11/03/2024
Kembara Matrouh-Siwa, Negeri Seribu Pantai sambil menelusuri kota peninggalan Tamadun Roman-Greek.
Alhamdulillah, kali ini pihak moses dapat menyantuni Puan Syalira beserta keluarga menuju ke Matrouh-Siwa sambil melayani keindahan Alam semula jadi disana.
1. Perjalanan bermula dengan mengunjungi Pantai Cleopatra, salah satu pantai yang cantik di Mesir. Cleopatra merupakan seorang Ratu Mesir ketika era 40 tahun sebelum Masihi.
2. Perjalanan diteruskan menuju ke Pantai Ageeba. Ageeba bermaksud 'keajaiban' dek kerana air disini berwarna firus yang jelas mempesona bagi siapa yang melihatnya.
3. Kemudian, kembara bersambung menuju Jabal Mawta di Siwa sambil melayan lebuhraya yang terdapat unta-unta padang pasir. Jabal Mawta merupakan satu-satunya perkuburan kurba Tamadun Roman-Greek yang menempatkan lebih 700 orang.
4. Seterusnya, perjalanan diteruskan menuju ke Pulau Fatnas, merupakan sebuah pulau yang dikelilingi pokok kurma dan kolam air tawar ditengahnya. Pulau ini amat popular untuk aktiviti sunset sambil menghirup 'teh siwa'.
5. Keesokan harinya selepas subuh, Trip menuju ke Shali Fortress untuk melihat sunrise daripada atas binaan ini yang dibina daripada campuran tanah liat dan garam.
6. Kemudian Trip menuju ke Tasik Garam, tempat yang menempatkan ribuan mata air semula jadi dan tasik garam yang terkenal.
7. Seterusnya trip bersambung menuju ke Jabal Dakrour, sebuah gunung yang terkenal dengan rawatan 'sandbath' membantu merawat penyakit arthritis & rheumatism.
8. Trip bersambung menuju Kuil Omm Obaid, kuil yang di dedikasi untuk Amon pada zaman Mesir Purba.
9. Akhirnya, Trip menaiki pacuan empat roda melayari padang pasir bermain sandboarding, dan melihat sunset sambil menikmati teh Siwa dan buah kurma.
Nak tahu lebih lanjut mengenai sejarah tamadun dan peradaban Mesir ini? Jom travel bersama Moses Travel
__
Terima kasih kepada Puan Syalira atas kepercayaan menyertai trip private tour bersama Moses Travel, anda ingin berjalan di Mesir ayuh hubungi kami segera ๐
Encik Anwar : +601156814995
Encik Rofiq : +2012 2445 9395
Moses Travel
See Beyond The Place