19/09/2022
Namanya dalam bahasa Inggeris juga dieja sebagai Fayum, Faiyum atau El Faiyum. Faiyum sebelum ini secara rasmi dinamakan Madīnet El Faiyum (Bahasa Arab untuk The City of Faiyum). Nama Faiyum juga boleh merujuk kepada Oasis Faiyum, walaupun ia biasa digunakan oleh orang Mesir hari ini untuk merujuk kepada bandar.
Al-Fayum ini ada hubungkait yang rapat dengan Nabi Yusuf AS. Setelah Nabi Yusuf dipenjarakan selama 7 tahun, kemudian Nabi Yusuf dibebaskan lalu diangkat menjadi menteri perbendaharaan Mesir. Tugas pertama Nabi Yusuf adalah menangani musim kemarau yang akan mlanda Mesir, selama tujuh tahun. Lalu Nabi Yusuf menggali tiga buah selat di sekitar Sungai Nil untuk mengalirkan airnya ke Al-Fayoum, iaitu selat bahagian barat, timur, dan bahagian hulu.
…………………..
Gambar trip di atas kami singgah di syalalat (air terjun) Ia merupakan salah satu dari tempat tumpuan masyarakat Mesir pada musim panas. Satu-satunya air terjun yang terdapat di Mesir. Ia berdekatan dengan Sungai Nabi Yusuf A.S. dan Tasik Qarun. Punca air terjun ini adalah dari Sungai Nabi Yusuf A.S dan Sungai Nil. Air terjun ini melimpah dan membentuk wadi yang diberi nama Wadi Hayyan.