Irwan Dahnil

Irwan Dahnil Traveler | Story Teller | Tour Leader | Trip Planner | Awesome Nomad
(1)

𝐄𝐩𝐒𝐀 ππžπ§π πžπ¦π›πšπ«πšπšπ§ 𝐆𝐨π₯𝐝𝐞𝐧 π‚π’π«πœπ₯𝐞 𝐈𝐜𝐞π₯𝐚𝐧𝐝.Iceland bukan sekadar tanah ais dan apiβ€”ia sebuah dunia purba yang hidup dengan ...
08/02/2025

𝐄𝐩𝐒𝐀 ππžπ§π πžπ¦π›πšπ«πšπšπ§ 𝐆𝐨π₯𝐝𝐞𝐧 π‚π’π«πœπ₯𝐞 𝐈𝐜𝐞π₯𝐚𝐧𝐝.

Iceland bukan sekadar tanah ais dan apiβ€”ia sebuah dunia purba yang hidup dengan tenaga bumi. Kalau nak merasa kehebatan alam semula jadi tanpa perlu menempuh cuaca ekstrem ke hujung dunia, Golden Circle adalah jawapannya.

1. Thingvellir National Park – Tanah Retak, Sejarah Berdetak

Langkah pertama di Golden Circle membawa ke Thingvellir National Park, tempat di mana dua plat tektonikβ€”Amerika Utara dan Eurasiaβ€”bertemu dan berpisah perlahan-lahan.

Celahan tanah yang retak di sini bukan sekadar fenomena geologi, tetapi juga saksi kepada sejarah bangsa Viking. AlΓΎingi, parlimen tertua dunia, ditubuhkan di sini pada tahun 930.
Kau boleh berjalan di antara dua benua di Silfra Fissure, dan kalau jenis s**a cabaran, menyelam di perairan glasier yang jernih ini adalah satu pengalaman luar biasa. Sejuk? Itu cerita lain. Tapi keindahan bawah airnya, masya-Allah!

2. Geysir – Letusan Amarah dari Perut Bumi
Dari Thingvellir, perjalanan membawa ke Haukadalur Valley, rumah kepada geysir yang sudah jadi legendaβ€”The Great Geysir. Walaupun Geysir asli sudah jarang meletus, β€˜adik’nya, Strokkur, masih setia menghiburkan pelawat setiap 5–10 minit dengan letusan air panas setinggi 20–40 meter ke udara.
Sini kau betul-betul boleh rasa tenaga bumi Icelandβ€”bau sulfur menusuk hidung, wap panas keluar dari celahan tanah, dan bunyi mendidih yang mengingatkan kau bahawa bumi ini masih β€˜bernafas’. Tunggu beberapa minit, dan boom! Air melompat tinggi seperti naga terbang ke angkasa.
3. Gullfoss – Gemuruh Air Terjun Emas
Air terjun paling ikonik di Iceland. Nama Gullfoss bermaksud β€˜air terjun emas’, dan bila matahari bersinar, memang boleh nampak pantulan emas berkilauan pada air terjun yang deras jatuh ke dalam gaung sedalam 32 meter.

Nak merasai keajaiban dunia? Iceland menunggu!
Note : Nomad Travel is the best private trip with immersive experience in Iceland. Small Group, Big Experience!
#

Pencarian Aurora Iceland.Malam tadi malam kedua. Langit cerah, total darkness. Sesuai untuk memburu. Tapi KP zero. Frust...
08/02/2025

Pencarian Aurora Iceland.
Malam tadi malam kedua. Langit cerah, total darkness. Sesuai untuk memburu.
Tapi KP zero. Frust. Puas aku cari dari pukul 11pm hingga 2am, masih tidak kelihatan.
Ramalan kata sedikit ke utara, kami semua di selatan. Kalau dicari pun KP akan berubah menjelang kami tiba.
Mencari aurora di Iceland paling mencabar kerana perubahan cuaca cepat. Semalam hujan, snow dan bermatahari dalam satu hari yang sama.
2 hari sebelum itu, red alert angin kuat menggila 180km/jam dan penerbangan yang lain dibatalkan.
Macam mana pun malam ini pencarian diteruskan.

Tak semua window seat flight dapat pemandangan indah.Window seat ❌Wall seat βœ…Fly with Icelandair harini, tiada video. Ha...
07/02/2025

Tak semua window seat flight dapat pemandangan indah.

Window seat ❌
Wall seat βœ…

Fly with Icelandair harini, tiada video. Harap maklong.

Belum Sampai Jepun .Bila aku tengok semula destinasi dan lokasi kembara yang pernah sampai, nampak sangat gelanggang aku...
25/01/2025

Belum Sampai Jepun .
Bila aku tengok semula destinasi dan lokasi kembara yang pernah sampai, nampak sangat gelanggang aku bukan di Asia.
Central Asia pun baru 2 tahun yang lepas aku sampai. Korea pun tahun lepas. Singapore pun harapkan transit kat Changi.
Luas sungguh dunia Allah ciptakan ya. Aku ingat kembara lagi.
Kalian mahu ke masa selepas ini?
Irwan Dahnil
Kerdil Tapi Berjiwa Besar
Cordoba, Spain

NOMAD EXPLORER'S GUIDE SERIES : YUNNAN, CHINABagi sesiapa yang nak mula kembara ke Yunnan, China, mungkin siri kembara p...
17/12/2024

NOMAD EXPLORER'S GUIDE SERIES : YUNNAN, CHINA

Bagi sesiapa yang nak mula kembara ke Yunnan, China, mungkin siri kembara persendirian ini berguna untuk anda. Ada dalam versi BM/English.

Dalam format PDF, mudah untuk dibaca. *Ia percuma*

Boleh dapatkan di sini t.me/nomadtravelmalaysia

12/12/2024

Laluan kuda hantar teh dari Tibet ke Lijiang.

Tanah Luas, Manusia Berjuta.Sebanyak tanah asing yang aku jejak, mungkin India adalah antara negara paling padat aku per...
12/12/2024

Tanah Luas, Manusia Berjuta.

Sebanyak tanah asing yang aku jejak, mungkin India adalah antara negara paling padat aku pernah tengok.
Land with many people.
Di Eropah aku lebih genar pilih ke luar bandar sebab terlalu ramainya pelancong di bandar seperti Milan, Paris & Amsterdam.
Tapi buat pertama kali jejak kaki ke Lijiang, tanah besar ini pasti mengungguli carta betapa ramai orang di satu tempat.
Land with too many people. Way too many!.
Di belakang aku, ada ratusan pelancong yang membanjiri Blue Moon Valley. Sehinggakan Yulong Mountain tu hampir tertutup dengan susuk manusia.
Inilah China. Populasi meroket 1.4 bilion manusia.
Dan aku kagum bagaimana negara ini uruskan mass tourism sehingga semua tersusun teratur.
Tentu ada hal yang tak berapa best kat sini, tapi ada terlalu banyak benda yang kita boleh belajar dari tamadun besar seperti China.
Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China.
Nomad Explorer
Irwan Dahnil
Kunming, China

Kembara Yunnan : Kunming, Dali, Lijiang & Shangri LaDengarnya tempat ini trending sekarang. Kawasan tanah tinggi, pergun...
08/12/2024

Kembara Yunnan : Kunming, Dali, Lijiang & Shangri La
Dengarnya tempat ini trending sekarang. Kawasan tanah tinggi, pergunungan dan pemandangan yang cantik.
Minggu ini kita akan discover destinasi negara China ini. Kita tengok apa yang menarik sangat orang kata.
Kunming : Nanping Street. Shilin Stone Forest.
Dali : Dali Xizhou Ancient City, Erhai Lake
Lijiang : Jade Dragon Mountain, Tiger Jump Gorge,
Shangri La : Napa Sea Prairie, Dukezong Ancient Town.
Rata-rata orang pergi ke Yunnan selama 6 - 7 hari. Penerbangan dari Kuala Lumpur ada beberapa pilihan dan terus landing di Kunming. Dari situ ada pelbagai pilihan perjalanan,.
Katanya ada banyak pilihan halal dan tidak perlu risau dengan makanan. Sebaliknya kedudukan tempat ini yang tinggi, menyebabkan altitude motion sickness, tak kiralah paru-paru power atau kepada orang biasa.
Kita pergi dalam small group sahaja, tidak tergesa-gesa. Belek punya belek, kebanyakan trip yang selesa (bukan backpacker atau ekonomi), kosnya tidak lari dalam RM3.5K ke RM4.5K. Kalau murah2 tu, faham-faham je lah.
Jom join us as Nomad Tribe to Yunnan. Boleh join t.me/nomadtravelmalaysia nanti kita share details dalam channel.
Small Group, Big Experience!

Rumah pencen.  Kalau tiada pokok autumn pun takpa, asal ada pokok boleh gantung buaian.Dan mesti ada elemen air. Tasik, ...
25/11/2024

Rumah pencen.
Kalau tiada pokok autumn pun takpa, asal ada pokok boleh gantung buaian.
Dan mesti ada elemen air. Tasik, sungai, air terjun.
Dan Isnin pun. Dok berangan tak habis lagi ker?

A Job That Not Everyone Knows.Ini tahun ke 12 aku jadi tour leader.  And for every second, aku sangat enjoy dengan kerja...
17/11/2024

A Job That Not Everyone Knows.
Ini tahun ke 12 aku jadi tour leader. And for every second, aku sangat enjoy dengan kerja ni. Kerja tak glamour mana.
Ukur jalan dunia.

Glen of Weeping : Lukisan Hidup Glen CoePermukaan air tenang yang memantulkan langit biru, dikelilingi oleh deretan gunu...
15/11/2024

Glen of Weeping : Lukisan Hidup Glen Coe

Permukaan air tenang yang memantulkan langit biru, dikelilingi oleh deretan gunung yang menjulang, seolah-olah memeluk tasik dengan erat.
Itulah Glen Coe, Scotland.
Di sini dengan mudah kita merasa seolah-olah waktu terhenti. Bila kabus datang dan pergi perlahan-lahan menyelimuti dan memunculkan puncak bukit. Setiap sudutnya seperti lukisan alam.
Kelihatan benar tenang indah kerana dapat rasa angin dingin dan kedengaran deruan air yang mengalir di celah-celah lembah. dan sungai.
Loch ini sering menjadi lokasi perhentian buat para pengembara yang mencari ketenangan. Ada yang datang untuk bergambar, ada juga yang sekadar duduk dan merenung keindahan alam.
Tidak hairanlah Glen Coe sering disebut sebagai 'The Glen of Weeping' β€” bukan kerana kesedihan, tetapi kerana keindahannya yang mampu menyentuh jiwa. .
Ketika matahari terbenam, tasik bertukar menjadi kanvas keemasan jingga. Refleksi warna langit di permukaannya menjadikan pemandangan ini s**ar dipercayai adalah benar.
Begitulah kawan-kawan. Jika ada tempat di bumi yang mampu membuatkan kita percaya pada keajaiban, inilah tempatnya.
Kita izinkan ia menjadi peringatan bahawa dunia ini penuh dengan keajaiban yang hanya menunggu untuk ditemui.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Glen Coe & Aku
Scotland 2024

Nota : Kalian boleh follow Nomad Travel Malaysia untuk trip ke Scotland 2025. Small group travel sahaja.

Ladang Scotland Musim Luruh.Penghujung musim, pokok sudah mula gondol dan cuaca semakin sejuk. Tahun ini, Edinburgh tida...
10/11/2024

Ladang Scotland Musim Luruh.
Penghujung musim, pokok sudah mula gondol dan cuaca semakin sejuk. Tahun ini, Edinburgh tidak sebasah seperti sebelumnya. Kurang hujan.
Sebaik tiba, terus ke ladang. Penghujung musim buah apple, pumpkin dan berries. Tananam kentang juga sudah sedia dituai.
Ladang di lereng bukit ini sangat indah. Udara segar. Dengan pemandangan di sebelah biri-biri sedang meragut rumput.
Join Our Small Group Travel to Scotland!
Trip 2025 kini telah dibuka, pakej terbaik termasuk dengan penerbangan, travel dalam kumpulan kecil.
We are Small Group, but Big Experience. With a big heart!
Hubungi :
www.wasap.my/60133069244/scotland (Hazwan)
www.wasap.my/60105730245/scotland (Yazmin)
www.wasap.my/601156569005/scotland (Rossa

Safe trip everyone!Small group trip to Scotland departure. Kembara ke Edinburgh, Glencoe, Fort Williams, Glasgow dan mer...
09/11/2024

Safe trip everyone!
Small group trip to Scotland departure. Kembara ke Edinburgh, Glencoe, Fort Williams, Glasgow dan merasai keindahan autumn Scotland sebenar.
Join Our Small Group Travel to Scotland!
Trip 2025 kini telah dibuka, pakej terbaik termasuk dengan penerbangan, travel dalam kumpulan kecil.
We are Small Group, but Big Experience. With a big heart!
Hubungi :
www.wasap.my/60133069244/scotland (Hazwan)
www.wasap.my/60105730245/scotland (Yazmin)
www.wasap.my/601156569005/scotland (Rossa)

Muka default : Ketat Masham
06/11/2024

Muka default : Ketat Masham

Saya nak cari sorang lagi pegi destinasi Spain yang bersejarah. Al Hambra, Andalusia, Cordoba, Toledo dan Madrid.Then sa...
05/11/2024

Saya nak cari sorang lagi pegi destinasi Spain yang bersejarah. Al Hambra, Andalusia, Cordoba, Toledo dan Madrid.
Then saya nak balik singgah ke Mekah untuk umrah selama 3 hari.
Tarikh 22 - 31 January 2025. Musim sejuk di Mekah. Kosnya sekitar RM12K termasuk flight dan visa umrah. Kita travel 7 orang sahaja.
Whatsapp saya cecepat ya.

Address

Glasgow

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Irwan Dahnil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Irwan Dahnil:

Videos

Share