Ya Rasulallah, jika aku mengetahui lailatul qadr, apa yang aku ucapkan padanya?" Junjungan Nabi bersabda:- "Ucapkanlah : "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), s**a memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku."

Ustaz Iqbal Zain

Adakah anda sudah bersedia?Esok adalah harinya yang dinanti-nantikan.22 Ramadhan 1439HBaca,Fahami dan Amalkan
06/06/2018

Adakah anda sudah bersedia?
Esok adalah harinya yang dinanti-nantikan.

22 Ramadhan 1439H

Baca,Fahami dan Amalkan

Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul ...
06/06/2018

Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam istri tercinta beliau, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mahapemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku." (HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)

04/06/2018

Pemain bola sepak Paul Pogba yang juga seorang Muslim telah menunaikan ibadah Umrah pada Ramadhan baru-baru ni.

Mari kita lihat dan dengar pesanan beliau ketika di sana

01/06/2018

Dokumentari tentang Air Zam-Zam

“Air terbaik yang ada di muka bumi adalah air zam-zam. Boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan ubat dari penyakit.”

Air zam-zam boleh didapati di kota Mekkah, negara Arab Saudi. Lokasinya terletak berhampiran Kaabah, berjarak sekitar 38 hasta.

Air zam-zam merupakan minuman istimewa bagi umat muslim dengan khasiat-khasiat dan kelebihan kesihatan yang banyak.

Air yang berasal dari telaga yang belum pernah kering sejak ribuan tahun ini, menurut para pakar terdapat 30 unsur di dalam air zam zam, yang memiliki kualiti air yang sangat baik.

Air zam-zam terlihat sangat bersih dan jernih, tanpa sebarang campuran warna. Air zam zam sering disebut sebagai mukjizat bagi umat manusia dan alam.

TAZKIRAH HARIANDari Abi Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: "makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggal...
30/05/2018

TAZKIRAH HARIAN

Dari Abi Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: "makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad No: 10664) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Makan ketika bersahur itu memiliki keberkatan. Antara bentuk barakah dari makan sahur adalah mampu memberikan tenaga, menguatkan semangat, dan meringankan beban bagi mereka yang berpuasa.

2. Bersahurlah kita sebagai mengambil barakah atau kebaikan dan kelebihan, walaupun hanya dengan seteguk air.

3. Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang makan dan minum untuk bersahur. Selawat Allah ke atas orang yang bersahur adalah pujian-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang bersahur, manakala selawat para malaikat ke atas mereka yang bersahur p**a merupakan doa pengampunan dari malaikat buat mereka yang bersahur.

4. Waktu sahur itu sendiri p**a termasuk antara waktu mustajab berdoa, waktu terbaik beribadah, dan waktu diampunkan bagi mereka yang memohon keampunan.

5. Jadikanlah waktu bersahur kita sebagai satu daripada cara kita mendapat pengampunan dari dosa.

TAZKIRAH HARIANSesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambaNya yang penyayang
28/05/2018

TAZKIRAH HARIAN

Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambaNya yang penyayang

25/05/2018

Siaran langsung solat teraweh dari masjidil haram

Tazkirah HarianDemi diriku yang berada ditanganNya,sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasalebih baik di sisi Allah pa...
24/05/2018

Tazkirah Harian

Demi diriku yang berada ditanganNya,
sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa
lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi.

Sahih Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Tazkirah Harian" Bersama kesusahan ada kemudahan "Wahai manusia, ingatlah bahawa selepas lapar ada kenyang, selepas haus...
24/05/2018

Tazkirah Harian

" Bersama kesusahan ada kemudahan "

Wahai manusia, ingatlah bahawa selepas lapar ada kenyang, selepas haus ada kepuasan, selepas berjaga malam ada tidur lena, dan selepas sakit ada kesembuhan. Tiap-tiap yang hilang pasti ditemui, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesusahan ada kemudahan, dan selepas kegelapan akan muncul sinar terang.

Tazkirah HarianBarangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala( ridha Allah ), makan diam...
23/05/2018

Tazkirah Harian

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan
mengharap pahala( ridha Allah ), makan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu

- Sahih Riwayat al Bukhari dan Muslim

TAZKIRAH HARIAN“Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkannya Al Qur’an. Al Quran adalah petunjuk bagi manusia dan penjelasa...
22/05/2018

TAZKIRAH HARIAN

“Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkannya Al Qur’an. Al Quran adalah petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)” (QS. Al Baqarah: 185)

Tazkirah harianAl-Qadhi ‘Iyadh berkata: “Boleh ditafsir secara zahir dan hakikat yang mana pintu-pintu syurga memang dib...
21/05/2018

Tazkirah harian

Al-Qadhi ‘Iyadh berkata: “Boleh ditafsir secara zahir dan hakikat yang mana pintu-pintu syurga memang dibuka, pintu-pintu neraka memang ditutup dan syaitan-syaitan dirantai sebagai tanda kemuliaan dengan masuknya bulan Ramadan. Di samping syaitan dirantai untuk menegah mereka daripada mengganggu dan memperdaya orang yang beriman.”

Ibn Hajar al-Haitami dalam Ittihafu Ahlu al-Islam bi Khususiyat al-Siyam menyebut: “Diambil daripada hadis ini bahawa pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. Ini untuk menggambarkan kepada malaikat dan lainnya berkenaan bulan Ramadan dan pahalanya.”

Ikatan dan belenggu syaitan p**a termasuk hakikat demikian demikian pada kebanyakan masa atau secara majaz kinayah daripada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Hal ini ada kebenarannya.

Dalam Ahkam al-Siyam, oleh Dr. Muhammad Uqlah menyebut: “Iaitu maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka.”

Pada Ramadhan, terangkum Siyam (berpuasa), Qiyam (ibadat malam) dan Diam (iktikaf). Inilah tiga amalan utama dan istimew...
18/05/2018

Pada Ramadhan, terangkum Siyam (berpuasa), Qiyam (ibadat malam) dan Diam (iktikaf). Inilah tiga amalan utama dan istimewa, pada bulan Ramadhan. Apabila bertemu Ramadhan, tunaikan dan tingkatkan tiga amalan ini, kerana ianya isitmewa untuk kita pada bulan Ramadhan. Istimewanya kerana pelbagai ganjaran dan janji Allah SWT dan Rasulullah SAW kepada kita, kepada mereka yang berpuasa, berjaga malam dan beriktikaf pada bulan mulia ini.

Tiga perkara ini jugalah, yang memberi kesan kepada kita, jika diamalkan dengan penuh keimanan dan ihtisaban (bermuhasabah diri, mengharap kurnia Allah SWT). Bagi yang memenuhi tuntutan amalan Ramadhan ini, kesannya pasti terasa dan terbawa-bawa ke bulan-bulan mendatang. Amalan yang berterusan, bukan sekadar menjadi Ramadhaniyyin, tetapi lahir sebagai jiwa baru Rabbaniyyin. Didikan Ramadhan, mendidik kita menjadi muttaqin. Madrasah Ramadhan mengajar kita untuk memelihara Siyam, Qiyam dan Diam.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lambaian Umrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share