Kenali Beijing

Kenali Beijing Jauh di mata, dekat di hati. Tak kenal maka tak cinta.

Dunia Ais dan Salji Harbin Terima Lebih 2 Juta PengunjungDunia Ais dan Salji Harbin edisi ke-26 menerima kedatangan lebi...
28/01/2025

Dunia Ais dan Salji Harbin Terima Lebih 2 Juta Pengunjung

Dunia Ais dan Salji Harbin edisi ke-26 menerima kedatangan lebih dua juta pengunjung setakat malam 26 Januari.

Taman yang bertemakan ais dan salji itu dibuka untuk kunjungan awam pada 21 Disember 2024.

Indahnya Mata Air Bulan Sabit Selepas SaljiTapak peranginan Mata Air Bulan Sabit atau Yueyaquan di Gunung Mingsha menyaj...
28/01/2025

Indahnya Mata Air Bulan Sabit Selepas Salji

Tapak peranginan Mata Air Bulan Sabit atau Yueyaquan di Gunung Mingsha menyajikan pemandangan sungguh menakjubkan selepas salji.

Tapak peranginan yang terkenal itu terletak di Dunhuang, provinsi Gansu, barat laut China.

Musim Menuai Akar Teratai di MengchengPara petani di kampung Daiyao kaunti Mengcheng di provinsi Anhui kelihatan sibuk m...
27/01/2025

Musim Menuai Akar Teratai di Mengcheng

Para petani di kampung Daiyao kaunti Mengcheng di provinsi Anhui kelihatan sibuk menggali, menyusun, memuatkan dan mengangkut akar teratai yang kemudian akan dijadikan bekalan pasaran di kawasan Delta Sungai Yangtze, provinsi Guangdong dan Hubei baru-baru ini.

Sistem industri yang melibatkan penanaman dan pemprosesan akar teratai serta program ekopelancongan dilaporkan sudah terbentuk di kampung Daiyao yang mempunyai tanaman akar teratai seluas lebih 600 hektar, yang boleh membantu petani melimpahkan rezeki malah menyumbang kepada pelaksanaan skim pembangunan desa.

Petani Guangxi Sibuk Tuai Lobak MerahDi kaunti Binyang, wilayah Guangxi, kaum tani kelihatan sibuk menuai lobak merah se...
27/01/2025

Petani Guangxi Sibuk Tuai Lobak Merah

Di kaunti Binyang, wilayah Guangxi, kaum tani kelihatan sibuk menuai lobak merah sebelum diedarkan kepada peniaga dan peruncit untuk memastikan bekalan pasaran yang mencukupi sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

Kunjungi Ekspo Pertanian Musim Sejuk, Rasai Keunikan Budaya TradisiEkspo Pertanian Musim Sejuk Jilin edisi ke-15 berlang...
27/01/2025

Kunjungi Ekspo Pertanian Musim Sejuk, Rasai Keunikan Budaya Tradisi

Ekspo Pertanian Musim Sejuk Jilin edisi ke-15 berlangsung di Changchun bermula 16 Januari hingga 4 Februari.

Barang anyaman dan orang-orang salji yang dipertontonkan sempena ekspo itu memaparkan keunikan budaya tradisi masyarakat tempatan.

Kabut Rime Tambah Seri Kota JilinKota Jilin di timur laut China sungguh indah permai dengan kehadiran kabut rime membalu...
27/01/2025

Kabut Rime Tambah Seri Kota Jilin

Kota Jilin di timur laut China sungguh indah permai dengan kehadiran kabut rime membaluti ranting pepohon.

Sibuknya Petik Buah Orah MandarinDi daerah Wuming, wilayah Guangxi, pekerja dari ladang buah-buahan kendalian Guangxi Mi...
27/01/2025

Sibuknya Petik Buah Orah Mandarin

Di daerah Wuming, wilayah Guangxi, pekerja dari ladang buah-buahan kendalian Guangxi Mingming Orchard Group kelihatan sibuk memetik orah mandarin dan membuat pembungkusan bagi memastikan bekalan mencukupi di pasaran domestik menjelang musim perayaan.

Paksi Tengah Diperbuat daripada CoklatKompleks bangunan Paksi Tengah yang dihasilkan daripada coklat dipertontonkan di s...
27/01/2025

Paksi Tengah Diperbuat daripada Coklat

Kompleks bangunan Paksi Tengah yang dihasilkan daripada coklat dipertontonkan di sebuah kedai coklat di Qianmen, Beijing sehingga mencuri perhatian ramai pengunjung untuk merakam gambar.

Festival Tanglung Ais Longqingxia Gamit PengunjungFestival Seni Tanglung Ais Longqingxia edisi ke-39 di daerah Yanqing, ...
27/01/2025

Festival Tanglung Ais Longqingxia Gamit Pengunjung

Festival Seni Tanglung Ais Longqingxia edisi ke-39 di daerah Yanqing, Beijing memukau pengunjung dengan pelbagai arca ais gergasi.

Pelajar Asing Mendalami Budaya Tradisi ChinaDi sebuah sekolah rendah yang terletak di zon rintis perdagangan bebas China...
27/01/2025

Pelajar Asing Mendalami Budaya Tradisi China

Di sebuah sekolah rendah yang terletak di zon rintis perdagangan bebas China di Qingdao, provinsi Shandong, lebih 50 pelajar asing yang meneruskan pendidikan di institut pengaji tinggi (IPT) tempatan telah menyertai satu aktiviti yang berunsurkan warisan budaya tidak ketara untuk mendalami budaya tradisi China baru-baru ini.

Pemandangan Wuyuan pada Awal Musim SejukPada awal musim sejuk sekarang ini, kaunti Wuyuan provinsi Jiangxi tetap didatan...
27/01/2025

Pemandangan Wuyuan pada Awal Musim Sejuk

Pada awal musim sejuk sekarang ini, kaunti Wuyuan provinsi Jiangxi tetap didatangi pelancong secara berturut-turut yang berminat pada pemandangannya yang indah permai ibarat lukisan yang berwarna-warni yang berlatarbelakangkan bangunan-bangunan yang bergaya Huizhou dan perladangan yang terbentang luas.

Tulis Kuplet, Sambut TBCAktiviti menulis kuplet diadakan di serata tempat menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).Pem...
24/01/2025

Tulis Kuplet, Sambut TBC

Aktiviti menulis kuplet diadakan di serata tempat menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).
Peminat seni kaligrafi dilihat sedang menulis kuplet sebelum menghadiahkan hasil tulisan kepada orang ramai.

Bazar Miaohui Tambah Lagi Suasana Sambutan TBCSuasana sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di Beijing dilihat lebih meriah a...
24/01/2025

Bazar Miaohui Tambah Lagi Suasana Sambutan TBC

Suasana sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di Beijing dilihat lebih meriah apabila bazar miaohui Changdian dihiasi pelbagai dekorasi perayaan dan siap sedia untuk menerima kunjungan orang ramai.

Taman Lianyungang Indah Dihiasi Tanglung MerahTaman Cangwu di bandar Lianyungang, provinsi Jiangsu menjadi tumpuan ramai...
24/01/2025

Taman Lianyungang Indah Dihiasi Tanglung Merah

Taman Cangwu di bandar Lianyungang, provinsi Jiangsu menjadi tumpuan ramai apabila dihiasi tanglung merah sempena Tahun Baharu Cina (TBC) yang bakal mengunjung tiba tidak lama lagi.

Beli-belah Keperluan Sambutan TBCSemasa sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) semakin hampir, penduduk di bandar Yangzhou, pr...
24/01/2025

Beli-belah Keperluan Sambutan TBC

Semasa sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) semakin hampir, penduduk di bandar Yangzhou, provinsi Jiangsu sibuk berbelanja untuk membeli pelbagai barang keperluan perayaan.

Tanah Paya Dihiasi Kabut RimeDihiasi ‘wusong’ atau kabut rime, tanah paya Heihe di Zhangye, provinsi Gansu menyerlahkan ...
24/01/2025

Tanah Paya Dihiasi Kabut Rime

Dihiasi ‘wusong’ atau kabut rime, tanah paya Heihe di Zhangye, provinsi Gansu menyerlahkan pemandangan sungguh memukau pada musim sejuk ketika ini.

Tanah paya Heihe disenaraikan sebagai zon perlindungan alam semula jadi peringkat negara.

Burung Camar Berhijrah ke Tasik DianchiTasik Dianchi di bandar Kunming, provinsi Yunnan menyerlahkan landskap sungguh is...
24/01/2025

Burung Camar Berhijrah ke Tasik Dianchi

Tasik Dianchi di bandar Kunming, provinsi Yunnan menyerlahkan landskap sungguh istimewa dengan kehadiran burung camar paruh merah.

Orang ramai berduyun-duyun ke tebing tasik itu untuk melihat burung camar yang berhijrah ke sana pada musim sejuk.

Kunjungi Bazar TBC di Pekan Jingui Menjelang Tahun Baharu Cina (TBC), bazar di pekan Jingui, bandar Yinchuan, wilayah Ni...
24/01/2025

Kunjungi Bazar TBC di Pekan Jingui

Menjelang Tahun Baharu Cina (TBC), bazar di pekan Jingui, bandar Yinchuan, wilayah Ningxia sungguh meriah apabila dibanjiri pengunjung yang datang membeli barangan perayaan.

Deretan gerai yang menjual pelbagai jenis barang perayaan seperti kuih-muih, buah kering, kekacang, sayur segar serta perhiasan TBC menarik kunjungan ramai.

Address

Beijing

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kenali Beijing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share